Apa? Tun Mahathir Mohamad mahu berdamai dengan Anwar Ibrahim?
Dalam temubual dengan sebuah podcast, bekas Perdana Menteri dua kali itu secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk berdamai dengan Perdana Menteri.
Jelas beliau, banyak isu negara dapat diselesaikan secara bersama jika mereka berdua dapat berdamai semula.
“Saya fikir kalau kita bincang, kita boleh resolve (selesaikan) banyak masalah.
“Masalah ekonomi, masalah politik, masalah sosial, masalah peribadi pun boleh selesai,” ujar beliau.
Namun, tegas Tun Mahathir, berdamai itu ada syaratnya.
Katanya, syarat untuk berdamai itu ialah Anwar perlu menarik balik tuduhan yang menuduh beliau mencuri duit negara.
“Boleh berdamai dengan syarat dia (Anwar) mengaku bahawa tuduhan dia bahawa saya curi duit itu tidak benar.
“Kalau dia mengaku yang tu saya sangguplah (berdamai),” tambah negarawan itu lagi.
Sebelum ini, di sebalik Anwar kerapkali mengungkapkan serangan sakau, sakau dan sakau terhadapnya, bekas Perdana Menteri itu pernah mencabar Anwar untuk memberitahu keberadaan wang kerajaan yang didakwa dicuri dan dimiliki beliau.
Tun Mahathir berkata, beliau sanggup membawa pulang seratus peratus duit yang dikatakan dicurinya itu dan akan mendermakannya kepada orang miskin.
Namun, Anwar perlu memberitahu di mana duit itu berada terlebih dahulu.
“Mungkin ada di bank Switzerland, saya sanggup bersama Anwar pergi ke bank di Switzerland dan minta bank tunjuk akaun saya.
“Jika ada akaun, saya akan keluar semua duit dan bawa balik ke Malaysia. Seratus peratus duit itu, jika ada, saya akan diberi kepada orang Melayu,” katanya.
Sejujurnya, meskipun sudah lebih dua tahun Anwar menjadi Perdana Menteri dan masih mengulangi naratif sakau sehingga sekarang, kemusykilan umum ialah mengapa masih tidak mengheretnya ke mahkamah?
Jika benar Tun Mahathir mencuri wang negara sebagaimana dinaratifkan kepada rakyat selama ini, dengan luasnya kuasa sebagai Perdana Menteri seumpama dari hujung langit hingga ke hujung langut, Perdana Menteri sepatutnya tiada masalah untuk mengheret negarawan itu ke mahkamah.
Ia tidak perlu sehingga lebih dua tahun berkuasa, namun tiada satu pun pendakwaan di mahkamah dapat dilakukan.
Dengan itu, lebih baik tutup buku sakau itu dan buka cerita damai pula.
Tanpa syak wasangka, Anwar dengan ini wajar menyambut huluran tangan damai yang diberikan Tun Mahathir itu.
Syarat yang diberikannya pula bukanlah susah sangat, tak perlu keluar modal pun dan jauh lebih ringan daripada syarat tujuh dulang hati nyamuk untuk memiliki Puteri Gunung Ledang.
Adalah diyakini sebahagian besar yang menyokong Anwar dan PH selama ini adalah kerana terpesona dengan janji-janji yang antaranya untuk merampas dan mengembalikan wang negara yang kononnya dicuri oleh bekas-bekas pemimpin, termasuk antaranya Tun Mahathir.
Jika sehingga PRU16 akan datang masih lagi gagal mengheret Tun Mahathir ke mahkamah, kegagalan hanya akan menyebabkan Anwar tidak dipercayai lagi oleh rakyat.
Dengan berdamai, bukan saja masalah mereka berdua akan selesai, bahkan seperti disebut Tun Mahathir, banyak masalah lain juga boleh selesai.
Lagi pula, berdamai dengan Tun Mahathir yang merupakan Penasihat SG4 iaitu negara-negara yang dikuasai Pas, perdamaian itu mungkin boleh membuka ruang untuk datangnya sokongan Pas kepada kerajaan madani.
Bukankah ia menguntungkan Anwar akhirnya?
Cuma, kalau Anwar kekal tak mahu berdamai juga, jangan berlengah lagi dan pastikan Tun Mahathir dapat dilihat berada di kandang salah mahkamah sebelum Parlimen dibubarkan. – ShahbudinHusin 20Februari2025.
membaca posting budin hari ni, den raso geli geman!
mamat tunjang dah tak muncul2 apa tengah sakarat?
nak guling madanon ya? wahai pengkhianat2 siluman
tunggu kiamat la wahai katak bacul musibat keparat!!!
Lagi pula, berdamai dengan Tun Mahathir yang merupakan Penasihat SG4 iaitu negara-negara yang dikuasai Pas, perdamaian itu mungkin boleh membuka ruang untuk datangnya sokongan Pas kepada kerajaan madani.
pergggghhhhhh…………….beooooosaaa punya nafsu bang Din oooiiiiiiiiii…………..
nak tunjuk walak pon agak agak la Budin aiehhhhhhh, Geli geleman den mmbaca nyo……cer kabo kek den negaro mano yg bawah taklok PAS tu???
huuuuwwwweeeekkkkkkk…………………….. temuntah dah den ni hah
haramjadah boto aaaaaaaahhhhhhhhh!………………..
takdo teringin nyo si nuaaa tu pado sokongan Pas, Parti Ajaran Sosat tu hah penuh dgn kuman siplis, gonorea aids hiv covid segala macam penyakit kronik ado dalam Pas tuh.
Budin Pas n PN Bersatu mamak kuty jo yg tergilo gilo bayang kat Kerajaan Madani
Siang malam pagi potang dok la merancang camno la gayo nyo nak tumbangkn Kerajaaan Madani yang gagah pekaso tuh……….ehhhhhh bukannyo Den tak tau
Dasa poliTIKUS hamPAS lalang tak do prinsip & maruah diri.
MEMUALKAN……………huweeeeekkkkkkkkkkkkk ek ek ek………..
haramjadah boto lahhhhhhhh/////////////////////
Tidak semudah yang kau ucapkan Budin. Tun cakap nak berdamai PMX mesti menarik balik tohmahan bahawa orang tua itu TIDAK mencuri duit negara dan segala tuduhan tersebut adalah PALSU.
Jika PMX setuju dengan syarat itu, maknanya dia secara tak langsung mengaku yang dia MENIPU RAKYUAT dan BERBOHONG. Deyyyy! berapa kali worang mau cop dia KAKI MUHONG Budin….?
I guess this Budin purposely would like to drag PMX and push him into a deep snake’s pit….ya lorrr …ini dendam lama maa….
JIKA RASA TAK UPAYA HERET TUN M KE MAHKAMAH, ANWAR WAJAR PILIH UNTUK BERDAMAI20 February 2025 PMX pegang kepada pesanan TGNA, jangan masuk lubang kali kedua untuk dipatuk ular bisa yg sama. Lagi pun, pertanyaaan Bg Budin mengenai dimana harta Atok Saka dah terjawab aritu oleh SPRM. Bila Atok Saka buat video nganjing dok cari duit RM billion merata dikediaman, keluar berbilion dalam harta deklarasi anak2 dia, Mokhzani dan Mirzan. Watpe nak berdamai dgn ular bisa, tunggu je lah SPRM kata maseh siasat lagi perihal harta berbilion anak2 Atok tu. Bukan kah Atok yang jadi mastermind dalam permainan persepsi dan… Read more »
DA RUGI DALAM KWSP NAZRI HAMDAN Dari awal keluar isu KWSP ni saya dah cakap tak ada isu rugi kat sini. Yang cakap rugi ialah seorang ketua dari parti politik yang dah tak relevan lagi. Di parlimen baru-baru ni, Menteri Kewangan II cakap KWSP untung RM 102 juta hasil jual saham MAHB pada tahun 2023. Ni adalah jawapan dalam parlimen. Mana boleh tipu. Tapi ada sorang ketua dari parti politik yang dah tak relevan dia kata rugi sebab jual harga rendah beli balik harga mahal. Ya, kalau kita tengok dalam konteks jual beli secara langsung. Tapi tidak kalau lihat… Read more »
GAGALNYA AHMAD SAMSURI
Gagalnya Ahmad Samsuri Teruknya PAS
Sedap Samsuri bagi Grade F dekat PMX selepas hanya Setahun lebih memerintah.Sekarang kita tengok ‘pencapaian hebat’ Dr Sam selepas 2 Penggal iaitu 10 tahun memerintah.
Adekah anda mahu dia dan EXCO2 dia di beri peluang lagi PRU16 nanti selepas 2 penggal penuh di berikan anda semua?PH 2 penggal ja tadbir Selangor,Penang,Negeri Sembilan habis berubah serba serbi jadi lebih baik sejak 2008 sampai 2025 berbanding Kelantan,Terengganu,Kedah,Perlis bawah PAS.33 bulan bawah PAS pun serupa itu juga tak jadi apa pun sudahnya di peringkat pusat kecuali munculnya Arak jenama Timah dan cabutan judi tahunan naik ke 22 kali,macihhhh PAS,macihhhh BERSATU pelahap dana judi ARMADADAH mereka.
AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, February 20, 2025
Share
18 Feb, genap 8 tahun, himpunan RUU 355 berlangsung di Padang Merbok.
Ketika 33 bulan PAS berada di dalam Kerajaan, tiada sebarang usaha dilaksanakan oleh PAS sewaktu dalam Kerajaan.
Boleh bantu kami cari orang ini?
AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, February 20, 2025
Share