Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

RASUAH BERJEMAAH MELIBATKAN BEBERAPA ADUN, DI NEGERI MANAKAH IA BERLAKU?

Sejak semalam, Malaysiakini telah melaporkan tentang perlakuan rasuah di sebuah negeri yang melibatkan beberapa Adun di negeri berkenaan.

Sehingga ini, tidak dipastikan negeri mana yang terlibat dan tidak diketahui sama ada ia di bawah tadbiran PH/BN ataupun PN.

Dalam laporan tersebut, dikatakan sekurang-kurangnya lapan rakaman video mengaitkan beberapa Adun yang didakwa membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada mereka sebagai balasan untuk mendapatkan projek di sebuah negeri.

Ini termasuk mereka yang memegang jawatan kanan dalam pentadbiran negeri tersebut.

Difahamkan terdapat lebih banyak rakaman video juga melibatkan Adun-Adun lain daripada negeri itu.

Malaysiakini telah melihat lapan video itu dan tidak akan mendedahkan identiti ahli politik berkenaan sehingga mendapatkan salinan rakaman serta komen daripada mereka yang terlibat.

Sumber memberitahu Malaysiakini, pemberi maklumat sedang cuba mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sebelum meneruskan lebih lanjut.

Sumber itu berkata SPRM telah dimaklumkan mengenai rakaman video tersebut.

Difahamkan, pemberi maklumat telah melantik peguam Izwan Azmi daripada Izwan Mazniza Kamil & Associates untuk meneruskan perkara itu.

Malaysiakini juga ditunjukkan salinan dua surat daripada peguam kepada SPRM bertarikh 24 Okt dan 29 Okt untuk mendapatkan pertemuan berhubung mendapatkan perlindungan.

Kedua-dua surat mengandungi cop “resit akui”.

“Pemberi maklumat bersedia untuk mendedahkan maklumat sulit berhubung isu ini tetapi dia mahu memastikan perlindungan untuk dirinya diperolehi terlebih dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya,” kata sumber itu.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat bertujuan untuk menggalakkan pendedahan maklumat mengenai rasuah atau salah laku lain dan menyediakan perlindungan kepada pemberi maklumat termasuk daripada tindakan sivil, jenayah, atau disiplin.

Malaysiakini juga ditunjukkan dokumen-dokumen berkaitan projek tersebut serta butiran perbankan dalam talian berkaitan dakwaan rasuah.

Dalam rakaman yang dipercayai dibuat awal tahun ini, seorang ahli perniagaan yang wajahnya tidak kelihatan boleh didengar berbincang dengan para Adun berkenaan mengenai rasuah yang telah diberikan kepada setiap seorang daripada mereka.

Difahamkan, pertemuan berlaku selepas kerajaan negeri membatalkan lesen projek tersebut, menyebabkan ahli perniagaan itu menuntut agar para Adun berkenaan mengembalikan wang yang telah diberikannya yang merupakan bayaran awal daripada jumlah sebenar yang dijanjikan.

Ahli perniagaan tersebut juga memberikan kelonggaran kepada para Adun terbabit untuk membayar balik secara ansuran.

Jumlah yang disebut mencecah ratusan ribu ringgit dan dalam satu kes seorang ahli politik veteran diingatkan dia akan menerima hampir RM3 juta jika urusan itu berjalan lancar.

Beberapa Adun mengaku telah menggunakan wang tersebut manakala seorang lagi berkata dia boleh mengembalikan RM300,000 tanpa ansuran kerana jumlah tersebut “kecil”.

Pada salah satu video, ahli perniagaan tersebut, ketika bercakap dengan seorang pembantu salah seorang Adun, mendedahkan ratusan ribu dalam bentuk tunai telah diserahkan kepada bos pembantu itu di pejabatnya dan pembantu tersebut mengesahkan hal tersebut ada berlaku.

Sumber itu berkata apabila pemberi maklumat mendapat perlindungan, laporan akan dibuat kepada SPRM dan rakaman akan diserahkan kepada suruhanjaya tersebut bagi memudahkan siasatan.

Pemberi maklumat yang memiliki bukti video yang didakwa memaparkan beberapa Adun membincangkan penerimaan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit bagaimanapun mengaku dia bimbang mengenai keselamatannya kerana skandal itu melibatkan individu berjawatan tinggi.

“Ini melibatkan pemimpin tertinggi sesebuah negeri. Mereka ini adalah orang yang berpengaruh. Akan ada kesan politik dan peribadi yang teruk,” katanya kepada Malaysiakini.

“Inilah sebabnya saya memohon perlindungan penuh walaupun sebelum membuat laporan kepada SPRM,” katanya.

Pemberi maklumat itu berkata dia sanggup menyerahkan semua bukti kepada SPRM malah memberi keterangan di mahkamah jika dia diberi perlindungan.

Pemberi maklumat itu merayu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang berikrar tidak akan berkompromi dengan rasuah, untuk campur tangan dalam perkara itu.

“Saya yakin perdana menteri mahu kes ini disiasat. Jadi saya mohon bantuannya,” tambahnya.

Ketika dihubungi, peguam pemberi maklumat Izwan Azmi mengesahkan anak guamnya bersedia untuk tampil mendedahkan butiran skandal itu dan menjadi saksi jika diperlukan.

“Bagaimanapun, anak guam saya mempunyai pertimbangan tertentu,” katanya kepada Malaysiakini.

Izwani berkata dia akan hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya sekali lagi untuk mengulangi kebimbangan anak guamnya bagi mendapatkan perlindungan unruknya.

Perdana Menteri dalam hal ini tiada pilihan lain melainkan segera memberi jaminan kepada pemberi maklumat berkenaan perlindungan sebagai saksi, seterusnya memastikan gejala rasuah yang nampaknya masih berlaku dapat dibanteras hingga ke akar umbi oleh SPRM, apa lagi jika ia dilakukan secara berjemaah dan tanpa segan silu.

Sumber pendedahan – Malaysiakini.

3.3 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
11 November 2024 3:06 pm

INI PETIKAN SATU PERENGGAN DARI KOMEN SORANG CAI WALANON PENTAKSUB:🤣
_______________________________________
Anonymous 11 November 2024 8:38 am

Nak tanya nak selamat Malaysia dari siapa? Komunis dah tak ada, penjajah pun dah balik, Malaysia tiada masalah diplomatik dgn negara luar?
_______________________________________

Anonymous
Anonymous
11 November 2024 3:07 pm
Reply to  Anonymous

NAK SELAMATKAN DARI SI KETIMBANG KARI MUNAFIQ TU LAH…😆

KENCING PASAL NAK TURUN HARGA MINYAK, HAPUS TOL & PENDIDIKAN PERCUMA ..😅

TIPU SD UNTUK NAIK KE TAKHTA & SETERUSNYA MCM² PENIPUAN LAGI…🤣

SEMBANG BILLIUN² GAJAH BOLEH TERBANG TAPI DISAKAU CURI SUBSIDI HAK RAKYAT…😡

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000004586
Anonymous
Anonymous
11 November 2024 8:38 am

Muka2 angau gilo kuaso dok puah jadi Kerajaan 33 bulan seme ikut Boh Duto Khas Gaji Buto jadi pasu2 bunga dok reti wat kejo.
Mesti selamat Malaysia dari puok2 khawarij ni terutama Boh Ayatollah tu.

MOVE ON PAS KITA SUDAH 67 TAHUN MERDEKA
 GRS tidak mahu bersama PAS
MOVE ON PAS KITA SUDAH 67 TAHUN MERDEKA

comment image

Nak tanya nak selamat Malaysia dari siapa? Komunis dah tak ada, penjajah pun dah balik, Malaysia tiada masalah diplomatik dgn negara luar?

Nak selamatkan dari siapa? Yg hampir duit rakyat hilang Rm 2 billion waktu TITM, yg belanja beratus billion dlm tempoh singkat PN, pemimpin2 yg kini didakwa di mahkamah kerana rasuah dari PN, yg terbabit kes rasuah dlm pilihanraya dari PAS?

Yg lawan ajaran sesat adalah kerajaan bukannya PAS, yg berjuta kena saman fitnah adalah PAS, yg tidak tahu kawal harga barang kartel2 waktu PN jadi kerajaan.

Yg ajar kafirkan org adalah PAS, yg naikkan cabutan judi kerajaan PN, pelabur byk yg lari keluar dari negara ini waktu PN jadi kerajaan…. Jadi kamu bertiga yg tiada rekod kecemerlangan sebagai pemimpin nak tunjuk terpaling hebat ini nak selamatkan apa?

Cina DAP, Cina MCA takkan itu ancaman? PN pun ada Cina Gerakan. Mereka bukan ancaman sb Agong, PM, TPM1/2, Panglima Tentera, Ketua Polis Negara semua org Melalyu. Jadi nak selamatkan Malaysia ini dari siapa?

Sdgkan rakyat Malaysia pelbagai kaum sdg cuba menyelamatkan Malaysia dari parti perkauman seperti PAS dan Bersatu. 

Kamu nak selamatkan siapa sebenarnya atau kamu nak selamatkan pemimpin kamu yg terbabit dgn rasuah dan kamu heret org Melayu dgn memainkan isu perkauman.

Benar org Melayu ada kelebihan iaitu hak keistimewaan di negara ini. Tapi PAS, move on la kita dah Merdeka 67 tahun. Terima sahaja Malaysia ini negara yg turut bersama pelbagai kaum. 

Dah beratus tahun kita hidup bersama mereka dan 67 tahun selepas Merdeka… terimalah seadanya bangsa Cina, India, Kadazan, Iban, Dayak ini sebahagian dari kita rakyat Malaysia. 

Kerana perkauman PAS lah semalam menerusi Datuk Masidi Manjun berkata parti GRS Sabah menolak utk bersama mereka dan pasti terpalit Bersatu kerana kedua parti ini di bawah PN.

Move on PAS, berpolitik secara matang dgn semangat patriotik kpd negara. Islam juga menyuruh kita berbuat baik sesama manusia.

Norman Radzuan

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, November 10, 2024

Sharp

animali
animali
10 November 2024 7:15 pm

lobai mana pulak buat kerja keji ni?

Anonymous
Anonymous
10 November 2024 7:28 pm
Reply to  animali

Tanya Cai Walaun Utusan Malaysia blog ni.

Dia simpan rekod gelaran2 untuk Lobai Gaji Buto yang baru berjinak2 ilmu Sakaw PN.

Anonymous
Anonymous
11 November 2024 1:42 am
Reply to  animali

KENAPA SPRM MESTI TUNGGU ADUAN RASMI?

https://vt.tiktok.com/ZSjA3jaB8/

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x