Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SELEPAS SUNGAI BAKAP, PENGUNDI CINA PROTES LAGI DI MAHKOTA?

Ternampak semacam BN sedang berdepan masalah dengan pengundi Cina di PRK Dun Mahkota pada 28 September ini.

Setakat ini sudah dua kali Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghali meluahkan kebimbangan dengan sokongan pengundi Cina.

Dua hari lalu, beliau dilaporkan meminta agar pengundi Cina tidak menghukumnya dengan tidak keluar mengundi di PRK Mahkota pada 28 September nanti.

Onn Hafiz berkata, beliau menerima laporan daripada komuniti perniagaan yang menyatakan pengundi Cina di Mahkota kurang berminat untuk mengundi kali ini.

“Jika benar, saya sangat-sangat sedih. Kerana isu-isu di peringkat persekutuan, mereka (pengundi Cina hendak) hukum saya.

“Kalau betul ia berlaku, saya rasa macam saya kena hukum, sebab saya sentiasa bekerja keras untuk bangsa Johor tanpa mengira warna kulit,tanpa mengira cuaca,” katanya pada satu video temu bual bersama China Press.

Komuniti Cina mewakili sekitar 35 peratus daripada pengundi Dun Mahkota, manakala Melayu 54 peratus, India 8 peratus dan selebihnya lain-lain kaum.

Semalam pula, Onn Hafiz sekali lagi bersuara berkenaan kebimbangannya terhadap sokongan pengundi Cina.

Kali ini beliau merayu pengundi Cina agar mengetepikan emosi yang boleh menjejaskan sokongan kepada calon BN pada pengundian PRK Dun Mahkota, Sabtu ini.

Menurutnya, penting untuk mereka membuktikan kestabilan yang wujud dalam kerajaan negeri bagi merealisasikan setiap perancangan yang dibuat khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi yang turut melibatkan kerjasama pelabur asing.

“Saya memang sedih bila dia (media) tanya tentang (pengundi) Cina akan boikot (calon BN)…kerana mesej yang akan disampaikan kepada pelabur-pelabur akan menunjukkan bahawa Johor ini tidak stabil, jangan datang (melabur) di Johor, dan kita tak mesra. (Sedangkan) dalam hati kita semua mahu bangunkan ekonomi Johor.

“Kebanyakan yang berada di dalam dewan ini adalah tauke-tauke, pengerusi-pengerusi persatuan, pengerusi-pengerusi tokong, pemimpin-pemimpin masyarakat yang berpengaruh…saya merayu.

“Jangan terikut-ikut dengan (sentimen di) media sosial, kita kena perlu lebih rasional. Saya tahu banyak keputusan dibuat secara emosional. 

“Tapi ini adalah masa untuk beremosi demi kebaikan negeri Johor. Kita bulatkan tekad untuk bangunkan Johor ini bersama,” katanya berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Persatuan Peniaga Tionghua dan Masyarakat Tionghua Kluang di sini.

Benarkah pengundi Cina akan melakukan protes dan tidak keluar mengundi sebagaimana mereka tunjukkan di Sungai Bakap sebelum ini?

Apakah kali ini puncanya kerana serangan terbuka Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh terhadap Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dengan memanggilnya “nyonya tua” serta mencadangkan agar ditampal “logo tidak halal” di dahi Ahli Parlimen Seputeh itu?

Memang kalah adalah hampir mustahil bagi BN di Mahkota ini, tetapi jika majoriti kemenangan jauh merosot berbanding keputusan sebelum ini, walaupun kini setelah PH dan BN bekerjasama, ia bermakna hubungan jangka panjang kerajaan perpaduan sedang berada di ambang bahaya.

Adakah masa depan hubungan UMNO dan DAP akan terus berantakan selepas PRK Mahkota ini? – ShahbudinHusin 24Septembrt2024.

3 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
24 September 2024 11:05 am

Jodoh dan ajal sudah Allah tentukan. Kalau amoi tak mahu berjodoh, carilah muslimah GISB dan bebaskannya daripada perhambaan. Bukan setakat dapat undi, boleh pi honeymoon ke Jepun lagi.

WhatsApp-Image-2024-08-22-at-11.06.51-640x537
Anonymous
Anonymous
24 September 2024 10:55 am

Kalau amoi terima cinta Akmal mungkin kini Akmal akan minum air berkat juzuk amoi sampai jadi Takiyuddin Hassan yang memuja ekonomi perhambaan kanak-kanak GISB.

Taki-Pas-GISB
Anonymous
Anonymous
24 September 2024 10:51 am

Hubungan Akmal dengan DAP mungkin sebab amoi tolak cinta Akmal semasa tadika. Maafkanlah masa silam demi masa hadapan.

JERANGKUNG
Anonymous
Anonymous
24 September 2024 10:17 am

PN BERSATU dan PAS dibarisi pemimpin2 yang hanya berfikiran gila kuasa nak Sakaw lagi dan nak elak Kluster Penjara kepada Atok, Daim, Abah dan geng2 penyakaw PN lain. PMX sudah diberi mandat yang sah oleh YDPA dan MRR untuk terajui Kerajaan Perpaduan tempoh 5 tahun hingga 2027 PRU16. Elok jugak Atok, Abah, Hadi dan Razali yang tak puashati mengadap YDPA dan MRR untuk zahirkan mereka mencabar titah keputusan ini dengan mengadakan PRU16 ekspres secepat mungkin. Jika tadak teloq, baik dok diam2 dan ulang dalam Muktamar sahaja. Pemimpin Bersatu cabar Anwar bubar Parlimen, uji mandat pada pilihan raya Faiz Zainudin –… Read more »

Anonymous
Anonymous
24 September 2024 2:11 pm
Reply to  Anonymous

Razali ni EXCO terenngganu yang jaga pulau aloha mat Salleh bogel ko? Yg itu pun tak boleh Handle ada hati nak komen pasal ketamakan boss2 dia menolak derhaka titah YDPA dengan tanda tangan tidak setuju semata2 percaya 115 SD ditangan adalah sah! hakikat nya 10 SD BN adalah tak laku disisi perlembagaan kerana tertaklok kepada kuasa enbloc Pengerusi BN! Si bahalol kaki bogel ini jugak yg kata 10 SD BN sign terbatal semua perjanjian dan ikatan MP2 itu sebelum PRU15! Hanya perlu budak tadika PASTI kabor angan2 Abah dan Hadi nak tubuh kerajaan Nika Gee Siew Yew terborai kerana sikap… Read more »

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x