Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

TUN M TUNTUT PUAD MOHON MAAF SECARA TERBUKA

Dr Mahathir Mohamad mengemukakan surat tuntutan undang-undang terhadap ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi, berhubung dakwaan bekas perdana menteri itu menghalang pemindahan sebidang tanah yang dipegang atas nama amanah parti itu.

Menurut peguamnya, Rafique Rashid, surat tuntutan itu menuntut Puad membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mahathir di hadapan media arus perdana dan media sosial.

“Mohd Puad Zarkashi hendaklah mengadakan satu sidang media terbuka di bangunan Umno dengan jemputan media arus perdana serta media sosial dan membuat pengakuan bahawa penulisan dan/atau penerbitan fitnah tersebut adalah kesilapannya.

“Dalam sidang media itu juga Mohd Puad Zarkashi hendaklah menyatakan bahawa penulisan fitnah tersebut jelas menuduh Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang pecah amanah dan perkara itu tidak benar sama sekali,” katanya pada satu kenyataan.

Surat tuntutan itu turut menuntut agar Puad mengemukakan permohonan maaf secara bertulis dan tanpa syarat dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis tersebut dikeluarkan hari ini.

Puad juga diminta memberi jaminan dia atau mana-mana pihak yang bertindak bagi pihaknya tidak akan mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan reputasi atau integriti Mahathir, tertakluk kepada persetujuan Mahathir sendiri.

“Dr Mahathir merizabkan haknya untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan perkara ini sekiranya difikirkan sesuai manfaat dan perlu, termasuk kepada pihak-pihak lain,” tambah Rafique.

Ancaman tindakan undang-undang oleh bekas presiden Umno itu maklum balas terhadap hantaran Facebook Puad bertarikh 12 April bertajuk “Tun M mesti pulangkan harta Umno.”

Ini susulan laporan media pada 10 April bahawa Umno memfailkan saman untuk memaksa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan melaksanakan pemindahan hak milik sebidang tanah kepada parti itu.

Tanah berkenaan terletak di Lot 40, Seksyen 51, Kuala Lumpur yang kini menempatkan Hotel Seri Pacific. Ia terletak bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan Menara Dato’ Onn yang menjadi ibu pejabat Umno.

Sehari kemudian, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa salah seorang pemegang amanah enggan memulangkan tanah itu kepada parti, walaupun pemegang amanah lain telah bersetuju – namun dia tidak menamakan individu tersebut.

Puad bagaimanapun secara terbuka menyasarkan dakwaan terhadap Mahathir.

“Dia pemegang amanah. Itu pecah amanah namanya kalau tidak mahu tandatangan dokumen pulangkan harta.

“Sepatutnya 2008 lagi dia pulangkan harta tersebut,” dakwanya pada hantaran di media sosial yang telah ditarik balik.

Puad turut menyelar Mahathir kerana sering menuduh pihak lain, sedangkan isu pemilikan harta parti tidak wajar dipolitikkan.

“Apakah dia tidak rasa malu? Tuduh orang lain berbagai. Itu bukan harta persendirian,” tegasnya.

Mahathir menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh Zahid dan Puad sebagai satu fitnah.

Dia berkata dirinya bersama tiga lagi pemegang amanah telah menandatangani satu akuan berkanun pada 2015 bagi memudahkan permohonan pemindahan tanah itu kepada Umno namun permohonan tersebut ditolak atas sebab teknikal.

Bagaimanapun Puad kemudian mengakui dia tersilap selepas ditegur Mahathir dan menyalahkan laporan media yang didakwanya “tidak jelas” berhubung saman tersebut.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/740586

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

4 responses to “TUN M TUNTUT PUAD MOHON MAAF SECARA TERBUKA”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Dilantik sebagai penasihat SG4 tetapi tiada hasil kejayaan

    Tiada hasil kejayaan dicatatkan oleh syarikat yang dibentuk oleh empat kerajaan negeri tadbiran Perikatan Nasional – SG4 Group Sdn Bhd meskipun mereka melantik MM sebagai penasihat SG4.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Calon PN elok perjelas segeraCalon PN elok perjelas segera

    4 HOURS AGO

    Hishamuddin Aun

    Share
    Muhaimin boleh ambil iktibar daripada PRK Mahkota apabila seorang calon didakwa terbabit jenayah.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75
    “Bila tiba masanya, insya-Allah, kita akan jawab,” kata Abdul Muhaimin Malek, calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK Ayer Kuning pada Sabtu depan, membiarkan pengundi berteka-teki mengenai perkara sebenar berkait dakwaan bahawa beliau menipu dalam permohonannya mendapatkan tauliah mengajar pengajian Islam di Perak.
    Keadaannya seolah-olah bekas pengetua Maahad Tahfiz Quran Ad-Din Ayer Kuning berusia 44 tahun itu — juga pengerusi PN Tapah — meremehkan dakwaan berkenaan sedangkan ia harus berkisar kepada penentu peluangnya untuk memecah dominasi Barisan Nasional (BN) di DUN Ayer Kuning selepas hampir empat dekad sejak 1986.

    Dalam mempertahankannya, Naib Presiden PAS Idris Ahmad sekadar berkata Ustaz Muhaimin yang juga Yang Dipertua PAS Tapah memiliki tauliah untuk mengajar pengajian Islam di masjid dan surau di seluruh Perak sejak 2014 — maksudnya ia bukan pun sesuatu yang baharu untuk dipertikaikan ketika ini.
    Dalam pada itu, ada pula laporan bahawa Muhaimin yang memegang jawatan yang dipertua PAS Tapah sejak 2021 dianugerahkan pentauliahan mengajar pengajian Islam di Perak pada 2024.
    “OK, kita sekarang bincang mengenai tauliah. Isunya ialah Ustaz Muhaimin ada tauliah itu sahaja… dia tak tipu tauliah dia dan tidak usah cakap bab lain. Saya nak cakap yang Ustaz Muhaimin ada tauliah sahaja,” katanya pada sidang media di Bidor pada Selasa.
    Agak-agak ada tak tanda-tanda PAS tertekan dan seperti terperangkap dalam isu berkenaan? Berkali-kali dinafikan pun, orang akan berbahagi-bahagi sangka, sebahagian akan percaya manakala separuh lagi tidak.
    Bagaimanapun, penjelasan Idris itu dilihat menyimpang daripada isu sebenar. Ini kerana perkara itu timbul apabila Amanah Perak pada Ahad — sehari selepas penamaan calon PRK Ayer Kuning — meminta agar pihak berkuasa agama negeri menyiasat dakwaan bahawa Muhaimin menipu mendapatkan permohonan tauliah mengajar agama Islam di Perak.
    Sekiranya dakwaan itu benar, kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi, maka tindakan calon PN itu disifatkannya sebagai satu penghinaan kepada institusi agama dan derhaka kepada Sultan Perak selaku ketua agama Islam negeri.

    Jika itu yang dapat dimengertikan, maka tidak bolehlah ia ditepis semudah meremehkannya — baik oleh Muhaimin mahupun kepimpinan PAS yang pasti tidak mahu isu itu menjejaskan peluang mereka.
    “Peraturan semasa dengan jelas menyatakan bahawa individu yang memegang jawatan dalam parti politik atau bertanding dalam pilihan raya tidak layak diberikan tauliah mengajar.
    “Jika dakwaan ini benar, maka jelas calon tersebut telah memperoleh tauliah secara tidak sah dan menipu pihak berkuasa agama selain melanggar garis panduan dan peraturan sedia ada,” katanya dalam kenyataan.
    Asmuni yang pernah memegang portfolio Exco Agama Islam Perak menambah bahawa sekiranya perbuatan menipu untuk mendapatkan tauliah mengajar itu benar, ia satu bentuk pengkhianatan terhadap kepercayaan awam, pelanggaran undang-undang syarie, serta mencemar kedaulatan Raja Berperlembagaan.

    “Ia memperlihatkan sifat tidak jujur dan oportunis yang tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin rakyat,” katanya sambil menggesa pihak berkuasa agama menyiasat secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi.
    Ia satu dakwaan berat yang menuntut penjelasan segera tetapi Muhaimin nampaknya tidak terlalu memberatkannya.
    Sehari selepas dakwaan itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu bahawa beban pembuktian adalah di pihak yang membuat dakwaan.
    “Kalau ada pihak yang mendakwa calon kita tidak ada tauliah, pihak berkenaan perlu membuktikan. Selama ini calon kita itu sudah lama menjadi guru agama yang bertauliah,” katanya.
    Itu mungkin tidak perlu kerana pada hari yang sama Amanah Perak melalui Timbalan Ketua Pemuda Ahmad Munzirie Ahmad Kabir membuat laporan polis berkait dakwaan terhadap Muhaimin di IPD Tapah.
    “Dia ada jawatan dalam parti dan gabungan PN, sepatutnya tidak boleh mendapat pentauliahan, selain perlu bersikap jujur serta melepaskan tauliah sejurus memegang jawatan dalam politik,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan berkenaan.
    Susulan itu polis merakam percakapan Muhaimin berhubung isu tauliah mengajar agama pada Selasa, namun tidak membuka kertas siasatan, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk tindakan lanjut.
    Dakwaan ditimbulkan terhadap calon PRK dalam tempoh berkempen bukan pun sesuatu yang terasing jika masih diingati dakwaan jenayah terhadap calon BN Syed Hussien Syed Abdullah pada PRK Mahkota September lalu.
    Dalam satu ceramah, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard mendakwa Syed Hussien ada rekod jenayah yang bagaimanapun dijelaskan Presiden Umno Zahid Hamidi selepas itu bahawa calon BN itu ketika usia 20-an hanya membela orang buta yang diganggu dan dipukul oleh satu kumpulan dan bukannya dia memukul orang.
    Selepas Ketua Polis Daerah Kluang Bahrin Mohd Noh mengesahkan Syed Hussien tiada rekod jenayah, Che’gu Bard memuat naik satu video di TikTok memohon maaf atas perkara itu.
    Barangkali Muhaimin boleh ambil iktibar daripadanya dengan membuat penjelasan segera berbanding menunggu apabila semuanya sudah terlambat.
    Menyifatkan ia provokasi yang sengaja dicetuskan pihak lawan, beliau berkata jentera gabungan PN akan memberi keutamaan kepada mendengar isu dihadapi pengundi di DUN Ayer Kuning.
    “Saya enggan ulas isu ini (tauliah), sebaliknya saya mahu rakyat bertanya apakah harapan yang boleh ditawarkan kepada mereka. Tak mengapa, biarlah mereka (pihak lawan) mainkan isu ini,” katanya di Masjid Jamek Tapah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Ahad.
    Itu tindakan yang perlu diputuskannya dan diputuskan bersendirian tanpa sesiapa boleh memaksa apa-apa ke atasnya tetapi beliau harus tahu pemilih juga ternanti-nanti penjelasannya sebelum memutuskan pilihan mereka di peti undi.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      2 kaki Lebong PAS, Taki Black Friday dan Derih 5 hari patut berterima kasih kepada Mat Sagon Darat Pasir Mas, Ahmad Fadzli yang berkempen jangan Undi PAS diPRK Ayer Kuning kerana Calon PAS telah menipu kelayakan tauliah agama.

      Maka Kena dengan tema Jika undi PAS akan dapat penipu agama.

      Ini susulan Mat Sagon Ahmad Fadzli yang buka ruang spotlight awal2 bila mempersoal kelayakan Calon BN bertanding kerana status Penjawat Awam tidak dibenar aktif politik.
      Mat Sagon ropanya buta huruf mengenai Gred Minima Penjawat Awam boleh terlibat dimana Calon BN lepas syarat ini.

      Rumusan Asmuni kerana pernah pegang Exco Agama Perak:

      ”..Sekiranya dakwaan itu benar, kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi, maka tindakan calon PN itu disifatkannya sebagai satu penghinaan kepada institusi agama dan derhaka kepada Sultan Perak selaku ketua agama Islam negeri.
      Jika itu yang dapat dimengertikan, maka tidak bolehlah ia ditepis semudah meremehkannya — baik oleh Muhaimin mahupun kepimpinan PAS yang pasti tidak mahu isu itu menjejaskan peluang mereka.
      “Peraturan semasa dengan jelas menyatakan bahawa individu yang memegang jawatan dalam parti politik atau bertanding dalam pilihan raya tidak layak diberikan tauliah mengajar.
      “Jika dakwaan ini benar, maka jelas calon tersebut telah memperoleh tauliah secara tidak sah dan menipu pihak berkuasa agama selain melanggar garis panduan dan peraturan sedia ada,” katanya dalam kenyataan.
      Asmuni yang pernah memegang portfolio Exco Agama Islam Perak menambah bahawa sekiranya perbuatan menipu untuk mendapatkan tauliah mengajar itu benar, ia satu bentuk pengkhianatan terhadap kepercayaan awam, pelanggaran undang-undang syarie, serta mencemar kedaulatan Raja Berperlembagaan.
      “Ia memperlihatkan sifat tidak jujur dan oportunis yang tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin rakyat,” katanya sambil menggesa pihak berkuasa agama menyiasat secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi.”

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    U/P Mangkuk hayun PN Saifuddin Abdullah tunggang isu, lu jadi Menteri2 PN 33 bulan tak buat apa pung selain Sakaw berjemaah jadi baik duk diam je le.
    Nak guling PMX Sheraton Move dah lebih 24 bulan tercirit birit.

    Tumpu sahaja kes2 PN nak masuk Kluster Penjara!

    Anwar holds ‘frank, constructive’ talk with Myanmar’s junta head
    Anwar holds ‘frank, constructive’ talk with Myanmar’s junta head

    4 HOURS AGO

    FMT Reporters

    Share
    Prime Minister Anwar Ibrahim says the discussion also touched on the importance of returning Myanmar to ‘normalcy’ after a 2021 coup.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F04%2Fee38e296-anwar-ibrahim-n-min-aung-hlaing-collage-170425.webp&w=1200&q=75
    Prime Minister Anwar Ibrahim met Myanmar’s junta leader Min Aung Hlaing in Bangkok today.
    PETALING JAYA: Prime Minister Anwar Ibrahim said he had a “frank and constructive” discussion with Myanmar’s junta leader Min Aung Hlaing today.In a Facebook post, Anwar said their discussion touched, among others, on the importance of “returning the country to normalcy”, adding that he would also meet with representatives of the National Unity Government (NUG).

    The NUG and National Unity Consultative Council (NUCC) form the Myanmar government-in-exile, which was established after a 2021 military coup that sparked widespread protests and civil unrest across the country.
    Civil rights groups say the junta has arrested thousands of protesters and activists since the coup, which saw its military overthrow the democratically-elected government of Aung San Suu Kyi and the National League for Democracy.

    The coup plunged the nation into a multi-sided civil war which has seen at least three million people displaced, according to the United Nations.
    Myanmar’s military government yesterday said it would release nearly 5,000 prisoners in an amnesty to mark the country’s new year festivities, reported AFP.
    “I welcome recent steps to ease tensions, including the release last night of 4,800 detainees. Such gestures are a meaningful signal,” said Anwar.
    Anwar also encouraged all parties to “engage seriously” in the interest of Myanmar’s stability and the wellbeing of its people.

    Asean – which Malaysia is chairing this year – wants Myanmar to implement a five-point peace plan to halt the fighting, with the ruling generals barred from attending its meetings over their failure to comply.
    He said he and Min discussed the immediate deployment of a field hospital in the country after the recent earthquake.
    The devastating 7.7-magnitude earthquake that struck Myanmar on March 28 has claimed more than 5,300 lives and compounded the already critical humanitarian crisis in the country amid the civil war.
    Yesterday, foreign minister Mohamad Hasan said the mission to deploy me

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x