Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

9HB OKTOBER HARI BESAR ZAHID HAMIDI

Rabu ini, 9hb Oktober 2024 akan berlangsung Malam Tautan Kasih AZH ‘96 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Majlis makan malam ini adalah sebagai mengenang kembali sejarah kejayaan Ahmad Zahid Hamidi memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang diadakan pada 9hb Oktober 1996 dahulu.

Pada pertandingan empat penjuru ketika itu, Zahid Hamidi berjaya menewaskan Isa Samad, Annuar Musa dan juga Rahim Tamby Chik.

Malam Tautan Kasih ini akan menghimpunkan kawan-kawan lama Zahid Hamidi, sama ada yang menyumbang kepada kemenangan beliau, mahu pun yang bersama-sama dalam pelbagai peringkat kepimpinan Pemuda UMNO ketika itu.

Malam Tautan Kasih akan bermula jam 8.00 malam dan semua yang hadir dikehendaki memakai baju korporat Pemuda UMNO iaitu baju putih dan seluar hitam.

Semalam, dalam podcast bersama Zaid Ibrahim, kami turut membincangkan topik tersebut.

Berikut antara sedutan video perbualan kami berdua:-

Video 1

https://vt.tiktok.com/ZS2WvBv2M/

Video 2

Video 3

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

One response to “9HB OKTOBER HARI BESAR ZAHID HAMIDI”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Podcast dok perabih berah, langkah baru nak guling PMX.

    Zaid Ibrahim nak Bossku. Bg Budin nak Abah atau Hadi.

    Tak salah, dua2 ekoq macaiam berharap babi boleh terbang je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x