Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

DUA BEKAS PM TOLAK CADANGAN NAIK TARIF LETRIK

Dua bekas perdana menteri menolak penjelasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyatakan kenaikan tarif elektrik kepada industri dan golongan berpendapatan tinggi tidak akan menjejaskan 85 peratus isi rumah golongan rakyat biasa.

Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) menegaskan kenyataan tersebut tidak mencerminkan keadaan sebenar kerana kenaikan tarif tetap akan memberi kesan kepada pengguna.

“Kerajaan juga menyatakan bahawa kenaikan ini hanya melibatkan kira-kira 15 peratus golongan ‘maha kaya’ dan industri.

“Namun saya ingin tegaskan lumrahnya, kenaikan tarif elektrik ini akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan seterusnya dipindahkan kepada pengguna yang juga terdiri daripada 85 peratus isi rumah tersebut,” katanya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Anwar menjelaskan kenaikan tarif elektrik hanya akan melibatkan pengguna industri dan golongan ‘maha kaya’ serta menegaskan majoriti rakyat tidak akan terkesan oleh kenaikan tersebut.

Ismail Sabri turut membandingkan kadar kenaikan tarif elektrik sejak 2015 hingga 2022, dengan peningkatan yang berlaku hanya sekitar 3.7 peratus, daripada 38.53 sen per kilowatt kepada 39.95 sen per kilowatt.

Namun, katanya tarif asas bagi tahun 2024 hingga 2027 mengalami lonjakan 14.18 peratus, meningkat daripada 39.95 sen per kilowatt kepada 45.62 sen per kilowatt.

“Malah, seperti yang dinyatakan oleh S&P Global sebelum ini, bagaimana pengusaha akan dapat bertahan kerana mereka terpaksa menurunkan harga produk eksport untuk kekal bersaing dalam perang ekonomi dan dengan kenaikan tarif ini, mereka terpaksa menanggung beban yang lebih tinggi.

“Apakah perancangan kerajaan untuk mendepani kos sara hidup yang akan terus meningkat,” soalnya.

Sementara itu, Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) dalam perbahasannya turut bersetuju kenaikan tarif elektrik ini akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhan.

Dia menyuarakan kebimbangan rakyat kini bukan sahaja berdepan dengan harga barang keperluan yang melambung, tetapi juga kenaikan cukai SST dan pelaksanaan cukai baru.

“Ini belum lagi mengambil kira rancangan kerajaan untuk menaikkan tarif asas elektrik dan penyasaran subsidi RON95 menjelang pertengahan tahun ini.

“Meskipun Tambun (Anwar) memberi jaminan kenaikan tarif elektrik hanya dikenakan kepada pengguna industri dan golongan ‘maha kaya’, realitinya kenaikan tarif asas elektrik sebanyak 14.2 peratus bagi tempoh kawal selia 4 (RP4) di bawah kerajaan sekarang jauh lebih tinggi berbanding kerajaan terdahulu.

“Apakah jaminan kerajaan bahawa 85 peratus pengguna domestik tidak akan terjejas boleh dipercayai,” soalnya.

Muhyiddin turut menekankan kos operasi syarikat yang meningkat akibat kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan syarikat-syarikat memindahkan beban kos kepada pengguna akhir.

“Ini kerana jika kos operasi syarikat meningkat akibat kenaikan tarif elektrik, mereka tentunya akan memindahkan kos kepada pengguna akhir, iaitu rakyat yang akan menanggung beban kenaikan harga barang dan perkhidmatan,” katanya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/734451

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

14 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
14 February 2025 10:16 am

BILA DUA GAGALIS KRITIK ISU TARIF LETRIIK
 MMMS

Menarik juga bila “gagalis duo” cuba kritik benda yang mereka sendiri tak mampu selesaikan masa jadi Perdana Menteri. 

comment image

comment image

Semua orang tak suka dengan kenaikan tarif tapi kita kena jadi realistik. Sekurang-kurangnya 85% pengguna domestik tak terkesan, kalau ikut cadangan PN dulu, hampir semua akan terkesan bila tarif naik. Nak populis boleh aja absorb dengan subsidi tapi subsidi tu pun kena ambil dari kantung kerajaan juga

AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, February 14, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
14 February 2025 8:46 am

Walau pun Ismail Bera nampak BODO…tapi dalam kes ini dia tidak MUHONG mcm PMX. Walau bagaimanapun cakap2 Muhyiddin tak boleh dipakai. Dia seorang pembelit. Hari ini di kutuk PMX sebab kasi DNAA kpd Zahid. Di zaman dia jadi PM…..dilepaskannya Tengku Adnan Celup, Musang Aman, Shahril Samad, Nuar Musa dll Tu pun perangai biawak juga.

Pendek kata Si Din pemandu lori ayam tu pun tahu kenaikan tarif letrik tetap menjejaskan kehidupan si miskin…… bukan setakat golongan mahakaya …hang nak MUHONG sapa ni…!

Anonymous
Anonymous
14 February 2025 5:35 am

Hukuman Mahkamah kes Sorok Minyak Masak masa Kerajaan PN oleh Anak Hamzah Zainuddin dan rakan kongsi. Mahkamah Tinggi menjatuh hukuman denda RM450,000 kepada rakan kongsi anak Hamzah Zainuddin yang mengaku bersalah sorok dan manipulasi sabsidi Minyak Masak untuk tujuan kaut keuntungan berganda2 dengan kawalan stok yang terhad. Anak Hamzah Zainuddin tidak mengaku bersalah dan akan lawan bicara. Kalu ikut precedent Mahkamah, pengakuan bersalah rakan kongsi adalah bukti prima facie. Tanya mana2 pelajar tahun satu undang2, ini sah akan sebab anak Hamzah Zainuddin dihukum lebih berat lagi dari denda RM450,000 kerana penipuan kepada Rakyat Malaysia. Ini belum lagi bicara Mahkamah kes… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 February 2025 8:50 am
Reply to  Anonymous

Butoh la……dulu China yang bagi rasuah pada Tengku Celup Adnan Mansor pun kena denda juga…tapi Tengku Celup dilepaskan Malikul Sembab. Kalau PM kata lepaskan…lepas la walaupun ada 47 kes!

Anonymous
Anonymous
14 February 2025 5:23 am

Langkah Addendum PN tunggang Addendum untuk guling PMX dan Kerajaan Perpaduan terkantoi lagi diPMQT PMX diDewan Rakyat. Semasa ucapan Ketua Pembangkang, Mezoh diDewan Rakyat minggu lepas, seolah mengikut skrip drama dan propaganda PN bertema serangan kepada PMX dan Kerajaan Perpaduan secara berjemaah mencelah ucapan dari Taki, Badut Hulu Terengganu, Saifuddin 5G. Tema adalah PMX sorok Addendum, PMX derhaka titah dan tindakan PMX beri kesan negatif kepada keyakinan kepada Pelabur. Hanya selepas Kelab BBC Kerajaan Perpaduan membuat kenyataan balas rasmi menyangkal semua tuduhan PN dan mencadangkan Speaker Dewan Rakyat buat tindakan disiplin susulan terhadap Ketua Pembangkang kerana berniat jahat dan buat… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 February 2025 5:25 am
Reply to  Anonymous

A. MEZAH MINYAK MASAK KENA BASUH
 
https://wrlr.blogspot.com/2025/02/mezah-minyak-masak-kena-basuh.html

AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, February 13, 2025
Share

B. HANG TAK PAYAH LA NAK PEKENA PMX TU.. HANG KECIK ANAK JA JARGON OIII…

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/hang-tak-payah-la-nak-pekena-pmx-tu.html

 
AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, February 13, 2025
Share

Anonymous
Anonymous
13 February 2025 11:14 pm

Kelompok ‘tak cukup jumelohh’ pasti akan terus menyalak   Harapandaily February 11, 2025 Oleh JAMZURI ARDANI Setelah lebih dua tahun Anwar Ibrahim jadi PM, saya nampak ada dua pencapaian penting beliau; pertama ialah kestabilan politik dan kedua ialah kestabilan ekonomi. Ketika Anwar mula menjadi PM, negara kita baharu berhadapan dengan dua melapetaka besar; Langkah Sheraton dan Covid-19. https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEh04-NHUGHsDU4Wh4esEaorF4heTOxOqdDAecMuHFax1YEyH3hSZdl-tjMEddK03WKqCkZZzqEOBwnlwwxgy_3NvzE9PtERV-vRDgJ2zfe36rJLyukhPW6Zge_bf7DI-8-Rsc6eObYNXWUOcLWToCOA_geKkxAdOFj7HhupdEmUb-55QEp2ASPTR3M-EPM Langkah Sheraton adalah ibarat gemba bumi buat politik Malaysia. Ia telah menyebabkan politik negara hilang serinya. Kecurangan dan pembohongan para aktor politik negara telah menyebabkan rakyat terus hilang percaya kepada orang politik. Kerajaan ‘Tebuk Atap’ pun gagal membina politik yang stabil akibat… Read more »

anonymous
anonymous
13 February 2025 10:23 pm

Perbahasan Parlimen MP Jelebu NS

1.UNCHR – warga asing
2.KEMAS – penyelia
3.Felda – generasi ke 2
4.Polis – up grade
5.Perlembagaan Malaysia

TAHNIAH YB – BERFAEDAH DAN MEMBINA

2 BEKAS PM & YB2 HAPRAK- SEMBANG KARI – mulut puki – masa perintah 33 bulan – sakaw sakaw sakaw di sebalik JANA WIBAWA BUMIPUTERA – CHIBAI CHIBAI CHIBAI

Anonymous
Anonymous
13 February 2025 8:34 pm

Syed Mokhtar setuju sumbang RM30 juta bantu pesawah miskin, kata PMFMT Reporters – 13 Feb 2025, 07:08 PM Pada Disember 2022 tokoh korporat itu sumbang RM10 juta bagi membela nasib pesawah miskin.2 SHARES 2 0 0 0 Total Views: 215 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F02%2Fe47e71c8-syed-mokhtar-albukhary-anwar-ibrahim-resize-fmt-130225.webp&w=3840&q=75 Anwar Ibrahim berkata beliau menghubungi Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bersetuju memberi sumbangan RM30 juta bagi kepentingan pesawah. PETALING JAYA: Tokoh korporat Syed Mokhtar Al-Bukhary bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta untuk menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.Sumbangan itu bantuan kali kedua oleh tokoh memiliki pegangan saham terbesar dalam Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang pada Disember… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 February 2025 8:45 pm
Reply to  Anonymous

Dilema Penyakaw Nasional (PN)! Abah PM8 dilema antara sambung konsesi BERNAS Syed Mokhtar 10 tahun lagi 2021 masa Kerajaan PN, sedut RM250 juta dari Syed Mokhtar masuk akaun BERSATU dan sekarang desak PMX dan Kerajaan Perpaduan buat Kertas Putih Beras? Bawah PMX, BERNAS Syed Mokhtar bagi pulangan balik rebat kepada pesawah2 RM50 juta 2022, RM10 juta 2023 dan RM30 juta 2025. Bawah PMX, harga lantai padi naik 3 kali RM1,200 2023, RM1,300 2024 dan RM 1,500 2025. Bawah Abah PM8, harga lantai kekal RM1,000 dari satu dekad, konsesi BERNAS Syed Mokhtar disambung 10 tahun lagi 2021 dan Abah PM8 sedut… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 February 2025 8:05 pm

Mat Jargon Machang Wan Faisyhal buat tuduhan pelabur hilang keyakinan ekonomi Malaysia bukan kerana fakta dan tanpa beri angka dan statistik ekonomi. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin berlakon buat tuduhan sama berdasarkan ayat2 Mat Jargon. Kedua2 dan semua PN telah merumuskan PMX penderhaka, sorok Adendum dan menjadi sebab asbab pelabur2 hilang keyakinan kepada ekonomi Malaysia. PMX beri tuisyen mengenai statistik dan data BSKL, FDI Malaysia dan rekod prestasi keuntungan Syarikat2 tersenarai diBSKL sekali gus menyangkal auta dan pembohongan PN. PMX jugak mengulangi janji untuk merungkai semua fakta mengenai Addendum setelah kes Mahkamah selesai. PMX berharap pemimpin2 PN hadir dan tak lari… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 February 2025 8:10 pm
Reply to  Anonymous

Pengiktirafan Rating2 Ekonomi Antarabangsa.

Moody’s Rating baru sahaja memberi rating positif ekonomi Malaysia untuk FY2024.

Stabil dan berpotensi untuk bertumbuh lagi kerana dasar dan perlaksanaan Ekonomi Madani.

Rating positif ini akhir 2024 ini adalah susulan rating memberangsangkan pertengahan tahun 2024 dari JP Morgan dan Forbes yang naik taraf rating ekonomi Malaysia!

Anonymous
Anonymous
13 February 2025 6:14 pm

PM Tepi SD115 sembang kari, gajah boleh terbang. Time Mail Blur PM9 Kerajaan PN tubuh Jawatankuasa Jihad Inflasi dan Kos Sara Hidup dengan Pengerusi BFF Mail Blur, Menteri MCMC Nuaq Musang. Rasionalisasi sabsidi pun tinggal pasang niat dalam hati kerana Mail Blur PM9 naikkan tarif TNB secara pukal untuk semua Rakyat! Yang terjadi Jawatankuasa Jihad tinggal nama sahaja kerana semua pemimpin2 Kerajaan PN dok sibuk Sakaw termasuk Mail Blur. Pengerusi Jawatankuasa Jihad sendiri jadi Broker Penjualan Menara KL sedut komisen RM500,000 setahun utk 15 tahun. Sudah jadi kes Mahkamah. Apabila Geng SD1115 jadi Pembangkang boleh lah sembang kari, gajah terbang… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 February 2025 5:29 pm

DUA BEKAS PM TOLAK CADANGAN NAIK TARIF LETRIK13 February 2025 Geng sekapal SD115 doh cukup jumeloh! Apa nak heran dua-dua adalah satu kapal Geng SD115 doh cukup jumeloh, PM Tepi yang beria buat Sheraton Move dulu dan nak buat lagi. Dah cuba semua langkah dari Nov 22 selepas keputusan PRU15 sehingga hari ini nak guling PMX tak berjaya, nak cuba lagi akhir tahun. Lebih ironik, semasa PM9 Mail Bera PN, Menteri Tenaga Taki buat usul naik tarif TNB secara menyeluruh pukal tak kira B40 atau industri. Memang Kerajaan PN tak berhati perut tarik sabsidi TNB kepada B40! Jadi bantahan dua… Read more »

14
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x