Blok pembangkang PN akhirnya menolak secara mutlak MOU dengan pihak kerajaan yang merupakan syarat untuk Ahli-Ahli Parlimen mereka diberikan peruntukan kewangan oleh kerajaan madani bagi kawasan masing-masing.
Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin memberi empat sebab penolakan tersebut:-
Pertama, MOU yang disediakan dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan di mana beberapa syarat yang dikenakan dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
Kedua, MOU juga dianggap bertentangan dengan nilai budaya, moral dan agama di mana draf yang disediakan mengandungi beberapa syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, budaya, moral agama serta tempatan.
Ketiga, ia boleh disalah tafsir dan terdedah kepada salah guna kuasa kerana MOU itu tidak mempunyai satu mekanisme yang jelas dan keadaan ini boleh membuka ruang kepada berlakunya pelanggaran, mungkir janji atau ketidakpatuhan secara ex-parte (sebelah pihak).
Keempat, MOU turut dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli-Ahli Parlimen lantaran mengandungi perkara-perkara yang mengekang kebebasan bersuara Ahli Parlimen sedangkan setiap Ahli Parlimen mempunyai hak dan imuniti untuk bersuara bagi pihak rakyat mengikut Akta 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
Menurut Hamzah lagi, kesemua Ahli Parlimen PN sebulat suara menolak MOU dengan kerajaan madani pimpinan Anwar Ibrahim itu.
Dengan penolakan itu, bermakna Ahli-Ahli Parlimen PN tidak akan memperolehi sebarang peruntukan kewangan daripada kerajaan, meskipun memberi peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti adalah antara janji yang terkandung dalam manifesto PH sebelum PRU lalu serta tercatit dalam catatan malaikat di atas langit.
Nampaknya satu lagi janji PH telah dimungkiri dan dicapati, selain janji popular untuk menurunkan harga minyak yang masih dinanti-nanti, setelah Anwar berjaya dalam cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
Sepatutnya, oleh kerana janji memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen adalah janji PH sendiri, tiada apa-apa MOU perlu dijadikan syarat sebelum peruntukan kewangan hendak diberi kepada Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.
Beri sajalah tanpa syarat sebagaimana telah dijanji, bukan pun pakai duit poket sendiri atau guna duit bini.
Era pentadbiran Anwar tidak harus dilihat sama dengan era Ismail Sabri yang sebelum ini memperkenalkan MOU juga kepada PH.
Selain keadaan berbeza, pokok paling penting ialah Ismail Sabri tidak pernah berjanji untuk memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.
Namun, yang tidak pernah dijanji itulah yang dilaksanakannya demi untuk kepentingan rakyat yang sama-sama membayar cukai kepada negara.
Berlainan pula dengan enam Ahli Parlimen Bersatu yang khianat kepada parti sendiri dan melanggar Akta Anti Lompat Parti, tetapi sokongan mereka diterima dengan senang hati oleh Anwar sebagai sosok pembawa obor reformasi, mereka sebaliknya diberikan peruntukan untuk kawasan masing-masing tanpa sebarang syarat dan tanpa apa-apa MOU.
Dengan sikap pilih kasih dan amalan dua darjat yang dilakukan oleh kerajaan madani terhadap pembangkang dalam isu ini, memang patut dan sangat wajar PN menolak MOU tersebut.
Penolakan PN pada hakikatnya lebih menyerlahkan sikap hipokrasi dan betapa mudahnya berubah perangai manusia bila sudah beroleh kuasa.
Ketika jadi pembangkang, semua nampak baik, nampak cantik, sentiasa menjunjung keadilan dan tidak lekang kata-kata untuk mengutamakan rakyat tanpa mengira ke mana sokongan mereka, malangnya semua hanya tinggal mimpi setelah kuasa diperolehi.
Cuma satu hakikat yang jangan dilupai – rakyat sentiasa memerhati dan bila tiba masa memerlukan undi nanti, mungkin yang tinggal hanyalah mampu gigit jari. – ShahbudinHusin 15September2024.
Due to the incompetence arrogant MPs that plays politics more than the welfare of their constituencies, i now demand the extra allocations be channeled to the UG areas. I would like to see my fraction of tax be fully used to help the rakyat that support the government of the day.
Adakah Wan Fasyhal dan Nazeri akan lancar peperangan Funds pour into Southeast Asia as rate-cut cycle gets underway Bloomberg – 15 Sep 2024, 10:25 PM Money managers have boosted positions in sovereign bonds in Thailand, Indonesia and Malaysia for the past two months. 7 SHARES 1 1 5 0 Total Views: 1,720 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F07%2Ff6f7e989-2024-06-21t060232z_1467599045_rc2hf8acgif3_rtrmadp_3_malaysia-m-a-mahb.webp&w=3840&q=75 BlackRock Inc intends to use any volatility this month to buy bonds in Asian countries such as the Philippines and Indonesia. (Reuters pic) SINGAPORE: Global funds are snapping up Southeast Asian assets as the prospect of interest-rate cuts and attractive valuations holds out the promise of supersized returns.Money… Read more »
Contoh Peruntukan tak wajib adalah masa Abah jadi PM8 Kerajaan PN Tebuk Atap Sheraton Move 18 bulan. Dalam Kerajaan Tebuk Atap ini ada PAS dan Taki adalah Menteri Undang2. Masa ini Abah dan Taki kata tadak peruntukan untuk PH sebagai Pembangkang, tak wajib bagi. Hanya seminggu sebelum Abah dipaksa letak jawatan PM8 oleh UMNO ugut tarik diri dari Kerajaan PN, baru Abah tawarkan MOA CSA Peruntukan kepada PH sebagai langkah desperate untuk kekal jawatan dengan cuba dapat sokongan talian hayat PH sokong dia sebagai PM8. Too little too late. Dibawah Mail Bera PM9 15 bulan, Mail Bera terpaksa sign MOA… Read more »
Ada tak tambah, tadak tak kurang.
Peruntukan bukan wajib, bergantong kepada budi bicara syarat2 Kerajaan Perpaduan dan mesti dirunding jika nak.
Kerajaan Perpaduan adalah konsensüs banyak parti bukan hanya PH termasuk UMNO dan GPS.
Jadi alasan janji PH tak betul salah kerana tiada janji itu dalam Manifesto PH, Kerajaan pun bukan Kerajaan PH esklusif dan Peruntukan tidak wajib budi bicara Kerajaan kena runding.
Kalu nak duit, runding. Tak nak duit, dok diam2 jangan songel tunggu PRU16 dan Abah masuk Penjara je.
Bagi peruntukan dok perabih kepada propaganda nak guling PMX.
Memang tak layak le.
PN tak layak pun terima peruntukan.
SYIAH & YAHUDI SEKARANG PUN BOLEH JOIN PARTI PAS LAH YER? MACAM MANA DENGAN KAFIR HARBI BERAGAMA? BOLEH JADI AHLI PAS JUGA KE?
https://m.malaysiakini.com/news/719378
PAS BETUL2 DAH MAJU DI BAWAH PIMPINAN HADI. TAHNIAH. KARAOKE LAH PUAS PUAS. ULAMA PAS TAK AKAN KECAM LAGI. CONTOHILAH MB KEDAH YANG YANG WARAQ ITU.
Kau orang layan gambar MP Kerajaan Gagal 33 bulan tengah melantak di Parlimen dulu ya. Masa kenduri udang galah MP Kerajaan Gagal ini kau orang semua tengah kena kurung nak cari Gardenia pun berebut-rebut.
Alhamdulillah. Asbab pembangkang tak nak peruntukan maka tak ada lagi kisah menantu lari kena kejar SPRM dan Interpol, menantu buat tuntutan palsu, anak sorok minyak masak subsidi, sepupu menantu menyakau komisen… Muak sial muak ada setan macam depa.
Masa ada kuasa, bukan saja peruntukan MP dan ADUN pembangkang disekat, rakyat minta tolong sampai 72 jam tak dilayan. Akhirnya ATM turun tanpa Menteri Kerajaan Gagal bertindak. Sekarang eloklah PN terima kifarah termasuklah penyokong mereka sekali.