Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

TERENGGANU LARANG JUAL PRODUK VAPE MULAI 1 OGOS

Kerajaan Terengganu melarang penjualan produk rokok elektronik atau ‘vape’ di semua premis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri itu, mulai 1 Ogos.

Keputusan ini merupakan langkah proaktif kerajaan bagi membendung penjualan dan penggunaan produk rokok elektronik, “yang boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan rakyat, khususnya dalam kalangan generasi muda”.

“Mana-mana pengusaha vape yang masih menjalankan perniagaan ketika larangan ini sedang dikuatkuasakan akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang kecil yang digubal di bawah Akta Kerajaan Tempatan,” menurut kenyataan.

Antara tindakan akan diambil adalah kompaun dan sitaan barang vape yang dijual, kata Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatannya, Wan Sukairi Wan Abdullah.

“Sekiranya pengusaha masih lagi meneruskan perniagaan, tindakan pendakwaan selanjutnya akan diambil ke mahkamah,” tambahnya.

Larangan ini diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam.

Perkembangan ini menyusuli saranan polis pada 17 Apr lalu, agar kerajaan negeri mengenakan larangan tertentu berkenaan penjualan rokok elektronik kerana kes penyalahgunaan dadah sintetik menggunakan rokok elektronik semakin membimbangkan.

Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay juga dilapor berkata Terengganu mencatatkan kes penyalahgunaan dadah kedua tertinggi di Malaysia, dengan 914 kes dalam setiap 100,000 penduduk.

Seiring perkembangan ini, kerajaan Terengganu mengumumkan Yayasan Pembangunan Usahawan akan menawarkan kursus keusahawanan serta peluang perniagaan bagi membantu pengusaha dan pekerja di premis vape yang terjejas beralih ke sektor perniagaan yang lebih mampan dan selamat.

Dasar tidak meluluskan lesen perniagaan kepada mana-mana premis yang menjual produk rokok elektronik turut dikekalkan, mankala syarat-syarat lesen akan diperkemas bagi memastikan larangan dapat dikuatkuasakan sepenuhnya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak terima sebarang bentuk tajaan daripada mana-mana syarikat pengeluar atau pengedar produk vape bagi program atau acara anjuran kerajaan, termasuk mengadakan pengiklanan produk vape.

Tempoh lanjutan dari 1 Mei hingga 31 Julai 2025 akan diberikan sebelum penguatkuasaan larangan ini dilaksanakan sepenuhnya, termasuk penguatkuasaan terhadap papan-papan iklan berkaitan perniagaan vape.

“Kerajaan negeri menyeru semua pihak untuk memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan dasar ini demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan Terengganu yang lebih sihat dan sejahtera,” katanya.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/04/24/terengganu-haram-jualan-vape-mulai-1-ogos

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
25 April 2025 11:06 am

WEEIIII MANA SATU BETOI.. PAS MAIN ISU BABI.. KEH. KEH… 

 Yang lulus kandang babi tu exco Pas masa jadi kerajaan.

Yang nak hapus kandang babi tu calon Pas masa jadi pembangkang. 

Situ duduk dulu tuan tuan yamelia…

comment image

comment image

AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, April 25, 2025

Share

Home

Anonymous
Anonymous
25 April 2025 11:11 am
Reply to  Anonymous

Kerja sia2 Mat Sagon Muka Darat PAS Pasir Mas Fadzli dan Mat Qazaf PAS Aloq Setaq Afnam merangkak kekandang Babi Ayer Putih nak bagi ceramah, he he.
Ropanya, Mat Kastam Razman jadi Exco PN dok lulus kandang Babi.

ZAMAN PN LULUS BANYAK LADANG BABI…

comment image

 
AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, April 25, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
24 April 2025 11:11 pm

Mat Sagon Darat PAS Pasir Mas, Ahmad Fadzli dok sibuk ziarah babi diAyer Kuning, Perak kerana PAS dok terdesak tunggang isu babi utk PRK Ayer Kuning.
Soalan bocor adalah Ahmad Fadzli tak ingin ko ziarah negeri Kelate nak tunggang sama berlambak isu dinegeri sendiri?

FAKTA TAK PERNAH BOHONG

Sham Ghaz

 Kelantan Negeri ke 2 paling selamat? tapi faktanya hampir semua kes jenayah terutamanya kes rogol dan dadah tertinggi.

comment image

Kerajaan Kelantan usah menepis kegagalan YB PAS tadbir dan urus masalah gejala sosial dan jenayah di Negeri ini seolah olah semua kerja polis. 

Jadi YB Pas yang dah menang boleh goyang kaki dan makan gaji buta? 

Habis tu MB, TMB, Exco dan Pegawai Kerajaan peringkat Negeri dan Daerah buat apa? 

Apa blue print yang dirangka dan sudah dibuat?

Tidak reti tadbir, lepas tu letak kesalahan di bahu orang lain.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 24, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
24 April 2025 11:18 pm
Reply to  Anonymous

LAJNAH BARU – TOK HEPI DAPAT BERITA INI

 

LAJNAH BARU – TOK HEPI DAPAT BERITA INI

comment image

comment image

Itulah hikmahnya ada PRK kat Ayer Kuning. Tok diberitahu, parti tok telah mewujudkan lajnah ” Darul Khinzir” bagi mengira jumlah khinzir di seluruh ladang khinzir.  

Lajnah ini akan kira jumlah khinzir2 tersebut mengikut jantina, berat dan gred tahinya. Mana lebih banyak samada waktu kerajaan tok 33 bulan dengan kerajaan madani sekarang.  

Gembira sungguh tok tengok para2 lebai tok buat rombongan ke rumah kediaman khinzir2 tersebut sebagai satu amalan ziarah, eratkan silaturrahim sempena raya ni.

Tok harap parti tok menang di Ayer Kuning kerana adanya “manifesto” untuk mewujudkan lajnah baru ini.

TOK Usin

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x