Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

“ANWAR JANGAN HANYA PANDAI BERJANJI”

Perdana Menteri Anwar Ibrahim jangan menjadi seorang pemimpin yang hanya pandai menabur janji tetapi gagal menunaikannya, kata pemimpin Amanah Mohamed Hanipa Maidin.

Bekas timbalan menteri undang-undang itu menggesa pengerusi PH – yang selama lebih dua dekad memperjuangkan reformasi dan keadilan – untuk bertindak dalam kes-kes melibatkan pihak polis.

Hanipa mengulas mengenai kes kematian dalam tahanan melibatkan seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun di Pahang.

Dia juga mengingatkan kenyataan Anwar bulan lepas mengenai serangan yang dialaminya semasa di penjara pada tahun 1998 maka perdana menteri tidak perlu lebih banyak penjelasan mengenai perkara ini.

Anwar ketika itu berjanji bahawa pentadbirannya komited untuk menyelesaikan isu penderaan dan kematian dalam tahanan.

“Kalau orang bicara tentang ada kebimbangan tentang penderaan dalam lokap, tak perlu yakinkan saya, kerana saya tahu apa yang dirasakan.

“Kita rasa bagaikan tidak terdaya lagi apabila diserang hingga hampir mati semasa dalam tahanan,” kata perdana menteri.

Meskipun Hanipa berterima kasih kepada Anwar atas janji itu namun dia menegaskan ia satu kelemahan.

“Malangnya, ramai percaya perdana menteri, dengan segala hormat, hanya pandai membuat janji tetapi agak lemah dalam menunaikan janji-janji tersebut.

“Ya, dia berjalan dan bercakap, tetapi sering kali dia gagal mengotakan janji-janji itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Hanipa menegaskan rakyat Malaysia tidak lagi berminat mendengar janji tetapi mahu melihat pelaksanaannya.

“Lagipun, kita telah mendengar dan melihat banyak janji daripada beliau atau kerajaan beliau,” tambahnya.

Hanipa juga menimbulkan isu serangan terhadap seorang pemandu e-hailing yang juga OKU pendengaran Ong Ing Keong oleh seorang anggota polis yang masih belum diselesaikan walaupun terdapat bukti video.

“Kerajaan telah gagal secara teruk untuk menyelesaikan kes keadilan jenayah yang agak mudah, iaitu membawa pelaku yang didakwa menyerang seorang individu yang terdedah kepada tindakan undang-undang,” tambahnya.

Sebelum ini, Hanipa pernah menyindir Anwar yang mendakwa sesetengah kes memakan masa, berkata mungkin Anwar menganggap kes tersebut lebih rumit daripada skandal 1MDB.

Isnin lalu, sebuah kumpulan tokoh-tokoh pesara perkhidmatan awam G25, mengulangi desakan mereka berhubung serangan yang berlaku pada 28 Mei dan berjanji untuk tidak membiarkan perkara itu berlalu sehingga keadilan ditegakkan.

Bagi kes melibatkan tahanan Orang Asli itu, Hanipa berkata amat “menghairankan” apabila ibu kepada si mati masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa tentang apa yang berlaku di dalam lokap.

Pada 26 September, Malaysiakinimelaporkan Noriah Hitam, 51, mendakwa dia dinafikan maklumat tentang keadaan sekitar kematian anak sulungnya, Norazman Me.

“Dia berada dalam jagaan polis, ada CCTV (kamera litar tertutup) dan ada sentri (pengawasan anggota bertugas).

“Takkan mereka tak tahu kalau anak saya itu cuba ‘bunuh diri’ ketika dalam lokap yang berada dalam kawasan balai polis,” katanya.

Norazman, yang merupakan bapa tunggal kepada seorang anak berusia enam tahun, ditangkap pada 1 Mei berkaitan kes kecurian motosikal. Dia ditemui mati di dalam selnya tiga hari kemudian.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/721342

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

23 responses to ““ANWAR JANGAN HANYA PANDAI BERJANJI””

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    INI KOMEN SEORANG PESERTA BLOG, MR KUPPUSAMY DIPETIK DARI BAWAH:🤣
    _________________________________________
    anonymous 3 October 2024 11:20 am

     Reply to  Anonymous

    That is your opinion as macai to PMX. Any one opposes to your doctrine would be labelled with this and that. Hanifa speaks the truth and the the truth sometimes hurts….Of course macai tak tahan bila bontot boss depa kena cucuk. Tapi kita kena fikir juga perasaan orang lain yang terkena cocok bontot mereka.
    ………………………………
    …………………………………………………………

     Reply
    _________________________________________

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      HELLO MR KUPPUSAMY…😂

      HA HA HA.. YIZINKAN SAYA UTK BALAS YITU KOMEN DARI AYA BERKAITAN “COCOK BONTOT”..🤣

      😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
      KAH KAH KAH KAH

      1. Anonymous Avatar
        Anonymous

        HA HA HA.. KALAU PASAL YITU COCOK BONTOT KALU, LOKMAN ADAM ADA SIKIT PIRKARA MAU CIRTA..😂
        _________________________________________
        https://vt.tiktok.com/ZS2tDqXBJ/

        https://youtu.be/FcFhCfjWL28?si=2ZjemuOx0vktOObg
        _________________________________________
        HA HA HA.. MR KUPPUSAMY JGN LAH PULA NANTI COCOK BONTOT YITU LUMBU🐄…🤣

        😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
        KAH KAH KAH KAH 

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    WOWW.. 20 RIBU DARAB 50 JAWAPAN NYA SATU JUTA..😂

    https://vt.tiktok.com/ZS2tBKncj/

    HA HA HA.. DAH LER KERAH PAKSA AGENSI² KERAJAAN, ADA ULOQ LAGI…🤣

    😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
    KAH KAH KAH KAH

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      MANA DIA DPT RM1 JUTA UTK BAGI ELAUN KEHADIRAN “HIMPUNAN MENIPU RAKYAT” DI AXIATA BKT JALIL TUH?😂

      DIA BKN AMIK GAJI ATAU ELAUN PUN…🤣

      HA HA HA.. MANA LAGI KALAU TAK SAKAU WANG RAKYAT KHAZANAH NEGARA…😡

      😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
      KAH KAH KAH KAH

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    ADALAH DIHARAPKAN MR KUPPUSAMY TIDAK AKAN MELENTING DGN KOMEN INI SBB KOMEN INI ADALAH BERKAITAN DGN JANJI SHEIKH ABUNON KARI AL-MEKDI..🤣

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      HA HA HA…😂

      Hari ini kita menang, esok minyak turun!”

      “Saya ulang! Ditakdirkan kita perintah dlm sedkikit masa lagi.. hari ini kita amik alih kuasa, esok harga minyak turun di seluruh negara..” 🤣

      😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
      KAH KAH KAH KAH

      1. Anonymous Avatar
        Anonymous

        HA HA HA…😂

        RAMAI YG SINDIR.. OWHH.. MENANG HARI INI, TURUN MINYAK ESOK, MENGAPA TAK JADI?”

        “MENGAPA TAK JADI.. KITA TAK PERINTAH! SAYA TAK JADI PERDANA MENTERI, NAK BUAT MCM MANA..” 🤣

        😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
        KAH KAH KAH KAH

          1. Anonymous Avatar
            Anonymous

            HA HA HA…😂

            SEKARANG INI.. DLM KEADAAN HARGA MINYAK SEKARANG INI, TAK ADA SEBAB HARGA MINYAK TAK DAPAT DITURUNKAN…”🤣

            😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
            KAH KAH KAH KAH

            1. Anonymous Avatar
              Anonymous

              HA HA HA.. 😂

              SEBENARNYA YG SAYA CAKAP DULU² TU ADALAH HARGA MINYA GAMAT & MINYAK ANGIN..”🤣

              🤣😂😅😆😄😃😀.
              KAH KAH KAH KAH 

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Abah kena panggil balik Menantu.

    Hampir tiap bulan Abah mohon pasport dilepaskan untuk bercuti keluarga kerana stress turun naik Mahkamah.

    Kali ini kena reject, Hakim suruh cuti di Malaysia.

    Bagus keputusan Hakim ini kerana Abah bikin mockery SPRM requst kepada Interpol.

    Tujuan pergi overseas ke tempat exotik seperti Uzbekistan adalah kerana Abah jumpa Menantu dalam pelarian SPRM.

    Hakim patut bagitau Abah panggil balik Menantu le.

    ——————————————

    Muhyiddin gagal dapat sementara pasport untuk bercuti di Uzbekistan

    FMT Reporters

    03 Oct 2024, 12:44 PM
    Hakim Azura Alwi berkata alasan dikemukakan pemohon tidak mewajarkan mahkamah melepaskan pasport sementara.

    MUHYIDDIN YASSIN
    Muhyiddin Yassin memohon untuk mendapatkan pasport antarabangsanya selama lapan hari bagi membolehkan beliau dan isterinya bercuti di Uzbekistan.
    PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak permohonan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau dan isterinya bercuti di Uzbekistan.

    Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati alasan dikemukakan Muhyiddin tidak mewajarkan mahkamah melepaskan pasport antarabangsa berkenaan, lapor Berita Harian.

    Pemohon masih boleh bercuti atau meraikan apa-apa keraian cuma bukanlah di luar negara, katanya.

    Muhyiddin memohon mahkamah mengembalikan pasport selama lapan hari bermula 4 hingga 14 Okt depan bagi membolehkan beliau dan isteri melakukan perjalanan singkat ke Uzbekistan sebagai bentuk rehat dari pelbagai cabaran dihadapinya.

    ADVERTISING

    Dalam prosiding itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin berhujah tiada risiko anak guamnya untuk melarikan diri kerana ahli keluarganya berada di Malaysia.

    Beliau tidak pernah gagal hadir ke mahkamah jika kehadirannya diperlukan dan telah beri kerjasama terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sepanjang siasatan, katanya.

    Bagaimanapun, permohonan itu dibantah Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat kerana alasan diberi Muhyiddin adalah remeh dan tidak munasabah.

    “Alasan digunakan pemohon adalah untuk bercuti kerana tertekan dengan pertuduhan mahkamah, selain itu pemohon juga menunjukkan bahawa beliau sangat penat dan perlu bercuti di luar negara bersama keluarga.

    Ini adalah satu alasan yang remeh, percutian dan sambutan ulang tahun boleh dibuat di Malaysia, katanya.

    Mahkamah sebelum ini beberapa kali membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan sementara pasport antarabangsanya atas pelbagai alasan termasuk mendapatkan rawatan perubatan, menghadiri program di luar negara dan majlis graduasi cucunya di London.

    Muhyiddin, 77, sebagai perdana menteri (ketika itu) dan presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.

    Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

    Muhyiddin juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    HA HA HA…TERBAIK LAH, APA YG BG BUDIN SAJI🤣

    😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅
    Sheikh Abunon mmg ler terkenal dgn mungkir janji
    Sbb itulah, Abunon asyik jer kena rakyat cela & keji
    Berbohong pula bagi nya dah seperti makanan ruji
    Elok sgt lah, bila dia kena Hanipa Maidin tala & taji
    😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂

    👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhhh
    🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣

    KAH KAH KAH 

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    INI KOMEN DARI SEORANG PESERTA BLOG (MR KUPPUSAMY) DIPETIK DARI BAWAH:🤣
    _________________________________________
    anonymous 3 October 2024 11:13 am

     Reply to  Anonymoud

    Hello!!! can you please stick to the topic!!! tara baca ka Thamby?

     Reply
    _________________________________________

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      HELLO MR KUPPUSAMY…😆

      BRAVO AYA.. YOU’RE ABSOLUTELY RIGHT…😅

      BG BUDIN’S TOPIC IS REGARDING HANIPA MAIDIN WHO WHACKED SHEIKH ABUNON KARI BECOZ THAT SHEIKH ALWAYS ‘KENCING’ HIS PROMISES.. SO, WE WOULD LIKE TO SEE IF ANY ‘CAI WALANON PENTAKSUB’ CAN COME OUT WITH SOME SORT OF ARGUMENT TO DEFEND SHEIKH ABUNON.. 😂

      HA HA HA.. BUT UNFORTUNATELY, WHAT THE CAI DID WAS BRINGING IN RUBBISH & GARBAGES TO THIS BLOG ..🤣

      😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
      KAH KAH KAH KAH

      1. Anonymous Avatar
        Anonymous

        DULU, ARUAH NEK PUAKA “ET TU BRUTE” YG JADI TUKANG PANTAU BLOG AGAR PESERTA² KOMEN MENGIKUT KANDUNGAN TAJUK POST…😅

        BILA ARUAH NEK PUAKA DAH TAK ADA, TUGAS ITU KINI DIAMBIL ALIH OLEH MR KUPPUSAMY…😂

        HA HA HA.. NAK KENA BERHATI-HATI SIKITLAH SKRG NI BILA NAK LONTAR KOMEN NANTI…🤣

        😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
        KAH KAH KAH KAH

  7. Anonymoud Avatar
    Anonymoud

    Terduduk Apek hidung kepek Trojan PN yang ekstrim wala kepada Bossku tidak bersalah kes Klepto 1MDB.

    Kerana Bossku tidak diberi keadilan oleh Mahkamah, Bossku mesti dibebaskan.

    Terbaik Rafizi bikin Cyber-trooper Bossku, Lim Sian See atau nama sebenar Eric Sito bekas Pengarah Komunikasi BN terduduk dan tergamam berbelit2 cuba tukar cerita Bossku dan 1MDB.

    Rumusan, Lim Sian See kalah fakta terlondeh dengan Rafizi.

    Inilah sebab utama Apek ini jugak serang maki2 Rafizi selepas PRK Sg. Bakap.

    JANGAN TIPU

    https://wrlr.blogspot.com/2024/10/jangan-tipu.html?m=1

    1. anonymous Avatar
      anonymous

      Hello!!! can you please stick to the topic!!! tara baca ka Thamby?

  8. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Azmin ‘penyumbang’ kekalahan PN di Mahkota, dakwa 2 pemimpin

    Elill Easwaran

    03 Oct 2024, 09:30 AM
    Mereka yang enggan dinamakan itu berkata, pengarah pilihan raya PN itu hanya bergantung kepada mereka yang rapat dengannya untuk membantu dalam kempen.

    3
    SHARES

    2

    1

    0

    0
    Total Views: 284
    azmin
    Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Azmin Ali dikatakan tidak berkomunikasi dengan betul bersama petugas pilihan raya gabungan itu di luar Johor.
    PETALING JAYA: Dua pemimpin pembangkang mendakwa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Azmin Ali, telah menyumbang kepada kekalahan gabungan itu dalam PRK Mahkota, baru-baru ini.

    Seorang pemimpin Bersatu yang enggan dinamakan berkata, Azmin ‘tidak melakukan tugasnya dengan baik’ dalam menggemblengkan jentera gabungan itu.

    Menurut sumber itu, Azmin tidak menguruskan atau menyelaraskan jentera pilihan raya dengan sebaiknya.

    Pusat operasi PN tidak berkomunikasi dengan jentera luaran ketika melaksanakan kempen, kata sumber itu, merujuk kepada petugas pilihan raya gabungan itu di luar Johor.

    ADVERTISEMENT
    Cool Gadgets videoCool Gadgets video

    Akibatnya, mereka tidak datang, kata sumber itu kepada FMT.

    Sumber itu berkata, satu lagi kesilapan dilakukan Azmin yang juga ketua penerangan PN, adalah apabila ‘bergantung kepada orangnya sendiri’, merujuk kepada ahli Bersatu yang sehaluan dengannya.

    Selain itu, katanya, Azmin sepatutnya menarik pemimpin komponen lain untuk berkempen bagi calon PN.

    Sabtu lalu, PN kalah teruk selepas calonnya Haizan Jaafar dari Bersatu hanya mendapat 7,347 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah yang menerima 27,995 undi.

    Undi majoriti BN sebanyak 20,648 adalah empat kali ganda margin undi 5,166 diraihnya dalam PRN 2022.

    Sementara itu, sumber berkenaan mengakui PN menjangka kalah dalam PRK Mahkota, namun bukanlah seteruk itu.

    Sekiranya jumlah pengundi lebih tinggi, hasilnya mungkin tidak seteruk ini. Dengan strategi yang betul, mereka mampu menggerakkan lebih ramai orang (supaya keluar mengundi).

    Sementara itu, seorang ahli majlis pimpinan tertinggi PN yang juga enggan dinamakan berkata, kekurangan jentera pilihan raya betul menjadi punca kekalahan itu.

    Beliau yang bersetuju dengan pemimpin Bersatu di atas berkata, ‘tidak mudah’ untuk bekerjasama dengan Azmin, yang hanya berbuat demikian bersama individu rapat dengannya.

    Sepanjang kempen anda hanya melihat mereka yang sealiran dengan Azmin hadir pada kebanyakan masanya. Beliau dalam dunianya sendiri apabila cuma bergabung tenaga dengan orang paling rapat dengannya, kata sumber itu.

    Ahli majlis pimpinan tertinggi itu turut mendakwa tidak ramai ahli Bersatu dilihat ketika itu, manakala PAS juga tidak kelihatan kerana tidak begitu popular di kawasan itu, yang mempunyai penduduk majmuk.

    Lagipun tiada sesiapa yang benar-benar menunjukkan semangat kempen kerana menjangka kerusi itu sukar dimenangi.

    Menurut sumber itu, keputusannya mungkin berbeza sekiranya orang lain dipilih untuk mengetuai kempen PN di Mahkota.

    FMT telah menghubungi Azmin untuk mendapatkan komennya.

  9. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Hanipa Maidin digugurkan oleh Amanah dari PRU15 kerana prestasi sebagai Wakil Rakyat Parlimen Sepang dan Timbalan Menteri tidak nenyerlah.

    Tempat beliau digantikan oleh Aiman Athirah.

    Semenjak itu Hanipa telah serang Amanah dan PH termasuk PMX seolah dia dah masuk PN.

    Tak perlu layan orang yang perlu perhatian.

    1. anonymous Avatar
      anonymous

      That is your opinion as macai to PMX. Any one opposes to your doctrine would be labelled with this and that. Hanifa speaks the truth and the the truth sometimes hurts….Of course macai tak tahan bila bontot boss depa kena cucuk. Tapi kita kena fikir juga perasaan orang lain yang terkena cocok bontot mereka. Kalau benar PMX mengkotakan sebahagian besar janji2nya, takkan orang berpelajaran seperti Hanifa Maidin akan mengkritik.

      1. Anonymous Avatar
        Anonymous

        Kau Et Tu Brute ko? Dah menyamar jadi anonymous!

        1. anonymous Avatar
          anonymous

          Aiiyyemm Mister Kuppusamy!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

23
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x