Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PMX SENDIRI AKUI MARKAH D DIPEROLEHI MADANI

Berdasarkan jawapan Perdana Menteri di Parlimen hari ini,  beliau secara jelas tidak menyanggah markah D yang diberi Bersih kepada kerajaan madani pimpinannya.

Dalam erti kata lain, Anwar Ibrahim memang mengakui markah D yang diberi Bersih itu.

“Tentang (penarafan) Bersih, tak apalah beri (kita gred) D, bukan F.

“(Kalau) UPSR D, (nanti) SPM esok naik A lah.

“Insya-Allah, (kerajaan Madani masih) baru sangat,” katanya lagi.

Dengan pengakuan itu, penyokong-penyokong Anwar hendaklah juga bersikap terbuka dalam menerima pemarkahan yang diberi oleh Bersih kepada kerajaan madani.

Jangan marah-marah, melenting atau menolak mentah-mentah markah yang diberi Bersih itu.

Cuma nak ingatkan Anwar, jarang benar murid yang dapat D ketika UPSR, tetapi mampu cemerlang dengan mendapat A ketika SPM.

Malah, kadang-kadang murid yang dapat A ketika UPSR pun ada yang kecundang dalam SPM.

Tetapi, biasanya murid-murid yang berjaya mendapat banyak A ketika SPM adalah mereka yang beroleh A juga ketika UPSR.

Selalunya kelebihan itu diperolehi kerana melalui markah A di peringkat UPSR itulah yang membolehkan mereka dihantar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah-sekolah terpilih yang lain.

Sebaliknya murid markah D kebanyakannya akan kekal berada dalam kelompok bawah.

Tetapi, dalam konteks kerajaan yang dipimpin oleh orang hebat seperti Anwar, memperolehi markah D  boleh ditakrifkan sebagai kegagalan serta wujudnya kelemahan yang ketara dalam kepimpinannya mengurus negara.

Ia ibarat kerajaan sekarang sedang bernafas dalam lumpur.

Bayangkanlah betapa daif dan lemahnya kerajaan sekarang sehingga pembiayaan jet Perdana Menteri ke luar negara pun terpaksa mula ditanggung sebanyak 80 peratus oleh pihak swasta dengan mengajak mereka menaiki sekali kapalterbang yang sama.

Tidak mustahil selepas ini berebut-rebutlah syarikat swasta nenawarkan diri ingin bersama ke luar negara dengan alasan mahu turut sama meringankan beban membiayai kos penerbangan jet kerajaan, tetapi dalam masa yang sama membolehkan mereka bersama-sama dengan Perdana Menteri di udara untuk beberapa jam lamanya.

Apa yang nyata, kedudukan markah D yang ada pada kerajaan madani ini merupakan suatu persaingan yang lebih terbuka kepada kerajaan dan blok pembangkang untuk sama-sama bersaing merebut kemenangan pada PRU16 akan datang.

Baik kerajaan mahu pun pembangkang, mereka kini tidak boleh duduk diam lagi, sebaliknya harus mula bekerja dengan lebih gigih mulai sekarang.

Tempoh tiga tahun mendatang sebelum tibanya PRU16 adalah detik kritikal yang harus dimanfaatkan sebaiknya jika pembangkang inginkan kemenangan atau madani mahu terus bertahan sebagai kerajaan.

Siapa yang lebih berjaya memenangi persepsi dan mencipta naratif yang meyakinkan, merekalah paling berpotensi meraih kemenangan.

Namun, mahu menukar markah D kepada A dalam tempoh kurang tiga tahun dalam keadaan isu-isu sentiasa timbul silih berganti dan gagal ditangani oleh pasukan komunikasi dan penerangan kerajaan, ia sama susah seperti mahu menukar murid D UPSR menjadi A ketika SPM.

Di banyak keadaan, ia paling mungkin hanya berakhir sebagai mimpi bagi kerajaan madani.

Dalam apa-apa juga pertandingan, merebut kemenangan jauh lebih mudah berbanding mempertahankan kemenangan, apa lagi jika hanya bersandarkan dengan markah D sebagai bekalan. – ShahbudinHusin 21November2024.

3.7 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

536 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
23 November 2024 3:24 am

Gaji Enam MB, Ketua Menteri Di Malaysia Lebih Tinggi daripada PM

ppakat-kena-kencing-MB
Anonymous
Anonymous
23 November 2024 6:14 pm
Reply to  Anonymous

Gaji 30k rembat, bonus tak payah bagi, berangan nak ganti abah dalam PN tapi awal lagi dah kena sailang. Padah jadi mastermind kera panjat atap.

Tebuk-Kapal_Hadi_TAK_CUKOP_JUMLOH-NO-BONUS
Anonymous
Anonymous
22 November 2024 10:53 pm

A kepada kerajaan Madani F kepada Bersih Tin Kosong. F kepada parti penyakau nasional.

Anonymous
Anonymous
22 November 2024 10:51 pm

Kami beri markah A kepada kerajaan Madani. Bersih boleh pi main layang2. atau bagi cuci dulu sehingga bersih. Bersih ni Nak cari pablisiti murahan..

Anonymous
Anonymous
22 November 2024 12:40 pm

HU HO HI.. GRED D🤣 JER?

1000014456
Anonymous
Anonymous
22 November 2024 12:40 pm

HU HO HI.. GRED D🤣 KER?

1000014456
Anonymous
Anonymous
22 November 2024 12:39 pm

HU HI HO.. GRED D🤣 JER?

1000014456
Anonymous
Anonymous
22 November 2024 12:39 pm

HU HI HO.. GRED D🤣 KER?

1000014456
Anonymous
Anonymous
22 November 2024 12:39 pm

HI HU HO.. GRED D🤣 JER?

1000014456
Anonymous
Anonymous
22 November 2024 12:39 pm

HI HU HO.. GRED D🤣 KER?

1000014456
Anonymous
Anonymous
22 November 2024 12:38 pm

HI HO HU.. GRED D🤣 JER?

1000014456
536
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x