Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

KALAU AKHIRNYA TENGKU ZAFRUL TETAP JUGA DICURI, INILAH MASANYA UMNO MESTI ANGKAT KAKI

Naib Presiden PKR, Amirudin Saari semalam menegaskan, beliau akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor sehingga habis penggal.

“Sebagaimana nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) kepada saya, dan Tuanku perkenan untuk saya menyebut nasihat ini kepada semua.

“Saya akan kekal di Selangor sehingga ke akhir penggal ini demi menjamin kestabilan ekonomi dan kerajaan perpaduan negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Begitu pun, baik Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mahupun Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, kedua-duanya masih membisu berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang masih hangat diperkatakan ini.

Sudah tiga hari isu ini menjadi perbualan rakyat, tetapi kedua-dua pemimpin berkenaan seolah-olah tiada jari untuk menulis di akaun media sosial masing-masing untuk menjelaskan duduk sebenar khabar angin yang bertebaran.

Kalau isu itu tidak benar, kenapa mereka tidak pantas menafikannya sebagaimana isu-isu lain sebelum ini, terutama Anwar, selalunya cepat saja membuka mulut membuat penafian?

Apa pun, khabar angin PKR ingin menjadikan Tengku Zafrul, ahli MT dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor sebagai Menteri Besar menggantikan Amiruddin sebagaimana diheboh-hebohkan menimbulkan dua persoalan yang besar.

Pertama, jika ia memang benar sedang diusahakan, ini adalah suatu penghinan paling tidak boleh diterima kepada PKR Selangor seolah-olah pemimpin parti di negeri itu tiada seorang pun yang berkelayakan untuk diletakkan menggantikan Amirudin sebagai Menteri Besar.

Kedua, β€œmencuri” pemimpin UMNO, rakan gabungan dalam kerajaan perpaduan sendiri dan kemudian diberikan jawatan tinggi adalah juga merupakan amalan politik yang tidak beretika serta songsang.

Adat berkawan mesti mesti menghormati kawan, bukan menikam kawan.

Sebab itu, teguran Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkaitan perbuatan β€œmencuri” itu haruslah diberi perhatian oleh pihak yang berkaitan.

Katanya, parti yang sama-sama membentuk kerajaan tidak seharusnya β€œmencuri” mana-mana ahli parti lain dalam gabungan berkenaan.

Beliau mengingatkan agar semua pihak terus menjaga perpaduan yang terbina dalam gabungan tersebut dengan sebaik-baiknya.

Selain itu Zahid Hamidi turut mengingatkan ahli dan pemimpin UMNO untuk sentiasa mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi masing-masing.

β€œApa pun agenda peribadi hendaklah diketepikan jika seseorang itu mahu partinya diberikan keutamaan. 

β€œKalau meletakkan kepentingan peribadi sebagai keutamaan, maka kita serahkan untuk ahli-ahli menilai integriti seseorang itu,” katanya lagi.

Dalam hal ini, adalah jelas kenyataan atau teguran Zahid Hamidi itu ditujukan kepada PKR, Anwar dan juga kepada Tengku Zafrul.

Tetapi, jika akhirnya PKR dan Anwar meneruskan juga β€œpencurian” mereka dengan mengambil Tengku Zafrul sebagai ahlinya, kemudian diusahakan untuk dijadikan Menteri Besar Selangor yang baharu, Zahid Hamidi tidak perlu berfikir panjang lagi untuk segera β€œangkat kaki” daripada kerajaan yang tidak mementingkan perpaduan ini.

Tiada guna lagi untuk UMNO bertahan dalam kerajaan kerana jika β€œpencurian” itu tetap menjadi amalan, bahkan ia dengan sendirinya meletakkan PKR dan Anwar bukanlah rakan yang boleh dipercayai.

Sudahlah dapat jadi kerajaan dan Perdana Menteri pun atas ihsan UMNO, sudah dapat kuasa mudah benar lupa diri hingga di siang hari pun mahu β€œmencuri” ahli rakan sendiri.

Di samping itu, dalam PRK yang bakal diadakan nanti sebagai laluan untuk menjadikan Tengku Zafrul sebagai Menteri Besar, ahli-ahli dan penyokong PKR haruslah pula memastikan bekas pemimpin UMNO itu tidak beroleh kemenangan.

Hanya dengan Tengku Zafrul diberi kekalahan saja maka barulah kerusi Menteri Besar Selangor akan jatuh kepada pemimpin semulajadi daripada PKR, bukan kepada pemimpin jadi-jadian yang langsung tiada pendirian. – ShahbudinHusin 15Disember2024.

1 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

7 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments

Warning: file_put_contents(/home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/uploads/wpdiscuz/cache/users/de3268154f682168cddd06ee31395ce0): Failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/plugins/wpdiscuz/utils/class.WpdiscuzCache.php on line 165
Anonymous
Anonymous
15 December 2024 12:18 pm

INI PETIKAN DUA PERENGGAN DARI TULISAN BG BUDIN:🀣
____________________________________
β€œApa pun agenda peribadi hendaklah diketepikan jika seseorang itu mahu partinya diberikan keutamaan. 

β€œKalau meletakkan kepentingan peribadi sebagai keutamaan, maka kita serahkan untuk ahli-ahli menilai integriti seseorang itu,” katanya lagi.
____________________________________

Anonymous
Anonymous
15 December 2024 12:19 pm
Reply to  Anonymous

YER KER WAK???πŸ˜‚

HA HA HA.. KEPENTINGAN PERIBADI HENDAKLAH DIKETEPIKAN?🀣

πŸ€£πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜€
KAH KAH KAH KAH

1000004584
Anonymous
Anonymous
15 December 2024 12:20 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. KEPENTINGAN PARTI HENDAKLAH DIBERI KEUTAMAAN?🀣

πŸ€£πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜€
KAH KAH KAH KAH

1000015405
Anonymous
Anonymous
15 December 2024 12:21 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. MMG LAWAK GILERR LAH WAK NIH!!!🀣

πŸ€£πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜€
KAH KAH KAH KAH

1000015391
Anonymous
Anonymous
15 December 2024 12:22 pm
Reply to  Anonymous

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
(100 ribu juta billiun trilliun kali)!
πŸ€£πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜€πŸ€£πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜€πŸ€£

1000004648
Anonymous
Anonymous
15 December 2024 12:24 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. WAK CAKAP PASAL INTEGRITI..???🀣

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
(100 ribu juta billiun trilliun kali)!
πŸ€£πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜€πŸ€£πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜€πŸ€£

1000015505
Anonymous
Anonymous
15 December 2024 9:45 am

Tak jawab salah, jawab pula dituduh koyakHishamuddin Aun – 11 Dec 2024, 08:30 AM Anwar Ibrahim boleh menjawab lebih 30 minit PMQT yang diberikan tapi jawapannya hingga ke petang pun tidak akan memuaskan hati sebahagian khalayak.13 SHARES 6 2 5 0 Total Views: 2,608 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75 β€œSoal adendum, tunggu 6 Januari la. Apa yang tak sabar sangat sebab apa,” kata Anwar Ibrahim sebagai menyimpulkan pertanyaan dalam Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) berkaitan adendum tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak di Dewan Rakyat semalam. Sambil menegaskan isu kewujudan titah adendum itu tidak wajar diulas secara terbuka di Dewan Rakyat kerana Peraturan Mesyuarat… Read more »

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x