Apa itu UMNO dominan?
Walaupun tempoh diadakan PRU16 ada kira-kira tiga tahun lagi, tetapi suara-suara yang mahu UMNO menjadi dominan semakin kerap kedengaran.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, selain sudah kerap bercakap mengenainya, malah dalam ucapan di Malam Tautan Kasih β96 pada Rabu lalu turut menyentuh tentang perlunya kedominanan UMNO itu buat kesekian kalinya.
Katanya, UMNO perlu menjadi parti yang dominan selepas PRU16 akan datang.
Secara mudah, maksud dominan itu ialah UMNO perlu memenangi lebih banyak kerusi berbanding 26 kerusi Parlimen yang dimilikinya sekarang.
UMNO secara realitinya sedar bahawa kekal bersama dalam kerajaan perpaduan adalah pilihan yang wajar diteruskan kerana untuk BN secara sendirian membentuk kerajaan sudah menjadi sejarah yang sukar untuk diulang kembali.
UMNO/BN pada hakikatnya tiada pilihan lain melainkan perlu terus bekerjasama dengan PH demi memastikan keberadaannya dalam kerajaan kekal berpanjangan.
Tetapi, sesuai dengan kedudukan UMNO itu sebagai parti Melayu yang utama di negara ini, selain majoriti penduduk negara juga adalah Melayu, parti itu tidak harus kekal dengan 26 kerusi Parlimen atau kurang daripadanya.
Ia mesti memiliki jumlah kerusi Parlimen yang lebih besar daripada itu selepas PRU16 akan datang.
Dengan memiliki lebih banyak kerusi Parlimen, ia dengan sendirinya akan menjadikan kedudukan UMNO dalam kerajaan perpaduan lebih berkesan lagi.
Sekarang ini banyak pertikaian timbul tentang peranan kerajaan dalam membela dan menjaga kepentingan Melayu berikutan jumlah Ahli Parlimen mewakili kaum itu tidak cukup kuat dan bersepah-sepah dalam pelbagai parti.
PKR tidak boleh dianggap sebagai parti Melayu kerana ia parti pelbagai kaum dan daripada 31 Ahli Parlimen yang dimilikinya sekarang, ia juga termasuk wakil kaum Cina serta India manakala Amanah pula parti yang terlalu kecil untuk bersuara besar berkaitan kepentingan Melayu.
Di dalam PH, parti paling kuat ialah DAP dengan 40 Ahli Parlimen.
Sebab itu, meskipun jika digabungkan UMNO, PKR dan Amanah, suara Melayu daripada ketiga-tiganya masih lagi dikira belum cukup kuat.
Suara Melayu dalam kerajaan perpaduan hanya akan menjadi kuat jika UMNO pada PRU16 akan datang mampu menang lebih banyak kerusi Parlimen, misalnya 40 hingga 45 kerusi.
Kalau dapat lebih besar daripada angka itu lebih baik lagi.
Dengan UMNO memiliki kerusi Parlimen yang lebih besar atau setidak-tidaknya sama dengan jumlah kerusi DAP, ia juga akan menjadikan orang Melayu lebih gembira berbanding sekarang terhadap kerajaan perpaduan.
Tidak akan timbul lagi sebarang keraguan sebagaimana sekarang di mana kerusi Melayu yang dimiliki pembangkang adalah lebih besar daripada yang berada dalam kerajaan.
Untuk itu, perjuangan menjadikan UMNO dominan harus menjadi tangkal azimat buat seluruh pemimpin dan penggerak parti itu mulai sekarang agar ia benar-benar menjadi kenyataan dalam menghadapi PRU16 akan datang.
UMNO dominan bukan saja untuk masa depan parti itu dalam kerajaan, tetapi juga untuk memastikan kepentingan Melayu melalui dasar-dasar kerajaan sentiasa terpelihara. – ShahbudinHusin 11Oktober2024.
Warning: file_put_contents(/home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/uploads/wpdiscuz/cache/users/706759046ef34de071caf2b7ce1fb31b): Failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/plugins/wpdiscuz/utils/class.WpdiscuzCache.php on line 165
Warning: file_put_contents(/home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/uploads/wpdiscuz/cache/users/3aa9b7e2ac31a2d4f952662e67293ca9): Failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/plugins/wpdiscuz/utils/class.WpdiscuzCache.php on line 165
Warning: file_put_contents(/home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/uploads/wpdiscuz/cache/users/de3268154f682168cddd06ee31395ce0): Failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/plugins/wpdiscuz/utils/class.WpdiscuzCache.php on line 165
Menantu dia balik Malaysia malam-malam agaknya? Siang=siang menantu dia cabut lari keluar Malaysia. Husnuzon
Cai Walaun Geng Utusan Malaysia Atok yang dolu dok ratib PAS Parti Ajaran Sesat lebih 30 tahun terkena bala kifarah fitnah. Ni Geng Berahim Ali, Zaini, Rohani, Zulkiflee semua yg bertenggek dalam poket Atok Saka. Akhirnya, berjeluas sedut muntah sendiri. Penganjur Larian LGBT Desaru adalah Gay Bapok Tua PN, Pengerusi GELAKAN Kemaman Geng wala PAS Terengganu. Tunggu fatwa baru dari Ayatollah PAS yang baru keluar fatwa dan amaran kepada YDPA dan MRR bahawa Islam terancam bawah Kerajaan Perpaduan dan PMX. Ropanya dalam gulai kawah daging babi doh cukup jumlah gila kuasa Ayatollah ada bersubahat dengan segala Mok Nenek syaitan2 :… Read more »
PRU16 KERUSI BERSATU BKL ALIH SOKONG UMNO. KERUSI PAS TGGL 50-50. X SABAR TUNGGU PRU
BYE2 PAS. BYE2 BERSATU. MELAYU ISLAM KEKAL UNDI UMNO
AIKK.. LAIN MCM JER KALI NI BG BUDIN BODEK PARTI SEMANGAT 47 & SHEIKH ABUWAK AL-SAKAUWI TUH.. BG BUDIN NI JENIS MELAYU MUDAH LUPA KER?π€£
_________________________________________
JOM KITA KELUAR UMNO…
Shahbudin Husin
12 September 2016
https://shahbudindotcom.net/2016/09/12/jom-kita-keluar-umno.html
NAK KEMBALI MASUK AMENO PARTI SI ANAK MURID PULAK KER BG BUDIN?π
APA BG BUDIN DAH TAK YAKIN LAGI KER DGN PARTI CIKGU PENYAKAU TU?π
HA HA HA..
P.ARTI
K.UDA
R.OULETTEπ€£
π π π π π π π€£
KAH KAH KAH KAH
BG BUDIN JGN BUATΒ² LUPA PULAK…π
_________________________________________
UMNO Akan Jadi Dinasourβ¦
Shahbudin Husin
21 January 2012
https://shahbudindotcom.net/2012/01/21/umno-akan-jadi-dinasour.html
_________________________________________
HA HA HA.. NAK BALIK KE ZAMAN PRA-SEJARAH KER BG BUDIN?π€£
π π π π π π π€£
KAH KAH KAH KAH
UMNO PARTI MELAYU KERAMAT JUNJUNG MARTABAT ISLAM.
HA HA HA.. KERAMAT 47 KER BRO UMNGOKDANI?π€£
π π π π π π π€£
KAH KAH KAH KAH
HA HA HA.. ATAU PUN KERAMAT TEMPAT MENURUN BUAT NOMBOR?π€£
π π π π π π π€£
KAH KAH KAH KAH
HA HA HA.. ATAU KERAMAT TEMPAT MELACUR MARUAH BANGSA?π€£
π π π π π π π€£
KAH KAH KAH KAH