Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PENDIRIAN PAS WAJAR

Untuk entah kali yang ke berapa, Pas sekali lagi mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan PH dalam kerajaan perpaduan.

Berucap di Muktamar Pas yang sedang berlangsung di Temerloh, Presiden Pas, Hadi Awang menegaskan, parti itu tidak sesekali akan bekerjasama dengan PH dalam apa bentuk sekali pun.

Serentak dengan itu, beliau memberi jaminan bahawa Pas akan tetap teguh bersama PN.

“Pas tidak sesekali berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam apa-apa jua bentuk sekali pun.

“PAS tetap berdiri teguh mempertahankan PN dan menghidupkan Muafakat Nasional (MN) yang sebenar bersama UMNO yang bukan team Zahid Hamidi,” ujar beliau.

Pendirian Hadi ini adalah keputusan yang wajar, sesuai dengan pendirian sebahagian besar kelompok dalam PH sendiri yang juga tidak mahu menerima Pas bersama gabungan itu.

Kalau sudah kedua-dua belah pihak enggan bersama, ertinya hanya membuang masa saja bercakap soal ingin bekerjasama.

Baik Pas atau PH, lebih baik jangan buang masa lagi bercakap soal ingin bekerjasama atau menghantar orang tertentu bagi merundingkan perdamaian.

Lagi pula, PRU16 hanya tinggal kira-kira tiga tahun saja lagi dan lebih baik sama ada Pas atau PH, sebaiknya masing-masing menumpukan usaha untuk memenangi PRU16 akan datang.

Lupakanlah soal ingin bekerjasama, menyertai kerajaan atau menjemput Pas masuk kerajaan.

PH sudah cukup kekuatan dengan adanya UMNO serta BN bersama mereka dan Pas juga tidak kurang kekuatannya bersama Bersatu dalam PN yang ada sekarang.

Tidak perlu lagi menoleh kepada pihak lain untuk mencari rakan baru.

Lagi pula, penyokong kedua-kedua gabungan iaitu PH dan PN lebih suka jika kedua-dua parti terus berlawan sehingga PRU16 akan datang dan biar pengundi memutuskan siapa yang hendak diberi kemenangan.

Ramai yang tidak gembira jika Pas meninggalkan PN untuk bersama PH dalam kerajaan perpaduan.

Pendirian Pas menolak untuk bersama PH juga sebenarnya sesuai serta selari dengan pendirian PN yang dijangka menolak secara rasmi rundingan untuk mendapatkan peruntukan Ahli-Ahli Parlimen daripada kerajaan.

PN dilaporkan tidak setuju dengan deraf perjanjian yang disediakan kerajaan yang dirasakan mengikat dan memerangkap mereka.

Lawan terus lawan, kalah atau menang biar rakyat menentukan. – ShahbudinHusin 15September2024.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
15 September 2024 10:15 pm

Kerajaan BN-PH di landasan yang baik. PAS boleh pi main layang2. Parti ampas.

TokBoy
TokBoy
15 September 2024 8:11 am

Negara kita kini sedang berada di landasan pemerintahan yang sangat baik. Dengan level pemimpin2 yang ada, seeloknyalah PAS tidak bersama PH/BN jadi kerajaan. Nila setitik boleh mengeruhkan air jernih sebelanga.

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x