Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

GOLONGAN MAHAKAYA MUSUH KERAJAAN MADANI?

Selain ketimbang dan sakau, perkataan lain yang sangat digemari Anwar Ibrahim dalam sebutannya ketika berucap sebagai Perdana Menteri ialah mahakaya.

Sikit-sikit mahakaya – nak tarik subsidi pendidikan dan nak tarik subsidi Ron95, kelompok mahakayalah yang dijadikan sasaran utama oleh beliau.

Seolah-olah menjadi mahakaya suatu perkara yang berdosa di negara ini dan beban mahabesar kepada kerajaan madani serta sudah dianggap seperti musuh pula.

Kenapa perlu dilabel, disasarkan dan disebut berulang-ulang tentang kelompok mahakaya yang dikatakan turut mengaut subsidi pendidikan dan Ron95 itu?

Tidak bolehkah, kalau pun ingin menetapkan dasar menarik apa-apa subsidi, ia dilakukan tanpa menyebut secara khusus dengan mengatakan kerana tidak mahu golongan mahakaya terus menikmatinya?

Salah merekakah selama ini yang menyebabkan mereka turut menikmati subsidi-subsidi pendidikan dan Ron95 itu?

Selain itu, siapa golongan mahakaya itu?

Adakah semua dalam kelompok T15 yang berpendapatan RM14 ribu sebulan boleh dikira sebagai mahakaya?

Kalau mereka ada anak ramai, isteri pula dua atau tiga, adakah mereka masih mahakaya?

Tidak bolehkah misalnya, kerajaan mengaku secara jujur bahawa subsidi tertentu terpaksa ditarik kerana kerajaan kini sudah kekurangan wang dan dengan itu, semua rakyat harus mula berkorban?

Dan dalam berkorban itu, dinyatakanlah bahawa sudah tentulah orang kaya perlu lebih banyak melakukan pengorbanan berbanding golongan marhaen.

Bukankah cara begitu lebih manis dan tidak terlihat kerajaan seperti ingin bermusuh dengan golongan mahakaya?

Dalam hal ini saya bukanlah pro kepada orang kaya atau kelompok mahakaya dan ingin membela mereka, tetapi cara kerajaan melabel mereka kerana ingin memotong subsidi adalah sesuatu yang berlebih-lebihan inginkan populariti.

Memang saya ada sejumlah kawan yang kaya yang kadangkala menghubungi saya untuk berbual-bual mengenai isu-isu semasa sambil mereka kerap juga mengajak saya menikmati masa-masa santai di tempat-tempat yang mahal.

Tetapi, saya tentunya mempunyai lebih ramai kawan daripada kalangan B40 dan M40 yang mana kami sentiasa selesa berkawan dan makan bersama.

Adanya orang mahakaya, kaya, M40 dan B40 adalah tanda-tanda kebesaran Tuhan dan bagaimana diciptakan menariknya kehidupan di dunia ini.

Sesuatu yang tidak harus dilupai, kelompok mahakaya adalah pembayar cukai terbesar dalam negara kerana mereka mempunyai banyak wang dan suka berbelanja.

Jika mereka mempunyai perniagaan atau sesuatu perusahaan, mereka turut menyumbang kepada menyediakan kemudahan pekerjaan untuk rakyat.

Lagi besar perniagaan atau perusahaan yang mereka miliki, lagi besarlah cukai yang mereka bayar kepada kerajaan, selain besar jugalah sumbangan mereka kepada ekonomi negara.

Dengan cukai mereka itulah rakyat biasa termasuk saya dapat menikmati beberapa keselesaan yang disediakan kerajaan sejak saya lahir hinggalah sekarang ini.

Tidak dinafikan adalah suatu langkah populis untuk seseorang itu berdegar-degar membela orang miskin dan mengambil lebih cukai daripada orang kaya, tetapi pendekatan itu tidak semestinya membuahkan kejayaan.

Golongan mahakaya yang terkesan dengan ketiadaan subsidi tidak mustahil menolak beban itu kepada pengguna dengan cara menaikkan harga barang atau produk yang mereka keluarkan, mengurangkan saiz pekerja dan pelbagai langkah perniagaan yang lain.

Akhirnya yang terkesan ialah B40 dan M40 juga.

Lebih malang lagi jika golongan mahakaya yang berasakan diri mereka kini dimusuhi oleh kerajaan itu kemudian mengambil sikap mula bermusuh pula dengan kerajaan.

Walaupun jumlah dalam kategori T15 boleh dikira relatif kecil berbanding golongan B40 dan M40, tetapi dalam keadaan rakyat berpecah seperti sekarang, undi kelompok T15 tidak mustahil menjadi penentu kalah menangnya sesebuah parti dalam PRU16 akan datang. – ShahbudinHusin 23Oktober2024.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

52 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
anonymous
anonymous
24 October 2024 2:17 pm

Sebenarnya tak ada salah jika PMX ingin menggunakan atau memperkenalkan istilah2 baru. Sekurang2nya istilah2 tersebut akan menjadi terkenal kerana diperkenalkan oleh pemimpin nombor satu negara.

Yang mungkin salah di sini ialah menggunakan istilah2 bombastik tersebut dengan tujuan supaya orang nampak pandai dan hebat sedangkan substancenya ngak ada, yellek, nahi, bo leo, naen, yok (Uzbek/Turkish), nyet, nada, nandemonai….pundek

anonymous
anonymous
24 October 2024 2:06 pm

Kalaulah mereka yang berpendapatan RM 15k sebulan dianggap MAHAKAYA….aku nak cakap mahakepalabutohpakhang la….Yang mahakaya tu gaji RM 7k…sakau 700k sebulan dengan salahguna kuasa selaku Ketua Jabatan Kastam atau Pegawai Imigresen di pintu masuk, atau pun Pegawai Polis Bhgn Narkotik atau Kongsi Gelap contohnya. Awat la koi lama koi merapu PMX ni…!!! Anyway…tak salah atau pun berdosa jadi kumpulan mahakaya kerana usaha sendiri secara legal…meniaga ka, main saham ka…hang tak perlu sakit hati atau menunggang di atas kekayaan mereka demi kelangsungan politik atau usaha “deviation” yang ingin kamu lakukan. Kepada saya…kata2 PMX ini menyebut MAHA itu MAHA ini adalah sekadar nak… Read more »

UMNOMADANI
UMNOMADANI
24 October 2024 9:15 am

15% MAHAKAYA GELAK SAKAN

UMNOMADANI
UMNOMADANI
24 October 2024 9:00 am

PAS 8481

Anonymous
Anonymous
23 October 2024 10:09 pm

Dah lah cakap pelat Ganu koman orang luar, Cina dan India dok fahang setabut tambah intonasi tadak kelembutan boring nok mampuh. Hulu Terengganu Besut dan Kota Bharu satu kapal, MP yang tadak decorum dan finesse sebagai MP Pembangkang yang level tak paka otok. Kerana tak dapat peruntukan Pembangkang, maka jadi perangai kebudakan PASTI dok nganjing bahasa tinggi PMX pulak jadi modal tunjuk kebencian. Padanlah Hulu Terengganu kekal hulu dan malap kerana MP Sekoq yang bodo sombong, kurang ajor dan tadak otak dok leh mikir. Jika qualtiti Pemimpin PN tolol maçam ni, Cai Walaun pun lagi tip top berganda sifat tak… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 October 2024 10:15 pm
Reply to  Anonymous

Dulu masa dalam UMNO jadi ADUN kanan Derih Jusoh.

Dulu runner Derih tukang kutip tol mega2 projek Ganu yang digondol komisen dari syarikat2 KL.

Anonymous
Anonymous
24 October 2024 6:06 am
Reply to  Anonymous

Cara nak checkmate anjing2 PN yang kuat menyalak diDewan Rakyat. U/p Hulu Ganu, Kota Baru, Arau, Tebük Banjir semua muka Sakaw. Radzi Jidin Tisu Lembik JQAF adalah model terbaik lantikan Abah PM8: tak perform, hampeh dan tak sia2 dapat gelaran Menteri Pendidikan taraf Kanan terburok dalam sejarah. Sekarang baru kita tahu bila SetPol dia didakwa diMahkamah dengan kekayaan luar biasa, Radzi hanya teror ilmu Abah, Sakaw. Dulu kuat nganjing PMX, sekarang dah checkmate oleh SPRM tunggu masa kena panggil macam2 sedut kat KPM. Mat Hulu Ganu ni pun sama, jadi Timb KPDN pun pasu bunga dengan J/K Jihad nak lawan… Read more »

UMNOMADANI
UMNOMADANI
24 October 2024 9:02 am
Reply to  Anonymous

PPBM 8481

Anonymous
Anonymous
23 October 2024 9:18 pm

Bala Kifarah fatwa2 Fitnah PN. Cai Walaun Utusan Malaysia memang hati hitam cepat terbakar kerana otak jubur lembu PN. Jadi mudah countdown tembak diri sendiri dan jilat balik muntah sapa kembong. Ini kerana: Sabsidi bersasar dikatakan tarik sabsidi. Sabsidi hak dan ehsan Kerajaan dikatakan sabsidi hak Rakyat. Atok, Abah dan Mail sebagai PM semua setuju sabsidi perlu dikawal atau dirasionalisasi dan disasar supaya boleh imbang hutang negara dan tidak terbeban polisi fiskal negara. Semua pasang niat nak buat tetapi tadak kemampuan dan kure political will power sebab tindakan polisi tidak populis. Hanya PMX bukan sahaja ada teloq tapi ada kebijaksanaan… Read more »

UMNOMADANI
UMNOMADANI
24 October 2024 9:03 am
Reply to  Anonymous

PN 8481

Anonymous
Anonymous
23 October 2024 8:41 pm

KETIMBANG KARI KENA GODAM KIRI KANAN🤣

Anonymous
Anonymous
23 October 2024 8:43 pm
Reply to  Anonymous

Ka Siong persoal cara hendak kenal pasti T15


NURUL HUDA HUSAIN
22 Oktober 2024 04:21pm

https://www.sinarharian.com.my/article/692462/berita/nasional/ka-siong-persoal-cara-hendak-kenal-pasti-t15

1000118054
Anonymous
Anonymous
23 October 2024 8:44 pm
Reply to  Anonymous

Guan Eng cadang RM15,000 had pendapatan untuk subsidi bersasar RON95

NURUL HUDA HUSAIN
22 Oktober 2024 06:55pm

https://www.sinarharian.com.my/article/692506/berita/nasional/guan-eng-cadang-rm15000-had-pendapatan-untuk-subsidi-bersasar-ron95

1000118053
Anonymous
Anonymous
23 October 2024 8:45 pm
Reply to  Anonymous

‘T15 itu siapa? Ini masalahnya bila umum dulu, fikir kemudian’ – Syed Saddiq

Mahaizura Abd Malik
[email protected]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1147579/t15-itu-siapa-ini-masalahnya-bila-umum-dulu-fikir-kemudian-syed-saddiq

1000118052
Anonymous
Anonymous
23 October 2024 8:50 pm
Reply to  Anonymous

MCA, DAP & MUDA PAKAT NAK JADI WALAUN DAH…😂

HA HA HA.. APA DAH JADI DGN KETIMBANG MENTERI KEWA(YA)NGAN TERBA(L)IK ASIA TUH…🤣

😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

136613
Anonymous
Anonymous
23 October 2024 8:39 pm

Testing

Anonymous
Anonymous
23 October 2024 8:02 pm

testing

Anonymous
Anonymous
23 October 2024 8:00 pm

KETIMBANG KARI KENA BALUN KIRI KANAN🤣

52
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x