Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

BENARKAH PAS DAN BERSATU BAKAL BERPISAH?

Mereka yang pro kerajaan madani seringkali mengharapkan hubungan antara Pas dan Bersatu akan berantakan sebelum PRU16 akan datang.

Apa saja isu yang timbul akan diangggap sebagap tanda perpecahan telah mula berlaku.

Selain perletakan jawatan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Bendahari PN dan kerapnya Muryidul Am Pas, Hashim Jasin bersuara tentang calon Perdana Menteri telah dianggap sebagai tanda perpecahan yang disebutkan itu, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang baru-baru ini tidak setuju PRU awal juga dianggap petunjuk yang sama.

Mereka mengatakan, kenyataan Tuan Ibrahim itu memperlihatkan Pas tidak lagi sebulu dengan Bersatu lantaran pemimpin yang mula-mula membangkitkan mengenai PRU awal itu ialah Azmin Ali, Setiausaha Agung Bersatu.

Mereka lalu mengatakan Pas dan Bersatu hanya menunggu masa saja untuk berpisah.

Dalam hal ini, saya sendiri kerap ditanya mengenai perkara itu dan sama ada ia suatu kebenaran atau sekadar mainan persepsi.

Sehubungan itu, saya cuba mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan yang ada hubungan dengan Pas serta Bersatu mengenai perkara tersebut dan ternyata, tiada kecenderungan ke arah itu.

Malah, mereka mengatakan hubungan Presiden Pas, Hadi Awang dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sentiasa baik, selain mereka sentiasa mengadakan pertemuan daripada semasa ke semasa.

Kata mereka, keakraban itu terbukti kerana sebagaimana disebut Azmin Ali baru-baru ini, Hadi dan Muhyiddin baru saja mengadakan pertemuan untuk membincangkan isu-isu semasa.

Di samping itu, tambah mereka, Hamzah Zainuiddin selaku Timbalan Presiden Bersatu dan Ketua Pembangkang pula sentiasa menjalin hubungan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pas demi kepentingan masa depan PN.

Dengan itu, jelas mereka, selain tiada petunjuk, tiada sebab sama-sekali untuk kedua-dua parti merenggangkan hubungan sesama sendiri.

Ini kerana berdasarkan keputusan PRU15 lalu serta PRN enam negeri yang lepas, adalah jelas PN mendapat sokongan yang amat baik daripada pengundi-pengundi Melayu.

Kedua-dua parti dikatakan akan terus mengakrabkan hubungan kerana yakin sokongan pengundi Melayu akan bertambah baik lagi pada PRU16 akan datang, terutama jika UMNO terus dikaitkan dengan DAP.

Tambahan pula, disertai dengan pelbagai perkembangan dalam negara yang jelas tidak memihak kepada kerajaan madani sejak dua tahun lalu, PN hanya menunggu masa saja untuk menuai hasil yang lebih lumayan lagi.

Berbeza pendapat dalam kenyataan melalui media adalah perkara biasa, malah dalam PH dan BN pun kerap berlaku hal yang sama.

Yang nyata, kata mereka, hanya pihak yang bimbangkan kerajaan madani tidak mampu bertahan lagi pada PRU16 akan datang saja yang mengandaikan perpecahan itu akan berlaku.

Mereka bukan saia mengandaikan demikian, bahkan sentiasa berharap perpecahan benar-benar berlaku dengan harapan madani akan kekal berkuasa lagi.

Yang malang di sini, pihak berkenaan bukannya mahu berusaha untuk menjawab, menangkis atau melakukan serangan balas terhadap blok pembangkang atas pelbagai isu yang makin melemahkan kedudukan kerajaan, sebaliknya hanya berharap berlakunya perpecahan antara Pas dan Bersatu.

Dalam erti kata yang lain, mereka sendiri sebenarnya sudah tidak mampu berperanan untuk mempertahankan kerajaan madani dan hanya berharap kepada perpecahan PN sebagai hadiah untuk madani kekal berkuasa.

Demikianlah adanya. – ShahbudinHusin 15Februari2025.

3 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
18 February 2025 1:44 pm

Bersatu parti yang dah hampir lumpuh….. PAS tak perlu pun Bersatu. PAS pun dah tak popular sekarang.

Gerakan satu lagi parti tak laku. Entah apa subangan Gerakan kepada PN? Kosong.

PN akan berkubur tanpa nesan tak lama lagi.

Kepimpinan DSAI telah diterima rakyat majoriti.

Anonymous
Anonymous
16 February 2025 8:05 am

Budin…hang bukan budak kanyaq dalam politik. Berpijaklah di bumi nyata. Dalam politik mana ada kawan sejati yang kekal selamanya. Dalam politik juga mana ada musuh hingga ke akhirnya…… yang kekal hanyalah kepentingan mereka. Tidak perlu terpancut2 bila melihat Haji Hadi berpelukan dengan Lim Kit Siang sambil memberi fatwa WAJIB MENGUNDI DAP kerana mereka adalah rakan seperjuangan kita. Kerana di hari lainnya Haji yang sama (mungkin memakai kopiah yang berbeza) boleh menyelar “rakan seperjuangan” mereka itu sebagai kafir harbi yang menjadi musuh Islam dan mesti diperangi. Hari ini Haji Hadi mengunjungi Muhyiddin, menyantuni Hamzah dan mungkin bermesraan dengan Azmin. So what?… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 February 2025 6:32 am

LAGI PERTUDUHAN TERHADAP MUHYIDDIN. 
 

2021 – PM8 jumpa Syed Bukhary, duit RM200 juta masuk akaun parti. Satu sen pesawah miskin tak dapat apa.

comment image

comment image

Walaun jadi bisu buta tuli.

2023 – PMX jumpa Syed Bukhary, duit RM10 juta masuk akaun pesawah.

Walaun tiba-tiba jadi gila.

2024 – RM50 juta masuk lagi ke akaun pesawah.

Walaun jadi gila lagi.

2024 – RM30 juta masuk lagi ke akaun pesawah.

Walaun sah gila b**i

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, February 16, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
15 February 2025 7:24 pm

BENARKAH PAS DAN BERSATU BAKAL BERPISAH?15 February 2025 Ha Ha Bg Budin tanya dan jawab sendiri soalan diri. Kau dah jadi manusia paling cuntfuse, keliru arah halatuju politik. Dahi ada tepek cop Semangat UMNO 96 tetapi ekoq tercelup cop Walaun Totok PN, BERSATU dan PAS. Ironinya, Presiden Semangat UMNO 96 yakni Presiden UMNO paling jijik dan fobia dengan PN hinggakan tawaran jawatan PMXI dari Bang Dang ditolak baik dengan jawapan kepada penunggang2 agama doh cukup jumeloh yang dia orang Islam yang berpegang teguh pada janji pakatan. Sah le kau Bg Budin dah kena henyut dari senarai kebajikan dan ehsan masyuk… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 February 2025 8:10 am
Reply to  Anonymous

Ini semua salah PMX kau juga. Dulu Budin susah payah penat lelah berkempen dan menulis untuk perjuangan DSAI dan PKR…Sudah jadi PM. dia dilupakan. Sebarang jawatan kecil pun tak diberikan. Memang dasar kacang lupakan kulit kan Budin…bewak bewak tu jaga tembolok masing-masing ja kan…BINAWE…

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x