Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

KES RASUAH PEGAWAI ISMAIL SABRI DAN IKTIBARNYA KEPADA KERAJAAN SEMASA

SPRM telah mengesahkan empat pegawai Ismail Sabri Yaakob ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri dahulu sedang ditahan untuk disiasat berkaitan rasuah.

Diberitakan mereka ditahan sejak Jumaat lalu dan seorang daripadanya sudah tamat tahanan reman, manakala tiga yang lain masih lagi ditahan.

Nama empat pegawai Ismail Sabri yang ditahan itu kini bersepah-sepah di media sosial, bahkan gambar mereka juga turut didedahkan.

Ada laporan mengatakan mereka ditahan untuk disiasat berkaitan kegiatan promosi dan kempen konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan bekas  Perdana Menteri itu.

Dikatakan dana untuk promosi itu melibatkan jumlah ratusan juta.

Laporan lain pula mengatakan penahanan keempat-empat pegawai itu adalah untuk disiasat berkaitan suatu perolehan dalam Kementerian Pertahanan.

Siasatan dikatakan berkaitan dakwaan pengambilan komisyen daripada kontrak di kementerian tersebut.

Dikatakan juga beberapa lagi tahanan akan menyusul dalam waktu terdekat ini.

Selain kes yang disiasat, nama dan gambar pegawai yang terlibat menjadi perbincangan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu, isu jumlah wang yang dikaitkan dengan rasuah itu turut menarik minat ramai untuk memperkatakannya.

Entah daripada sumber mana, tiba-tiba muncul dakwaan beserta poster kononnya rasuah yang sedang disiasat adalah melibatkan jumlah RM150 juta.

Bagaimanapun, sehingga jumlah itu tidak disahkan oleh SPRM, ia masih dianggap sebagai khabar angin semata-mata.

Menghangatkan lagi minat masyarakat membicarakan isu ini ialah bila mana Ismail Sabri pula didapati pengsan dan tidak sedarkan djri pada awal subuh Sabtu dan terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Setakat semalam, walaupun telah sedar, namun beliau dikatakan masih diletakkan dalam pemerhatian ketat oleh doktor.

Tiada pelawat, kecuali keluarga dekat saja dibenarkan melawat beliau.

Isu ini sebenarnya masih diperingkat awal siasatan dan mungkin banyak lagi akan terdedah selepas ini.

Yang pasti di ketika ini tidak mustahil ada yang mula diserang demam sejuk, tak berapa selera makan dan tidur malam tidak lagi lena sebagaimana malam-malam sebelumnya.

Yalah, dengan empat sudah disiasat dan direman, mereka yang lain yang mungkin terkait bila-bila masa saja boleh dikunjungi secara mengejut oleh SPRM.

Berdasarkan pengalaman mereka yang pernah dikunjungi secara mengejut oleh SPRM, dikatakan serbuan selalunya dilakukan selepas tengah malam.

Hakikatnya, kuasa dan duit memang cabaran paling besar bagi kehidupan manusia.

Sejarah telah memperlihatkan, termasuk yang berlaku di negara kita sendiri, ramai yang dapat duduk di keliling kuasa seringkali terperangkap dengan gejala yang membawa kemusnahan dan akhirnya mendatangkan malu yang bukan kepalang kepada sisa-sisa kehidupan yang harus dilalui.

Yang terdekat, misalnya kes rasuah melibatkan Najib Razak dan Muhyiddin Yassin, ia sepatutnya membawa pengajaran kepada semua pemimpin yang berkuasa, pegawai dan mereka yang dekat dengan pemimpin berkenaan agar sentiasa berusaha menjauhi amalan rasuah.

Rasuah adalah perkara yang merosakkan dan kekayaan yang dikumpul daripadanya seringkali membawa bencana, kalau tidak kepada diri sendiri, ia mungkin berlaku kepada kehidupan anak cucu di masa akan datang.

Untuk itu, pemimpin dan pegawai yang sedang seronok dengan kuasa sekarang ini juga harus mengambil iktibar, jangan selepas hilang kuasa nanti, giliran mereka pula kena mengadap SPRM. – ShahbudinHusin 24Februari2025.

3.7 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments

Warning: file_put_contents(/home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/uploads/wpdiscuz/cache/comments/76008/437b7b3c3b2b8e847daca304c324a3b3_0): Failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/plugins/wpdiscuz/utils/class.WpdiscuzCache.php on line 165
Anonymous
Anonymous
24 February 2025 9:48 pm

Isnin, 24 Februari 2025RAMAI DUIT – SATU BANGLO !!! RM150 juta ditemui dalam serbuan SPRM di rumah bekas Setiausaha Politik PM9 Dato’ Sri Ismail SabriDate: February 23, 2025 Author: Corporate Untold Kuala Lumpur, 23 Februari 2025 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menemui wang tunai berjumlah RM150 juta dalam satu serbuan di kediaman Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus bekas Setiausaha Politik PM 7 Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob. Serbuan tersebut, yang dilakukan oleh pasukan khas penyiasatan, dikatakan sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. Menurut sumber wang tunai itu ditemui dalam beberapa beg… Read more »

Anonymous
Anonymous
24 February 2025 9:58 pm
Reply to  Anonymous

Mr Cuntfuse Tukar Tiub, Barua Atok/PN pun tertembak Geng sendiri ini, friendly fire.

Bukan Mail Blur adalah ayam tambatan PM Tepi depa semua nak repeat Sheraton Move gandingan Mail Blur dan tonto, KJ.

Cfm checkmate Boss jika seme 4 ekoq S/U jaga tengkok masing2 start abis muntah kedarah kena picit teloq kipas dan a/c bukak volume maksima pkl 3 pagi masa dalam reman!

Sekarang kita faham kenapa Buku 50 Dalil direcycle jadi 100 Dalil
Mengapa PMX mesti diguling.

Reunion Sheraton Move kat dalam
le.

Anonymous
Anonymous
24 February 2025 5:21 pm

TOK MATA KATA “SAYA TAK MAIN BELAKANG”.. LPS TU DIA TARIK BALIK.. NAPER YER?🀣

https://vt.tiktok.com/ZSMAJbHqQ/

1000048712
Anonymous
Anonymous
24 February 2025 5:22 pm
Reply to  Anonymous

ADA DEKAT 1,000 KOMEN DARI PARA NETIZEN…πŸ˜‚

HA HA HA.. TENTANG BENTUK KOMEN² TU, KITA FAHAM² SAJA LAH, KAN!!!🀣

πŸ€£πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜€
KAH KAH KAH KAH

1000004528
anonymous
anonymous
24 February 2025 9:29 pm
Reply to  Anonymous

hapa nak jadi kat hang ni woiii mamat tunjang
hotak bengap, serupa taik mat jargon macang
orang kg. dia sndiri ke longkang dia diterajang
kutip komen tik tok ke parlimn dibawa bincang
apaa punya bangang itu mp mp pembangkang
kena tapau ngn PMX smua jdi dingkut pincang
termasuk ketua walaun yg asalnya dri marang
si kaki ponteng sidng prlimen berulang bulang
sama mamak krala tbuk atap pnya ktua prncng
tak lama lgi tmankn najib dlm jeriji terpancang

Anonymous
Anonymous
24 February 2025 3:28 pm

MACC seizes hefty sum in raid on officers linked to ex-PMFMT Reporters – 24 Feb 2025, 01:40 PM The money had been stashed in the home of one of the four suspects.32 SHARES 5 2 25 0 Total Views: 4,056 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F03%2Fc8e3bc39-1_sprm_macc_logo_fmt_140324.webp&w=3840&q=75 MACC officers are believed to have found the money in multiple bags and safes in several rooms and seized some jewellery. PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission recovered a hefty sum in a raid following the arrest of four officers linked to a former prime minister.The money had been stashed in the home of one of the four suspects. Citing a… Read more »

Anonymous
Anonymous
24 February 2025 3:33 pm
Reply to  Anonymous

Sah tahun depan program glamor Larian Keluarga Malaysia diPutrajaya bakal tak buat lagi jika sumber kewangan disita oleh SPRM.

Melopong lah tonto PM Tepi, KJ yang dilantik jadi Duta Larian Keluarga Malaysia nak bina persepsi gandingan PM Tepi dan TPM Tepi PN Sheraton Move!

Anonymous
Anonymous
24 February 2025 1:06 pm

Isnin, 24 Februari 2025BUKA KEMBALI KES DARREN KANG

KES BANYAK CAKAP INI MUDAHSELESAIAMINPEMUDA UMNODESAK BUKAKEMBALI KES BUNUHDARREN KANGDI UNCLE DON SRI HARTAMASKHALAS 

Tukar Tiub pada 12:00:00 PTG

Anonymous
Anonymous
24 February 2025 1:22 pm
Reply to  Anonymous

Mr. Samurai mula hilang suara bila Boss dia,
PM Tepi dan Presiden UMNO Tepi nak kena checkmate dgn kes RM150 joto?

Koyak rabak lah Geng SD10 BN yang jadi pertaruhan PAS untuk hidupkan Muafakat Nasional dan diyakini Jemin Semburit sebagai petanda snap PRU16 bakal berlaku diakhir tahun 2025.

Nak lengkap sekoq lagi musuh dalam selimut Kerajaan Perpaduan, Boss Parti Cukong MCA Wee Kaa Siong pun mesti kena himpit kes Sakaw mega dilubok tradisi MCA, Kementerian Pengangkutan PN.

Licik jugak teruntuh satu satu bahagian Great Wall of China.

Gayanya Reunion Geng Sheraton Move asal bakal diKajang atau Sg. Buloh!

Anonymous
Anonymous
24 February 2025 11:58 am

Antara PM yang BERSIH dari RASUAH dalam sejarah negara:

Tunku Abdul Rahman.
Tun Razak Hussein
Hussein Onn
Anwar Ibrahim

Merekalah PM yang berjiwa rakyat dan bukan kaki songlap

Anonymous
Anonymous
24 February 2025 9:37 am

Cakap banyak pun tak guna.
Makan saja rasuah yang ada untuk anak bini dan cucu.
Haramjadah.

rasuah-buster-PN
Anonymous
Anonymous
24 February 2025 9:41 am
Reply to  Anonymous

Mail oh Mail. Kusangka Bera rupanya buaya.
Malaysia reset rupanya Malaysia rejek.

fishing-crocodiles
Anonymous
Anonymous
24 February 2025 11:12 am
Reply to  Anonymous

Lain kali sorok duit belakang TV.
Barulah anak boleh curi masuk akaun sendiri.
Bodoh punya SUPOL. Nak beli orang pun bodoh.

ha355_Kerala
13
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x