Pemuda UMNO memberi amaran kepada Pemuda DAP (DAPSY) supaya tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan orang Islam.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menegaskan sekiranya sayap DAP itu terus mengganggu gugat dan mencampuri urusan agama Islam, tidak mustahil mereka akan kembali menjadi pembangkang selama-lamanya.
“Apabila kamu mencampuri urusan agama kami, maka menjadi tanggungjawab kami orang Melayu Muslim mempertahankannya.
“Bagi orang Melayu Muslim seperti kami, agama dan bangsa melebihi daripada parti politik!
“Sekali lagi amaran kami berikan kepada kamu, urusan agama kami adalah urusan kami, bukan urusan kamu! Selama ini, kami tidak pernah sentuh urusan agama kamu!” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong yang dilaporkan mendakwa Dr Muhamad Akmal seolah-olah bertindak sebagai ejen Perikatan Nasional (PN) dan musuh dalam selimut terhadap Kerajaan Perpaduan, sekali gus menggesanya meletak jawatan serta menyertai PAS.
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, prinsip UMNO adalah menjaga agama, bangsa dan tanah air, bukan hanya berpolitik semberono.
“Maka, mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan agama kami, bangsa kami, tidak kira siapa pun mereka, ia menjadi tanggungjawab kami untuk lawan mereka,” katanya.
Perbalahan kenyataan membabitkan dua sayap parti itu adalah berkait isu garis panduan untuk pembabitan umat Islam dalam acara di rumah ibadat bukan Islam, yang sebelum ini menjadi polemik selepas ia dipertikaikan oleh beberapa pemimpin bukan Islam.
Saham Dr Sam dah jatuh?Hishamuddin Aun – 10 Feb 2025, 09:00 AM Daripada ‘diangkat’ sebagai perdana menteri masa depan ketika PRK Kemaman, menteri besar Terengganu kini dipintas pelbagai nama lain.7 SHARES 2 2 3 0 Total Views: 3,374 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75 Sehingga hari ini peletakan jawatan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atau Dr Sam secara mengejut sebagai bendahari Perikatan Nasional (PN) 11 Dis lalu masih menjadi misteri. Namun, keputusannya itu yang menyusuli pengumuman Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menamakan pimpinan Bersatu ke jawatan utama dalam gabungan berkenaan dua hari sebelum itu mungkin boleh dikaitkan dengan kekecewaan kerana PAS berasa dipinggirkan. Menafikan bahawa peletakan jawatannya berpunca… Read more »
Tahun 2021 Kerajaan PN dgn Abah PM8 dan PAS sbg Menteri2 telah setuju beri kepada BlackRock USD600 juta bersamaan RM2.6 billion Dana KWSP, tanda Dana Syariah terbesar didunia masa itu.
Ini berlaku semasa Israel Zionis mulakan genosid keatas Palestine pada tahun 2021.
Ini bukti PN pro-BlackRock penyokong
Israel Zionis.
Adakah Ustaz Aire Roslan (UAR) KP PAS Pahang maseh pakai diaper lagi pada tahun 2021?
Halal untuk Ana, Haram untuk Ente.
JAHILNYA PAS DALAM EKONOMI. PAKAR EKONOMI TAK SENTUH PAS SENTUH. ITU TANDA PAS TAK TAHU BAB EKONOMI.
Kenyataan balas terjadap tuduhan Ketua Penerangan PAS Pahang
1. KP PAS Pahang Ustaz Aire Roslan (UAR) secara jahil telah menuduh Kerajaan Madani melakukan perampokan berkelas tinggi terhadap transaksi MAHB melalui pembelian saham oleh KWSP.
2. Sebelum kita pergi lebih jauh, barang di ingat, bahawa PAS ini adalah parti yang semasa berjumpa Arul Kanda mereka berpuas hati dengan 1MDB.
3. Parti ini jugalah yang paling banyak kalah saman fitnah.
4. Jahilnya PAS dalam soal ekonomi juga apabila mereka berbangga dan mengucapkan tahniah hasil penjualan SUKUK oleh Kerajaan PN.
5. Baik, sekarang kita jawab fitnah yang dibawa oleh UAR.
6. Beliau mendakwa wang pencen rakyat diboroskan dengan begitu mudah. Ianya merujuk kepada tindakan KWSP menjual saham MAHB pada harga pasaran, dan membelinya kembali pada harga yang lebih tinggi.
7. Untuk pengetahuan PAS, KWSP telah melabur dalam MAHB seawal 1999 dengan harga sesaham RM2.50
8. Pada Jan 2023, KWSP telah menjual saham mereka pada harga RM6.74
9. Ternyata ia adalah jualan yang menguntungkan dan menurut KWSP keuntungan tersebut antaranya digunakan untuk membayar dividen kepada pencarum.
10. Mungkin yang dimaksudkan sebagai kerugian atau perompakan oleh Kerajaan Madani itu ialah apabila KWSP membeli semula saham MAHB pada harga RM11.
11. Ini lah yang PAS tidak faham, pembelian ini adalah melalui General Offer.
12. Sesuatu tawaran awam mempunyai tujuannya sendiri dan ada kelebihannya.
13. Dalam kes MAHB..tawaran awam ini bersifat premium. Sebab itu harganya mahal dari pasaran.
14. Kenapa mahal? Sebab, pembelian saham ini membolehkan pemegang saham mempunyai kawalan ke atas MAHB.
15. Kenapa perlu setuju dan ambil premium ini? Sebab MAHB telah mengumumkan pelan jangka panjang mereka dan pelabur strategik mereka. Pembelian ini juga menandakan yang pembelian KWSP menjadikan mereka rakan kongsi dalam konsortium yang memiliki MAHB.
16. Pelan jangka panjang ini akan membawa MAHB ke paras lebih tinggi dan menguntungkan semua ahli konsortium.
17. Oleh itu pembelian saham MAHB oleh KWSP adalah dengan niat pelaburan jangka panjang sesuai dengan perancangan MAHB dan rakan strategik mereka.
18. Apabila ianya pelaburan jangka panjang, maka bagaimana kita tahu KWSP telah rugi? Adakah esok KWSP akan jual pada harga RM10 sesaham? Atau mungkin dalam tempoh 10 tahun saham MAHB akan menjadi RM15 sesaham? Siapa tahu.
19. KWSP mempunyai unit penyelidikan dan pelaburan strategik mereka sendiri yang lebih mahir dalam soal pelaburan.
20. UAR juga membuat fitnah kononnya Madani hipokrik kerana membenarkan pelaburan dari GIP yang dimiliki BlackRock. GIP bersama Pihak Pelaburan Abu Dhabi memiliki 30% dalam konsortium.
21. Sedangkan dalam masa sama Kedah berbangga menerima pelaburan dari Boeing. Boeing bukan sahaja turut dimiliki BlackRock, tapi Boeing itu sendiri menyumbang senjata kepada Isr@el untuk mengebom Gaza.
22. Suka saya menasihatkan agar UAR dan PAS agar kembali kepada politik matang dan sejahtera seperti yang PAS pernah amalkan dengan mendapatkan penjelasan dari TH dan 1MDB. PAS sepatutnya mendapatkan penjelasan dari Menteri Kewangan II atau Khazanah.
23. Tindakan PAS terus-menerus memfitnah kerajaan bukan sahaja menunjukkan mereka jahil dan tidak layak memerintah, tetapi juga merosakkan nama Islam yang dibawa oleh mereka.
Betul lah orang kata..nak mundur undi PAS.
Sekian.
ATADAFA (ambil tahu dan faham)
Fairul al Qasas
Ketua Penerangan Keadilan Kuala Krau
Penerangan Pahang.
Ini Geng Pas Pahang satu geng dgn geng tayang scud halus Snake ko?
PRU MENGEJUT BUKAN PERKARA MUSTAHIL8 February 202 Jemin Semburit melaporkan perkembangan yang menyakinkan gerakan Sheraton Move 2.0 bakal paksa berlaku PRU mengejut akhir tahun 2025. Yang menyakinkan dia adalah Geng SD BN 10 dengan sokongan Geng Bossku akan buat gerakan terakhir untuk gulingkan Presiden UMNO sekali gus tarik keluar UMNO dari Kerajaan Perpaduan. Ini sebab Barua Atok Saka, Papagomo mengamuk macam hantu raya makan tuan minggu lepas, tibai lambat sangat tindakan pengecut tadak teloq dari Mail Blur dan H20. Ikut kiraan depa, gerakan ini akan paksa PMX untuk bubar parlimen untuk PRU awal seperti berlaku diDUN Negeri Sabah dulu semasa… Read more »
‘Tebuk Atap 2.0’: Ada yang mahu berpaling tadah selepas Aidilfitri?
Harapandaily
February 9, 2025
Oleh LIYANA MARZUKI
Let me spill the bean. Benda saya dengar baru-baru ini, beberapa little birds juga sahkan. Dari kedua-dua kem.
Gerakan tebuk atap 2.0 tengah giat dijalankan. Tahun ini, by hook or by crook kena jatuhkan kerajaan.
Kes pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan suku sakat sudah mula tahun ini. Kalau tak tukar kerajaan, ramai yang teman Najib nanti.
Makanya, dengarnya ada pakatan antara Ahli Parlimen UG nak gabung dengan PN. Katanya, nak paling tadah lepas Aidilfitri.
Setelah cukup jumlah, mereka akan jumpa Agong. Dan mereka tidak menjangkakan Agong akan terima PM baru. Makanya, pilihan yang ada ialah Agong akan bubar Parlimen.
Itu sebab mereka dah start drum suruh Ahli Parti bersedia. Pilihan raya boleh terjadi bila-bila masa.
Firasat ramai pemerhati politik, keputusan tetap sama. Parlimen tergantung juga.
Itu sebab banyak tindakan dibuat agar base PH tidak keluar mengundi. Itulah tiba-tiba mereka jadi terpaling Cina sekali.
Soalan saya, kalau PN yakin menang siapa jadi Perdana Menteri? Tan Sri Muhy Kluster Mahkamah. Depa mengata Zahid maknanya mereka pun sama. Lepas naik, nak DNAA (melepas tanpa membebaskan) pula?
Haram untuk orang halal untuk mereka?
Kepada pengundi, get ready. It’s a roller coaster ride this year.
There’s no angel in politics. Tugas kita memilih lesser evil, pihak yang punya mudarat lebih kecil terhadap pembinaan negara bangsa.
AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, February 09, 2025
Share
DR AKMAL BERI AMARAN, DAP TAK MUSTAHIL KEMBALI JADI PEMBANGKANG9 February 2025 Pengarah Komunikasi UMNO kata Mamak ini terlampau syok sendiri terlajak ikut idola2 dia Mail Blur dan H2O. Mr. Samurai memang tak akhir baligh lagi bab politik ini, itu yang jadi kerja bahalol nak pancung orang je. Tepat andaian Ketua Pemuda DAP, dia dah jadi musuh dalam selimut, kerana misi 24/7 hanya bawa agenda PN. Dan agenda Islam dan Melayu nak bebaskan pencuri terulung. Strategi politik mampan Presiden UMNO dan MKT UMNO untuk PRU16 adalah untuk menduplikasi kejayaaan formula politik Kerajaan Perpaduan dari PRK Mahkota, Johor dan PRK Kuala… Read more »