FashionValet Sdn Bhd (FV) yang menjadi tumpuan berikutan kerugian pelaburan yang ditanggung oleh Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB), sudah menyaksikan kerugian lima tahun berturut-turut sebelum dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu melabur.
Semakan pemfailan akaun kewangan syarikat antara 2012 dan 2017 menunjukkan bahawa kerugiannya meningkat kepada RM10.7 juta pada 2017 berbanding RM166,793 pada 2012, sebelum pelaburan Khazanah dan PNB dalam syarikat itu pada 2018.
Maklumat kewangan itu diperoleh daripada pemfailan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pada tahun Khazanah dan PNB melabur dalam syarikat itu, ia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM20.19 juta.
Liabiliti semasa syarikat pada 2012 melebihi aset semasa sebanyak RM401,248 sebelum bertambah baik pada 2017 kepada kedudukan aset bersih RM1.24 juta.
Menariknya antara 2015 dan 2017, jumlah aset meningkat hampir 300 peratus kepada RM14.7 juta, manakala jumlah liabiliti meningkat lebih 100 peratus kepada RM11.7 juta.
Khazanah dan PNB melabur RM27 juta dan RM20 juta, masing-masing ke dalam FV pada 2018.
Business Times telah menghubungi Khazanah dan PNB untuk menjelaskan kriteria pelaburan yang dipenuhi yang telah membawa kepada pelaburan mereka pada 2018, berdasarkan rekod prestasi kewangan FV pada 2017.
Jurucakap Khazanah merujuk Business Times kepada kenyataannya sebelum ini, manakala PNB masih belum menjawab.
Sebelum ini, Khazanah berkata, FV adalah platform e-dagang tempatan yang berpotensi apabila melabur RM27 juta untuk sembilan peratus kepentingan pada 2018 dengan lebih 400 jenama dan 15,000 produk dan menjangkakan pertumbuhan pendapatan kira-kira 60 peratus setahun.
“Rasional pelaburan kami berpaksikan pada tema e-dagang luar talian ke dalam talian, serta komitmen untuk menyokong usahawan Malaysia dan syarikat peringkat awal yang berpotensi,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan yang disiarkan di laman web parlimen Isnin lalu berkata pelaburan PNB adalah untuk menyokong syarikat runcit digital Bumiputera yang sedang berkembang pesat itu untuk menjadi platform runcit serantau bagi jenama Malaysia.
MoF berkata, penjualan kepentingan Khazanah dan PNB dalam FV kepada NXBT Partners Sdn Bhd mewakili jalan keluar yang bertanggungjawab kepada pelabur strategik yang boleh terus membantu FV dalam menangani keperluan pembiayaannya secara holistik dan memulihkan perniagaannya dalam persekitaran industri yang mencabar.
Sehingga 30 September 2024, NXBT Partners ialah pemegang saham terbesar FV dengan 51 peratus atau 2.5 juta saham, diikuti Datuk Fadzaruddin Shah Anuar (17.7 peratus) dan Vivy Sofinas Yusof (17 peratus).
NXBT Partners dimiliki sepenuhnya oleh Afzal Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotcom Bhd dan Pengarah Bebas Kanan CIMB Group Holdings Bhd.
Pemfailan kewangan terakhirnya dengan SSM menunjukkan bahawa FV mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM34.5 juta berbanding pendapatan RM112.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
ABUNON SORANG YG TELITI…π
https://vt.tiktok.com/ZSjrwVFcm/
SUDAH TENTU LAH CIKI BIDI BIDI…π
HA HA HA.. YG PASTI DIA SOKONG LGBT ..π€£
π€£ππ ππππ
KAH KAH KAH KAH
DULU.. KISAH PENGERUSI 1MDB, MENTERI KEWANGAN & PERDANA MENTERIπ
https://vt.tiktok.com/ZSjjmBLUy/
HA HA HA.. KATA BG MAT LEMBUπ:π
βPENGERUSI 1MDB NAJIB, MENTERI KEWANGAN NAJIB, PERDANA MENTERI NAJIB. BILA 1MDB TAK CUKUP DUIT SBB NAK BELANJA MEWAH SEMUA, NAK MINTAK DUIT KPD MENTERI KEWANGAN, NAJIB MINTAK KPD NAJIB. NAJIB KATA NANTI AKU BINCANG DULU DGN PERDANA MENTERI, NAJIB. SETELAH NAJIB BERBINCANG DGN NAJIB, LULUS LAH WANG RAKYAT KPD NAJIB..βπ€£
π€£ππ ππππ
KAH KAH KAH KAH
KINI.. CITER PENGERUSI KHAZANAH, MENTERI KEWANGAN & PERDANA MENTERIπ€£
https://vt.tiktok.com/ZSjjWePs7/
βPENGERUSI KHAZANAH DATOβ SERI ANWAR IBRAHIM, MENTERI KEWANGAN DATOβ SERI ANWAR IBRAHIM, PERDANA MENTERI DATOβ SERI ANWAR IBRAHIM. π
NAK MINTAK DUIT KPD MENTERI KEWANGAN, DATOβ SERI ANWAR MINTAK KPD DATOβ SERI ANWAR IBRAHIM. π
DATOβ SERI ANWAR IBRAHIM KATA NANTI AKU BINCANG DULU DGN PERDANA MENTERI, DATOβ SERI ANWAR IBRAHIM. π€£
SETELAH ANWAR BERBINCANG DGN ANWAR IBRAHIM, LULUS LAH WANG RAKYAT KPD DATOβ SERI ANWAR IBRAHIM.π
KALAU INILAH CORAK PEMERINTAHAN KITA, GUNUNG EMAS GUNUNG INTAN PUN HABIS DIBELANJA. YG SUSAH RAKYAT, TUANΒ².. π
NAK UNDI LAGI? NAK UNDI KA LAGI??..βπ€£
π€£ππ ππππ
KAH KAH KAH KAH
Bey sabar bey, bey relek bey.