Boleh dikata semua pihak yang pro kerajaan madani menolak keperluan untuk diadakan PRU mengejut.
Lantaran itu, pelbagai tanggapan dilemparkan terhadap Azmin Ali yang membangkitkan perkara tersebut.
Antaranya, ia dikatakan untuk menutup kedudukan Bersatu yang sedang bermasalah, strategi untuk parti itu kekal relevan, hanya permainan politik, blok pembangkang sudah habis modal dan pelbagai lagi.
Pendeknya, mereka yang pro kerajaan menolak sama sekali kemungkinan PRU mengejut akan diadakan.
Yang lain pula mengatakan, tidak mungkin Perdana Menteri mahu membubarkan Parlimen lebih awal kerana tindakan itu sama seperti memendekkan hayat pemerintahannya.
Kata mereka, elok-elok Perdana Menteri dapat berkuasa selama lima tahun, kenapa mahu dipendekkan dengan mengadakan PRU mengejut?
Memanglah secara logiknya tidak mungkin atau saja-saja Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen lebih awal sebelum tahun 2027, melainkan jika ada asas yang kukuh untuk berbuat demikian.
Sudah dinyatakan sebelum ini, PRU mengejut, antaranya adalah pilihan terakhir bagi Perdana Menteri jika beliau tidak mampu bertahan lagi kalau andainya ada cubaan “menebuk atap” yang mungkin menjadi kenyataan.
Di Sabah misalnya, telah banyak kali Ketua Menteri mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri lebih awal bagi memaksa pilihan raya negeri mengejut lantaran agresifnya cubaan untuk menjatuhkan kerajaan negeri.
Sekarang kita tidak tahu, walau nampak tenang, dengar-dengarnya gerakan mahu menjatuhkan kerajaan masih lagi berjalan dan jika itu berlaku, pilihan mengadakan PRU mengejut tidak boleh sama sekali dinafikan.
Pokoknya daripada dijatuhkan, lebih baik sama-sama bersaing kembali merebut undi rakyat bagi menentukan siapa yang boleh beroleh kuasa.
Daripada aspek yang lain, berikutan kerajaan perpaduan ini berdepan seribu satu masalah yang berterusan dan defisit sokongan rakyat hari demi hari bukan berita palsu, mengadakan PRU mengejut sebelum keadaan bertambah parah adalah pilihan yang munasabah.
Sementara sedang berdepan defisit sokongan rakyat, adalah dipercayai kemerosotan sokongan itu akan terus bertambah lagi apabila menjelang tahun 2027 akan datang.
Ini kerana melalui isu-isu yang timbul semuanya didapati tidak memihak kepada kerajaan.
Selain diyakini lebih banyak isu baru akan muncul yang akan terus menghenyak kedudukan kerajaan, selepas pertengahan tahun nanti juga harga petrol Ron95 akan mula ditarik subsidinya serta tarif letrik industri akan mengalami kenaikan.
Semua ini pasti menambahparahkan lagi kemarahan rakyat kepada kerajaan lantaran berlakunya kenaikan itu berbeza ketimbang janji-janji sebelum berkuasa dahulu.
Maka itu, mengadakan PRU mengejut mungkin memberi harapan lebih baik untuk kekal berkuasa berbanding menunggu sehingga hujung penggal pada tahun 2027.
Salah satu sebab BN kalah pada PRU tahun 2018 ialah kerana Najib Razak ketika itu memilih untuk menangguhkan pilihan raya dan hanya membubarkan Parlimen pada hujung tempoh.
Meskipun faktor 1MDB adalah sebab terbesar kekalahan BN pada 2018 itu, tetapi jika Najib mengadakan PRU mengejut pada tahun 2016 – tiga tahun selepas PRU sebelumnya pada 2013 – beliau pasti masih lagi Perdana Menteri sehingga hari ini.
Walaupun kerajaan perpaduan ini tiada skandal seperti 1MDB, tetapi isu demi isu yang timbul setiap hari yang sekaligus membuatkan rakyat gelisah dan resah, ia juga adalah skandal yang menyebakan sokongan makin terhakis.
Sebelum hakisan itu merobohkan tebing, mengadakan PRU mengejut adalah jawapan untuk memanjangkan hayat kekuasaan. – ShahbudinHusin 17Februari2025.
MADANI TAK BOLEH DIKALAHKAN. AURA PMX TERLALU HEBAT.
SI VIDEO KABUR BOLEH MIMPI
AGC bantah PN BERSATU/PAS nak tunggang Addendum jadi isu politik diMahkamah. Boleh je BERSATU/PAS join Peguam Bela Najib atau ganti terus Shafee Abdullah jadi Peguam Bela. Lagi pun Shafee memang palat, asyik kalah kes. Baru haru dulu Atok, Abah dan Hadi beria sangat dakwa dan penjara Najib sekarang mereka tak puas hati diskaun hukuman nak bebaskan Najib tahanan rumah? AG objects to MPs’ bid for watching brief in Najib’s judicial review Bernama – 17 Feb 2025, 09:34 PM Dusuki Mokhtar says there is no need for the opposition leaders’ lawyers to be present as they would be ‘just observing’. 3… Read more »
Tiada kes, kata SPRM selepas siasatan dalaman DBKL berhubung kontrak libatkan artis pro-Anwar
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya mendapati tiada kesalahan dilakukan Afdlin Shauki selepas meneliti dokumen dibekalkan DBKL.
MalaysiaNow
Februari 17, 2025 4:49 petang
https://www.malaysianow.com/my/news/2025/02/17/tiada-kes-kata-sprm-selepas-siasatan-dalaman-dbkl-berhubung-kontrak-libatkan-artis-pro-anwar
MMG LAWAK GILERR…😅
SPRM TAK SIASAT PUN, HANYA DBKL BUAT SIASATAN DALAMAN…😂
HA HA HA.. SEKALI LAGI PERSEMBAHAN BADUT🤡 TERBAIK DARI REJIM KETIMBANG MADANON…🤣
🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH
KES RASUAH ADUN SABAH PUN LEPAS JUGA…😥
____________________________________
Dakwaan rasuah ADUN Sabah: SPRM sahkan video tiada kredibiliti, tak boleh guna pakai
Bernama
February 16, 2025 @ 6:56pm
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1362069/dakwaan-rasuah-adun-sabah-sprm-sahkan-video-tiada-kredibiliti-tak
HA HA HA.. MMG MUSIBAT & TERBALIK LAH AZAM BAKI BABI🐖..🤣
🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH
LEGENDA RAKYAT – HIKAYAT MAT KETIMBANG🤣
https://vt.tiktok.com/ZSM2xqU45/
BUDIN…HANG TOKSAH DOK BUAT HELAH LA NAK MENIPU KETIMBANG SUPAYA TERMAKAN TIPU DAYA HANG UNTUK BUAT PRU AWAL. KETIMBANG TU BUKAN BODOH MACAM HANG INGAT.
HANG SAPA BUDIN …NAK TIPU ORANG SEDANGKAN DIRI HANG SENDIRI TERTIPU. SUSAH PAYAH BERJUANG BERKEMPEN UNTUK KETIMBANG…SUDAHNYA BILA SUDAH MENANG DIRI HANG DILUPAKAN, TAK UBAH MACAM KULIT DILUPAKAN KACANG KAH KAH KAH….BUDIN …BUDIN….DARI BERANGAN-ANGAN BERALIH KE TAKTIK MENIPU PULA KAH KAH KAH…..