Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PRESIDEN MCA BIDAS ANWAR, INGATKANNYA PERATURAN SUBJUDIS TIDAK LAGI TERPAKAI

Presiden MCA Wee Ka Siong membidas alasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim enggan mengesahkan kewujudan titah adendum diraja untuk bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

Anwar sebelum ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia tidak dapat menjawab soalan itu kerana peraturan parlimen melarang perbincangan subjudis dan tiada perkenan Agong sekarang.

Wee membantah bahawa peraturan subjudis tidak lagi terpakai kerana penghakiman juri telah dimansuhkan daripada sistem perundangan Malaysia. Keputusan mahkamah dibuat semata-mata oleh hakim profesional dan bukannya juri yang diambil daripada orang ramai.

Dia memetik bekas peguam negara Tommy Thomas yang menyatakan, “Prinsip subjudis tidak wujud di Malaysia kerana juri tidak wujud.

“Semua hakim Malaysia adalah hakim profesional, bekerja sepenuh masa. Jika hakim Malaysia terpengaruh dengan apa yang mereka baca (mengenai kes yang mereka hakimi dibincangkan di luar bilik mahkamah), mereka tidak sepatutnya menjadi hakim.”

Wee juga menyatakan bahawa perbicaraan rasuah SRC International Najib hangat dibincangkan di luar mahkamah ketika prosiding masih berjalan.

“Adakah mereka di pihak sana menghormati prinsip subjudis? Saya kagum dengan mereka yang kadangkala mengagungkan prinsip subjudis dan kadangkala tidak menghirau subjudis,” katanya dalam video yang disiarkan di Facebook hari ini.

Bekas menteri pengangkutan itu turut mengecam kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 9 Dis yang menggesa orang ramai supaya tidak membuat ulasan subjudis mengenai titah adendum memandangkan kes berkaitan masih belum selesai di mahkamah.

Wee berkata AGC telah mendahului mahkamah berbuat demikian.

Wee kemudian menggesa kerajaan untuk mengesahkan sama ada titah adendum yang dikatakan itu wujud atau tidak.

“Rakyat mahu tahu satu saja, adendum itu ada atau tiada,” katanya.

Pemimpin MCA itu menjelaskan dia melihat isu itu sebagai penyalahgunaan mahkamah kerana kerajaan boleh menyelesaikan perkara itu tanpa perlu perbicaraan dengan hanya menjawab soalan sama ada titah adendum itu wujud atau tidak.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes rasuah RM42 juta SRC International.

Keputusan Lembaga Pengampunan pada 29 Jan lalu mengurangkan hukuman kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.

Bagaimanapun, Sultan Pahang dan bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah – yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan – didakwa turut mengeluarkan perintah tambahan supaya Najib menjalani baki hukuman di rumah.

Najib telah memfailkan semakan kehakiman dalam usaha untuk memaksa kerajaan mengesahkan titah adendum yang didakwa dan menguatkuasakan perintah itu.

Perbicaraan seterusnya permohonan Najib untuk semakan kehakiman dijadualkan pada 6 Jan tahun depan di Mahkamah Rayuan.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/728964

3 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
15 December 2024 8:00 am

PERLI ANWAR KONONNYA NAIK JADI PM SEBAB PENYOKONG PAS KENA TANGKAP. KO YANG TAK KENA TANGKAP AKHIRNYA SUJUD DI KAKI MAHATHIR

comment image

‘Penghujung hayat Tun M dengan Hadi Awang rupanya, takziah Pas’Harapandaily
December 15, 2024

Lidah rasmi Pas, Harakahdaily pernah memuatkan artikel yang masih boleh diakses hari ini berhubung doa bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Doa almarhum Dato Fadzil Noor supaya Tun panjang umur untuk Tun lihat sendiri kerosakan yang dia buat, Alhamdulillah maqbul,” tulis Nasir Abdullah yang diterbitkan pada 16 September 2019.

Hari ini ketika Kerajaan Persekutuan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir dilihat tersenyum bergambar di sebelah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Penghujung hayat Tun M dengan Hadi Awang rupanya. Takziah Pas,” komen pemerhati politik, Syam Ghaz.

Rata-rata netizen juga berpendapat Mahathir dan Hadi mempunyai persamaan termasuk seorang dikenali umum gemar menyebut kafir dan mati syahid manakala seorang lagi sebut sesat dan mati katak.

Tidak kurang juga mendoakan agar Malaysia sentiasa diberkati dan dilindungi Allah daripada pemimpin yang hanya gilakan kuasa.

“Semoga Allah SWT melindungi tanah air Malaysia ini. Lindungilah pemimpin kami Anwar Ibrahim dari musibah dan malapetaka angkara mereka yang gilakan kuasa,” kata pengguna X, @MrJilly1.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, December 15, 2024

Shar

Anonymous
Anonymous
15 December 2024 3:37 am

Ka Siong apek Batu Pahat,

subjudis adendum dia melompat,

PN dah pecah, hancur dan lumat,

Tok Kerala derhaka termakan daulat.

Batu-Putih-dicabul-Kerala8
Anonymous
Anonymous
15 December 2024 8:28 am
Reply to  Anonymous

Cina Apek talam dua muka dalam 10 SD BN sokong PN, Abah dan Hadi.

Musuh dalam selimut sebab dendam kalah kena penyek oleh DAP undi Cina.

24/7 tibai Kerajaan Perpaduan dan PMX.

Hanya bodek jika nak bantuan untuk UTAR atau nak akses Kerajaan Petpaduan sebab jadi Broker Cikai syarikat2 dari negara Cina.

Dalam versi Konfucius, antara naga bisa dan Cukong lidah berbelit macam Apek ini, ketuk Apek ni dulu kaw kaw bagi abis hayat. Tadak pekdoh.

Anonymous
Anonymous
15 December 2024 2:43 am

Dah boleh tebus balik Batu Putih ke kalau bukan subjudis?

batu_Kerala_hilang
Anonymous
Anonymous
15 December 2024 3:11 am
Reply to  Anonymous

Peraturan subjudis boleh sucikan Tok Kerala si penjual kedaulatan Malaysia?

Batu-hilang-deposit
Anonymous
Anonymous
15 December 2024 3:12 am
Reply to  Anonymous

Bolehkah subjudis membawa menantu balik ke Malaysia dan Pulau Batu Putih menjadi hak Malaysia?

Batu-kena-jual-Kerala-Ha355
Anonymous
Anonymous
14 December 2024 10:36 pm

Siapa Cina2 ini dgn Loba? Broker Balak, REE, Musang King atau Lombong Emas BlackRock?

PAS PUN MAKAN KEDAI CINA
Depa tak mkn..depa bawak bekal dari rumah tumpang duduk ja. 

comment image

AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, December 14, 2024

Share

Anonymous
Anonymous
15 December 2024 12:08 am
Reply to  Anonymous

Kedai asam pedas botak Cina diJB jadi sasaran Walaun kerana YDPA, TMJ, PMX dan MB Johor makan kat situ. Walaun suka ikut idola2 spt Taki Black Friday Loyar Lebong Broker PAS yang suka terjah semua isu diDewan Rakyat, guna otak juboq lembu dia tanpa fikir atau selidik. Dah banyak kali ditegur PMX loyar cikai tak lulus undang2. Sama taraf dan qualiti dengan bekas Hakim Mesin ATM. Dua2 kelaut. JAKUNNYA WALAUN.    Taring Rimau Ketika walaun sibuk dengan isu kedai asam pedas…cuma nak bagi tahu lah..ko ingt YDPA x ade orang pantau ke halal haram semua  2…ramai je artis..orang ramai islam… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 December 2024 8:53 pm

Bg. Budin berita ini dah outdated dan tadak zero nilai berita atas banyak sebab politik: a. PMX sudah menjawab isu Addendum diDewan Rakyat dengan bernas dan tuntas, di depan kehadiran Presiden UMNO sebagai TPM disebelahnya b. Afidavit Presiden UMNO atas kapasiti parti bukan Kerajaan Perpaduan dan beliau faham sensitiviti isu c. Parti Cukong dah tak relevan boleh tutup kedai kerana BN pun lebih berharap kepada rakan PH dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan untuk undi Cina seperti diPRK Mahkota Johor d. Boss Parti Cukong lebih baik jaga kedudukan sebagai Broker syarikat2 dari Negara Cina yang perlu akses kepada Kerajaan Perpaduan e.… Read more »

9
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427