Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

ANTARA UMDAP, PASDAP DAN BERSADAP, MANA LEBIH SEDAP?

Setiap kali UMNO diserang dengan ungkapan UMDAP – istilah yang bermaksud kerjasama antara UMNO dan DAP, setiap kali itu jugalah penyerang berkaitan akan diserang balik.

Jika yang menyerang itu PAS, mereka akan diingatkan dengan ungkapan PASDAP iaitu PAS juga pernah bekerjasama dengan DAP sebelum ini.

Kalau yang menyerang itu Bersatu, mereka turut diingatkan dengan ungkapan BersaDAP yakni Bersatu turut pernah bekerjasama dengan DAP.

Memang tidak dinafikan, ketiga-tiga parti Melayu utama di negara ini iaitu UMNO, PAS dan Bersatu pernah menjalin kerjasama dengan DAP.

Tetapi, hubungan manakah yang lebih sedap?

PAS menjalin kerjasama dengan DAP sebelum kedua-dua parti itu berjaya mendapat kuasa sebagai kerajaan.

Makna kata, PAS memutuskan hubungan mereka dengan DAP sebelum kedua-duanya dapat merasa nikmat “sedap” sebagai kerajaan.

Kalau PAS masih bersama DAP sehingga ke hari ini, mungkin nikmat “sedap” jadi kerajaan turut dapat mereka rasai.

Bersatu pula menjalin kerjasama dengan DAP menjelang PRU14 sebagai sebahagian strategi untuk menumbangkan UMNO/BN ketika itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Pengerusi Bersatu berhujah, tanpa bekerjasama dengan DAP dan tanpa sokongan bukan Melayu, UMNO/BN tidak mungkin dapat dikalahkan.

Maka itu, terjalinnya kerjasama Bersatu dengan DAP.

Bagaimanapun setelah berjaya menjadi kerajaan pada 2018, dua tahun kemudian iaitu pada 2020, Bersatu bertindak memutuskan hubungan dengan DAP dengan parti itu mengumumkan keluar daripada PH.

Ertinya, Bersatu tak mahu lama-lama merasai nikmat “sedap” dengan DAP.

Hubungan BersaDAP yang terjalin selama beberapa tahun itu terlerai “kesedapannya” apabila kerajaan PN ditubuhkan dengan Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri dan DAP terkeluar daripada kerajaan.

Tentang hubungan UMNO dengan DAP, ia mula terjalin selepas PRU15 apabila terbentuknya kerajaan perpaduan dengan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Memang hubungan UMNO yang merupakan tunjang BN dengan DAP yang memiliki paling banyak kerusi daalam PH adalah hubungan paling “sedap” kerana ia adalah perkahwinan dua parti yang saling bermusuhan selama bertahun-tahun demi sama-sama beroleh kuasa sebagai kerajaan.

Bayangkan betapa “sedapnya” suatu perhubungan bila permusuhan bertahun-tahun sudah bertukar menjadi hubungan bermesra-mesraan?

Sehingga ini, setelah lebih dua tahun bersama dalam kerajaan perpaduan, walau diuji dengan bermacam dugaan, UMNO dan DAP nampaknya masih mampu bertahan demi nikmat “sedap” sebagai kerajaan.

Tidak mustahil, tentunya kerana masing-masing tengah “sedap”, hubungan keduanya akan bertahan sehingga PRU16 akan datang.

Selepas PRU16 akan datang, masih sukar ditentukan ke mana hala tuju UMNO ketika itu, semuanya bergantung kepada berapa kerusi yang mampu dimenangi.

Ada kemungkinan UMNO akan kekal lagi bersama DAP untuk menyambung “kesedapan” yang sedia terjalin atau barangkali juga beralih kepada pasangan baru untuk mencari “sedap” yang lain.

Begitu pun, sementara PAS dan Bersatu pernah merasa “sedap” bersama DAP, manakala UMNO sedang menikmati “kesedapan” itu, yang pasti ialah PKR dan Amanah akan terus kekal untuk “bersedap” bersama parti tersebut.

Dengan DAP merupakan parti pilihan pengundi Cina, parti itu memang “sedap” dijadikan rakan kerjasama oleh PKR dan Amanah – kalau pun tidak selagi ada bulan dan bintang, ia mungkin sehingga puluhan tahun akan datang. – ShahbudinHusin 05Mei2025.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

6 responses to “ANTARA UMDAP, PASDAP DAN BERSADAP, MANA LEBIH SEDAP?”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Agong dah tawarkan dulu tapi Pas tolak, hari ini PN meroyan

    https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhho99f8pIPRKPOYAarPAsMQ2CkwpiH1rERl7gBWAK_fBA6iyf_svZnPQm1-Z1Fp2Ab6xmR7ffNbZUC8H283QNZiks4wsJqc1mJDhXBDVS3lnBadhlEdPU_MjDBzdl0dZKlBWcPoo3h5C5vJbCq-3gbIWD68MEtW4yNzKF4dW2YeSpnFwHX7QwwFJDqzaI

     
    HarapandailyMay 5, 2025
    Perikatan Nasional (PN) dilihat meroyan mahu menubuhkan kerajaan walaupun pernah menolak peluang membentuk kerajaan selepas PRU-15 apabila dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
    Malah, Timbalan Presiden Bersatu Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin berkata, partinya terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO selain mengaitkan institusi diraja untuk berperanan menyatukan parti Melayu.

    Pada 2022, selepas keputusan PRU-15 menyaksikan Parlimen tergantung, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah membuka ruang untuk gabungan politik termasuk Pas dan PN menyertai Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara.
    Namun, Pas sombong memilih untuk menolak cadangan Seri Paduka Baginda dengan alasan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
    Pada masa ini, setelah Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berfungsi dengan mandat yang sah dan sokongan majoriti Dewan Rakyat, PN pula seolah-olah tidak sabar mahu menggulingkan kerajaan.

    PN memainkan sentimen kaum dan naratif kononnya kerajaan MADANI hari ini tidak stabil, meskipun telah mendapat keabsahan Parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

    Walaupun Kerajaan Perpaduan realitinya terbentuk hasil gabungan 18 parti yang berbeza, PN terus menjaja naratif UMDAP sebagai helah meraih sokongan masyarakat Melayu.
    Logik UMDAP daripada PN juga adalah ‘ke laut’ memandangkan gabungan UMNO dan DAP hanya berjumlah sekitar 70 kerusi, sedangkan fakta sudah jelas menunjukkan Kerajaan Perpaduan pada masa ini mempunyai 153 kerusi.
    Ketika Kerajaan Perpaduan terus memacu agenda ekonomi, pelaburan dan kestabilan sosial, pembangkang cenderung mengheret negara ke kancah ketidaktentuan demi kepentingan politik sempit mereka.
    Pembangkang dengan kepimpinannya terutama Bersatu yang kini tertekan dengan isu dalaman, pendakwaan pemimpin, dan kekangan dana terus gagal memainkan peranan semak dan imbang secara konstruktif.
    Pas juga yang seperti pelacur turut membuka mulut kononnya menerima dan terbuka untuk kerjasama dengan Umno walaupun Kerajaan Perpaduan masih mempunyai lebih separuh penggal untuk melaksanakan dasar dan agenda reformasi demi negara.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, May 05, 2025

    Share

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Lawatan Study Tour MP2 PSB/URA anjuran Kementerian Perumahan.

    MP2 PN janji nak join tapi cabut kecut teloq dok sibuk lawat kandang Babi dan hidu taik Babi dalam sungai.

    Masa Kerajaan PN 33 kemain torak tin kosong champion URA hingga 2 ekoq Muallap PAS gadai lelong murah tanah Kg Melayu kepada Pemaju.

    Hari ini lepas penat sessi karaoke dan main moto mewah, Mat Qazaf PAS Aloq Setaq nak himpun bantah URA konon selamatkan Melayu dan Islam.

    PAS dah seDAP ikut perangai Babi le.

    MASA JADI KERAJAAN APA PUN TAK BUAT… SEMBANG PANDAI.

    https://wrlr.blogspot.com/2025/05/masa-jadi-kerajaan-apa-pun-tak-buat.html

     
    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, May 05, 2025
    Share

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    ANTARA UMDAP, PASDAP DAN BERSADAP, MANA LEBIH SEDAP?5 May 2025

    Lebih sedap dok kiro Babi dan bau taik Babi ditangan, pastu mampus PRK.

    Tanyalah Pengerusi Lajnah Khinzir, Pasir Mas mano dap?

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PN dah jual mahal kepada YDPA dan MRR selepas PRU15.
    Mezoh Minyak Masak ingat Tuanku2 mudah lupa kepada yang gila kuasa kaki Sakaw?
    Boleh siderhaka Abah dan Hadi sign surat Titah Kerajaan Perpaduan YDPA dengan ayat tak setuju?

    Sampai hari kena dakwa 3R diMahkamah persoal kenapa YDPA dan MRR tak peraku doh cukup jumeloh nak klentong Istana Negara kerana 10 SD BN tak sah dan tak legal!

    Ayat hanya Raja boleh satukan Melayu adalah ayat desperado SiTua Saka tetapi dia pengkhianat yang lelong Pulau Johor rasanya Tuanku YDPA Sultan Johor dah teramat murka tunggu tindakan syor RCI dakwa jenayah sahaja!

    Raja boleh satukan parti Melayu, kata Hamzah
    Raja boleh satukan parti Melayu, kata Hamzah

    55 MINS AGO

    FMT Reporters

    Share
    Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin berkata penyatuan parti Melayu boleh menjadikan kaum itu lebih dominan.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F4f609b1b-05-hamzah-zainudin.webp&w=1200&q=75
    Jika diberi peranan Hamzah Zainudin sedia menghadap raja Melayu untuk memaklumkan keadaan semasa negara namun mahu kerjasama semua parti Melayu.
    KUALA LUMPUR: Raja Melayu boleh memainkan peranan menyatukan parti Melayu untuk menjadikan kaum itu lebih dominan dalam pentadbiran negara, kata Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin.
    Hamzah berkata, sejarah membuktikan kemampuan institusi diraja menggabungkan masyarakat Melayu dari negeri berlainan dalam menentang cubaan penjajahan mutlak British menerusi Malayan Union, 80 tahun lalu.
    Ketua pembangkang berkata, sifat feudalisme orang Melayu dengan mengangkat seorang raja yang bukan sahaja boleh memimpin tetapi boleh dipercayainya turut menjadikan peranan raja-raja lebih besar dalam penyatuan ummah.

    “Jadi bila kita lihat itu dengan apa berlaku hari ini, pada saya kalau nak Melayu bersatu raja-raja harus berperanan…bercakap mengenai (penentangan) Malayan Union pada 1946 bagaimana orang Kelantan, Johor, Kedah dan semua orang Melayu boleh bergabung dan akhirnya menubuhkan Umno.
    Play
    “(Itu berlaku) Apabila raja-raja berperanan di situ,” kata timbalan pengerusi Perikatan Nasional (PN), yang turut memberi senario Umno tidak tertubuh jika orang Melayu dari negeri berlainan tidak bersatu pada waktu itu.

    ADVERTISEMENT

    https://content1.avplayer.com/5b59760c073ef46a2e6b8f13/videos/67a34fcf3c55f497a409428f/629e26c7-f4ec-4eec-994e-339a9733f534.webphttps://content1.avplayer.com/5b59760c073ef46a2e6b8f13/videos/67a34fcf3c55f497a409428f/629e26c7-f4ec-4eec-994e-339a9733f534.webp

    Sedia menghadap raja
    1 Mei lalu, FMT melaporkan gesaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad supaya parti Melayu memaparkan kesatuan jika mahu sokongan moral raja Melayu.
    Perdana menteri keempat dan ketujuh itu juga berkata, perpecahan Melayu bukan sahaja melemahkan kaum itu malah berisiko memberi kesan kepada kedudukan institusi diraja.
    Hamzah turut menyatakan kesediaan menghadap raja-raja Melayu untuk memaklumkan keadaan ketika ini, namun menekankan keperluan pihak lain bekerjasama dengannya jika diberi peranan melakukannya.
    “Sekiranya semua parti-parti Melayu ini dapat bersama dengan contoh Majlis Raja-raja Melayu, saya rasa tak timbul lagi masalah pada masa depan terutama kalau dilakukan secepat mungkin.
    “Insya-Allah Melayu akan menguasai negara,” kata Ahli Parlimen Larut itu.
    Menyentuh soal kerjasama dengan parti bukan Melayu jika keputusan PRU16 kekal seperti pilihan raya hampir tiga tahun lalu, Hamzah berkata semua pihak perlu melihat semula perjalanan pembentukan pemerintahan Putrajaya semasa itu.
    Katanya, jika Yang di-Pertuan Agong ketika itu mencadangkan PN bergabung dengan Umno, kemungkinan besar kerjasama bagi membentuk kerajaan boleh berlaku.

    Namun, Hamzah berkata mereka telah berpengalaman bersama DAP dan PH, merujuk ketika bergabung dalam pemerintahan Putrajaya dari 2018 hingga awal 2020.
    “Maka sebab itu, apa yang berlaku hari ini adalah sesuatu yang kita biarkan Umno dengan DAP.
    “Kita tengok pemimpin mereka masing-masing bercakap, presiden cakap lain begitu juga timbalan presiden…maksudnya tiada konsensus dari segi apa gabungan mereka,” katanya. (TC: 08:20)
    Menurutnya, perbezaan itu dapat dilihat menerusi reaksi pemimpin Umno terhadap tempikan perang (war cry) ‘UmDAP mantap’ membabitkan Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming bersama ahli BN pada kempen PRK Ayer Kuning, baru-baru ini.
    “Timbalan presiden Umno (Mohamad Hasan) kata apa? Tiada gabungan. Ahmad Maslan (ahli Majlis Kerja Tertinggi) pun ada bercakap.
    “Mereka faham ayat gabungan itu? Kalau tiada maka tidak ada kerajaan ini,” katanya.

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Budin, sifirnya mudah cuma otak kau pun dah ikut tahap Walaun.

    PASDAP

    • Pertama kali PAS menang byk kerusi dan jadi Exco2 Negeri terkaya dan termaju
    • Fatwa halal undi DAP, haram undi UMNO
    • Tulis buku khas 80 ms Qazaf Fitnah Liwat Mahathir
    • Lobai kecundang kepada nafsu syaitan RM90 juta, boleh bayor tutup mulut kepada Claire Brown

    BERSADAP

    • Muka mintak sedekah sign Konsensus PH tumpang logo, bendera dan undi utk tanding, menang dan jadi Kerajaan dan PM walaupun menang paling kecil kerusi
    • Tikam belakang dan khianat kerana sign Konsensus PH memang nak kencing, nak mungkir janji
    • Dah Allah balas hukuman khianat. SiTua Saka hilang semua deposit dan terbalik rezeki, PMX gagal disekat. Yg kroni2 maseh membebel doh cukup jumeloh
    • Sekarang masing2 dok berebut janda

    UMDAP

    • Sudah bukti 5-0
    • Bukan roket sains, budak kindergarden pun boleh rumus ini formula win-win PRU16 kerana MCA, MIC dan GELAKAN dan tak relevan, boleh tanam kat jirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x