Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KENAPA NAFI, PMO PATUTNYA BANGGA MENGAKUI SIASATAN DUA TUN MEMANG ARAHAN ANWAR?

Laporan terbaru Bloomberg menyebut Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Tun Mahathir Mohamad, anak-anaknya dan rakan rapatnya, Tun Daim Zainuddin.

Menurut laporan yang sama, PMO juga menafikan Anwar mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki supaya tidak menyiasat pembelian saham oleh bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

“PMO menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan arahan atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan SPRM.

“SPRM beroperasi sebagai badan bebas dan bertindak berdasarkan aduan yang diterima,” menurut Bloomberg yang memetik PMO sebagai berkata demikian.

Kenyataan PMO ini adalah untuk menafikan laporan Bloomberg sebelum ini yang melaporkan Azam memberitahu pegawai SPRM bahawa arahan untuk menyiasat Tun Mahathir dan anak-anaknya serta Tun Daim yang merupakan bekas menteri kewangan, datang daripada Anwar sendiri.

Dua anak Tun Mahathir, Mirzan dan Mokhzani, sebelum ini juga menafikan mereka menjadi subjek siasatan SPRM, sebaliknya menyatakan mereka hanya diminta mengisytiharkan aset sebagai anak kepada individu yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Mereka juga menyatakan bahawa mereka difahamkan bahawa pengisytiharan aset yang telah dibuat adalah untuk menentukan sama ada bapa mereka menyalahgunakan kedudukannya sebagai perdana menteri untuk memperkayakan mereka.

Tun Daim, awal tahun ini, minta dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mematuhi syarat notis pengisytiharan aset yang dikeluarkan oleh SPRM.

Dalam laporan Bloomberg yang sama, SPRM turut menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa SPRM beroperasi secara bebas dan mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada sesiapa, termasuk Perdana Menteri.

“SPRM dengan tegas menolak dakwaan mengenai sebarang arahan daripada perdana menteri untuk mempengaruhi atau menghalang siasatan tertentu,” kata laporan itu lagi.

Cuma, persoalannya di sini, untuk apa PMO membuat penafian itu?

Kecuali dalam kes siasatan SPRM terhadap Farhash yang barangkali ada keperluan untuk PMO membuat penafian adanya sebarang arahan daripada Anwar, tetapi dalam kes Tun Mahathir dan Tun Daim, tiada keperluan untuk PMO berbuat demikian.

Hakikatnya, jika benar siasatan terhadap terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim dilakukan tanpa arahan sesiapa, kenapa siasatan tidak dilakukan sebelum ini lagi?

Azam mula mengetuai SPRM ketika era kepimpinan Muhyiddin Yassin, kemudian Ismail Sabri Yaakob dan terus sehingga kepimpinan semasa oleh Anwar, tetapi siasatan terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim hanya berlaku setelah Anwar memegang jawatan Perdana Menteri.

Ini menunjukkan, tanpa arahan kepimpinan kerajaan yang tegas dalam memerangi rasuah dan membanteras perlakuan sakau seperti Anwar, siasatan SPRM tidak mungkin berlaku terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim.

Lagi pula, sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, Anwar sentiasa bercakap kepada rakyat untuk menyiasat Tun Mahathir dan Tun Daim atas dakwaan melakukan salah guna kuasa dan mengumpul kekayaan melalui jawatan politik yang mereka sandang.

Anwar bahkan bertegas mahu mengembalikan, jika didapati kekayaan yang diperolehi Tun Mahathir dan Tun Daim itu dengan cara yang salah, kepada rakyat semula.

Tanpa keraguan lagi siasatan yang telah berlaku sekarang adalah selaras dengan hasrat perjuangan Anwar selama ini.

Rakyat juga tentunya tertunggu-tunggu hasil siasatan terhadap kedua-dua Tun itu.

Dengan itu, PMO tidak harus malu-malu mengakui bahawa siasatan yang berlaku kepada Tun Mahathir dan Tun Daim adalah kerana  satu sebab saja iaitu  Anwar kini sudah berada di kerusi Perdana Menteri.

Nak harap SPRM di bawah Muhyiddin dan Ismail Sabri untuk menyiasat Tun Mahathir dan Tun Daim, sama seperti mengharapkan munculnya matahari di waktu malam.

Lalu, baik Anwar atau PMO – kenapa mesti malu untuk mengaku?

Anwar patutnya harus bangga mengambil “kredit” atas siasatan kepada kedua-dua Tun itu kerana ia adalah bukti beliau seorang pemimpin yang cakap serupa bikin bila kuasa sudah dalam genggamannya. – ShahbudinHusin 27September2024.

5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

94 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 8:47 am

INI KOMEN SORANG CAI WALANON PENTAKSUB DIPETIK DARI BAWAH:🤣
_________________________________________
Anonymous 27 September 2024 8:52 pm

 Reply to  Anonymous

Berapa gelen air berkat berbulu tuan CEO yang sudah diminum pemimpin? Berkat selamat

Reply

1000109872
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 8:49 am
Reply to  Anonymous

KIRA OK LAH TU, SBB TAKIYUDDIN MASIH ADA JUGA RASA SIMPATI DGN GISBH YG DIDOKONG OLEH SHEIKH ABUNON KARI AL-MEKDI TUH…😅

TAPI, AHMAD FADHLI TAK MAHU KASI CAN LANGSUNG KAT SHEIKH ABUNON TUH…😂

HA HA HA.. JOM CAI, KITA TENGOK..🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

132151
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 8:50 am
Reply to  Anonymous

GISBH: PAS minta banteras hingga ke akar umbi

Diterbitkan:  Sep 23, 2024 5:56 PM
Dikemaskini: 5:56 PM

https://m.malaysiakini.com/news/720225

1000096163
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 8:52 am
Reply to  Anonymous

SEBAB APA AHMAD FADHLI MINTA DIBANTERAS HINGGA KE AKAR UMBI?😅

SBB NYA, DIA TAHU, DI MANA DUDUKNYA AKAR UMBI GISBH ITU…😂

HA HA HA.. JOM CAI, KITA TENGOK…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

135735
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 8:53 am
Reply to  Anonymous

OSTAD WAN HADI: SIAPA YG TERLIBAT DI BLKG KERJA GISBH NI?😂

https://vt.tiktok.com/ZS2XeaQHh/

ADA DEKAT 2,000 KOMEN DLM VIDEO INI…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000110628
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 8:54 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. DAH TAHU, AKAR UMBINYA KAN?🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000110629
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 8:55 am
Reply to  Anonymous

ITULAH DIA SHEIKH ABUNON KARI AL-MEKDI…😂

HA HA HA.. PATUT LAH PUN TERUK SGT….🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000109873
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 8:58 am
Reply to  Anonymous

TERINGAT PULA NASYID KEDATANGAN IMAM MEKDI:😂
_________________________________________
https://youtu.be/_Xo1fBaaWHM?si=xctML4-5zt-v86Vg

“🎼SEE-ORANG PEMBELA🎵, PUNYA KAROMAH🎶, YG AKAN DATANG🎼, DI KURUN INI🎵…”

HA HA HA.. BIAR BETUL, SHEIKH ABUNON KARI SEORANG PEMBELA?🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000105901
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 9:00 am
Reply to  Anonymous

🎼SEE-ORANG PEMBELA🎵, PUNYA KAROMAH🎶, YG AKAN DATANG🎼, DI KURUN INI🎵…😂

HA HA HA.. SEORANG PEMBELA KER SEORANG PEMBELOT???🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000025751
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 9:02 am
Reply to  Anonymous

🎼SEE-ORANG PEMBELA🎵, PUNYA KAROMAH🎶, YG AKAN DATANG🎼, DI KURUN INI🎵…😂

HA HA HA.. SEORANG PEMBELA KER SEORANG PEMBOLOT???🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

133546
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 9:04 am
Reply to  Anonymous

🎼SEE-ORANG PEMBELA🎵, PUNYA KAROMAH🎶, YG AKAN DATANG🎼, DI KURUN INI🎵…😂

HA HA HA.. SEORANG PEMBELA KER SEORANG PEMBELIT???🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000089213
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 9:05 am
Reply to  Anonymous

🎼SEE-ORANG PEMBELA🎵, PUNYA KAROMAH🎶, YG AKAN DATANG🎼, DI KURUN INI🎵…😂

HA HA HA.. SEORANG PEMBELA KER SEORANG PEMBALA???🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

145887
Anonymous
Anonymous
28 September 2024 9:06 am
Reply to  Anonymous

🎼SEE-ORANG PEMBELA🎵, PUNYA KAROMAH🎶, YG AKAN DATANG🎼, DI KURUN INI🎵…😂

HA HA HA.. SEORANG PEMBELA KER SEORANG PEMINUM AIR BULU KETIAK ABUYA???🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000109567
Anonymous
Anonymous
27 September 2024 9:30 pm

Apa salahnya siasat dia Tun? Kalau orang biasa boleh disiasat kenapa tak boleh siasat JERUNG? Kenapa nak salahkan Anwar? Tanyalah SPRM?

PMX permata negara. Pemimpin yang mahu melihat negara bebas dari rasuah.

krisubai
krisubai
27 September 2024 10:35 pm
Reply to  Anonymous

betul, anwar the best, zahid 47 kes, apa citer, Bila kita mati berjawablah, termasuk penyokong, tidak terlepas,

Anonymous
Anonymous
27 September 2024 9:00 pm

Bangga jadi orang Malaysia?

SWATCHOliaGlow412
Anonymous
Anonymous
27 September 2024 8:48 pm

Air berkat berbulu Tok Kerala adalah kultus tipu Melayu Islam dalam politik. Air berkat berbulu kultus tuan CEO belum capai tahap ISO air berkat selamat Tok Kerala

1690034860463
Anonymous
Anonymous
27 September 2024 8:52 pm
Reply to  Anonymous

Berapa gelen air berkat berbulu tuan CEO yang sudah diminum pemimpin? Berkat selamat

Taki-Pas-GISB
Anonymous
Anonymous
27 September 2024 8:42 pm

Kultus Tok Kerala mengkayakan anak-anak billionaire. Bulu ketiak siapa yang direndam?

8
krisubai
krisubai
27 September 2024 10:36 pm
Reply to  Anonymous

bila orang islam kaya hati busuk, hati yahudi, bila cina kaya hati seronok, dajal laknatullah haramjadah

Anonymous
Anonymous
27 September 2024 8:36 pm

Dah jadi PM Tepi sampai menantu sendiri cabut lari, tapi masih nak campurtangan urus tadbir Kerajaan. Perangai pak mertua dan Tok Kerala memang advanced daripada bulu ketiak tuan CEO lagi.

Zahid_lagi
Anonymous
Anonymous
27 September 2024 8:33 pm

Tok Kerala tengah campurtangan atau tengah rancang nak reka 87 kes? Lain maciam 22 bulan pecat diri sendiri sampai hilang deposit PRU15. Tok Kerala berbulu berkat selamat

67380996_1701567783307012_1114338709580283904_n
Anonymous
Anonymous
27 September 2024 8:21 pm

Walaupun berjaya pecat diri sendiri selepas 22 bulan, jawatan PM masih menjadi badi kepada Tok Kerala. Selagi Tok Kerala masih hidup, campur tangan adalah ABC politik berbulu Tok Kerala.

01
Anonymous
Anonymous
27 September 2024 8:19 pm

Kalau nak tengok jenis manusia yang akan cuba campur tangan hal orang lain, boleh cuba tanya Tok Kerala. Setakat ini, hanya dia seorang yang buat amalan sesat dan menyesatkan dalam demokrasi berparlimen.

338446693_234205202350218_3205919722579142687_n
Anonymous
Anonymous
27 September 2024 8:17 pm

Bila sudah hilang deposit di Langkawi, nak masuk campur hal siapa lagi? Pas saja yang tinggal. Yang lain semua sudah cabut lari tak mahu kena kencing Tok Kerala lagi.

340948187_192751943539347_6931396302213493431_n
94
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x