Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

ANAK PAK LAH NAFI TUDUHAN TUN MAHATHIR

Anak kepada Abdullah Ahmad Badawi menafikan memberitahu anak Dr Mahathir Mohamad bahawa gilirannya telah tiba untuk memperkayakan dirinya menggunakan kedudukan bapanya sebagai perdana menteri.

“Saya menafikan sepenuhnya. Saya tidak pernah berkata sedemikian, dan saya juga tidak melakukan perkara sedemikian,” kata Kamaluddin Abdullah dalam catatan Instagram lewat malam tadi.

Kamaluddin menyirit bahawa Mahathir, yang satu ketika memilih Abdullah untuk menggantikannya sebagai perdana menteri pada 2003, sedang “marah dan kecewa” dengan banyak hal.

“Mahathir jelas sangat kecewa dan sangat marah dengan banyak perkara terhadap ramai orang,” katanya.

Kamaluddin bagaimanapun tidak membalas serangan Mahathir dan sebaliknya menyeru orang ramai mendoakan bekas perdana menyeri itu yang akan mencecah usia 100 tahun ini.

“Yang terbaik yang boleh kita lakukan ialah mendoakan kesejahteraannya dan berharap pada usia senjanya, dia mendapat ketenangan dengan dirinya sendiri,” tambahnya.

Jumaat lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Mahathir mendakwa bahawa dia terkejut apabila mengetahui daripada anaknya tentang perbualan yang didakwa dengan anak Abdullah.

“Mereka (penggantinya) percaya semasa saya menjadi perdana menteri, saya menyalahgunakan kuasa dan korup. Anak Abdullah memberitahu anak saya, ‘Sebelum ini giliran kamu, sekarang giliran kami’. Giliran untuk apa? Untuk mencuri wang. Saya terkejut,” katanya.

Mahathir mengeluh bahawa daripada menumpukan kepada memimpin dan membina negara, “mereka melihat kuasa perdana menteri sebagai cara untuk memperkayakan diri mereka sendiri”.

“Pada peringkat itu, saya menyesal kerana meletak jawatan sebagai perdana menteri (pada 2003),” tambahnya.

Selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri buat kali pertama pada 2003, Mahathir memilih Abdullah sebagai penggantinya, namun kemudian sering tampil mengkritik kepimpinan Abdullah.

Abdullah, yang terpaksa melepaskan jawatannya selepas prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 2008, diserang tanpa henti oleh Mahathir sepanjang satu penggalnya memegang jawatan.

Dalam bukunya bertajuk Awakening in 2013, Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, membidas Mahathir.

“Saya tidak suka apa yang Mahathir lakukan. Saya memberi Mahathir peluang untuk memberikan pandangannya kepada saya. Saya pergi berjumpa dengannya tetapi dia memilih untuk mendedahkan kepada umum dalam serangannya terhadap saya dan pentadbiran saya.

“Mahathir tidak boleh menafikan beliau menyumbang kepada penghakisan sokongan BN pada pilihan raya umum 2008 melalui kritikan dan serangannya yang terbuka dan tidak wajar.

“Memanggil pentadbiran saya, yang termasuk majoriti dari kabinetnya sendiri, sebagai ‘half-past-six’ (tidak cekap) dan menuduh kami melakukan rasuah serta segala macam perkara,” katanya.

Abdullah mendakwa Mahathir tidak boleh menerima apa-apa wawasan negara melebihi apa yang telah dipetakannya sebelum bersara.

“Mahathir hanya mahu ikut caranya sendiri. Dan dia percaya bahawa caranya adalah satu-satunya jalan. Apabila saya cuba melakukan perkara yang berbeza, dia percaya bahawa saya melakukan perkara yang salah. Tetapi itulah Mahathir,” katanya.

Pada 2008, Mahathir telah mendesak Najib Abdul Razak, yang ketika itu timbalan perdana menteri, mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Abdullah.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya membentuk pakatan dengan Pakatan Harapan yang merupakan pembangkang ketika itu untuk menjatuhkan Najib pada pilihan raya umum 2018 dan menjadi perdana menteri sekali lagi selama 22 bulan pada usia 92 tahun.

Pada 2023, Mahathir telah menyalahkan Abdullah dan Najib atas kegagalan wawasan 2020 selepas Lim Kit Siang dari DAP menegaskan bahawa kesemua sembilan cabaran strategik yang dinyatakan oleh bekas perdana menteri itu semasa melancarkan pelan tindakan pada 1991 itu adalah kegagalan besar.

Mengakui bahawa Wawasan 2020 telah gagal, dia berkata: “Bagaimanapun, ia bukan kegagalan saya. Tiada apa-apa yang menunjukkan bahawa wawasan itu menuju ke arah kegagalan sehingga saya berundur pada 2003.”

“Wawasan ini diketepikan sebaik sahaja Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib mengambil alih…mereka mengenepikan semua dasar dan hala tuju yang telah saya petakan untuk Malaysia,” tambahnya.

Mahathir, yang mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu, kini telah bergabung dengan pembangkang semasa Perikatan Nasional dan merupakan “penasihat tidak rasmi” kepada kumpulan rasmi empat kerajaan negeri yang dikuasai PN yang digelar “SG 4 atau “empat kerajaan negeri”.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/731404

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

112 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:34 pm

Cerita pendek Nuar

Mohd Nasir Abdullah
January 13, 2025

Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:35 pm
Reply to  Anonymous

NUAR seorang pemuda bujang, berasal dari ceruk pendalaman Pulau Pinang. Kampung asal Nuar, hampir tiada penghuni. Jadi Nuar dan keluarganya, ibu dan ayah hidup tiada berjiran. Ayah Nuar seorang yang malas nak beribadat. Oleh itu, Nuar tidak diajar solat dan sebagainya.

Suatu hari, Nuar mahu keluar dari kampungnya selepas dia meningkat dewasa. Walaupun berat ibu dan ayahnya mahu melepaskan Nuar, tapi mereka sedar yang masanya sudah tiba untuk Nuar terbang seorang memulakan kehidupan yang baharu.

Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:36 pm
Reply to  Anonymous

Nuar memilih Rantau Panjang sebagai destinasi dia mencari rezeki. Dia diterima bekerja sebagai tukang cuci pinggan sebab Nuar tidak ke sekolah. Kadang-kadang Nuar ambil upah kerja angkat barang di pasar. Banyak lagilah kerja yang Nuar buat untuk dapatkan duit.

Kebetulannya Nuar menyewa di sebuah rumah yang dekat dengan Masjid Beijing, Rantau Panjang. Nuar kekal tak solat dan tak tahu apa-apa pasal agama. Cuma diingat ayahnya bagitahu dia beragama Islam. Itu sahaja. Jadi Nuar tiap-tiap hari melihat orang solat dan dengan orang mengaji al-Quran. Walaupun begitu, Nuar tidak ambil peduli. Yang penting dia kerja, duit masuk.

Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:36 pm
Reply to  Anonymous

Sehinggalah pada satu hari, oleh kerana Kelantan ramai orang yang mempunyai ilmu agama, maka ada seorang kawan Nuar, bernama Nasa, menegur Nuar, demo dok smayae ko Nuar? Nuar diam, tak tahu nak jawab. Lama kemudian, Nasa berjaya ajak Nuar masuk masjid dan solat. Alhamdulillah Nuar perlahan-lahan insaf. Masjid pertama Nuar masuk ialah masjid Beijing. Dia selalu ke masjid itu sahaja, mujur tempat kerja diapun dekat.

Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:36 pm
Reply to  Anonymous

Di kampung Nuar, ayahnya juga telah insaf dan mahu bertaubat. Pertama dia berpindah ke tempat lain. Tapi disebabkan tiada kawasan, maka dia hanya berjaya dapatkan rumah dekat dengan perumahan Cina sahaja. Masjid agak jauh tapi tak apalah, nanti bila ada rumah lain, mungkin dia akan pindah lagi.

Tidak lama selepas keinsafan itu, Nuar mahu bercuti, pulang menemui orang tuanya dan ingin memaklumkan dan ajak sekali orang tuanya kembali kepada Islam. Dia terus ke rumah baharu ayahnya.

Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:37 pm
Reply to  Anonymous

Apabila sampai, Nuar penat dan terus tidur selepas saling gembira melihat perubahan masing-masing.
Bila tiba waktu maghrib, ayahnya mengajak Nuar ke masjid. Nuar yang masih pening-pening, terus mengambil motor dan ayahnya membonceng dari belakang. Apabila sampai di masjid, Nuar tekejut kerana tiada orang yang datang masjid. Dia sedih melihat situasi begitu.

Kenapa teruk sangat manusia sekarang ni ayah? Nuar bertanyakan kepada ayahnya dengan sedih. Ayahnya diam sambil merenung tajam ke arah Nuar.

Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:37 pm
Reply to  Anonymous

Kita kena berusaha menyedarkan manusia supaya kembali kepada Allah, tambah Nuar lagi yang sebak hampir mengalir air matanya.
Kemudian satu ketukan di kepala Nuar singgah dengan keras, datang dari ayahnya.

Kenapa ayah? Apa salah saya?

Ayahnya menjawab, ni tokong bodoh, tokong. Bukan masjid. Memanglah tak ada orang.
Rupanya Nuar tidak kenal reka bentuk masjid yang sebenarnya. Dia hanya tahu Masjid Beijing yang kelihatan seperti seni bina dari China.

Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:38 pm
Reply to  Anonymous

Cerita ini macam tak logik kan? Tetapi betul sebenarnya ada orang Islam tak boleh kenal masjid macam Nuar ni.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 13/1/2025

https://harakahdaily.net/index.php/2025/01/13/cerita-pendek-nuar/

1000033998
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:43 pm
Reply to  Anonymous

CERITA DI ATAS ITU MIRIP DGN KISAH SEORANG YG TAK KENAL MASJID DLM VIDEO PELANCONGAN MELAWAT KELANTAN…😅

BETUL KER TAK ADA GAMBAR MASJID DLM VIDEO PELANCONGAN KELANTAN TUH?😂

HA HA HA.. JOM TONTON VIDEO INI..🤣
____________________________________
https://vt.tiktok.com/ZS69krn5a/

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000008879
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:56 pm
Reply to  Anonymous

TAPI ORG ITU, SUATU MASA DULU MMG SGT MENGAMBIL BERAT BAB MASJID😂

https://youtu.be/9R9YReoNxgQ?si=Z_bs4c82j2wlK5oG

Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:56 pm
Reply to  Anonymous

____________________________________
BALIK KPD PRINSIP.. KALAU QURAN:😆

INNAMA YA’ MURU MASA JIDALLAHI MAN AA MANA BILLAHI WAL YAU MIL AKHIR.. WA AQA MASSHALAH, WA AA TAZZAKAH, WALAM YAHSYA ILLALLAH.. 😅

APA DIA? MEMAKMURKAN MASJID TUGAS MU!😂

UNTUK APA MEMAKMURKAN MASJID? MAN AA MANABILLAH, BERIMAN KPD ALLAH DAN HARI AKHIRAT.. AQA MASSHALAH, DIRIKAN SOLAH.. DAN BAYAR ZAKAT.”🤣

Anonymous
Anonymous
13 January 2025 1:00 pm
Reply to  Anonymous

DAN KALAU BUAT SEMUA INI, TIDAK TAKUT KPD YG LAIN.. 😆

BKN KONTREK, BKN PROJEK, BKN GUAM, BKN ELAUN, BKN UGUTAN.. 😅

KERANA TIDAK TAKUT KAMU INI, AYAT DIHUBUNGKAN DGN MASJID..😂

WALAM YAKHSYA ILLALLAH.. JADI KALAU BETUL FAHAM, ORG² UMNO TOKSAH DOK BALAH PASAL MASJID…”🤣
____________________________________

1000033999
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 1:05 pm
Reply to  Anonymous

TAPI TAK TAHULAH APA YG DAH TERJADI KPD ORG ITU.. KINI DIA DAH TAK KENAL LAGI MASJID…😅
____________________________________
JADI KITA NAK AJAR RAKYAT.. NAK AJAR RAKYAT UNTUK TUMPU HAL² YG BESAR.. BKN SOAL VIDEO PELANCONGAN YG TAK ADA GAMBAR MASJID.. 😂

ITU JADI PERTARUNGAN HEBAT.. TENGOK² PELANCONGAN KELANTAN PUN TAK ADA NAMPAK MASJID JUGAK..”🤣
____________________________________

1000034000
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 1:09 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. DAH LER ADDENDUM KANTOI TERUK.. PASAL MASJID PUN KANTOI JUGAK…🤣

🤣😂😅😄😆😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000008872
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 1:55 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. BAK KATA PEPATAH:😂

“PELANDOK SELALU LUPA JERAT, TAPI JERAT TAK PERNAH LUPAKAN PELANDOK..”🤣

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000034014
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:17 pm

https://youtu.be/wqFvcx6zxfE?si=ORWJiFV2M8EAyv-I

ADDENDUM – APA KATA NETIZEN:🤣
____________________________________
Jelas penderhakaan terhadap YDPA ke 16 telah berlaku. Sila letak jawatan kpd mereka yg terlibat kerana telah menderhaka pada YDPA ke 16. Tidak menyatakan hal yg sebenar kpd rakyat malaysia berkenaan titah addendum adalah satu dosa yg amat besar. Rakyat hilang keyakinan dan rasa hormat kpd kerajaan kerana tatakelola yg mengarut dlm pentadbiran.

KERAJAAN DENDAM KESUMAT.

Hari tu dia sendiri kata dia ahli lembaga pengampunan utk kes Najib.

CONTOH PENDERHAKA RAJA2… JIKA TAK DIHUKUM BERAT.. IA AKAN DIIKUTI OLEH RAKYAT YG LAIN☝️🙏🙏

1000033851
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:09 pm

https://youtu.be/wqFvcx6zxfE?si=ORWJiFV2M8EAyv-I

ADDENDUM – APA KATA NETIZEN:🤣
____________________________________
Kenapa PMX tak mahu mengaku dari dulu adanya addendum? Kalau AG sorok pun bermakna kerajaan Madani terbabit sebab AG mewakili kerajaan.

PERKARA INI TIDAK BOLEH DIHENTIKAN BEGITU SAJA MMG MENGIKUT RULE OF LAW TAK SIAPA PUN BOLEH INGKAR DAN MENCABAR KEPUTUSAN TITAH AGONG.

Ya!!, betul tu. Apa yg Tuan Hj Haniff Khatri berkata adalah amat relevan dan tepat.

1000033850
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 11:59 am

https://youtu.be/wqFvcx6zxfE?si=ORWJiFV2M8EAyv-I

ADDENDUM – APA KATA NETIZEN:🤣
____________________________________
Raja Ketimbang, Kelentong Tipu Sembang akan berterusan dari beliau ditambah dgn GERAKINCING.

Skrg terserah kpd Istana & penyimpan mohor² besar serta penasihat2 raja melayu utk bertindak atau tidak.

Bagikan hukuman yg setimpal.

Terang tersuluh. Fakta tak boleh diubah. Sekali bohong kena dok bohong non stop. Majlis Raja2 wajib bersidang dan pecat penderhaka.

Akan timbul berbagai warna kambing.

Anonymous
Anonymous
13 January 2025 12:01 pm
Reply to  Anonymous

ehh.. tertinggal lagi screenshot..🤣

1000033849
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 11:46 am

https://youtu.be/wqFvcx6zxfE?si=ORWJiFV2M8EAyv-I

ADDENDUM – APA KATA NETIZEN:🤣
____________________________________

Setuju 100% Tuan Haniff. Tak perlu proses mahkamah. Jalankan perintah Agong serta merta. Jgn nak libatkan YDPA17. PH dan BN bertanggung jawab.

Cukup 2 thn bkn 2 penggal.

bermakna berlaku konspirasi di peringkat kerajaan utk menghalang titah addendum YDPA dilaksanakan…. musykil sekiranya AG dpt tutah addendum tapi tidak memaklumkan kpd PMX dan lembaga pengampunan.

Skrg yg akan menjadi kambing hitam adalah peguam negara.

Anonymous
Anonymous
13 January 2025 11:52 am
Reply to  Anonymous

owhh.. screenshot..🤣

1000033848
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 11:37 am

https://youtu.be/wqFvcx6zxfE?si=ORWJiFV2M8EAyv-I

ADDENDUM – APA KATA NETIZEN:🤣
____________________________________

Kalau x ketimbang bukan Nuar..

Cukup2lah spin rakyat.

Anwar hanya nak lepaskan diri.. tak logik addendum diserahkan kembali.. sepatutnya terus tunaikan surat addendum.. mesti ade yg menyuruh.. x mungkin peguam saje saje nak buat begitu.

Penjelasan yg baik dan berfakta oleh Peguam nie. Tahniah tuan.

1000033847
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 11:15 am

REHAT JAP YER…😅

ADA LAGI DLM 100 SCREENSHOT NETIZEN, AKAN DISAMBUNG LAGI…😂

HA HA HA.. DIHARAP RAKAN² BERSABAR YER…🤣

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000015389
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 11:11 am

https://youtu.be/wqFvcx6zxfE?si=ORWJiFV2M8EAyv-I

ADDENDUM – APA KATA NETIZEN:🤣
____________________________________
Kasi tendang kerajaan Madanon gagal sepenuhnya.

Jelas dan terang… terbaik!!

Bersilat la selagi boleh.. benda mudah tapi disulitkan lepas tu tolak sana sini.. haihh rakyat tak bodo maa..

Sudah Terang Ketimbang Derhaka Lagi Nak Putar Belit Saya Ulang Saya Tak Boleh Cakap Sekarang Ada Pula😅😅

Satu bohong akan terus berbohong 😮

1000033845
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 11:03 am

https://youtu.be/wqFvcx6zxfE?si=ORWJiFV2M8EAyv-I

ADDENDUM – APA KATA NETIZEN:🤣
____________________________________
Harap majlis raja raja segera bersidang…

ALLAHUAKBAR TERBAIK TUAN
Kami rakyat hargai pencerahan tuan.

Allah dah makbul permintaan rakyat.. tu pun x mengaku lagi.

Perlembagaan Malaysia wajib ditegakkan. Allahuakbar.

Terbaik penjelasan tuan.

1000033844
Anonymous
Anonymous
13 January 2025 10:54 am

https://youtu.be/wqFvcx6zxfE?si=ORWJiFV2M8EAyv-I

ADDENDUM – APA KATA NETIZEN:🤣
____________________________________
Rakyat perlu adakan tindakan ke atas kerajaan hari ini.

Jika PM dan menteri boleh hina raja… mcm mana rakyat nak ikut.

Nuar, UMDAP dan PH hilang KELAYAKAN sbg kerajaan kerana DERHAKA dan MENIPU rakyat.

Allah SWT Maha Adil kebenaran dah tertunjuk.

PMX penipu dan penderhaka. He should resign. Amat memalukan seorang PM suka menipu rakyat.

1000033843
112
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427