Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

RASUAH ADUN BERJEMAAH RUPANYA DI SABAH!!

Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, dipercayai kini menjadi tumpuan sebuah skandal rasuah membabitkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), gabungan yang dipengerusikannya yang tidak sehaluan dengan pemimpin Umno negeri, MalaysiaNow difahamkan.

Ia susulan sebuah kempen dilancarkan menerusi laman berita dan media sosial berkenaan skandal rasuah RM4 juta melibatkan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), di samping dakwaan terdapat klip video dan tangkap layar pesanan teks menunjukkan mereka membuat pengakuan menerima rasuah.

Bukti-bukti itu didakwa disimpan seorang pemberi maklumat yang enggan dinamakan, yang mendakwa dia hanya akan mendedahkan butiran lanjut dengan syarat mendapat perlindungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

MalaysiaNow telah menghubungi Hajiji dan pembantunya tetapi masih belum mendapatkan respon ketika laporan ini diterbitkan.

Sementara itu, seorang penyiasat kanan SPRM memberitahu MalaysiaNow, cara kes itu sedang digembar gemburkan menimbulkan keraguan, sambil menambah badan antirasuah itu sepatutnya melancarkan siasatan terhadap dakwaan itu tanpa perlu mengenal pasti pemberi maklumat.

“Kebimbangan pemberi maklumat itu tidak relevan, apa yang lebih penting ialah dia ada bukti dan itu sudah memadai bagi SPRM melancarkan siasatan serta merta.”

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa pemberi maklumat tersebut telah menghubungi Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan jaminan perlindungan mengenai perkara itu.

“Anak guam kami mempunyai bukti kukuh, termasuk tangkapan skrin perbualan WhatsApp dengan YB (Adun) terbabit, dokumen dan klip video HD (definisi tinggi) yang mana YB mengaku menerima rasuah,” Malaysiakini memetik peguam pemberi maklumat itu dalam sepucuk surat kepada Anwar.

“Untuk makluman, anak guam kami bersedia menjadi pengadu dalam kes ini, menyerahkan bukti dan menjadi saksi SPRM,” menurut surat itu.

Sementara itu, sumber yang sama mempersoalkan keengganan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk memberikan jaminan bertulis melindungi pemberi maklumat itu daripada pendakwaan atau tindakan undang-undang sebagai pertukaran kepada maklumat itu.

“Azam terikat dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan tidak ada keperluan mendapatkan sebarang jaminan lanjut.

“Dalam keadaan biasa, bukti yang ada sepatutnya sudah dapat memulakan siasatan di mana SPRM boleh menahan atau menyoal ahli politik yang terbabit,” tambah sumber itu.

Gabungan GRS dipengerusikan Hajiji terdiri daripada lapan parti politik, termasuk Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), di mana beliau merupakan presiden.

GRS, yang pada asalnya dianggotai Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Parti Bersatu Sabah dan beberapa Adun bebas, memenangi pilihan raya negeri 2020 yang diadakan pada kemuncak pandemik Covid-19.

Sebulan selepas pilihan raya umum 2022, di mana Pakatan Harapan dan Barisan Nasional membentuk kerajaan persekutuan, Hajiji mengumumkan keluar Bersatu Sabah, yang merupakan sebahagian daripada GRS.

Sebaliknya, beliau dan Adun partinya mengumumkan mereka masih sebahagian daripada GRS menerusi keahlian secara langsung kepada gabungan itu.

Pada Januari 2023, 13 Adun Umno Sabah menarik balik sokongan kepadanya, menyebabkan beliau hilang majoriti DUN. Hajiji kemudian mengumumkan mengambil alih PGRS, dan membawa parti itu ke dalam GRS untuk kekal berkuasa.

Sumber – https://www.malaysianow.com/my/news/2024/11/11/km-sabah-hajiji-jadi-tumpuan-skandal-rasuah-yang-bakal-didedahkan

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 11:19 am

Kenyang anak beranak, turun temurun ke cucu cicit dan dibawa ke kubur.

makan-benda-haram
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 11:27 am
Reply to  Anonymous

Daging yang tumbuh dari benda haram, tempatnya di pasar laluan pintu belakang.

makan-benda-haram-lagi
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 11:03 am

SALAM BG BUDIN,😅

JEMAAH RASUAH DI SABAH TU KHABARNYA IMAMNYA ADALAH HAJIJI…😂

HA HA HA.. HU HU HU.. KITA TAK SABAR NAK DENGAR KHUTBAH DARI IMAM BESAR DEPA PULAK, YAKNI IMAM MEKDI…🤣

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000004530
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 10:09 am

TAK BOLEH BERTINDAK SBB TIADA ADUAN DIBUAT – AZAM BAKI🤣

https://vt.tiktok.com/ZSjDcVVxX/

WALAU PUN ADA BUKTI VIDEO TENTANG BERITA ITU, KENA TUNGGU ADUAN DULU?😥

HA HA HA.. KLAU PEMBANGKANG TAK PERLU ADUAN, TGH MLM PUN DEPA SERBU..😡

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000010298
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 10:14 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. SBB ITU LAH PUAK LAPUJI & ADAM ADLI SURUH TANGKAP AZAM BAKI, DULU TU…🤣

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000004923
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 10:15 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. SBB ITU LAH PUAK LAPUJI & ADAM ADLI GELARKAN AZAM BAKI SBG AZAM BAKI BABI🐖, DULU TU…🤣

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000004925
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 10:16 am
Reply to  Anonymous

TAPI KINI, AZAM BAKI YG DIGELAR AZAM BAKI BABI🐖 DULU TU, DEPA PERKUDAKAN…😂

HA HA HA.. BERMAKNA, AZAM BAKI KINI MENJADI BABI🐖 TUNGGANGAN MEREKA…🤣

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000004926
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 9:40 am

KM Sabah Hajiji jadi tumpuan skandal rasuah yang bakal didedahkan

Post Oleh : Anak Watan Timur pada 11/11/2024 07:58:00 pm

https://www.1media.my/2024/11/km-sabah-hajiji-jadi-tumpuan-skandal.html?m=1

1000010294
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 9:42 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. ADA BERANI KER SI KETIMBANG NAK BERTINDAK?🤣

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000005569
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 9:39 am

JAP LAGI, PASTI CAI WALANON PENTAKSUB AKAN TAMPIL DGN MENGATAKAN “SEMUA INI ADALAH DARI KILANG FITNAH PN, MALAYSIANOW..”😂

HA HA HA.. DOK TUNGGU NAK CEDOK IDEA SPIN DARI “AMIR WARTAWAN RASMI LAMAN REFORBASI” KER CAI?”🤣

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000004578
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 9:22 am

Video tuduh ADUN rasuah: Dr Yusof serah pada SPRM, yakin rakaman guna AI

ASYIKIN ASMIN 11 November 2024 09:49pm

https://www.sinarharian.com.my/article/696031/berita/semasa/video-tuduh-adun-rasuah-dr-yusof-serah-pada-sprm-yakin-rakaman-guna-ai

1000010281
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 9:25 am
Reply to  Anonymous

AIIKKK.. “AI” PULAK YG DIA SALAHKAN?

HA HA HA.. DULU KES “3R” ISU SIJIL HALAL, SI NYONYA TUA TERLEPAS DGN MENYALAHKAN “CHAT GPT”…

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000010283
Anonymous
Anonymous
12 November 2024 9:19 am

VIDEO BUKTI DAH ADA, NAPER NAK TUNGGU ADUAN RASMI PULAK, AZAM?😂

https://youtube.com/shorts/ulqI22Ddq5c?si=1X0azgIMBtek9BRw

HA HA HA.. NAK TUNGGU ADUAN RASMI KER ATAU NAK TUNGGU ARAHAN DARI SI KETIMBANG?🤣

🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH

1000010282
13
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x