Berikutan artikel yang saya tulis dua hari lalu yang bertajuk “Memang Patut Najib Berasa Kecewa”, beberapa rakan menghubungi saya untuk turut berkongsi rasa simpati dan kasihan terhadap apa yang berlaku kepada bekas Perdana Menteri itu.
Selain bersetuju bahawa Najib sudah dipinggirkan UMNO untuk membela nasibnya, mereka kemudian bertanya, apa yang patut bekas Presiden UMNO itu lakukan sekarang ini?
Sejujurnya semua orang yang boleh berfikir dengan waras dapat melihat jalan pengharapan untuk Najib sudah tertutup rapat sekarang ini.
Tiada harapan lagi buat Najib untuk bersandar harapan, bukan saja terhadap kerajaan, tetapi juga kepada UMNO yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.
Bayangkan, di ketika Peguam Negara membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan titah adendum itu wujud di mana akhirnya Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan tersebut, hanya pemimpin MCA yang berani menyuarakan kekesalan.
Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun (jantinanya wanita) mempersoalkan sama ada keputusan Peguam Negara merayu keputusan Mahkamah Rayuan itu satu perbuatan biadap dan derhaka kepada Raja?
Ini kerana katanya, pada 4 Januari lalu Istana Pahang telah mengeluarkan surat rasmi yang mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah menitahkan supaya Najib menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.
Sepatutnya, apabila Mahkamah Rayuan sudah membuat keputusan bersandarkan surat daripada Istana Pahang itu, tiada keperluan lagi untuk Peguam Negara mengemukakan rayuan, tambahan lagi mereka juga tidak mengemukakan apa-apa cabaran ketika pendengaran dijalankan di Mahkamah Rayuan.
Soalnya di mana suara pemimpin lelaki yang gagah perkasa dalam UMNO?
Untuk itu, Najib tidak perlu menunggu lebih lama lagi dan harus membuat satu keputusan berani yang segera iaitu mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO.
Serentak dengan keluar UMNO itu, Najib seterusnya juga mesti meminta UMNO agar tidak lagi mengulang-ulang rasa simpati kepadanya setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan.
Cukuplah setakat ini saja beliau diberi rasa simpati palsu dan dijadikan bahan untuk pemimpin UMNO mengalirkan airmata setiap kali PAU diadakan.
Hakikatnya, UMNO memperjuangkan nasib Najib hanya setahun sekali saja iaitu ketika berlangsungnya PAU di Dewan Merdeka, WTCKL.
Selelebihnya, UMNO hanya memikirkan keselesaan hidup mereka dalam kerajaan dengan menggandingkan diri bersama kekuatan DAP yang memegang paling banyak kerusi Parlimen dalam PH.
Selepas keluar UMNO, Najib seterusnya perlu memberi sokongan kepada PN, khususnya Pas agar parti itu memenangi lebih banyak kerusi dan berjaya menubuhkan kerajaan selepas PRU16 akan datang.
Selain dipercayai Najib akan beroleh perbicaraan yang lebih adil dalam kes perbicaraan yang masih berjalan, adalah amat diyakini juga perintah yang terkandung melalui titah adendum Agong ke-16 akan dilaksanakan tanpa banyak soal oleh kerajaan baharu nanti.
Sebagai parti Islam, disamping memperjuangkan keadilan, Pas juga adalah parti yang sentiasa mendaulatkan kedudukan Raja-Raja serta taat kepada segala titah perintah Istana.
Kalau saya jadi Najib, inilah yang saya akan lakukan tanpa menunggu tiga Jumaat akan datang. – ShahbudinHusin 01Mei2025.
Yang aku tak faham ni Budin satu hal saja…YANG HANG DOK BERDEGAR2 MAHU MEMPERTAHANKAN PENYAMUN TEGAR TERSOHOR DI DUNIA NI PASAI APA? Sejak bila hang jadi pembela dan jurucakap kepada penyamun Budin? Barua Najib tu dah songlap berbilion kut sehingga negara dan rakyat terpaksa menanggung akibatnya hingga ke anak cucu yang akan datang. Simpati babi apa yang hang cakap ni Budin? I regret that Najib was not born and became the citizen of CHINA. Otherwise, he would have been shot dead in the back of his head and no fucking moron would dare to talk about him and let alone… Read more »
KALAULAH SAYA JADI NAJIB…1 May 2025 Budin, tunjang undang2 oleh AGC adalah keputusan diluar Lembaga Pengampunan adalah tidak sah kerana bakal dicabar diMahkamah kerana pelbagai spekulasi dan andaian. Loyar Bossku Terer Shafee yang kalah kes ini disemua peringkat Mahkamah dan diadili oleh 9 Hakim berbeza bersikap Belanda mintak tanah, dah dapat paha nak betis pulak. Gayanya, Addendum ini adalah manipulasi Shafee, Loyar yang kalah diMahkamah2. Tak syukur nikmat, dah dapat 50% diskaun maka dimanipulasi tahanan rumah pulak. Maka ditunggang lembu dogol PN dan PN terutama SiBahalol Loyar Lebong PAS Taki Black Friday pung tunggang isu Addendum ini seolah semua bebanan… Read more »
Bila mengimbau Hadi peluk cium pipi erat LKS, LGE dan Karpal Singh dulu, lepas tu keluar fatwa halal undi DAP haram undi UMNO. Tanya budak PASTI pun, akan cakap itu ibu segala suci! Sibahalol mana yg tulis Minda Hadi? Si berhingus Syahirnomic terus lupa Amanat Hadi lancarkan peperangan Memali hingga terbunuh tapi sekarang Hadi hanya dok kejor gaji, elaun dan pencen buto dan nkmat kuasa politik setelah merasa kejutan budaya 33 bulan Kerajaan Sakaw mewah PN. Atau badi dari makan gulai kawah daging babi bersubahat dengan macam2 jenis syaitan. Atau badi dari PAS fitnah, hina dan Qazaf PMX kerana terperdaya… Read more »
Ini rebutt terbaik dari Sarjana Melayu Islam di Jordan mengenai kerosakan Minda Penjajah Hadi terbit dari kekalahan PAS diPRK Ayer Putih. Intisarinya sama spt Berahim Ali, Barua Atok Saka kupas cantik PN PAS kalah kerana strategi bodoh dan bengong, sedangkan pengundi mencari penyelesaian pembangunan dan kemajuan bukan Babi boleh terbang. Masaalah prinsip dan dilema Hadi adalah maseh terperangkap dengan Amanat Hadi nak lancar peperangan lawan perlembagaan atau nak jadi Penjajah Kafir sendiri yang kejar kuasa dan habuan politik Machiavelli doh cukup jumeloh. Kalu lihat dari seronok rasa kemewahan gaji buto 33 bulan dan kuasa jadi Kerajaan dulu, Hadi dah campak… Read more »
Pengundi pilih BN kerana muafakat, tapi PAS belum ‘move on’ dari DAPPengundi pilih BN kerana muafakat, tapi PAS belum ‘move on’ dari DAP 2 HOURS AGO FMT Reporters Share Naib Presiden Umno, Khaled Nordin, kata PAS akan memangsakan Umno dan DAP kerana itu sahaja kemampuan pemikiran mereka.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F04%2F05ecc118-yusri-bakir-prk-ayer-kuning-26425-3.webp&w=1200&q=75 Naib Presiden Umno Khaled Nordin kata pengundi Ayer Kuning mahukan politik muafakat yang progresif. PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mengingatkan PAS bahawa pengundi Ayer Kuning memilih Barisan Nasional kerana mahukan politik muafakat yang progresif dan kerajaan yang bertanggungjawab. Katanya, rakyat Ayer Kuning pada PRK lalu mengundi politik yang rasional dan berhikmah, namun PAS apabila… Read more »