Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TUN DAIM DALAM KENANGAN

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di Hospital Assunta di Petaling Jaya, jam 8.21 pagi ini.

Allahyarham berusia 86 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan strok dan dimasukkan di ICU di hospital berkenaan.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Na’imah Abdul Khalid dan lima orang anak.

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Asar dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Tun Daim dikenali sebagai  ‘orang kanan’ Tun Dr Mahathir mula dikenali apabila dilantik sebagai Menteri Kewangan buat kali pertama pada tahun 1984 hingga 1991 dan kali kedua pada 1999 – 2001. 

Bibit hubungannya dengan Tun Mahathir dikatakan mulai rapat apabila dilantik sebagai perunding perniagaan kepada bekas Perdana Menteri  yang ketika itu bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Kemudian, khidmat Tun Daim terus mendapat kepercayaan apabila dilantik sebagai Senator dan kemudiannya Menteri Kewangan pada 1984 menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah iaitu selepas bergelar Ahli Parlimen pada PRU tahun 1982.

Pada 1999, beliau kembali semula ke dalam kabinet untuk membantu Tun Mahathir menangani krisis kewangan.

Dalam kalangan wartawan, beliau turut digelar ‘tokoh penuh misteri’ kerana lebih dikenali sebagai seorang yang pendiam sehingga digelar ‘Daim Yang Diam.

Selepas bersara pada 2001 dan menumpukan kepada perbiagaan, nama Tun Daim ‘muncul’ semula pada 2018 sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dilantik menerajui pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Tun Daim yang digelar ‘orang kanan’ Dr Mahathir membuat kemunculan semula dalam ‘arena’ politik dan pentadbiran negara apabila bekas Menteri Kewangan itu diberi tanggungjawab mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan.

Serupa seperti Tun Dr Mahathir, Tun Daim juga berasal dari Alor Setar, Kedah.

Beliau dilahirkan pada 29 April 1938 serta anak bongsu daripada 13 beradik. 

Bapanya bekerja sebagai kerani kerajaan, manakala ibunya seorang suri rumah. 

Memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Kedah dan Institut St Xavier, Pulau Pinang.

Ibarat sirih pulang ke gagang, Daim kemudian kembali semula ke KSAH tetapi kali ini sebagai pendidik.

LATAR BELAKANG:

Nama: Tun Abdul Daim Zainuddin

Tarikh Lahir: 29 April 1938

Tempat Lahir: Derga, Alor Setar, Kedah

PENDIDIKAN:

– 1949 – 1954: Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) Alor Setar, Kedah

– Institusi Saint Xavier, Pulau Pinang

– 1959: Mendapat Ijazah Undang-undang (Lulus Peperiksaan Peguam) dari Lincoln’s Inn

– 1977 – 1979: Memperoleh Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dari University of California, Berkeley

KERJAYA:

– 1957: Bermula sebagai guru sementara di KSAH

– 1959: Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln’s Inn

– Terlibat dalam perkhidmatan guaman di Kota Bahru, Kelantan

– Memasuki perkhidmatan guaman kerajaan, berkhidmat sebagai Majistret di Johor

– Bekerja sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Perak

– 1966: Berkhidmat di firma guaman terkemuka Allen & Gledhill

– Menubuhkan firma guamannya, Daim, Gamani. & Co.

PEMBABITAN DALAM PERNIAGAAN:

– Dua perusahaan komersial pertamanya iaitu perniagaan garam dan pengeluaran plastik, gagal.

– 1973: Berkecimpung dalam pembangunan hartanah selepas memperoleh tanah bernilai di Maluri, pinggir Kuala Lumpur.

– Menubuhkan Syarikat Maluri Sdn Bhd, iaitu beliau memegang majoriti pemilikan 60 peratus

– 1982: Menurut Asiaweek, langkah ini terhasil daripada hubungan rapat Daim dengan Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris.

– Beliau kemudiannya mempelbagai pegangannya dengan melabur dalam pasaran saham.

– Bertindak sebagai perunding perniagaan kepada Dr Mahathir yang ketika itu memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

– 1977 – 1979: Memperoleh Sarjana dalam Perancangan Bandar di Universiti California, Berkeley.

– Dilantik sebagai pengerusi pemaju hartanah Peremba, milik Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

– 1982: Dilantik mengetuai syarikat pelaburan UMNO, Fleet Holdings Sdn Bhd, setahun selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan presiden UMNO

DALAM POLITIK:

– 1980: Dipilih sebagai Senator

– 1981: Menyandang jawatan sebagai bendahari UMNO yang ketika itu mentadbir Kerajaan Persekutuan

– 1982: Dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat mewakili Parlimen Kuala Muda di negeri kelahirannya, Kedah

– 1984: Dilantik menteri kewangan, dan bertindak Bendahari UMNO

– 1991 – 1998: Tun Daim, atas pilihannya sendiri, ‘keluar’ dari Jemaah Menteri

– 1999: Kembali semula atas permintaan Dr Mahathir, untuk menguruskan ekonomi Malaysia sepanjang krisis kewangan Asia 1997 hingga 1998.

– 2001: Meletak jawatan dari jawatan ini dan kemudian meninggalkan politik untuk menumpukan perhatian kepada urusan perniagaannya.

– 2018: Mempengerusikan Majlis Penasihat Kerajaan ketika Tun Dr Mahathir dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri selepas PRU14.

Walau apa pun, Tun Daim adalah tokoh yang banyak berjasa kepada bangsa, negara serta UMNO.

Alfatihah, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Tuhan. – ShahbudinHusin 13November2024.

5 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
13 November 2024 10:29 pm

Cai Walaun Utusan Malaysia gaya Rohani. Soalan slow ke ketimbang ke, hanya lah permainan nganjing tadak arah budak2 PASTI yg kehabisan modal nak tibai. Malah soalan asal perintis guna İÇ dalam pensasaran sabsidi pun bukan soalan dasar kerana itu bidang perlaksanaan taktikal. Pokoknya, Walaun dan Pembangang PN kalah kiok tercirit birit dan terpancut awal dalam Dasar Rasionalisasi Sabsidi Kerajaan Perpaduan dan tindakan Berani PMX ini kerana: a. Sukses program aspek KPI2 utama penjimatan ketara fiskal negara, tutup ketirisan hasil negara akibat penyelupan bahan2 sabsidi, inflasi menurun semasa kemuncak pensasaran sabsidi sehingga sekarang dan kesan rasionalisasi memberi faedah kepada kumpulan sasar… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 November 2024 10:43 pm
Reply to  Anonymous

Formula PMX dan Kerajaan Perpaduan atasi Atok/Abah/Mail Blur dan Kerajaan PN. Rekod MOF2 pegang EPF mencanak naik pulangan pelaburan EPF yang menghasilkan rekod peratusan dividen kepada pencarum2. Masa Abah PM8, hanya isu nak perah keluar simpanan EPF berkali2 dan umum sebagai bantuan terus Kerajaan PN. Pencarum hilang simpanan masa depan dan dividen kekal rekod paling ciput. Menkon PN dulu hanya terkenal tikam belakang, ronda dunia dan cuci lantai dan lap air diMasjid Mekah untuk foto shoot mengada2. Tempoh 2 tahun Menkom Kerajaan Perpaduan dengan pelbagai dasar pelbagai sektor rasionalisasi ekonomi dan cuci najis dan kencing Kerajaan PN hingga dinaik taraf… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 November 2024 5:56 pm

MENTERI KEWANGAN KE-2 YG SLOW KER ATAU MENTERI EKONOMI YG KETIMBANG?🤣

https://youtu.be/HrphVuQO9b0?si=p9L2mG4QqZcx_Z_R

1000010719
Anonymous
Anonymous
13 November 2024 5:58 pm
Reply to  Anonymous

SEBELAH PAGI, BILA DITANYA KPD MENTERI EKONOMI TENTANG PROJEK RINTIS GUNA IC DI STESYEN MINYAK, DGN KONPIDEN DIA JAWAB DAH BUAT..😅

TAPI DI SEBELAH PTG BILA DITANYA SOALAN YG SAMA KPD MENTERI KEWANGAN KE-2, DIA BERPUSING-PUSING SPIN & AKHIRNYA JAWAB DAH DIUJI DI KEDAI RUNCIT…😂

HA HA HA.. TAK DAK WHATSAPP GROUP KER DEPA DUA EKOR KETIMBANG TUH?🤣

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000004578
Anonymous
Anonymous
13 November 2024 5:30 pm

Bursa Malaysia jatuh akibat aktiviti pengambilan untung

Oleh BERNAMA
November 11, 2024 @ 7:13pm

https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2024/11/1322597/bursa-malaysia-jatuh-akibat-aktiviti-pengambilan-untung

1000010717
Anonymous
Anonymous
13 November 2024 5:34 pm
Reply to  Anonymous

SALAM TAKZIAH JUGA UNTUK BURSA MALAYSIA…😂

HA HA HA.. HARIMAU ASIA YG GARANG DAH JADI KUCING HUTAN YG COMEL…🤣

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000010718
Anonymous
Anonymous
13 November 2024 5:20 pm

SALAM TAKZIAH UNTUK KELUARGA ARWAH…

1000010711
Anonymous
Anonymous
13 November 2024 5:22 pm
Reply to  Anonymous

DIIRINGI DOA TULUS IKHLAS UNTUK ARWAH..🤲

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
(Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.)

Artinya : “Ya Allah, ampunilah dia (jenazah laki-laki ini), belas kasihanilah, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosanya.”

Anonymous
Anonymous
13 November 2024 5:23 pm
Reply to  Anonymous

DISEDEKAHKAN BACAAN AL-FATIHAH KPD ARWAH…🤲

1000010715
9
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x