Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

ISU TARIF LETRIK SERLAHKAN KERAJAAN MADANI KERAJAAN CACA MARBA

Semalam, TNB mengumumkan kenaikan tarif letrik sebanyak 14.2 peratus bermula 1 Julai 2025.

Dalam kenyataannya, TNB memaklumkan, tarif asas yang ditetapkan pada kadar 39.95 sen/kWj sekarang akan dinaikkan kepada 45.62 sen/kWj bermula 1 Julai 2025.

Beritanya ada di sini – https://www.thestar.com.my/business/business-news/2024/12/27/base-electricity-tariff-to-rise-142-starting-july

Pengumuman ini segera menimbulkan kegemparan kepada orang ramai dan netizen tanpa bersembunyi lagi terus meluahkan kemarahan mereka kepada kerajaan madani.

Sudahlah diesel dan petrol akan naik, kini tarif elektrik pula akan dinaikkan.

Janji-janji mahu menuruan tarif letrik yang sering dibuat Anwar Ibrahim sebelum ini dengan pantasnya diungkit kembali dan diviralkan di media-media sosial.

Terkesan dengam rungutan orang ramai itu, Anwar tidak menunggu lama untuk memberi responnya.

Katanya, beliau telah meminta Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof mendapatkan penjelasan segera daripada TNB.

“Mengenai pengumuman TNB tentang kenaikan tarif elektrik, tadi saya sudah menghubungi Fadillah, menteri yang bertanggungjawab, untuk meminta TNB memberi penjelasan.

“Kami tidak akan membenarkan kenaikan yang boleh membebankan orang ramai. 

“Kenaikan ini, seperti yang berlaku sebelum ini, hanya akan membabitkan golongan maha kaya dan industri yang untung besar,” katanya kepada pemberita di Langkawi.

Berita Anwar itu boleh dibaca di sini – https://m.malaysiakini.com/news/730020

Hello Pak Sheikh, kalau kenaikan tarif letrik untuk industri dibenarkan, mereka pasti akan memindahkan kenaikan itu kepada pengguna.

Akhirnya rakyat terbanyak juga yang perlu menanggung kenaikan tarif itu.

Golongan maha kaya tetap untung juga selama-lamanya.

Kemudian, TNB tampil dengan satu lagi kenyataannya dengan memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif elektrik kepada 85 peratus pengguna domestik negara ini.

Kenyataan kali ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Kewangan syarikat utiliti negara itu, Nazmi Othman.

Beliau berkata keputusan ini sejajar dengan apa yang telah diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2025. 

“Dalam tempoh itu, pengguna domestik tidak akan terjejas kerana sebarang kenaikan harga atau impak akan ditampung kerajaan menerusi kaedah yang akan ditentukan antaranya termasuklah melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE),” katanya lagi.

Nazmi bagaimanapun menjelaskan sebelum tempoh itu berakhir, kerajaan akan melakukan penilaian dan kajian semula struktur tarif elektrik, dengan mengambil kira harga arang batu, gas dan bahan api semasa sebelum sebarang keputusan lanjut diumumkan.

Di sini berita penuhnya – https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/704198

Mula-mula macam seronok juga bila baca tajuk yang menyebut 85 peratus pengguna tidak terkesan, tetapi rupa-rupanya hanya sehingga 30 Jun 2025 saja.

Selepas tarikh itu, belum ada keputusan lagi, malah penilaian dan kajian semula akan dilakukan dengan mengambil kira harga arang batu, gas dan bahan api semasa.

Sembang kari apakah semua ini?

Apakah ini bermakna TNB masih berpegang kepada kenyataannya semalam bahawa kenaikan tarif letrik sebanyak 14.2 peratus tetap diteruskan bermula 1 Julai 2025?

Seterusnya sebagai jawapan kepada kenyataan Anwar terhadapnya, Fadilah menegaskan, tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia diputuskan sehingga kini.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, kementeriannya tidak dirujuk atau dimaklumkan oleh TNB berkaitan pengumuman kenaikan tarif elektrik baru-baru ini.

“Seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri (Anwar Ibrahim), sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) bersama-sama Suruhanjaya Tenaga (ST) masih lagi dalam proses memuktamadkan jadual tarif elektrik baharu yang dijangka dilaksanakan bermula Julai 2025.

Fadillah berkata, semakan terhadap tarif asas elektrik dilaksana disebabkan terdapat keperluan untuk meneliti semula harga bahan api, terutamanya arang batu dan gas.

“Dalam hal ini, sebarang pengumuman berhubung penetapan tarif elektrik di Semenanjung akan dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya.

Beritanya di sini – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/12/27/tiada-keputusan-setakat-ini-mengenai-kenaikan-tarif-elektrik-kata-tpm/

Apa yang dapat dan faham daripada semua kenyataan di atas?

Pertama, ini adalah contoh pentadbiran madani yang caca marba dan gagal mengurus sebuah kerajaan.

Nak naik atau tak naik pun huru hara jadinya.

Selain itu, macam mana kerajaan boleh tidak tahu dan kononnya tidak dimaklumkan tentang pengumuman kenaikan tarif elektrik oleh TNB?

TNB itu syarikat milik kerajaan (GLC) Malaysia atau milik kerajaan Papua New Guinea?

Di ketika seolah-olah prihatin kepada beban kehidupan rakyat jika tarif dinaikkan, dalam waktu yang sama dikatakan pula  bahawa Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) bersama-sama Suruhanjaya Tenaga (ST) masih lagi dalam proses memuktamadkan jadual tarif elektrik baharu yang dijangka dilaksanakan bermula Julai 2025 serta semakan terhadap tarif asas elektrik dilaksana disebabkan terdapat keperluan untuk meneliti semula harga bahan api, terutamanya arang batu dan gas.

Betul-betul sembang kari belaka.

Kenapa kerajaan tidak boleh berterus-terang saja sama ada berlaku kenaikan atau tidak bermula 1 Julai 2025 akan datang?

Ini tidak, wayang sana wayang sini untuk menutup kegagalan mentadbir negara dengan caca marba yang makin ketara. – ShahbudinHusin 27Disember2024.

5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
28 December 2024 8:34 pm

Blog ini yang caca marba…. dapat berita tak sahih dijadikan isu.

Mat letrik
Mat letrik
28 December 2024 12:11 pm

Bukan saja kerajaan gagal merancang tp depa merancang utk gagal…patut lah malusia tertinggal kebelakang

Anonymous
Anonymous
28 December 2024 1:48 am

Pemenang dan Pengalah Isu Tarif TNB: MENANG a. PMX dan Kerajaan Perpaduan kerana konsisten dasar sabsidi bersasar kerana 85% Rakyat Malaysia tidak kena tarif sekali gus memberi keadilan kepada Ranking Merdeka Center pro-PN pada Disember 51% Rakyat Malaysia betpuashati dan melonjak naik prestasi PMX b. 85% Rakyat Malaysia tidak dicuri sabsidi hak Rakyat Malaysia c. Kadar Inflasi yang menurun 1.9% Disember 2024 meliputi tempoh 6 bulan sabsidi bersasar Disel dilaksana dan tempoh 1 tahun sabsidi bersasar tarif TMB dilaksanakan d. Rakyat Malaysia nikmati era terbaik politik dan ekonomi bawah PMX e. PMX steady diLangkawi setelah tangguh jumpa Prabowo dan dah… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2024 6:10 am
Reply to  Anonymous

ISU TARIF LETRIK SERLAHKAN KERAJAAN MADANI KERAJAAN CACA MARBA27 December 2024

Apa prospek Bg Budin?

a. Kena sound dan di potong terus dari senarai Semangat 96 Presiden UMNO kerana aktiviti2 nak guling Kerajaan Perpaduan

b. Kena igat diPDRM atas aktiviti propaganda fake info, batu api dan fitnah nak guling Kerajaan Perpaduan

c. Kena sound dan di potong terus oleh MalaysiaNow dan PN kerana perabih berah gagal lagi nak guling Kerajaan Perpaduan

d. Kena carik kerja lain yang halal toyyiban supaya rezeki diberkati Allah

Anonymous
Anonymous
28 December 2024 6:26 am
Reply to  Anonymous

Saranan terbaik jika Bg Budin boleh kautim Abah PN letak jawatan MP Pagoh bagi laluan Bg Budin bertanding PRK Pagoh.

Bg Budin jadi MP, Boss No 1 PN lawan PMX diParlimen tiap PMQT Hari Selasa.

Bg Budin boleh jadi PMXI PRU16 2027 buat semua yg Bg Budin dok tibai PMX ni.

Jadi tak payah caca marba sembang kari perabih ayaq lioq 24/7.

Kami letih dan kesian tengok Bg Budin naik sewel.

Anonymous
Anonymous
27 December 2024 11:36 pm

Yang caca marba Bg Budin dan Cai Walaun hanya sempat 1/2 hari sebelum terpancut awal lagi. Bukan main syok sendiri joli sakan Tarif TNB naik, hari raya dok tibai PMX dan Kerajaan Perpaduan. Bila PMX kekal konsisten konsep sabsidi bersasar 85% Rakyat tak terkesan, abis boroi semua spin PN. Lain kali tabayyun dulu. Suruh cuti rehat akhir ngak dengar nasihat, seolah target PMX mesti diguling sebelum 31 Disember 2024. Itu yang Bg Budin melilau ngak boleh tidoq, makang dak lalu, mandi tak basah. Bg. Budin mesti cari isu gok nak tibai PMX walaupun fake news tak confirm. Yang confirm, bai… Read more »

Anonymous
Anonymous
27 December 2024 11:43 pm
Reply to  Anonymous

Sebenarnya Budin bijaksana otaknya geliga.

Pas sekarang jadi parti Lebai malang.

Walaun angkat isu letrik naik, beras hilang, Duta Tuhan

tapi Lebai Pas pula minta derma jihad
nak bayar DAP
Mursyidul Am Pas pula beri dalil
tolol-menolol sesama walaun
nak bayar DAP

Screenshot_20230824-203818_XBrowser
Anonymous
Anonymous
28 December 2024 12:04 am
Reply to  Anonymous

Allah Maha Besar. Parti ajaran sesat terus melingkop.

qunut
Anonymous
Anonymous
28 December 2024 1:16 am
Reply to  Anonymous

https://www.malaysiakini.com/news/730051 Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik – Fadillah Diterbitkan: Dec 27, 2024  Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) tidak dirujuk atau dimaklumkan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkaitan pengumuman mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung tempoh hari. “Seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat adalah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata seperti yang dimaklumkan… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2024 8:35 pm
Reply to  Anonymous

Budin ni nak cari readers…. maka blog ini dah jadi blog picisan. Dah tak laku lagi.

10
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x