Syabas dan tahniah kepada Pas kerana membuat keputusan yang tepat dan sangat betul untuk bersolidariti bersama Najib Razak pada 6 Januari 2025 akan datang.
Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan dilaporkan telah mengeluarkan surat rasmi kepada pesuruhjaya Pas Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang serta setiausaha sayap-sayap parti agar berhimpun beramai-ramai di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya, jam 9.00 pagi pada hari tersebut
Dalam suratnya, Takiyuddin berkata, himpunan berkenaan adalah sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada Najib dalam kes rayuannya berkaitan titah adendum oleh Agong ke-16 yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani tahanan rumah.
Beliau menggesa ahli-ahli Pas menghadiri perhimpunan itu ‘demi menunjukkan suatu isyarat nyata kepada kerajaan madani tentang keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang dituntut rakyat’.
“Sehubungan itu saudara-saudari dipinta menggerakkan ahli PAS bawah pentadbiran masing-masing supaya menghadiri himpunan tersebut,” kata Takiyuddin dalam suratnya itu.
Sebelum ini, UMNO Selangor telah meminta setiap bahagian di negeri itu menghantar sekurang-kurangnya dua buah bas pada 6 Januari nanti sebagai tanda sokongan kepada Najib.
UMNO lain-lain negeri, terutama yang berdekatan Putrajaya juga dilaporkan sedang menggerakkan untuk seramai mungkin ahli masing-masing hadir ke Istana Kehakiman pada hari berkenaan.
Kumpulan penyokong Najib pula akan mengadakan suatu gerakan awal pada malam ini di Taman Melawati sebagai persediaan untuk menggerakkan seramai rakyat dan ahli UMNO memberi sokongan kepada Najib pada 6 Januari nanti.
Dengan semua perkembangan ini, terutama dengan keputusan Pas mahu bersolidariti bersama Najib, tidak syak lagi Istana Kehakiman di Putrajaya pada 6 Januari nanti akan dibanjiri lautan manusia.
Dalam hal ini, oleh kerana Najib adalah bekas pemimpin UMNO, parti itu juga tiada pilihan lain melainkan harus juga menggerakkan seramai mungkin ahlinya menyertai himpunan tersebut.
Jangan sampai UMNO dimalukan bila mana ahli Pas lebih ramai daripada ahli UMNO menyertai himpunan solidariti itu.
Malah, semua pemimpin tertinggi UMNO harus berada sama di Istana Kehakiman sebagai tanda mereka tidak pernah melupakan Najib.
Berhimpun pada 6 Januari nanti, bukan saja sebagai tanda solidariti kepada Najib yang telah dititahkan Agong ke-16 untuk diberi tahanan rumah, tetapi juga sebagai mesej penting kepada kerajaan madani kerana terus berdolak-dalik dan seolah-olah menyembunyikan titah adendum tersebut.
Maka, berhimpun kepada 6 Januari nanti, yang paling penting ialah sebagai tanda agar apa juga Raja haruslah dipatuhi, serta kedudukan Raja-Raja Melayu dan Agong selaku ketua negara ini mestilah didaulatkan sepanjang masa.
Dengan kedudukan Melayu yang semakin terancam dengan pelbagai gerakan halus kebelakangan ini, hanya melalui kekal berdaulatnya Raja-Raja Melayu sajalah masa depan negara ini dapat diselamatkan.
Lebih-lebih lagi kerana UMNO dan Pas merupakan dua parti Melayu terbesar di negara ini, penampilan mereka bersama amatlah signifikan sekali.
Ayuh…ayuh…ayuh…jangan lupa tarikh 6 Januari 2025 nanti dan beramai-ramai kita ke Putrajaya untuk turut serta berhimpun di sana. – ShahbudinHusin 28Disember2024.
Gegar apa ni? Pi main layang2 lagi baik. Rakyat dah bosan dengan puak2 ni,
Atok merajuk tak? Atok dan Abah yang kuat nak dakwa Bossku kemudian Bossku dihukum Penjara time PN gok Mail Blur. Sekarang Atok PM Tepi SG4, timbul konflik kepentingan dan identiti seperti Memali Mati Katak Atok bercanggah dgn Mati Syahid Hadi. NAK TUNGGANG ISU NAJIB PULAK… DULU MANUSIA NI DOK TIBAI NAJIB. Zainuddin Omar Nampak tak Pas nak tunggang Najib agar penyokong Najib di sebelah mereka. Kotor betul permainan lebai-lebai Pas ini. Korang ingat lebai Pas sayang Najib ke? Najib didakwa zaman Dr Mahathir. Dr Mahathir pula penasihat negeri SG4 Pas. Agaknya Dr Mahathir hadir tak? Ahaks. Ini bermakna Pas tiada… Read more »
Status Pas dalam politik sejak 2015 sehingga kini dipersoalkan ramai.
Sejak legasi allahyarham Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dipancung oleh legasi Marang, Pas terus sesat dan menyesatkan.
Selagi Bersatu guna formula minoriti kontrol majoriti, usaha menjadikan 2 singa di atas satu bukit hanya sia-sia. Hanya dengan hapuskan Bersatu barulah singa boleh subur membiak. Tapi Al Marangi dan Tok Kerala mesti balik kampung tanam jagung.
Kes Mastura sepupu celaka hanya membuktikan singa yang tunggang agama rupanya hanya babi terbang semata