Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menurutnya tidak menunaikan janji reformasi yang dilaungkannya sebelum ini.
Malah Tengku Razaleigh, yang lebih mesra disapa sebagai Ku Li, mendakwa reformasi yang dilaungkan hanyalah kerana marah kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Adakah reformasi itu? Sembang sahaja (tertawa).
“Apa yang dilaungkan beliau dahulu hanya kerana marah pada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kerana ‘belasah’ dan tangkap beliau.
“Maka, wujudlah reformasi dan orang ramai setuju dengan laungan ini. Maka, keadilan patut diberi kepadanya.
“Tetapi, mahu buat reformasi lebih daripada itu belum pun dilakukan. Lihat sekarang apa yang Anwar buat?” katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.
Ku Li mendakwa walaupun sudah dua tahun Anwar memimpin negara, reformasi tidak dilaksanakan dalam mana-mana undang-undang atau peraturan.
Pada 14 Mei lalu, Anwar menepis kritikan berkenaan pelaksanaan reformasi yang perlahan, dengan berkata perubahan radikal hanya akan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati.
Katanya, sebab itu reformasi yang diperkenalkan oleh banyak negara di Eropah gagal.
Bagaimanapun, beberapa penganalisis menolak penjelasan itu dengan menyifatkannya sebagai “justifikasi yang lemah”.
Kuasa AGC
Ku Li antara lain berkata kerajaan belum memisahkan kuasa peguam negara dan pendakwa raya.
“Saya tanya anda semula, kuasa Peguam Negara (AGC) dan Pendakwa Raya, apakah mesti peguam negara menjadi penasihat kepada kerajaan atau menjadi pendakwa di mahkamah (pada masa sama)?,” soalnya.
Dia berkata kerajaan seharusnya memisahkan kuasa mereka, dengan Pejabat Peguam Negara (AGC) memainkan peranan menasihati kerajaan dan pendakwa raya pula mengambil tindakan undang-undang.
Pada 8 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci berkenaan pemisahan kuasa AGC dan pendakwa raya.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/722419
Ada yang gagal beberapa kali masih bercita2 nak jadi PM. Jadi kenalah cari pengaruh. Rakyat bukan tak tahu.
PMX tiada sesiapa pun boleh cabar kehebatan beliau. Sudah pun terbukti. Jadi tak usahlah yang gagal buat cerita bukan2.
Ku Li: PM Tepi terunggul Malaysia. Diantara pendapat Tuanku Sultan Kelantan, Presiden UMNO dan Ku Li sebagai Penasihat UMNO yang tak dimintak nasihat, pendapat siapa yang PMX akan hargai secara ikhlas dan hormat? Rekod Ku Li berlawan politik pun tak berapa menarik langsong dan tadak kredibiliti sbg pemenang “winner”. Dari mencabar Atok untuk jawatan Presiden UMNO dan mencabar diPRU2 dan PRK2 sebagai Pengerusi APU dan Semangat 46 semua berkesudahan kalah “loser” dan berbalik ke asal “political quitter”. Ku Li hanya kekal sebagai PM Tepi terunggul Malaysia. Rasanya, Ku Li tadak loci standi nak bagi opinion mengenai PMX. Ku Li lagi… Read more »
Kaki sembang no 2 Malaysia. No 1 sudah cukop jumlah, melebihi dari cukup
Cucu sembang naik pagar tapi gaji penjawat awam tak naik-naik
Bila dua kaki sembang berjumpa, Rakyat nganga.
Kaki sembang ori