Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

LUPAKAN TERUS MOU, TUMPU LAWAN DALAM PRU

Semalam, Timbalan Perdana Menteri 2, Fadhilah Yusof mendedahkan kandungan MOU yang ditolak oleh blok pembangkang PN yang selama ini dijadikan syarat untuk mereka diberikan peruntukan kewangan bagi kawasan Parlimen masing-masing.

Hari ini, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pula telah tampil dengan sebab-sebab mengapa penolakan itu dilakukan oleh blok pembangkang.

Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri 1, Ahmad Zahid Hamidi masih meletakkan harapan agar blok pembangkang PN bersetuju dengan MOU yang disediakan kerajaan itu.

Tetapi, melalui penjelasan Muhyiddin hari ini, adalah jelas bahawa PN secara muktamad telah menolak MOU tersebut.

Ini adalah pendirian yang tepat dan wajar.

Daripada segi prinsip, setelah menolak MOU itu, adalah lebih baik bagi PN melupakan terus perkara itu buat selama-lamanya.

Jangan buang masa lagi melayan hasrat kerajaan yang tetap mahu MOU itu ditandatangani.

Ini kerana MOU itu dengan sendirinya  telah melanggar prinsip kerajaan madani yang diketuai oleh PH di mana ketika kempen PRU15 lalu, mereka sendiri yang berjanji untuk memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.

Dengan janji itu, peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen sewajibnya diberikan tanpa syarat dan tanpa apa-apa MOU.

Ini tidak, sudah hampir dua tahun memegang kuasa, janji sebegitu mudah itu pun gagal dilaksanakan dan masih menuntut MOU mesti ditandatangani terlebih dahulu.

Jangan terperangkap dengan permainan politik kerajaan melalui MOU tersebut yang akhirnya akan memberi kerugian berpanjangan kepada agama, bangsa dan negara.

Agaknya disebabkan tidak mungkin kerajaan boleh memastikan semua rakyat menandatangani MOU terlebih dahulu itulah maka  janji turun harga minyak masih tidak ditunaikan sehingga sekarang.

Apa yang PN harus lakukan sekarang ialah “lawan tetap lawan” dan terus berusaha untuk mengambil alih kerajaan selepas PRU16 akan datang.

Berdasarkan prestasi semasa kerajaan dan rungutan rakyat yang sudah merata ketika ini, harapan untuk PH kekal mengetuai kerajaan lagi selepas PRU16 adalah sangat tipis.

Tanyalah siapa saja, itulah hakikatnya.

Selepas hampir dua tahun berlalu, rakyat kini rata-ratanya sudah putus harapan dan tidak ingin berketuakan madani lagi.

Keputusan PRK Sungai Bakap adalah buktinya.

Dalam hal ini, sekali lagi dipesankan, janganlah seronok sangat kerana PH pun tidak menang mutlak untuk menubuhkan kerajaan pada PRU15 lalu.

Beza kemenangan PH (82 kerusi) dengan PN (74 kerusi) hanya 8 kerusi Parlimen saja.

Hanya dengan bantuan BN barulah PH dapat merasa jadi kerajaan.

Selepas PRU16, sudah sampai masanya agar parti dominan Melayu – sama ada Pas atau UMNO – mesti mengambil alih teraju kepimpinan negara ini. – ShahbudinHusin 17September2024.

2.5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
18 September 2024 8:12 am

Tema Muktamar PAS yg dilaung serak suara Ketua Pemuda PAS aka Boss PASTI, adalah fitnah Liwat PMX dan usul desakan undurkan PMX atau Pemuda PAS akan berarak dijalan raya untuk gantikan Ulul Amri lantikan YDPA dari amalan demokrasi berpelembagaan Malaysia.Tekad PAS adalah PMX dan Zahid TPM undur bagi laluan kepada Abah dan Hadi sebagai PMX dan TPM baru.Nasib baik, ada Perwakilan PERLIS yang checkmate Ketua Pemuda PAS mendesak Presiden, MB2 PAS yang menguasai masaalah diundurkan jugak untuk cuci bersih PAS dari mengenai kuasa dan ke mewah an politik dunia dan kembali kepada landasan asal Parti Islam mendapat keredhaan Allah dalam… Read more »

Anonymous
Anonymous
18 September 2024 7:31 am

Nak pinjam 4k boh. Mana YB 32 – 0 sikalang kita mau tuntut 4k?

Apakah Keburukan Loan Kedai Motor?

1. Kadar faedah yang tinggi
2. Terma dan syarat yang kurang fleksibel
3. Risiko kehilangan motosikal
4. Kos tersembunyi
5. Kekurangan perlindungan pengguna
6. Kemungkinan motosikal terpakai berkualiti rendah
7. Kesan kepada penilaian kredit
8. Tekanan kewangan

362697251_686575580176380_4064054673030436008_n-300x300
Anonymous
Anonymous
18 September 2024 7:40 am
Reply to  Anonymous

Pah ni konsert Himpunan EX5 pun boleh kutip sampul boh.. Masyukkk boh jantan betina kumpul stiker Zamrul Idrus.

Zamrul_Jual_Stiker_2
Anonymous
Anonymous
18 September 2024 6:52 am

SEMBANG. ADA KUASA 33 BULAN APA PUN TAK LEH BUAT

Zuwairi Md Yusof
 PAS Pahang sembang gegak gempita di Muktamar konon nak tutup kasino jika menang PRU16 tetapi PAS Terengganu sokong program Vape yang Majlis Fatwa negeri Terengganu sendiri kata haram.Ini 💯 celaru haru biru.Anda masih boleh percaya?PAS kencing berdiri,BERSATU kencing berlari bolehlah.Haramkan Vape tapi event permotoran syarikat Vape sponsor PAS terima.

comment image

comment image

comment image

comment image

comment image

comment image

comment image

comment image

NGO2 Kesihatan kecewa dengan tindakan penganjur Perhimpunan RXZ yang melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dengan membenarkan syarikat v*pe menjadi penaja utama.Mereka telah menyalahgunakan platform ini untuk mempromosikan produk yang membahayakan kesihatan awam terutamanya kepada golongan Muda. 

❗ MELANGGAR AKTA : V*pe tidak boleh di promosikan secara terbuka apatah lagi dalam acara besar yang melibatkan orang ramai. 

Tindakan ini jelas bertentangan dengan undang2 yang melindungi kesihatan masyarakat daripada kesan buruk produk tembakau dan vape.

❗ EDARAN V*PE dalam pakej T-shirt rasmi – satu tindakan yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab!

Ini adalah pencabulan jelas undang2 yang melindungi masyarakat kita daripada bahaya produk v*pe terutama bagi golongan Muda yang mudah terpengaruh.Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa taktik kotor ini! Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi ia juga mencemarkan nama acara dan memberi contoh buruk kepada masyarakat. 

Katakan TIDAK kepada promosi v*pe dan pertahankan kesihatan awam kita!

AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, September 18, 2024

Share

Anonymous
Anonymous
17 September 2024 7:31 pm

Sekarang masanya kita tuntut janji PN selepas 2 tahun makan gaji buta. Kalau tak dapat tunai janji kepada pengundi dalam negeri SG4 jangan nak menggatal bagi nama bakal PM Tepi yang baru.

tawaran-perikatan-nasional-724x1024
Anonymous
Anonymous
17 September 2024 7:34 pm
Reply to  Anonymous

Mana bas percuma untuk anak-anak negeri SG4? Jangan sampai anak-anak negeri SG4 turun ke jalan raya minta bas percuma ke sekolah.

NUSI_Kita-Boddo
Anonymous
Anonymous
17 September 2024 7:42 pm
Reply to  Anonymous

Di mana janji nak bagi pinjaman 20k untuk peniaga wanita dalam negeri SG4? Apa pasal lelaki tak boleh pinjam 20k untuk berniaga?

scammer_surga
Anonymous
Anonymous
17 September 2024 7:46 pm
Reply to  Anonymous

Mana janji pangkalan data untuk pengundi SG4 terima pelbagai bantuan? Berapa banyak bantuan yang pengundi boleh dapat? Adakah mereka kena sumpah Waallahi sebelum terima bantuan?

Wallahi
Anonymous
Anonymous
17 September 2024 7:49 pm
Reply to  Anonymous

Kalau dalam 4 negeri pun gagal laksana janji sendiri, tak payah janji untuk nasional. Lebih baik terus jadi pembangkang tanpa peruntukan MP. Membazir duit cukai saja bayar pemakan gaji buta.

hysterical-laughter
9
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x