Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

CABARAN ANWAR LEBIH MENUNJUKKAN KETAKUTAN, BUKAN KEBERANIAN – PAS

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar tidak “melenting” apabila berdepan gesaan letak jawatan.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan pengerusi PH itu tentang ketika dia menyertai protes bagi mendesak perdana menteri sebelum ini untuk letak jawatan.

“Pemimpin ni kena pressure ni biasa dan dia tak boleh cepat melenting. Dia kena cool… Awak PM, bukan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).

“Bila perdana menteri dia kena cool. Tekanan, desakan suruh letak jawatan ni biasalah,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

“Dia pun dulu suruh undur, setiap kali demonstrasi undur, undur, undur. Dahlah undur, suruh letak jawatan. Itu biasa. Seorang pemimpin politik yang senior. Jangan terlalu emosional,”katanya lagi.

Tuan Ibrahim mengulas cabaran Anwar kepada pembangkang untuk membawa usul tidak percaya ke atasnya pada sidang Parlimen akan datang.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari kemudian mengemukakan cabaran balas, iaitu agar Anwar membebaskan semua ahli Parlimen kerajaan daripada sebarang ikatan perjanjian sebelum bercakap tentang usul seumpama itu.

Tuan Ibrahim menyifatkan cabaran Anwar itu bukan menunjukkan keberanian, sebaliknya ketakutan.

Saya tengok dia takut, ucapan dia tu bukan menggambarkan dia berani, ia menggambarkan keresahan dia, kebimbangan dia, ketakutan dia, sampai dia cabar buat usul undi tidak percaya,” katanya lagi.

Katanya lagi, ada sesuatu yang mencurigakan apabila Anwar dilihat “ketakutan” walaupun memiliki majoriti yang besar di Dewan Rakyat.

“Tetapi kenapa dia takut? Ia ada seperti ada sesuatu. Saya rasa sebab kerana jumlah kerusi yang dia ada terpaksa bergantung kepada parti-parti lain. Itu puncanya. 

“Kalau kita jadi Perdana Menteri, parti kita kuat terkuat, kita rasa lain,” katanya lagi, merujuk PKR yang memegang 31 kerusi di Parlimen.

‘Tak rancang pun kerajaan boleh jatuh’

Mengimbas kembali Langkah Sheraton pada 2022, Tuan Ibrahim berkata mana-mana kerajaan boleh tumbang pada bila-bila masa walaupun tanpa ada “perancangan” untuk menjatuhkannya.

Menggelar kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad itu sebagai “kerajaan DAP”, Tuan Ibrahim membayangkan PAS tiada sebarang peranan dalam usaha menjatuhkannya.

Katanya, PAS setakat ini tidak membincangkan soal membawa usul undi tak percaya kepada Anwar, dan menambah: “Kerajaan DAP 22 bulan dahulu, mana ada planning apa-apa.”

“Tak ada rancang pun. Kami pun tak tahu. Tiba-tiba Tun Mahathir letak jawatan, kabinet pun tumbang, tukar kerajaan,” katanya lagi.

Namun, kenyataan Tuan Ibrahim itu seperti bertentangan dengan apa yang pernah disebut Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Pada Oktober 2022, Abdul Hadi berkata dirinya merupakan individu yang memulakan langkah untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

Menurutnya, ia sebagai tindak balas terhadap usaha pentadbiran PH mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa dengan memeterai Statut Rom dan cubaan menandatangani konvensyen PBB mengenai antipenindasan kaum (Icerd).

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/720173

4 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

14 responses to “CABARAN ANWAR LEBIH MENUNJUKKAN KETAKUTAN, BUKAN KEBERANIAN – PAS”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Koho perit Cai Walaun tengok Ringgit tak naik hingga 5 spt time Abah PM8 dan inflasi melambung lebih time Abah PM8 hampir 5%.
    Ini Ringgit makin hampir bawah 4 dan inflasi turun 1.9% bawah PMX bekas banduan terhormat liwat rekaan Atok dan Din Bapok Tua.

    Sila ulang usung tilam Tivoli Apt yang belum dibina. Mampuih PN.

    Ringgit surges higher vs US dollar, revisits RM4.19 level
    Bernama

    24 Sep 2024, 08:59 AM
    The local note climbs to 4.1995/4.2055, with immediate support expected at the 4.07 mark.2
    SHARES

    1

    1

    0

    0

    Total Views: 386
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F03%2F33abfeef-ringgit_up-new-2024-1.webp&w=3840&q=75

     

    KUALA LUMPUR: The ringgit revisits the RM4.19 level against the US dollar today, with immediate support expected at RM4.07, driven by Malaysia’s lower-than-forecasted CPI increase of 1.9% and a 50 basis point interest rate cut by the US Federal Reserve.
    At 8am, the local note traded at 4.1995/4.2055 versus the greenback from Monday’s close of 4.2000/4.2060.
    Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Afzanizam Rashid said the ringgit should remain well supported today due to the latest CPI print released yesterday, which came in at 1.9%, suggesting that the inflation rate has stabilised.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Taki suruh Hadi dan MP Jasin tengok cermin diri napok contoh perangai2 keterlaluan.
    Kalu Taki kabor Boss dia Hadi tengok cermin tiap2 hari sebelum Hadi keluar fatwa kafir dan dajjal kepada musuh2 politik, Hadi diri akan rasa fatwa2 dia keterlaluan dan ekstrim terhadap sama Islam dan bui akibat perpecahan Islam,
    Jadi tidak keterlaluan, hukuman kepada mereka yang terpedaya dgn Hadi dan MP Jasin yg baca qunut Nazilah kerana hanya berbeza pendirian politik.

    Hadi sendiri akan nampak dicermin ropa hodoh, burok dan berdendam dia dan MP Jasin kerana menunggang agama kerana politik Machiavelli Harbi.

    ‘Keterlaluan’, kata Hadi berkait hukuman ke atas 4 kakitangan Jaim
    Faiz Zainudin

    23 Sep 2024, 10:55 PM
    Empat kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dikenakan tindakan tatatertib kerana cuai memasukkan gambar Hadi Awang dalam paparan video khutbah Jumaat minggu lalu.

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PAS boleh mimpi macam Mat Jenin. Anwar tak perlu dicabar. Sudah pun terbukti yang beliau punyai sokongan padu.

    Kepada PMX teruskan memimpin negara. Tak usah layang puak2 yang punyai IQ lobak dalam kalangan pembangkang.

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Memang sah penakut. Sekali tuan CEO minta datng bincang baru dia tahu erti penyesalan.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Kau ingat PMX berani sangat ke bawa motor cup pakai minyak diesel? Potong jari memang penakut. Dalam Malaysia ni ada sorang je pakcik yang pemberani memang lejen berani mati.

    2. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Lejen berani mati. Mengaku sakau duit rakyat masuk akaun parti sendiri depan pengundi Mahkota tanpa rasa takut dan gentar. Tabik spring tuan penasihat 25 persen.

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Citenya usul undur PMX dalam Muktamar TALIBAN PAS adalah untuk halwa telinga Walaun2 dan kempen awal PRK Mahkota.

    Jadi bila PMX sahut usul itu dengan pelawa TALIBAN PAS kemukakan usul undi tak percaya diDewan Rakyat, lain pulak bersilat TALIBAN PAS.

    Mula2 bagi macam2 syarat, dah ni suruh PMX tenang, reaksi JKKK dan last PMX ketakutan.

    Samalah dulu sessi pertama Dewan Rakyat PRU15, PMX sahut cabaran Abah bukti keabsahan majoriti. PN semua monyok tak nak buat usul.

    2 kali lain Januari 2023 dan Mei 2023 jugak PN buat pekak badak dan bisu.

    Last2 Kerajaan Perpaduan buat usul undi percaya, mampus KO PN.

    3 kali PN kecut teloq, seropa kali ni jangan arap Mat PASTI Aloq Setaq ado teloq diluar Muktamar.

    Baik Mat ni gi sekodeng Amoi dan Nyonya nak cari undi. Ajok lah Tuang Berahim sekali.

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Tuang Ibrahim dan Judi/Casino

    Tuang Ibrahim berjanji nak stop Casino Genting Highlands jika dapat jadi Kerajaan Negeri Pahang.

    Dulu Tuang ni janji dalam Manifesto PAS nak buat Hudud, RUU355, Royalti Minyak, Batal Hutang PTPN, Haramkan DAP jika jadi Kerajaan.

    Masa 33 bulan jadi Kerajaan Tebuk Atap habuk pun tadak, yang ada judi Special Draws naik 22 kali dari 8 kali Kerajaan PH sebelum Sheraton Move.

    Towkay Judi sedekah kepada Dana PN pulak, lagi haru Perihatin, Stabil dan Bersih, yang subahat Sakaw hal lain.

  7. Anonymous Avatar
    Anonymous

    HA HA HA.. ABG BESAR DAH BERDEHEM…🤣
    _________________________________________
    Dr Akmal digesa mohon maaf kepada Teresa Kok – DAP Johor

    Oleh NOR AZURA MD AMIN
    22 September 2024 02:50pm

    https://www.sinarharian.com.my/article/686954/berita/politik/dr-akmal-digesa-mohon-maaf-kepada-teresa-kok—dap-johor

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      KITA TUNGGU RESPON AKMAL ATAU WAK BOSS DIA…😂

      HA HA HA.. WAK SAKAU DAH PASTI DLM KEADAAN KECUT KOTEY & SENTAP TELUR…🤣

      😆 😀 😃 😄 😅 😂 🤣
      KAH KAH KAH KAH

  8. Anonymous Avatar
    Anonymous

    TUAN IBRAHIM KATA PMX HANYA TARAF JKKK???😂

    HA HA HA… RASANYA BAWAH SIKIT LAGI KOT.. HANYA TARAF KETUA KAMPUNG JER…🤣

    😆 😀 😃 😄 😅 😂 🤣
    KAH KAH KAH KAH

  9. Anonymous Avatar
    Anonymous

    tin kosong dulu jadi menteri air… satu benda pun tak jalan. cakap je lebat….

    PMX juga yang hebat.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      YAA.. MMG HEBAT..😅

      HEBAT DLM BERAKSI MCM HERO FILEM TAMIL, TERJERIT PEKIK, MELALAK & TERKINJA-KINJA DI SANA SINI..😂

      HA HA HA.. DAN JUGA HEBAT DLM RETORIK, GEBANG KARI, BERBOHONG & MENIPU RAKYAT…🤣

      😆 😀 😃 😄 😅 😂 🤣
      KAH KAH KAH KAH

      1. Anonymous Avatar
        Anonymous

        EEHH.. MAAF🙏.. SILAP GAMBAR…🤣

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x