Beberapa hari lalu, cerita mengenai Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang sebelum ini heboh diperkatakan mahu meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR kembali timbul di dada-dada media.
Ini berikutan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu dipetik sebagai berkata, sebarang keputusan yang akan diambilnya mengenai kemasukan kepada mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.
Katanya, hanya setelah beliau berbincang dengan Zahid Hamidi terlebih dahulu, barulah akan dibuat pengumuman mengenai parti yang akan disertainya itu.
“Saya kena sampaikan (hasrat menyertai menyertai parti itu) kepada Zahid Hamidi terlebih dahulu,” katanya.
Meneliti kenyataan Tengku Zafrul itu, adalah jelas bahawa beliau memang sudah tidak berganjak daripada keputusan mahu keluar meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR.
Sebelum ini, beliau juga memberi kenyataan dengan nada yang hampir serupa mengenai ura-ura kemasukannya ke dalam PKR.
Jika Tengku Zafrul ingin terus kekal bersama UMNO dan tidak berhajat menyertai parti lain, sudah tentu beliau memberi jawapan yang muktamad mengenai kedudukannya dalam parti itu.
Tetapi, dengan mengatakan akan berbincang terlebih dahulu dengan Presiden UMNO dan selepas itu barulah pengumuman rasmi dibuat, ia dengan sendirinya membuktikanya hatinya sudah beralih arah.
Arah hatinya kini adalah kepada PKR, bukan lagi bersama UMNO.
Dikhabarkan beliau hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk berbuat demikian.
Ertinya Tengku Zafrul sama sekali tidak peduli dengan bantahan hampir keseluruhan pimpinan UMNO berkenaan penghijrahannya itu.
Hampir semua pimpinan UMNO, termasuk Zahid Hamidi sebelum ini secara terbuka menolak tindakan PKR mahu “mencuri” Tengku Zafrul untuk menyertai parti tersebut.
Rata-rata pemimpin UMNO mengganggap tindakan itu boleh merosakkan keharmonian dalam kerajaan perpaduan.
Namun, dengan kenyataan terbaru Tengku Zafrul ini, sebaiknya beliau membuat pengumuman segera atau mempercepatkan hasratnya itu.
Jika pun beliau mahu berbudi bahasa dengan ingin menyampaikan hasratnya itu kepada Zahid Hamidi terlebih dahulu, eloklah ia dilakukan dalam waktu terdekat ini.
Tak perlu dan tak guna bertangguh-tangguh lagi.
Bila-bila masa atau selepas mesyuarat mingguan kabinet, jumpalah secara peribadi dengan Zahid Hamidi untuk memaklumkan hasratnya keluar UMNO itu.
Rasanya UMNO pun sudah tidak memerlukan lagi ahli parti seperti Tengku Zafrul ini. – ShahbudinHusin 12Februari2025.
Anonymous 13 February 2025 10:48 am
Harap2 TZ dijemput menyertai PKR kerana bakat atau kebolehannya….bukan kerana dia jambu. Bahaya woiiit…nanti timbul kes baru seperti yang sudah2….awak tu ramai musuh….janganlah cari penyakit lagi…..kah kah kah,,,,
____________________________________
HA HA HA.. 🤣
NOHHH… BERAS OH BERAS..
Alhamdulillah, walaun akhirnya sokong hapus subsidi beras dan naikkan harga runcit beras.
Admin telah menonton debat Sinar Live berhubung isu beras tempatan dan tuntutan harga lantai padi, syabas Admin ucapkan kepada wakil kerajaan, terciduk habis puak PN atas pentas tu.
Selepas itu Admin membaca dan berinteraksi dengan komen-komen netizen, maka ini konklusinya:
1. Jika kerajaan mahu penuhi desakan naikkan harga lantai padi, bermakna kerajaan mesti hapuskan subsidi beras dan naikkan harga runcit beras tempatan. Mesti.
2. Kenapa perlu naikkan harga runcit beras tempatan?
3. Sebab sudah 19 tahun tak naik-naik sejak 2006. Ya, sudah 19 tahun tak pernah naik.
4. Sepanjang 19 tahun berlalu, kos-kos operasi kilang meningkat sepanjang tahun. Maka harga runcit RM26 untuk 10kg beras sudah tidak relevan lagi.
5. Ada 2 faktor ‘kehilangan’ beras tempatan di pasaran. (a) sekatan impot dari India, (b) tindakan kerajaan Madani naikkan harga lantai jadi rm1300 pada 2023.
6. Kenaikan harga lantai memberi tekanan kepada pengilang, mereka terpaksa beli padi yang mahal tapi kena jual dengan harga yang murah.
7. Sebab itu ada kilang yang tukar beras tempatan jadi beras impot sebab taknak rugi.
8. Hari ni pesawah (termasuk pembangkang) desak harga lantai jadi RM1800, ada 2 akibat nanti.
9. (a) Kos kilang akan meningkat, kilang Melayu ada risiko gulung tikar sebab tak mampu beli pada yang mahal pastu jual dengan harga yang murah.
10. (b) Untuk elak gulung tikar, maka kerajaan terpaksa mansuhkan subsidi beras dan naikkan harga beras tempatan, sekaligus akan menaikkan rantaian kos yang lain.
11. Harga akan diapungkan ikut pasaran semasa antara RM35-RM40 untuk paket 10kg.
12. Secara umumnya, situasi menaikkan harga lantai, dan kerajaan mansuhkan subsidi beras naikkan harga beras runcit akan mewujudkan semua pihak (pesawah & petani) dapat win-win situation.
13. Maka cadangan Admin kepada kerajaan ialah, kembali kepada cadangan Beras Madani, yang pernah dicadangkan tahun lepas, iaitu hanya buat kategori tunggal sahaja untuk beras putih. tiada lagi label beras tempatan atau import.
14. Cadangan Beras Madani tahun lepas banyak dapat kritikan, sebab masa tu masih tak nampak apa kesan positifnya, tapi selepas setahun berlalu, timbul pelbagai isu, baru kita sedar rupa-rupanya cadangan Beras Madani tu dulu memang make sense dan dapat selesai masalah.
Jesteru itu, Admin menyeru kepada Kerajaan Madani agar mengkaji dan melaksana Beras Madani secara serius. InsyaAllah selesai masalah semua pihak win-win situation.
Walaun pun dah setuju sebab mereka yang desak naikkan harga lantai, sekaligus mereka menyokong kenaikan harga runcit beras dan hapus subsidi beras.
Harap walaun tak jadi biawak tiba-tiba bantah mansuh subsidi beras dan kenaika harga beras pula nanti. Hangpa jugak yang desak naik harga lantai, itulah akibatnya.
Terima kasih.
AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, February 13, 2025
Share
Harap2 TZ dijemput menyertai PKR kerana bakat atau kebolehannya….bukan kerana dia jambu. Bahaya woiiit…nanti timbul kes baru seperti yang sudah2….awak tu ramai musuh….janganlah cari penyakit lagi…..kah kah kah,,,,
MP NI TAK PANDAI KOT- BUKTI ADA PENTERJEMAH SETIAP KALI ADA PANGGILAN TELEFON- KAMU SPM PUN TAK LULUS…
https://wrlr.blogspot.com/2025/02/mp-ni-tak-pndai-kot-politikus-sampah-mp.html
AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, February 13, 2025
Share
MP Muka Darat kaki angau yang masih dok puah gaji buto dan Vellfire 33 bulan ni masih mengigau Boss Kaki Lebong dia tak dapat slot dgn Presiden Erdogan Turkiye. Konon Boss dia pemimpin Islam terulung dunia mesti boleh kautim dan sebaris dendam Erdogan. Dok cukup berbakul doh fitnah kepada PMX, maka sasaran baru fitnah dia adalah Presiden Erdogan pulak tak reti Bahasa Inggeris. Manusia yang berdendam doh cukup jumeloh masih tak boleh berkuasa bertukar jadi perangai Harbi paling jijik. Taktik berkopiah putih atau bersongkok seperti penjual satay babi di Indonesia hanya untuk keliru orang ramai. ERDOGAN TAK KELAPAQ JUMPA PRESIDENG… Read more »
Tengku Zafrul tu orang berakal la Budin…….bukan mcm kau dan 3 juta ahli UMNO & sbahgian org MELAYU yg cuma berotak tapi tak berakal la Budin……(sbb telah dibodohkan oleh mamak krala mahataik sampai sekarang)
Ini negara MALAYSIA DEMOKRASI laaa WOIIIII Budin woiiiiiiiii
Kau jgn main tuduh2 curi mencuri manusia ok
RASA2NYA UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG SEPENUHNYA SEBENTAR LAGI
Jangan eksyen sangat bro…… Sedar diri la…naiknya DSAI jadi PMX pun atas sokongan UMNO juga sehingga bapa penentang segala rasuah itu terpaksa mengorbankan prinsip dengan membebaskan OKT 47 kes demi kemaruk nak jadi PM.
Kalau UMNO/BN keluar dari kerajaan perpaduan, mahu terkincit2 PMX dan Madani. Hajiji yang sedang menghadapi kemelut kes rakaman audio di mana balachi2nya sedang mengatur pembahagian harta curi, boleh menukar haluan bila2 masa menyokong Mahyidin dengan meminta supaya kesnya dipadamkan.
Elok juga la PMX kembali menjadi pembangkang dan mengucapkan lagi janji-janji manis yang tidak perlu ditunaikan.
Sheraton Move tebuk atap dulu pun dapat sokongan Presiden UMNO, Abah jadi PM8.
Dan Sheraton Move 2.0 cadangan Bang Dang dan Nuaq Musang pun mengandai Presiden UMNO jadi PMXI sebagai balasan.
OKT47 hanyalah umpan propaganda politik PN kerana Abah PM8 sendiri huloq lebih 80 DNAA termasuk yang berprofil tinggi spt Musa Aman, Bang Dang PAS dan Broker PAS Nasha.
SEBAIKNYA TENGKU ZAFRUL TIDAK BERTANGGUH LAGI TINGGALKAN UMNO12 February 2025
Presiden UMNO dan UMNO tiada pilihan untuk terima realiti politik.
Satu kerana Zafrul dah tak berminat dengan politik dalaman UMNO dan kedua, tiada impak besar keran Zafrul tadak kekuatan grassroot.
Jika Zafrul join PKR, khidmat nya masih boleh ditagih oleh Kerajaan Perpaduan dan Malaysia.
Akhir hari kepada UMNO, lebih baik Zafrul hijrah kepada PKR dari hijrah kepada PN.