Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

RAFIZI MEMANG PATUT DIBERI MENANG ‘FREE’…

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Samsul Iskandar Mohd Akin dilaporkan berkata, perbincangan sedang berjalan sekarang untuk memastikan, antaranya agar Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli tidak dicabar pada pemilihan PKR yang akan diadakan pada 24 Mei depan.

Katanya, perbincangan sedemikian adalah juga sebahagian daripada proses demokrasi.

Anwar ketika ini adalah Presiden PKR, manakala Rafizi merupakan Timbalan Presiden PKR.

Pemilihan PKR kali ini adalah penggal terakhir bagi Anwar sebagai Presiden PKR di mana beliau telah menyandang jawatan tersebut sejak 2018.

Perlembagaan PKR hanya membenarkan seseorang memegang jawatan Presiden parti selama tiga penggal dan ini bermakna pada pemilihan tahun 2028 akan datang, Anwar tidak dibenarkan lagi menawarkan diri.

Untuk pemilihan kali ini, ditambah dengan Anwar berkedudukan sebagai Perdana Menteri, hampir pasti beliau akan menang lagi tanpa dicabar oleh sesiapa.

Sebab itu, jika benar ada perbincangan sedang diadakan untuk memastikan Rafizi turut tidak dicabar sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan Mei nanti, ini adalah langkah paling tepat sekali.

Ini kerana Rafizi adalah bakal Presiden PKR setelah Anwar tidak boleh lagi menerajui parti selepas pemilihan tahun 2028 akan datang.

Sebagai bakal peneraju parti, adalah amat molek dan cantik jika Rafizi diberi laluan “free” untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden bersama-sama dengan Anwar yang juga menang tanpa bertanding.

Langkah itu akan memperlihatkan PKR secara pukal dan solid mahu serta merestui Rafizi sebagai pengganti Anwar untuk menerajui parti.

Ia juga sebagai isyarat bahawa kalaulah ditakdirkan PKR masih kekal lagi menerajui kerajaan perpaduan selepas PRU16 dan PRU17 nanti, ertinya Rafizilah calon Perdana Menteri yang sedang dipersiapkan.

Memberi laluan percuma kepada Rafizi tidak sama sekali bermaksud Menteri Ekonomi itu takut untuk dicabar, bahkan rasa-rasanya sesiapa juga yang berhasrat mencabarnya, calon berkenaan harus bersedia untuk kalah berbanding menang.

Hakikatnya, tiada calon lain yang layak menandingi Rafizi sebagai Timbalan Presiden PKR buat waktu ini setelah beliau menang besar menewaskan Saifuddin Nasution Ismail pada pemilihan 2022 yang lalu.

Meskipun penerimaan rakyat agak bercampur-campur terhadap Rafizi sejak beliau memegang jawatan menteri, namun sokongan ahli PKR terhadapnya boleh dikira masih lagi ditahap yang membanggakan.

Rata-rata ahli PKR bukan saja mahu Rafizi kekal lagi sebagai Timbalan Presiden, bahkan majoritinya percaya beliaulah paling layak menerajui PKR selepas Anwar.

Tetapi jika wujud juga pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden pada Mei nanti, meskipun Rafizi hampir pasti akan berjaya memenanginya, ia adalah isyarat laluannya untuk menerajui PKR selepas Anwar barangkali terdapat sedikit gangguan yang disengajakan.

Kalau itu berlaku, cuma satu pesanan buat Rafizi – berhati-hatilah di jalan raya, takut nanti tiba-tiba saja datang kereta yang entah daripada simpang mana untuk melanggarnya. – ShahbudinHusin 01Februari2025.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

15 responses to “RAFIZI MEMANG PATUT DIBERI MENANG ‘FREE’…”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    TUKANG KAYU UGUT HARITH ISKANDER DAH DIDAKWA, ANAK MENTERI UGUT TEMAN WANITA BILA LAGI NAK DIDAKWA?😥

    https://youtu.be/Ls24b9Ma6sA?si=lTyJT2vqR5kAIAtr

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Ini bukan dari Murray Hunter, barua impot Abah yang menulis dalam buangan diPhuket tunggu Abah jadi PMXI untuk dapat jawatan Professor.Jack of all trade, barua Aussie latar belakang kajian Social, ini suka bagi pandangan serong mengenai bukan bidang dia seperti Subsidi Bersasar PMX,

    Geoffrey Williams adalah Professor pakar ekonomi yang menulis dari dalam Malaysia menjiwai dasar dan prestasi Ekonomi Madani.

    Nak percaya yang mana?

    The fruits of economic reform and a universal basic income
    Geoffrey Williams

    13 Jan 2025, 07:00 AM
    Those who have been sceptical of the government’s commitment to reform should now feel reassured that reforms are under way and are delivering results.8
    SHARES

    1

    0

    7

    0

    Total Views: 1,420
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F06%2Ff936b334-geoffrey-williams-columnist-010624-1.webp&w=640&q=75
    The three economic reform leaders in Malaysia namely Prime Minister Anwar Ibrahim, economic affairs minister Rafizi Ramli and finance minister II Amir Hamzah were out in force last week with an impressive economic message.

    Anwar set the agenda clearly: Malaysia will adopt a pluralist economic strategy within new multilateral partnerships focusing on social and moral agendas.
    Rafizi continued this theme, adding that Malaysia will leverage its demographic and economic profile, its commitment to free trade and its political and policy stability. He described Asean, which Malaysia will chair this year, as “young, digital, and middle class” with economic growth above global trends and stressed the need to take advantage of these opportunities.

    ADVERTISEMENT

    https://content1.avplayer.com/5b59760c073ef46a2e6b8f13/videos/6797d72c77d182dd2000a086/53b7ebf4-0adc-4f5a-b2bb-f4cefb0a8d0f.webphttps://content1.avplayer.com/5b59760c073ef46a2e6b8f13/videos/6797d72c77d182dd2000a086/53b7ebf4-0adc-4f5a-b2bb-f4cefb0a8d0f.webp

    Finally he emphasised that Malaysia must not fear competition but must become more competitive in the global stage in the face of protectionism from big economic players. He stressed the need to innovate and set the perfectly achievable aim for Malaysia to create opportunities from renewable energy, microchip design and data centre infrastructure.
    For me the best news was the announcement by Amir that diesel subsidy rationalisation will raise RM7.5 billion per year, almost twice the original estimate and in line with my prediction that diesel subsidy reform would raise more than expected.
    MoF was right to be conservative until the full programme was rolled out but it is clear that diesel subsidy rationalisation has proved very successful. Lessons can be learned for the forthcoming RON95 petrol subsidy rationalisation which is estimated to save RM8 billion. Hopefully this will also prove to be a conservative estimate and more can be saved.
    Taken together the diesel and petrol subsidy savings added to RM4 billion in electricity subsidy savings and around RM1.5 billion on other subsidy rationalisation, including chicken prices, will save around RM20 billion at least.
    This could be used in general government spending priorities on health, education and social protection so that there is a direct link between subsidy rationalisation and improved social infrastructure.
    Adding the RM20 billion to the existing RM13 billion for Sumbangan Tunai Rahmah (STR) would be a better option. This would create a fund of RM33 billion which can be redistributed to every Malaysian as a universal basic income (UBI).
    Targeting 85% of individuals would provide around RM100 for every adult and child. A family of four would get RM400 per month or RM4,800 per year which is more than the STR payment currently.
    This should be paid directly to individuals, on a monthly basis, in cash credits to individual accounts and should be unconditional, not based on race, gender, age, employment or other criteria.

    It can be paid through MyKad for those not working or through LHDN for those who are working or even deposited into EPF to help pension saving where a part can be accessed through Akaun Fleksibel.
    To make such a scheme universal the T15 could be given a tax cut equivalent to RM100 per month so that they do not feel ill-treated. This will help ensure everyone supports the UBI scheme.
    Existing Social Welfare Department funds could continue under this scheme to help those who need support on a specific basis such as OKU or the hardcore poor.
    This would fulfil the Ekonomi Madani principles of a just and socially equitable way of raising incomes as restated by the prime minister at the Malaysian Economic Forum.
    The biggest barrier to a UBI is now falling as subsidy savings reach the level required to fund it. It is important that these savings are not just swallowed up by general spending but are used for social protection and income support for everyone.

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    UAI DAN DR MAZA KINI TERGUGAT DGN KEHADIRAN AL-FADZIL SAHIBBUL SAMAHAH KHALIFAH SI NGA🤣

    https://vt.tiktok.com/ZS63WAbKC/

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Tamil pun tak bayar derma jihad bayar fitnah.
    Lebai agama Pas saja buat benda sesat begitu

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    DRAMA TAMIL AKAN KEMBALI DI SIARAN..🤣

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Polis panggil 13 pelajar berkait demo antirasuah 25 Jan lalu

      Ili Aqilah
      Diterbitkan:  Jan 31, 2025 5:54 PM
      Dikemaskini: 8:25 PM

      https://m.malaysiakini.com/news/733220#google_vignette

      1. Anonymous Avatar
        Anonymous

        PEMUDA DAP BANTAH TINDAKAN POLIS…🤣
        ____________________________________
        Pemimpin DAP gesa polis henti ganggu peserta demo antirasuah

        Diterbitkan:  Feb 1, 2025 9:02 AM
        Dikemaskini: 9:30 AM

        https://m.malaysiakini.com/news/733247

        1. Anonymous Avatar
          Anonymous

          PEMUDA PKR TURUT MEMBANTAH…🤣
          ____________________________________
          Demo antirasuah: AMK bantah polis panggil 13 mahasiswa

          Diterbitkan:  Feb 1, 2025 2:05 PM
          Dikemaskini: 2:05 PM

          https://m.malaysiakini.com/news/733273

          1. Anonymous Avatar
            Anonymous

            PEMUDA PAN TAK MAU KETINGGALAN…🤣
            ____________________________________
            Pemuda Amanah gesa tiada tindakan kepada 13 mahasiswa sertai himpunan

            Mohamed Farid Noh
            [email protected]

            https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1182739/pemuda-amanah-gesa-tiada-tindakan-kepada-13-mahasiswa-sertai-himpunan

            1. Anonymous Avatar
              Anonymous

              HA HA HA…RACUN DISAJI BERSAMA MADU🤣

              😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
              Rakyat terus dipersembah ‘drama yg syahdu’
              Lawan polis, konon ketiga puak² PH berpadu
              Namun drama sandiwara ini rakyat dapt hidu
              Nnti akn muncul pnyelamat, hero Tamil Nadu
              😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

              👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
              Kah kaahh kaaahhhh kaaaahhhh kaaaahhhh
              🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

              KAH KAH KAH

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Letak jawatan free amat jarang dibuat.
    Kecuali sekor saja sampai hilang deposit

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Nak pahala pun sekarang kena bayar boh.

  7. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Bg. Budin, carilah kerja yang halal.

    Seme PN menang tak bertanding Hadi, Abah dan Mezoh.

    Malah Hadi dah menang tak bertanding dari zaman tali pusat.

    Tadak nampak pulak kete mari celah simpang mana nak langgar mereka bertiga.

    Yang ada adalah Rakyat dah meluat dengan mereka kerana berlambak kes2 Mahkamah yang nampak prima facie untuk ikat mereka jadi Kerajaan Tepi dalam Kajang atau Sg. Buloh!

    Posting blog dari tuan yang dah pancit kehabisan modal bak tibai Kerajaan Perpaduan dan PMX.

    Bg. Budin, carilah kerja yang halal.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Menang free sampai tak boleh masuk Mekah merugikan.

    2. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Bila membaca sesuatu tulisan…sila baca dengan hati dan fikiran terbuka tanpa prasangka. Ini tidak…awak baca tulisan Budin dengan “pre assumption” yang dia akan tibai Madani dan PMX. Kesudahannya awak tak faham apa yang Sdr Budin maksudkan.

      Tulisan Budin bermaksud begini:

      1. Dia berharap sangat agar Rafizi menggantikan PMX bila tempoh dia sebagai Presiden PKR tamat kelak. Tentu Budin mempunyai berbagai sebab dia betul2 tak sukakan DSAI sebagai Perdana Menteri. Itu hak dialah.
      2. Ingatan kepada Rafizi supaya berhati-hati, bimbang kalau-kalau tiba-tiba sampai di persimpangan dia dilanggar adalah suatu peringatan iklas. Dia tak mahu bakal Penggganti PMX” ditimpa kecelakaan atau disailang oleh musuh2nya. Orang accident sebab tak nampak keta datang la bro….
      3. Dalam tulisan di atas Budin tidak menyentuh pun isu samada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu perlu dipertandingkan atau sebaliknya. Yang awak keluar cerita Abah kau, Hj Hadi dan Hamzah Z juga menang tanpa bertanding kenapa…it is irrelevant here.
      4. Jangan cepat menjatuhkan hukum samada saorang itu melakukan kerja yang halal atau haram. Awak jangan ikut perangai Lebai PAS…suka menjatuhkan hukum! Adakah semua kerja yang berkaiatan menyokong PMX itu dianggap halal dan menegur beliau dianggap haram. Dia tu maksum ka Sheikh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x