Rata-rata netizen menolak penjelasan kerajaan bahawa kenaikan tarif letrik pada Julai depan tidak membebankan kehidupan rakyat.
Menurut jawapan yang diberi di Parlimen, kenaikan itu dikatakan hanya melibatkan pengguna industri dan golongan maha kaya sahaja.
Sebaliknya, 85 peratus rakyat biasa dudawa tidak terkesan dengan kenaikan tarif letrik itu nanti.
Seterusnya disergah kononnya mereka yang membantah kenaikan tarif letrik yang dianggap suatu keperluan itu sebagai cubaan mempertahankan golongan maha kaya.
Kenapa sampai begitu?
Hakikatnya, apabila kenaikan tarif letrik dikenakan kepada industri, ia secara langsung akan menyebabkan kenaikan kos buat mereka serta mengakibatkan keuntungan berkurangan.
Bagi tauke industri, perkara paling merisaukan mereka ialah bila keuntungan berkurangan.
Bagi memastikan keuntungan bertahan, pihak industri sudah pasti akan memindahkan kenaikan kos itu kepada pengguna dengan cara menaikkan harga jualan barangan yang dikeluarkan.
Semua barangan yang dikeluarkan oleh kilang-kilang tentunya akan naik harga selepas Julai nanti.
Apabila itu berlaku, akhirnya kenaikan tarif letrik kepada industri itu sebenarnya adalah kenaikan yang ditanggung oleh rakyat.
Benarlah 85 peratus rakyat tidak terkena kenaikan secara langsung melalui bil letrik yang mereka terima setiap bulan, tetapi jumlah perbelanjaan mereka akan meningkat setiap hari dan setiap bulan kerana semua barangan sudah menjadi semakin mahal berbanding biasa.
Akhirnya poket rakyat menjadi nipis dan poket tauke industri kekal tebal seperti biasa.
Malah, tauke industri dan golongan maha kaya tetap boleh ketawa seperti biasa.
Rakyat pula akan kekal derita.
Persoalannya, sudah lebih dua tahun berlalu, kenapa belum terdengar ada tauke-tauke IPP (pembekal tenaga bebas) dipanggil untuk diajak berunding bagi memastikan rakyat menikmati tarif letrik yang lebih rendah? – ShahbudinHusin 04Februari2025.
Leave a Reply