Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

ERTINYA UMUM PROJEK BILA ADA PRK SELEPAS INI ADALAH DIBENARKAN

Meskipun banyak pihak tampil mempertikaikan, termasuk jika Anwar Ibrahim masih Ketua Pembangkang pun beliau pasti akan turut mempertikaikannya juga, tetapi Perdana Menteri dilaporkan mempertahankan pengumuman peruntukan RM6.13 juta bagi 33 projek pembangunan di kawasan Parlimen Tapah menjelang PRK Ayer Kuning pada 26 April depan.

Anwar berkata, peruntukan yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu dibuat pada 10 April,  sebelum hari penamaan calon bagi PRK berkenaan diadakan.

Penamaan calon PRK Ayer Kuning diadakan pada 12 April.

“Pengumuman projek itu dibuat sebelum proses penamaan calon. Kalau selepas itu (penamaan calon) kita kena bagi amaran…tidak boleh,” katanya seperti dilaporkan media.

Pada 10 April lepas, Nga mengumumkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan berjumlah RM6.13 juta bagi 33 projek pembangunan dan infrastruktur awam di bawah Program Sentuhan Kasih 3.0.

Antara yang paling awal membidas pengumuman Nga Kor Ming itu ialah Bersih.

Malah MIC melalui Timbalan Presidennya, M Saravanan turut tidak senang dengan pengumuman projek yang diumumkan dua hari menjelang hari penamaan calon itu.

Katanya, sebarang projek pembangunan perlu diumum lebih awal bagi mengelak tanggapan rakyat seolah-olah kawasan itu dianak-tirikan dan hanya diberi perhatian kerana ada pilihan raya.

“Patut projek diumum lebih awal, ini macam (umum) bila sudah semua orang mula bising, jadi perkara-perkara seperti ini walaupun mungkin tak ada niat, ia tidak memberi keselesaan antara parti-parti dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Parti-parti yang bertanding di Ayer Kuning juga turut mempertikaikan pengumuman projek oleh Nga Kor Ming itu dan menyifatkannya sebagai “rasuah pilihan raya”.

Pengumuman tarikh sesuatu PRK biasanya dibuat oleh SPR lebih sebulan sebelum tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian ditetapkan.

Dalam kes PRK Ayer Kuning, pengumuman SPR mengenainya dibuat pada 7 Mac lalu.

Dengan menggunakan hujah Anwar itu, bermakna selepas ini semua menteri dan kementerian adalah dibenarkan mengumumkan projek-projek pembangunan setiap kali ada PRK, asalkan ia dibuat sebelum hari penamaan calon.

Yang salah hanya jika ia diumum selepas hari penamaan calon.

Pasti dalil Anwar ini akan menyebabkan PRK selepas ini lebih meriah kerana tempoh masa antara pengumuman SPR dengan hari penamaan calon adalah lebih panjang berbanding tempoh masa antara hari penamaan calon dengan hari pengundian.

Tak begitu? – ShahbudinHusin 14April2025.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

15 responses to “ERTINYA UMUM PROJEK BILA ADA PRK SELEPAS INI ADALAH DIBENARKAN”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi. 

    Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba. 

    Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam. 

    Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.

    Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia. 

    Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembanganunan dengan nilai. 

    Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.

    Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.

    Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.

    Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi. 

    Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.

    Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi. 

    Selamat jalan, Pak Lah.

    Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.

    *ANWAR IBRAHIM*

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Banding dgn 3 ekoq yg maseh membakar negara dgn politik doh cukup jumeloh tetapi maseh gagal nak guling Kerajaan.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Munafik PN BERSATU dan PAS baru sahaja hantar rombongan termasuk Mat Jargon Machang Wan Fasyhal dan Mat Sagon Pasir Mas Ahmad Fadzli lawatan sambil belajar diShanghai, Cina termasuk taklimat oleh Pentadbiran Parti Komunis Cina.
    Kemain Mat Jargon dan Mat Sagon puji sambil bergambar depan Bapok Bendera Cina Komunis.

    Hadi tak dijemput bersalam dgn Presiden Cina Xi Xipeng ko takut hilang akidah?

    Monday, April 14, 2025Will PAS go berserk by faulting DAP when Mr Communism sets foot on Malaysian soil?

    https://focusmalaysia.my/wp-content/uploads/logo1x-fm.png

    Will PAS go berserk by faulting DAP when Mr Communism sets foot on Malaysian soil?

    By Phlip Rodrigues

    https://focusmalaysia.my/wp-content/uploads/TV3-Mslaysis-China.jpg

    CHINESE President Xi Jinping will be visiting Malaysia from April 15 (tomorrow) to 17 and one wonders what reception he would get from the Malaysian public.

    Given the country’s phobia about communism, the public reaction to Xi’s visit will be closely watched to see if there is any overzealous display of greeting for the Chinese leader.

    Political parties like PAS which has always accused the DAP of being pro-communist will surely be monitoring DAP leaders if they are part of the welcoming party.

    What are the tell-tale signs of communist leaning when Xi sets foot on Malaysian soil?

    Let’s see how PAS sizes up top DAP leaders greeting Xi. Wide smiles, firm hugs, vigorous pumping of hand, loud back-slapping, facial expressions, whispering, boisterous laughter – these are all give-away signs.

    What do these signs mean? As usual, PAS – wearing its blinkers – will come up with some silly interpretations.

    https://focusmalaysia.my/wp-content/uploads/Police-506×632.jpeg

    Those ear-to-ear grins reveal DAP is overjoyed to meet a fellow comrade. Accompanied by tight hugs and robust handshake prove the party wants to become the best of buddies with the Chinese Communist Party.

    Oh, all those hearty thumping on the back, twinkling in the eyes and guffaw could only signify DAP is so glad to meet this communist leader who is riding high on the world stage.

    ‘DAP accused of brokering visit’

    And, oh mine, see them whispering? Sinister! Sinister! It could mean these DAP fellows must be pouring into Xi’s ear some unpleasant things about Malaysia or expressing boundless admiration for China’s economic miracle.

    Not only would DAP come under PAS radar but also the local Chinese community. It is expected that a mammoth crowd (perhaps in the tens of thousands) will be on hand to catch a glimpse of this star and even grab his hand if he decides to mingle with the screaming fans.

    https://focusmalaysia.my/wp-content/uploads/PAS-DAP-USE.jpg

    This is too much. The Islamist party can’t bear to see these descendants of the Chinese diaspora screaming their heads off for the leader of a communist government whose secular ideology has no place for God.

    “Sympathisers!” That’s the only label PAS can attach on the local Chinese for being too exuberant in welcoming Mr Communism.

    The authorities too might be on hyper alert when Xi arrives for what is seen as a second historic visit, especially given recent warning against promoting communist ideology.

    All about ringgit & sen

    But anything can happen on the spur of the moment: youths spontaneously waving communist flags and sporting T-shirts bearing the face of the Chinese leader, shophouses displaying photos of Xi, street artists spraying graffiti of him on the walls to mark his visit.

    Or Chinese new villages putting up red giant banners proclaiming: “We love you, Xi Xiānshēng! You’re a great leader!”

    How will the authorities react without offending this very important leader? Will they crack the whip after Xi has left or will they make sure there is no contact with the local people?

    In the end, does it matter? Xi is coming here not to promote an ideology but to talk business and trade. It’s strictly all about ringgit and yuan.

    https://focusmalaysia.my/wp-content/uploads/Trade-war.webp

    In the 11 months of 2024, bilateral trade with China hit nearly RM433 bil and is expected to grow this year especially amid raging trade war between Beijing and Wahington D.C. after China having retaliated to President Donald Trump’s series of reciprocal tariffs on the world’s second biggest economy.

    Malaysia certainly does not want to turn off this spigot just because it flows from China. In the midst of a global trade war, Malaysia has no choice but to increase trade with this communist giant with a capitalist mindset. – April 14, 2025

    Phlip Rodrigues is a retired journalist.
    KTemoc at 6:32 pm

    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Bala Kerajaan PN 33 bulan, Tanah Kg Baru dilelong RM400 kps!

      27 MP PN bersama Barua Atok serang hendap Kg Baru nak perangkap PMX kes Tanah Kg. Baru dan URA.

      Malah Berahm Ali hasut penduduk suh berkhemah depan Pejabat PMX Putrajaya.

      Terkangkang semua terkucil.

      Bala apa yang PN bawak bila penduduk Kg Baru sendiri kata 3 ekoq Menteri2 PN bawah Abah PM8 dan Mail Bera PM9 yang lelong Tanah mereka RM400 kps!

      Si penghasut, Atok Saka sendiri jadi PM4 22 tahun tak selesai masaalah Kg. Baru!

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Calon PN enggan ulas dakwaan tipu tauliah mengajar agama

    https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEj0uq_JWVFWr0lxR6_DRfOdZ02abETKYgQhvn1PG3ZRRNXttkly0bgKdvw6bFcv–cakYIy6FdW3DLoyBxb6tn0ltFGIPE9YJtoYzq753VCmapGxt-m_A1PxKa9M1HYJeB7xLUHtUDWUgvC9-pKNEyHJiutG5OXMeJgRj9KU3PXMumSKzTIznjxggWwrUE

     

    SITI NUR ZAWANI
    April 13, 2025
    Pelantikan Abdul Muhaimin Malek sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Dun Ayer Kuning menimbulkan tanda tanya ramai bagaimana beliau boleh memiliki tauliah mengajar di Perak.
    Perak telah menetapkan syarat bahawa pemegang tauliah mengajar agama di negeri itu mestilah tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.

    Abdul Muhaimin merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) di Tapah.

    Sebuah akaun TikTok mendakwa calon PN itu menipu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi memperoleh lesen guru tauliah.

    Ketika ditanya pemberita semalam, Abdul Muhaimin enggan mengulas dakwaan tersebut.
    Yang Dipertua Pas Kawasan Tapah itu hanya menjawab dengan ringkas bahawa isu berkenaan sudah dijelaskan.

    Tetapi tiada sebarang laporan dikeluarkan daripada mana-mana media.

    “Saya ingat yang itu clear (jelas). Yang itu semua dah clear sebab kita dah ada keputusan daripada Majlis Agama Islam itu semua tiada masalah apa-apa, InshaAllah,“ katanya.

    Hasil semakan, Abdul Muhaimin sememangnya mempunyai tauliah mengajar agama yang sah untuk daerah Tapah.
    Berikutan itu banyak persoalan dibangkitkan mengenai bagaimana seorang ahli politik yang mempunyai jawatan dalam parti boleh mendapatkan tauliah dari Majlis Agama Islam Perak.

    Beliau tidak dapat mengelak dari spekulasi dibuat orang ramai yang mendakwa dia telah menipu untuk mendapatkan tauliah tersebut.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 14, 2025

    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Pemuda AMANAH Perak lapor polis dakwaan calon PN tipu tauliah mengajar

      https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhpmYQs70wb4keZ1PAc51suOrvEfhnNa-fsJ3MeE4VhMB1GBFgJ3o01YoUZjd0SIi1YmqckgIWx7fxypyQNWv9DOghc2BqpOqkw91RbiodYpP_UD3Nf_0s3O35lCvB-MtLkC5mauWS_WfB0IougFeOJ39mm-O2nARjXUhrOiXAClMAkjqAT3z2DZG5s-6U

      SITI NUR ZAWANI
      April 14, 2025
      Pemuda AMANAH Perak hari ini membuat satu laporan polis terhadap calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek berhubung dakwaan penipuan untuk memperoleh tauliah mengajar.
      Timbalan Ketuanya, Ahmad Munzirie Kabir berkata, calon dipercayai memperoleh tauliah mengajar daripada Jabatan Mufti Negeri Perak walaupun tidak layak kerana memegang jawatan politik dan kini bertanding dalam pilihan raya.

      Beliau menegaskan ia bukan sahaja melanggar peraturan sedia ada, malah mengingkari titah Sultan Perak, selaku Ketua Agama Islam Negeri.

      “Perlu ditegaskan, ini bukan isu remeh. Ini isu maruah institusi agama, integriti pentadbiran negeri, dan kedaulatan Raja Berperlembagaan.

      “Tuanku Sultan Perak juga telah berkali-kali memberi peringatan dan amaran secara terbuka agar institusi agama tidak disalahgunakan untuk kepentingan politik.

      “Maka, cubaan untuk memanipulasi proses tauliah adalah satu bentuk penderhakaan terhadap titah dan amanah yang telah diperkenankan Tuanku,” katanya kepada pemberita di hadapan IPD Tapah hari ini.

      Ahmad Munzirie berkata, berkemungkinan kes ini melibatkan pemalsuan maklumat atau dokumen rasmi, yang merupakan satu kesalahan jenayah serius.

      Justeru katanya aporan dibuat agar siasatan dijalankan secara menyeluruh dan tanpa kompromi, demi menjunjung semula keluhuran undang-undang serta titah Raja Pemerintah.

      AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 14, 2025

      Share

    2. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Ha Ha

      Siapa yang kena main belakang sekarang?

      Mat Sagon Darat Pasir Mas tak nak komen ko bilo Calon PAS sendiri enggan jawab dakwaan tauliah agama?

      Ahmad Fadzli dah kena Ha Ha kat muka sendiri bila dia yang mula persoal kelayakan Calon BN.

      Kena tanya lah Prof Kangkung USM Walaun tu ni bala apa yang Parti Tunggang Agama bawak?

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Haha lagi.

    Apa lah nasib malang PN?
    Semua senjata makan tuan balik!

    Ingat 27 orang MP PN serang turun Kg Baru nak pekena PMX ttg URA dsb, terbalik kot pulak jadinya bila penduduk2 Kg. Baru salahkan Menteri2 Wilayah PN bawah Abah PM8 yang lelong tanah RM400 kps!

    Barua2 adalah 2 ekoq Muallap PAS kesayangan Hadi, Nuaq Musa dan Bang Dang 2 Menteri WP PN.

    Haha lagi le.

    PN lawat Kampung Sg Baru – langkah silap ke?

    Mohsin Abdullah

    14 Apr 2025, 07:00 AM
    Seorang penduduk luah rasa kecewa terhadap beberapa pemimpin PN dalam isu Kampung Sungai Baru dalam lawatan pembangkang 9 April lalu.

    2
    SHARES

    0

    0

    2

    0
    Total Views: 1,235
    Mohsin Abdullah
    Kampung Sungai Baru memang dekat di hati saya. Tetapi ramai kawan masa saya kecil kecil dulu sudah tidak tinggal di kawasan itu. Ertinya saya sudah tiada connection dengan Kampung Sungai Baru. Namun hingga sekarang saya akan melalui kawasan itu jika mahu ke KLCC.

    Perkembangan kampung yang bukan kampung itu (kerana lokasinya di tengah-tengah Kuala Lumpur) saya ikuti sedikit sebanyak dari jauh yakni melalui perbualan sekali sekala dengan seorang dua bekas penduduk. Dan menerusi laporan media.

    Saya tekankan ‘sedikit sebanyak saya tahulah apa yang telah dan sedang berlaku. Lebih sedikit daripada banyak sebenarnya .

    Tentu umum pun tahu kawasan berkenaan ada masalah. Masalah Kampung Sungai Baru bukan baru. Ia mengenai pemaju mahu mengambil kawasan untuk dibangunkan semula. Pampasan ditawarkan. Ada yang terima tawaran sekali gus pindah. Ada yang tidak, lalu masih bertahan .

    Saya tidak bercadang menulis mengenai segala macam polemik yang sudah dan masih tercetus. Cuma ingin bercakap mengenai lawatan rombongan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) pada 9 April lalu. Tajuk laporan Malaysiakini ‘23 MP PN turun padang dengar rintihan penduduk Kg Sungai Baru’.

    Bagi penyokong PN. ini bukti betapa prihatinnya Ahli Parlimen gabungan itu terhadap masalah yang dialami penduduk. Kata Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin: “Saya nak maklumkan ini bukan hanya kerja Ahli Parlimen tapi ini adalah kerja kita bersama untuk memberikan sokongan membantu penduduk di sini akhirnya dapat balik tanah.”

    Yang bukan peminat pula berkata PN bermain politik untuk menyalahkan kerajaan Madani. Menangguk di air yang keruh kata mereka.

    Tidak mahu saya ulas kedua-dua pendapat dan pandangan. Yang menarik ialah kehadiran Presiden Putera Ibrahim Ali. Beliau kita tahu bukan sebahagian PN. Ahli Parlimen pun bukan. Namun tiada salahnya beliau hadir sama YB PN. Apa salahnya beliau ingin membantu? Betul tak?

    Dan cadangan yang Ibrahim utarakan menarik perhatian saya. Beliau menyarankan penduduk mengadakan piket dan berkhemah di hadapan rumah atau pejabat perdana menteri bagi menyuarakan tuntutan mereka. Menarik bukan?

    Lebih menarik ialah respon Rafidah Ibrahim selaku wakil penduduk. Kata beliau seperti dilapor Malaysiakini: “Cadangan Tok Him (Ibrahim) bagus, kita tak nafikan. Cumanya saya perlu jelaskan di sini rata-rata penduduk Kampung Sungai Baru ‘senior citizen’.

    Kasihanlah kat makcik, pakcik kalau nak berkhemah depan rumah, pejabat PMX – kasihan makcik pakcik. Kalau ada yang ada janji temu hospital, kena makan ubat kencing manis ke nanti bermasalah pula.”

    Alasan yang cukup munasabah . Pada hemat saya Rafidah bagi pihak penduduk menolak cadangan Ibrahim tetapi dengan lembut . Orang berbudi kita berbahasa bak kata peribahasa Melayu .

    Dan pada pandangan saya apa yang Rafidah katakan itu ialah mesej penduduk Kampung Sungai Baru yang masih enggan pindah tidak mahu ambil sikap konfrontasi. Mereka memilih duduk di meja rundingan kalau boleh (mungkin juga bawa kes ke mahkamah?). Kesimpulannya mereka mahu cara aman.

    Sedikit latar belakang. Menurut laporan portal The Vibes projek pembangunan dikatakan ‘bermula’ sejak tahun 2016 dengan persetujuan 260 penduduk namun terhenti apabila 37 penduduk membantah. Pemaju dilapor kemudiannya menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi mengambil alih kawasan terbabit .

    Malaysiakini pula melaporkan 219 pemilik telah bersetuju manakala 109 masih mempertahankan hak mereka. Sebagai orang yang memerhati dari jauh, saya tidak ada maklumat selain apa yang disiar media dan tidak tahu jumlah yang sudah pindah dan yang masih belum.

    Ada kawan saya di situ menerima tawaran pampasan dan sudah pun berpindah. Sekarang ada laporan yang mengatakan yang tidak mahu pindah bukan semata-mata mengenai pampasan tetapi mahu pertahan warisan rumah pusaka.

    Ini pun saya tidak berhasrat ulas. Yang ingin saya ketengahkan ialah hujah Pengerusi Jawatankuasa Sementara Kampung Sungai Baru Zainab Alias semasa membuat pembentangan dihadapan rombongan PN. Ini pun amat menarik.

    Beliau mendakwa beberapa bekas menteri dan wakil rakyat terdahulu menyebelahi pemaju. “Yang kami sedih YB Rina Harun (Ahli Parlimen Titiwangsa ketika itu) boleh sokong pemaju, tanah kami dia sokong pemaju saya marah. Saya sebut satu lagi nama menteri wilayah persekutuan ketika itu Annuar Musa selepas itu jumpa Shahidan Kassim.”

    Annuar memegang jawatan menteri wilayah persekutan semasa kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin Yassin. Shahidan pula pegang jawatan itu pada era pimpinan Ismail Sabri Yaakob dari Barisan Nasional (BN) yang turut dianggotai pemimpin PN.

    Saya tidak tahu sama ada Ahli Parlimen PN yang melawat Kampung Sungai Baru hari itu terkedu atau terperanjat dengan ‘pendedahan” Zainab. Saya juga tidak tahu sama ada Hamzah akan meneruskan niat membawa isu Kampung Sungai Baru ke Parlimen seperti yang beliau janjikan semasa mendengar rintihan penduduk pada 9 April lalu.

    Yang pasti sehari selepas PN melawat Kampung Sungai Baru, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man (yang turut berada dalam rombongan YB PN ke kawasan berkenaan ) memberitahu Malaysiakini beliau berpendapat ada kewajaran bagi pihak terlibat dengan isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru ketika pentadbiran PN untuk memberi penjelasan.

    Semalam Muhyiddin dipetik berkata “keputusan pengambilan tanah tersebut yang dibuat di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak melibatkan saya sebagai perdana menteri pada ketika itu.” Jadi ia melibatkan siapa YB?

    Seperti dikatakan pada awal penulisan ini Kampung Sungai Baru dekat di hati saya. Harapan saya masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Dengan baik. Mungkin ini wishful thinking.

    Setahu saya Kampung Sungai Baru bukan asal Kampung Baru. Ia ‘lanjutan’ Kampung Baru. Bolehlah diibaratkan ia ‘Kampung Baru tambahan’. Di Kampung Sungai Baru ada satu jalan yang diberi nama Jalan Datuk Abdullah Yassin.

    Jalan itu dinamakan demikian atas titah perintah Sultan Selangor apabila Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga wakil rakyat Kampung Baru meninggal dunia pada tahun 1966 .

    Abdullah Yassin ialah bapa saya. Al-Fatihah buat Allahyarham. Tetapi ini bukanlah satu satu sebab Kampung Sungai Baru is close to my heart.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Berahim Ali, barua Atok dari PERKASA sekali lagi tersalah menyalak le sebab yg lelong semua Menteri2 PN: Rina Harun, Nuaq Musa dan Bang Dang. Boleh lah dia bersengkongkol dgn PAS, part yg dia maki serapah dulu!

      Anjing impot ini patut cadang penduduk2 tua berarak berkhemah depan rumah agam mewah Abah PM8 le!

      Lagi menarik masuk PMQT Dewan Rakyat Jun nanti, PMX boleh le belasah bagi tuisyen kerat tengkuk sekoq2 27 MP2 PN yang lawat bikin havoc diKg Baru!

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Budeng…

    Udah 70 tahun lebih amalan lambakan projek menjelang sesuatu PRU dibuat. Kenapa baru sekarang Tuan Budeng melatah macam baru pertama kali kena jolok? Sapa pun jadi kerajaan akan lakukan perkara yang sama kerana sistem dan amalan demokrasi negara kita masih berada di tahap Dunia Ketiga. Lainlah kalau di Eropah atau negara-negara Scandinavia di mana mereka yang terpilih jadi Wakil Rakyat pun kena naik public transport untuk melaksanakan tugas-tugas berkhidmat kepada masyarakat.

    Masa jadi Pembangkang dengan masa dah pegang kuasa lain Budeng. Bila sudah berkuasa, Manifesto tidak lagi dianggap sebagai kitab suci. Kewajipan melaksanakan hukum hudud juga perlu diperhalusi terlebih dulu. Begitu juga masa jadi pembangkang dulu umum projek semasa PRU dianggap rasuah, tapi bila sudah berkuasa sudah jadi jadi salah!

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Kapsul Masa Tun Dr Mahathir. Konspirasi nak sekat rezeki PMX lebih 30 tahun gagal!

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiR9cUDl4ywnnMLOGW3spXvoDACsOyCH_ng0J0W7uKV5k9_dbewrpF9HmfpHKug8DR7jAFY7WDCvX3ZmIMqWw3kV58CQlVlfMS9ZtJmHBke03E0uTVStFwcUl8vZ1nozRpCP_E1am5huePHRjC-GBJ6J4or_SlKNEsvzyQ7m0V2kul2uC2KxtetGiHRipc/s280/FB_IMG_1744561458514.jpg

    Tun Mahathir yang dulu pernah kata Anwar Ibrahim “tak layak jadi PM”, akhirnya melihat dari tepi pentas sejarah ketika Anwar Ibrahim kini bukan sahaja menjadi Perdana Menteri sebaliknya meneruskan perjuangan sebenar reformasi yg Tun cuba nafikan. 

    Ironinya, kapsul masa Wawasan 2020 itu dibuka saat Malaysia dipimpin oleh insan yang pernah dipenjara, difitnah dan disisihkan namun akhirnya diangkat memimpin negara. 

    Ini bukan sekadar simbolik tetapi ini sindiran halus dari sejarah bahawa yg pernah dihina akan diangkat dan yang pernah berkuasa mutlak akan diuji dengan kehilangan.

    Begitulah aturan kehidupan.. 

    Yang merancang untuk menyingkir, akhirnya disingkir oleh sejarah.

    Yang difitnah dan dipenjara, akhirnya ke Putrajaya. 

    Wawasan 2020 gagal bukan kerana ia mustahil,
    tetapi kerana pengkhianatan terhadap reformasi yang sepatutnya menjadi roh tunjangnya. 

    Hari ini, kapsul dibuka namun roh wawasan itu hidup semula bukan pada tangan orang lama tetapi pada insan yang mereka pernah anggap musuh negara.

    Inilah cataran sejarah.. 

    Dan inilah keadilan Tuhan yang tak pernah tersilap langkah.

    Aturan Tuhan itu tepat, bukan cepat. 
    Tapi bila tiba waktunya, segalanya sempurna…

    Kami takkan lupa jalanraya, lebuhraya, menara pencakar langit , pembangunan² dan kemajuan yg dicapai pada zaman Tun. 

    Tapi kami juga tak lupa ISA, kronisme, patrimonialisme, oligarki , plutokrasi dan pemecatan tanpa sisi keadilan yg berlaku pada era 20tahun yg lalu. 

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 14, 2025

    Share

  7. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PROF KEHORMAT TAPI TIADA KEHORMATAN 

    W. Faudzidin

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiELWhmDZiiesFNirNLsNxhTzImTkf3rqp88BnMETBb2k-nRz2ca8u4SOuN4BSQDKXRHBmF0fhBL2o1_dXBX87jKzD_8v06OE2ZLYAIbLKmFkJZUTIxuU1lKwYK8dmzGCKqUcEXHMdo_gbhVFhznA0wh90neF3vMRQPIRfng0Ip5E2n9QWSzr60cIYuIOo/w296-h640/FB_IMG_1744599663296.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-1TqJIDE-uqW9HhDREEJgYv624Lw-mKP9-HAR2YAMsG43Lp0DGqsXwydxECRjvAXo4hXqxVEp7877vde7rkL8CDVmoG0TV-u15VpkVozsTbCAIptV0sYpWB3Vf-Qj80biXZMHBYLUJQzEgXYYeyvdqCyivNFCvrNyIYx39TMicsZ9q6XO5jUqkXUDJ1Y/s280/FB_IMG_1744599667666.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9zzF7zVf8Jk7x-aZmPu9rhVn03KbYZgXUjZAFu5HMcdqb54dWF9UlEgAwlnFu3yBE1WC37WG72z3WLQpCBSGd-8jrfEwsbKgh4OfDum9GmHxI6YQ1_HxT29DTVKOEHomYoojVv50CxAwbDBW45Uf4cU1GEKW7oq7TzsJbClO0sAjwmS8xd13pUVH_YVg/w296-h640/FB_IMG_1744599671926.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidDh9sRSbE2nvIsvVek0R-bXkl5XpgqS601MeSEa3n34y6mMBbgTcwOpD_ay8PgbPkVE0os8W2TFA6W63E4XLHKXHmYvcmKB7AajR5F5Pbo59O05v5k_NOgxC3W8D9Oiupf-j1zw3apw37UgvvnQMWGY6WBkYTPjd6Y3BXbIgYEDS_cfRz_KiI5-QHHFo/w296-h640/FB_IMG_1744599675550.jpg

    Wah..hebat !! Prof kehormat pun dah mcm walaun takde otak? Banjir kilat pun dikaitkan dgn pmx dan tuduhan qazafnya? Habis tu, banjir di kelantan, tganu dan kedah yang lebih teruk tu, MB mereka peliwat jugakah?  

    Hello…hello…pihak yang berkaitan tolong sekolahkan prof ni boleh tak?  

    Saifuddin Nasution Ismail 
    Fahmi Fadzil 
    Anwar Ibrahim 
    Aminuddin Ab Ghani – jgn delete tau

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 14, 2025

    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Kalu ikut lojik Prof Kangkung Walaun ini, bala havoc doh cukup jumeloh kerana dakwaan Tamrin Ghaffar mengenai Amoi Nika Gee Siew Yew lah ko? Atau kes minum narak bebas dan rogol mabuk Armada BERSATU?

      Sampai meroyan Atok, Abah, Hadi, H2O dan Mail Blur doh lebih separuh penggal PRU15 maseh tak boleh guling PMX!

    2. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Terbaik HaHa kena kat muka PAS sendiri.

      Jangan undi PAS, tak jawab dakwaan Calon PRK Ayer Kuning tipu tauliah agama!

      Bala Qazaf bila ruji tunggang agama adalah fitnah, qazaf, maki hamun!

      Mana pigi Mat Qazaf Aloq Setaq kaki karaoke atau Mat Sagon Muka Darat Pasir Mas yang mula salvo kelayakan Calon BN terlibat politik UMNO berjawatan Kerajaan diPRK Ayer Kuning?

      Sekarang Taki Black Friday terpaksa lawan persepsi PAS Parti Tipu kelayakan Calon PRK sehingga Mat Sagon Ahmad Fadzli sendiri yang tersalah kempen jangan undi PAS!

      Terbaik HaHa kena kat muka PAS sendiri.

      Jangan undi PAS, tak jawab dakwaan Calon PRK Ayer Kuning tipu tauliah agama!

      PN demands proof after claims about candidate’s religious teaching accreditationFMT Reporters

      14 Apr 2025, 03:15 PM
      PN chief whip Takiyuddin Hassan says Abdul Muhaimin Malek is a certified religious teacher in Perak.3
      SHARES

      1

      1

      1

      0

      Total Views: 1,083
      https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F03%2Fd37900f1-takiyuddin-hassan-bernama-pic-270324.webp&w=3840&q=75
      PN chief whip Takiyuddin Hassan called on those making any allegations about the coalition’s candidate for the Ayer Kuning by-election to present evidence. (Bernama pic)
      PETALING JAYA: Perikatan Nasional has challenged those accusing its Ayer Kuning by-election candidate of falsifying his application for religious teaching accreditation in Perak to provide proof.The coalition’s chief whip Takiyuddin Hassan denied the allegations saying that Abdul Muhaimin Malek is a certified religious teacher in the state, Utusan Malaysia reported.

      “In my opinion, those making such allegations must present evidence,” Takiyuddin told reporters during a Hari Raya Aidilfitri event in Kota Bharu today.
      Yesterday, Perak Amanah chairman Asmuni Awi said the allegations against Muhaimin, who is Tapah PAS chief, could damage the reputation of religious institutions and amounted to disloyalty to the Sultan of Perak, the head of Islam in the state.

      ADVERTISING

      In Perak, religious teaching accreditation is managed by the state’s mufti department through a formal process involving written examinations, interviews and background checks, with the sultan’s consent being necessary for final approval.
      Asmuni said current regulations prohibit individuals holding political office or running for elections from obtaining such accreditation.
      Muhaimin declined to address the allegations when approached by reporters after the candidate nomination on Saturday.
      The Ayer Kuning by-election on April 26 will see a three-cornered contest between Muhaimin, Barisan Nasional’s Yusri Bakir and Parti Sosialis Malaysia’s KS Bawani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x