Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KEMENANGAN CEMERLANG BN DI MAHKOTA KERANA PINDAHAN UNDI PH – DAP

Kemenangan kerajaan perpaduan pada PRK Mahkota bukti pengundi Pakatan Harapan (PH) sudi memindahkan undi kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua DAP Johor Liew Chin Tong, berkata ia merupakan petanda baik bagi semua parti komponen dalam kerajaan perpaduan untuk memenangi PRU16.

Pada PRN Johor pada Mac 2022, berlaku pertandingan tiga penjuru di Mahkota, dengan BN mendapat 16,611 undi, PH, 11,445 undi, manakala Perikatan Nasional, 7,614 undi di kerusi DUN itu.

“Syed Hussein Syed Abdullah memperolehi 27,995 undi iaitu 79% daripada jumlah undi. Majoriti yang diperolehi Syed Hussein adalah 20,648 undi.

“Apabila kita gabungan jumlah undi yang diperolehi kedua-dua BN dan PH pada PRN Johor, jumlahnya adalah 28,056 undi, hampir sama dengan keputusan PRK semalam,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau juga berkata pemindahan undi PH kepada BN berlaku melalui kempen dan pujukan bersungguh-sungguh di Mahkota.

“Kerajaan perpaduan perlu memenangi pilihan raya akan datang melalui kerjasama PH-BN untuk kestabilan dan kesinambungan pentadbiran demi kesejahteraan negara,” katanya.

Dengan kemenangan itu, BN berjaya mempertahankan kerusi Mahkota dengan majoriti lebih besar, empat kali ganda berbanding dicatatkan parti di kerusi sama pada Pilihan raya Negeri 2022.

PRK Mahkota dalam Parlimen Kluang diadakan susulan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming, tidak puas hati dengan jumlah pengundi bukan Melayu yang tidak keluar memilih pada PRK Mahkota.

“Di sebalik kemenangan, ada juga kelemahan. Pengundi bukan Melayu keluar yang rendah dan ini jarang berlaku pada waktu yang lepas,” katanya menurut Utusan Malaysia di Ipoh.

Katanya, semua pucuk pimpinan kerajaan perpaduan harus mencari jalan bagaimana hendak menyakinkan semula pengundi bukan Melayu keluar beramai-ramai memberi sokongan kepada calon kerajaan.

Semalam, peratusan keluar mengundi pada PRK Mahkota ialah 53.84%, berbanding berbanding 57.34% pada PRN lalu.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/09/29/prk-mahkota-bukti-penyokong-ph-sudi-pindah-undi-kepada-bn/

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
29 September 2024 10:25 pm

Kemenangan bergaya itu turut membuktikan rakyat menolak politik sempit, perkauman dan agama yang dibawa pembangkang untuk mencetuskan kegusaran rakyat.

Anonymous
Anonymous
29 September 2024 9:56 pm

Sekadar memberikan cadangan untuk dipertimbangkan isteri Din Cirit..

cetak-wang
Anonymous
Anonymous
29 September 2024 9:23 pm

Gabungan BN-PH terbaik untuk negara. Teruskan. PN bukan lagi pilihan rakyat.

Anonymous
Anonymous
29 September 2024 6:59 pm

Masa kempen, Abah kata referendum untuk PMX tetapi bila keputusan PRK Mahkota dah keluar, Abah bertukar kata referendum untuk Abah pulak. Keputusanya, Rakyat tolak Abah dan terima PMX. Abah akan turun naik Mahkamah dan bersedia untuk jadi Klostermansfeld Mahkamah. Abah jugak akan panggil Menantu pulang ke Malaysia dan hadapi penyiasatan SPRM yang akan sabitkan lagi sebagai Master Sakaw yang menggunakan Menantu sebagai tunggangan untuk Sakaw Berbilion Ringgit Projek2 BestariNet dan Imigresen Malaysia. Opps, termimpi pulak. Terima isyarat pengundi, Muhyiddin ulas kekalahan PN di Mahkota FMT Reporters – 29 Sep 2024, 04:40 PM Pengerusi PN berkata parti perlu mengambil langkah segera… Read more »

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x