Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa mendedahkan jumlah sebenar kerugian didakwa dialami syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa, hasil pengiraan kasarnya KWSP mengalami kerugian antara RM500 juta hingga RM700 juta akibat urus niaga dan penjualan 150 juta saham MAHB.
Menurutnya, ia bukan satu jumlah yang kecil kerana itu KWSP pun memberi penjelasan sewajarnya.
“Macam mana boleh kata tak rugi? Jumlah plot (perbezaan harga jualan dan belian saham MAHB) ini cukup besar, daripada RM6 kepada RM11 dalam tempoh begitu singkat tidak sampai setahun.
“Sebab itu saya kata, KWSP mesti menjawab. Kenapa? Siapa yang hilang duit ini? Siapa yang rugi? Jumlahnya berapa? Daripada RM6 sampai RM11 atau perbezaan, RM5. Berapa saham yang dilupuskan sebenarnya sebab saya dengan 150 juta saham?
“Kalau kita (MAHB) tidak jual pada RM6, sudah tentunya kita (KWSP) tak perlu tanggung kos ini untuk beli balik sampai RM11 semata-mata atas dasar penswastaan,” katanya menerusi hantaran video di Facebooknya pada Ahad.
Ka Siong yang juga bekas Menteri Pengangkutan berkata, beliau percaya rakyat biasa mahupun ahli Parlimen yang cerdik faham kenapa beliau menuntut KWSP memberikan penjelasan lanjut mengenai kerugian akibat urus niaga saham MAHB.
Sebelum ini, media melaporkan, beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mendesak KWSP menjelaskan penjualan saham MAHB yang dimilikinya pada Januari 2023 dengan kadar harga sekitar RM6.74 seunit sebelum membelinya semula pada harga tawaran RM11 seunit dalam usaha menswastakan MAHB.
Berikutan itu, Ka Siong meminta kerajaan menyiasat segera penjualan saham syarikat penerbangan awam itu, sekali gus menyaksikan KWSP hanya mempunyai pegangan saham lima peratus dalam MAHB.
Susulan itu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding siasatan Pengurusan Lapangan Terbang Awam dan dakwaan kerugian RM500 juta dalam urus niaga saham MAHB oleh KWSP.
Wee perlu kembali ke tadika belajar. Dia tak faham satu benda pun tentang saham MAHB. Cuma tahu buka mulut. Maklumlah tak diberi apa2 jawatan dalam kerajaan.
Loke 1000 kali lebih baik dari Wee.