Dua hari lalu di Pulau Pimang, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan tetap bekerjasama dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, kerjasama itu perlu diteruskan demi memastikan kestabilan negara pada masa kini dan pada masa depan.
“Kita telah melihat hasil beberapa pilihan raya baru-baru ini, dan sukar bagi mana-mana parti untuk mendapatkan majoriti yang kukuh.
“Walaupun ada yang berjaya memperoleh majoriti, kemungkinan besar majoriti itu tipis dan mungkin tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan yang stabil,” katanya semasa Program Sesi Temu Bersama Anwar di Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea di sini.
Semalam, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, PRN Sabah ke-17 yang dijangka diadakan tahun depan bakal menjadi ‘makmal’ untuk menguji kerjasama antara PH dan BN.
Pengerusi BN itu berkata, PRN Sabah penting untuk menilai persefahaman bagi menghadapi pilihan raya umum seterusnya.
Katanya, kerjasama PH dan BN menjadi asas kepada pembentukan kerajaan perpaduan dan sewajarnya diteruskan bagi menjamin kestabilan politik.
“Bagi meneruskan kerjasama PH dan BN, kita akan terjemahkannya dalam PRN Negeri Sabah terlebih dahulu.
“Selepas itu, formula yang sama akan kita gunakan untuk bekerjasama dengan lain-lain parti,” tambahnya.
Bolehkah kerjasama PH/BN menjanjikan kemenangan pada PRU16 akan datang dan menjanjikan kerajaan perpaduan dapat dikekalkan?
Mengimbas kembali keputusan beberapa PRK dan PRN di enam negeri tahun lepas, adalah jelas kerjasama PH dan BN belum tentu boleh menjanjikan kemenangan.
Dalam PRN enam negeri misalnya, PKR yang bertanding 59 kerusi, hanya mampu menang 24 kerusi saja.
PKR juga kalah dalam PRK yang diadakan di Padang Serai, Kuala Terengganu dan Sungai Bakap.
Ertinya PKR yang berjaya mengetuai kerajaan perpaduan dengan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri melalui kemenangan 31 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu (82 kerusi secara keseluruhan oleh PH) tidak membuatkan rakyat menambah sokongan mereka kepada parti itu.
UMNO pula pada PRN enam negeri bertanding di 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi hanya menang 19 daripadanya.
Pencapaian terbaik UMNO hanyalah di Negeri Sembilan dengan menang 14 daripada 17 kerusi DUN ditandingi.
Prestasi UMNO di Pulau Pinang dan Selangor kurang memberangsangkan apabila hanya menang dua kerusi saja.
Di Kelantan, parti itu hilang enam kerusi disandang dan kini hanya menang satu kerusi iaitu Galas, manakala di Kedah dan Terengganu, UMNO gagal meraih sebarang kerusi.
Bagaimanapun pada PRK Dun Nenggiri, UMNO berjaya merampas kembali kerusi tersebut dengan cemerlang dan selepas itu menang lagi dengan bergaya di Dun Mahkota, Johor.
Berdasarkan situasi itu, adalah jelas bahawa calon UMNO yang disokong oleh kerajaan perpaduan mula diterima pengundi berbanding calon PKR yang juga disokong oleh kerajaan perpaduan.
Dengan itu, sama ada PRN Sabah yang dijangka diadakan tahun depan atau PRU16 akan datang, potensi UMNO untuk mampu memenangi lebih kerusi berbanding PKR/PH adalah cerah sekali.
Kejayaan UMNO di Nenggiri dan Mahkota, manakala PKR semakin bertambah undi kalahnya di Sungai Bakap, sedangkan calon yang ditonjolkan boleh dikira memiliki pakej yang lengkap adalah gambaran yang tidak sukar untuk dibaca.
Sebab utama penolakan pengundi kepada PKR ialah kerana prestasi Anwar selaku Perdana Menteri yang terus dipertikaikan, selain banyak janji-janjinya selama ini yang sudah pun dibungkus ikat mati dan dibuang ke tepi tanpa sempat dijadikan kenyataan.
Ditambah lagi dengan prestasi menteri-menteri UMNO yang lebih menyerlah dan boleh buat kerja, manakala menteri PKR sering dicemuh serta dipertikaikan, bukan saja oleh rakyat, malah oleh penyokong parti itu sendiri.
Model dan bekerjasama melalui kerajaan perpaduan bagi menghadapi PRU16 akan datang memang wajar diteruskan kerana melaluinya lebih memungkinkan UMNO/BM mampu memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR/PH berdasarkan kedudukan sebagai anggota kerajaan.
Yang penting, UMNO mesti dominan pada PRU16 akan datang sebagaimana yang sering ditekankan oleh Pengerusi BN, Zahid Hamidi sendiri. – ShahbudinHusin 04November2024.
PESAN AZHAR IDRUS KEPADA HADİ. ORANG ALIM SEBENAR TAK CERITA PASAL MIMPI.
https://wrlr.blogspot.com/2024/11/pesan-azhar-idrus.html
AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, November 04, 2024
Share
Zamrul sampul berani pesan kepada Tok Guru sendiri? Nak masuk Melaka ke?
KERJASAMA PH/BN BELUM PASTI MENJANJIKAN KEMENANGAN, TAPI LEBIH BERPOTENSI MENJADIKAN UMNO DOMINAN4 November 2024
Logik Budin hancuss ke laut lagi kerana nak UMNO dominan kena menang banyak kerusi MP.
Nak menang banyak kerusi kena mitok tolong PH terutama DAP dapat undi Cina dan India kerana MCA dan MIC dah kaput.
Itu lah namanya, perpaduan tadak dominan. Saling menang-menang.
Nak dominan ikut sahaja formula tamak dan bodo sombong sihidung kepek lah.
Solo dan terus kiok masuk gol spt keputusan PRU14 dan 15.
Budin pun tak dang masyuk kalu masuk gol, tak dang nak taut 96 jadi pembangkang le.
He He He.
Kes Walauntit kena igat polis Siam diGolok.
Mat Sagon Pasir Mas doksir bui komen ko ancaman ko Melayu dan Isle? Ko keno tunggu mimpi dulu.
PENYANYI DIDAKWA HARI INI
RMS
Penyanyi wanita Kelantan yang menyokong perhimpunan RXZ yang disertai Ustaz Sampul akan dibicarakan hari ni atas kesalahan dadah.
AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, November 04, 2024
Share
Tekan Isreal, ketegasan Malaysia langkaui kesanggupan negara luar – PM
DIANA AZIS04 November 2024 12:14pm
https://www.sinarharian.com.my/article/694593/berita/nasional/tekan-isreal-ketegasan-malaysia-langkaui-kesanggupan-negara-luar—pm
ASYIK JER DIA NI NGIGAU . 😂
HA HA HA.. AGAKNYA AKIBAT TIDUR TAK CUCI KAKI…🤣
🤣😂😅😆😄😃😀
KAH KAH KAH KAH
Kes / Jenayah Politik 2 Termasuk Setiausaha Politik Radzi Jidin Ditahan Siasatan Rasuah Projek RM80 Juta 1 year ago ?fit=960%2C540&ssl=1 Dua individu termasuk bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta membabitkan sebuah kementerian. Mereka ditahan reman 4 hari bermula hari ini. – Foto SPRM KUALA LUMPUR, 23 SEPT – Dua individu termasuk bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta membabitkan sebuah kementerian. Mereka ditahan jam 11 malam… Read more »
Syukurlah Tok Guru Bala boleh mimpi Nabi walaupun tak syahadah tak mandi junub. Boleh juga jadi role model Melayu Islam yang nak bersatu padu.
Sesama ahli sunnah wal jamaah pun boleh cantas, boikot dan siap sedia sesat-menyesat. Tiba pro Syiah mimpi Nabi habis semua diam macam setan bisu.
Asalkan bukan pro syiah yang mimpi Nabi, bangkai anjing dan ikan talapia di masjid Rusila.