Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

NETIZEN HENTAM KKM ANJUR RUMAH TERBUKA PENUH GLAMOR

Kementerian Kesihatan (KKM) menerima kritikan hebat susulan penganjuran majlis sambutan Hari Raya besar-besaran di kementerian itu semalam.

Ramai pihak mempersoalkan perbelanjaan KKM untuk majlis rumah terbuka itu, selepas beberapa gambar acara berkenaan menunjukkan sambutan yang meriah termasuk persembahan daripada artis popular tanah air.

Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik di akaun Facebook Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, antara artis yang dijemput menghiburkan tetamu ialah penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza dan raja pop, Jamal Abdillah.

Satu kumpulan penari tradisional Melayu turut kelihatan membuat persembahan di atas pentas dalam acara itu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Hantaran Facebook Dzulkefly yang dimuat naik sebelum jam 11 malam tadi menarik ratusan kritikan, termasuk daripada individu yang dipercayai petugas kesihatan.

“Untungnya orang-orang kementerian kan, jamuan level-level kayangan..artis panggil yang mahal-mahal. Kalaulah bajet tu digunakan untuk repair klinik-klinik yang daif lagi bagus,” kata satu komen netizen pada hantaran tersebut.

Seorang lagi netizen bertanya: “Aik, ada bajet pulak?”

“Kalau saya, saya malu nak buay jamuan dan up kat sosmed bila pakerja bawah jagaan saya burn out. Itu saya lah,” komen seorang lagi, dipercayai merujuk kepada isu beban kerja petugas kesihatan KKM di seluruh negara.

“Lauk boleh tambah, staff bila nak tambah?” soal seorang lagi warga maya.

Ada juga komen di Facebook Dzulkefly yang menggesa menteri itu meletakkan jawatan.

Malaysiakini telah menghubungi KKM dan pejabat menteri untuk mendapatkan maklum balas. Seorang pembantu Dzulkefly memaklumkan bahawa menteri itu akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Jumlah sebenar perbelanjaan KKM bagi majlis sambutan hari raya dan persembahan tersebut masih belum diketahui.

Bagaimanapun Malaysiakinidimaklumkan bahawa Jamal bersetuju membuat persembahan sebagai memenuhi jemputan daripada ketua setiausaha kementerian itu yang juga sahabatnya.

Penyanyi terkenal dengan lagu ‘Gadis Melayu’ dan ‘Kekasih Awal dan Akhir’ itu berkata dia tidak menetapkan bayaran tetapi bersetuju membuat persembahan sebagai tanda penghargaan.

“Disebabkan saya ini kawan kepada datuk KSU, jadi saya tak kira berapa dia nak bagi, saya ambil.

‘Tak mahal pun, beberapa ribu (Ringgit) sahaja.

“Jadi besar hati saya dapat menghiburkan PMX dan dapat hiburkan warga-warga KKM,” kata Jamal.

Usaha mendapatkan komen daripada Siti Nurhaliza melalui pengurusnya masih belum berjaya.

KKM sejak sekian lama berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja yang menurut kementerian berpunca daripada kekangan kewangan.

Menurut laporan media, ramai petugas kesihatan termasuk doktor mengalami keletihan melampau akibat waktu kerja yang panjang dan beban kerja yang tinggi.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/741190

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
24 April 2025 8:05 pm

PAS boleh nganjing bawak karikatur PMX dan Loke DAP dihari nama calon dan pakat gelak belako. Tetapi bila DAP bawak karikatür Mat Kastam masa kempen, terus PAS koyak mcm tisu nipis. Ha Ha, sensitip digelar Badut ko? DENGAR SAMPAI HABIS ISU KAMPUNG BARU DAN KAMPUNG SG BARU- HADI MULA TERDESAK ! DAH NAMPAK SIGNAL PAS KALAH BESAR ?  Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria, memberikan tempoh selama 24 jam kepada exco negeri berkenaan untuk meminta maaf atas tindakannya menghasilkan karikatur wakil rakyat PAS berkenaan. Menurut Razman tindakan diambil Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung… Read more »

Anonymous
Anonymous
24 April 2025 7:13 pm

BENARKAH ISU INI . ATAU SENAGAJA DIMAINKAN SETERU POLITIK ?

comment image

 
AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 24, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
24 April 2025 7:07 pm

Modus operandi standard PAS.
Fitnah lepastu mitok maaf takut kena bangkrap. Tak takut dosa fitnah.

Saman fitnah, pesuruhjaya PAS mohon maaf kepada Rayer di mahkamah
2 HOURS AGO

Share
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Yusoff mengemukakan permohonan maaf kepada Ahli Parlimen DAP RSN Rayer di mahkamah yang menjadi sebahagian penyelesaian saman fitnah dibuat ketika berceramah, dua tahun lalu.

Anonymous
Anonymous
24 April 2025 12:38 pm

Woi Mat Qazaf, isu Babi pung Man Kastam dah bunuh diri PAS! Dulu dia jadi Exco Pertanian Perak, sekoq Babi pun tak sentuh, bagi fatwa PAS, kesian Penternak2 Babi dah labur banyak duit jadi tak adil. Sama macam isu Aloha Bogel di Pulau Terengganu dah berlaku lebih 10 tahun kerana utamakan pulangan sektor pelancongan! Bila PAS jadi Kerajaan, halal untuk ana haram untuk ente le. HADI TERLEPAS CAKAP LA YA. MP QAZAF BUAT KOMEN.   Jamzuri Ardani Bagi saya ini satu pengakuan terbuka dari pihak PAS bahawa presiden parti mereka sudah terlajak dan tersalah cakap, dan menjadi beban kepada usaha kempen… Read more »

Anonymous
Anonymous
24 April 2025 12:29 pm

Dah raya sakan melilau, kena le jawab pulak RM170 juto duit Rakyat! Ismail Sabri hadir soal siasat SPRM kali ke-8 Ismail Sabri hadir soal siasat SPRM kali ke-8 1 HOUR AGO Howard Tsen Share Bekas perdana menteri itu dipanggil sebagai suspek dalam siasatan yang turut melibatkan empat bekas pegawai kanannya.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F04%2F7cc49e1a-ismail-sabri-macc-240425-1.webp&w=1200&q=75 Kenderaan yang membawa bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pagi tadi. PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pagi tadi untuk disoal siasat kali kelapan. Ahli Parlimen Bera itu tiba… Read more »

Anonymous
Anonymous
24 April 2025 12:26 pm

Keputusan terbaik dari tahun 2013, 11 tahun!
Mengapa Mamak Tisu Lembik JQAF, Radzi Jidin cukup jaki dengan Menteri KPM Fadzlina?

14,179 calon SPM 2024 dapat semua A, GPK naik 4.9
14,179 calon SPM 2024 dapat semua A, GPK naik 4.9

1 HOUR AGO

FMT Reporters

Share
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata keputusan SPM tahun lalu itu mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013.

Anonymous
Anonymous
24 April 2025 10:46 am

Perenggan terakhir Budin menyebut… “ramai petugas kesihatan termasuk doktor mengalami keletihan melampau…bla bla bla….’ You see Budeng…..sebab dia orang letih la KKM anjurkan konsert hari raya bersama jamal abdillah dan siti nurhaliza supaya mereka dapat bersantai dan menghilangkan rasa letih….Lagi pun kan Jamal dah cakap dia tak menetap bayaran pun. Kalau nak cakap pasal membazir, zaman boskuur dulu lagi dasyat Budin. Bukan setakat konsert artis luar negara kat Sri Perdana Budin….dia sakau berbilion2 lagi duit MDB. Hang buat pekak badak jer masa tu…Tu pun kau terketaq2 kepala butoh nak lepaskan dia! Memang dasar perut busuk sakit hati tak habis2….kah kah… Read more »

Anonymous
Anonymous
24 April 2025 12:23 pm
Reply to  Anonymous

Artis VVIP Siti Nurhaliza tak caj bagi gratis kerana jasa Kakitangan2 KKM kepada negara.

Budin pekak badak tal komen sambutan Raya PN lagi gempak perabih duit Sakaw.

Anonymous
Anonymous
24 April 2025 10:03 am

Nak mundur, Undi PAS! NAK BAGI PAHANG MELINGKUP..UNDI PAS..LINGKUP HABIH.    MMMS Benda paling kelakar. ADUN Cheka kononnya nak up data Terengganu dalam DUN Pahang. Tu ADUN Benta jawap, bonus penjawat awam Terengganu rm500 ringgit, bonus penjawat awam Pahang adalah 1.5 kali ganda. Saguhati raya Terengganu rm500, Pahang rm1k.  Pastu ADUN Cheka soal balik, Tabung bencana Terengganu di peruntukkan sebanyak 1 juta 2024, 2025 sebanyak 2 juta, penerima (Terengganu) dah terima sebanyak 588 ribu ringgit dari pada 679 penerima. Pastu suruh focus pada tabung bencana sama ada nak buat atau tidak.  ADUN Benta jawap balik, Pahang ada tabung bencana, tahun… Read more »

Anonymous
Anonymous
24 April 2025 8:23 am

Yolo sengoti kalu ikut fatwa Pork Lobai, Babi pun boleh terbang! İni kerana semasa PAS jadi Kerajaan Di Perak dolu dolu, Razman sendiri yang jadi Exco Pertanian Perak tak sentuh satu ekoq babi pun kerana ikut fatwa Razman tak adil kerana Penternak2 Babi dah buat pelaburan besar dan belanja banyak. Mat Sagon Darat PAS Pasir Mas Ahmad Fadzli yang kelihatan nak terjun ke Ladang Babi nak bagi ceramah diAyer Kuning kerana kempen PRK! Ahmad Fadzli patut balik selesaikan semua masaalah2 diKelantan sendiri dulu le sebelum nak sibuk negeri lain. Masaalah2 bertimbun dan berjujuk dari air teh tarik dah lebih 30… Read more »

10
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x