Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

INI NAMANYA ADA SEMANGAT MELAWAN, IKTIBAR PKR TELAH MEMBUKTIKAN

Walaupun dilihat sukar memperolehi kemenangan, bahkan boleh dikata hampir mustahil, tetapi PN tetap berkeyakinan tinggi untuk mengubah takdir pada PRK Dun Mahkota, 28 September ini.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerusi Dun Mahkota bukanlah kubu kepada mana-mana parti.

Tegasnya, mana-mana parti yang bertanding berpeluang untuk menang di kerusi berkenaan.

“Dalam politik apa saja boleh berlaku walaupun suasana dilihat atas kertas memihak kepada parti tertentu.

“Begitu juga di Dun Mahkota, bagi saya kerusi berkenaan bukan kubu kuat mana-mana parti kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.

“Citarasa pengundi tiada siapa yang tahu dan hanya dibuktikan ketika mengundi,” katanya.

Untuk rekod, pada PRN Johor lalu, calon BN, Sharifah Azizah Syed Zain berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5,166 undi melalui pertembungan empat penjuru.

Beliau memperolehi 16,611 undi menewaskan calon PH/Amanah yang mendapat 11,445 undi, PN yang memperolehi 7,614 undi dan Warisan yang sekadar beroleh 555 undi.

Syarifah Azizah meninggal dunia pada 1 Ogos lalu.

PN telah menetapkan kerusi Dun Mahkota pada PRK 28 September ini ditandingi oleh calon daripada Bersatu untuk berhadapan dengan calon BN daripada UMNO.

UMNO semalam telah memutuskan Ketua Pemuda Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah sebagai calonnya.

Di atas kertas, oleh kerana PH dan BN sudah bekerjasama melalui kerajaan perpaduan dan dalam PRK Mahkota nanti pun kedua-dua gabungan terus bekerjasama, sekurang-kurangnya 28,000 undi sudah tersedia untuk Syed Hussein dilihat mudah untuk merangkul kemenangan.

Jumlah undi tersebut terlalu besar untuk disaingi oleh PN yang hanya berbekalkan 7,614 undi sedia ada.

Tetapi, apa yang bagusnya di sini ialah semangat yang ditunjukkan oleh Takiyuddin yang mewakili PN dalam PRK Dun Mahkota yang bakal menjelang tiba.

Sebagai blok pembangkang, semangat melawan seperti inilah yang diperlukan.

Ia bukan saja untuk menyuburkan demokrasi, bahkan juga memungkinkan kejayaan pada masa depan.

Dulu, Pas pernah berkata, mereka bertanding bukan semata-mata untuk menang, tetapi lebih sebagai dakwah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai perjuangan Islam yang mereka bawa.

Berikutan tidak henti-henti bertanding, bahkab kerap kalah daripada menang, namun hari ini Pas merupakan parti yang berjaya memiliki jumlah Ahli Parlimen terbesar sekali di negara ini.

Begitu juga dengan PKR, berbekalkan semangat lawan tetap lawan, parti itu sentiasa bersemangat untuk melakukan perubahan dengan bertanding demi bertanding dalam banyak pilihan raya.

Pada suatu ketika iaitu pada PRU tahun 2004, berikutan perubahan kepimpinan daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, PKR hanya menang satu kerusi iaitu Permatang Pauh saja pada ketika itu.

Namun, dengan semangat melawan yang tak pernah pudar, PKR hari ini akhirnya berjaya mengetuai kerajaan negara ini.

Hakikatnya, inilah pentingnya ada semangat melawan dan tidak pernah kenal putus asa dalam perjuangan.

Kemenangan pasti akan menjelma akhirnya.

Lagi pula, bila ada pertandingan, selain politik terus meriah, rezeki juga melimpah kepada kedua-dua pihak yang bertanding.

Kalau tiada pertandingan di Dun Mahkota nanti misalnya, jentera dan pekerja parti daripada UMNO pun tiada rezeki tambahan boleh dikaut lantaran tiada peruntukan akan diturunkan ke kawasan tersebut.

Bila ada PRK, di samping peruntukan itu dan ini boleh diminta atau direka, projek segera untuk pembangunan pun sudah tentu mencurah-curah banyaknya.

Akhirnya, ramailah yang dapat rezeki tambahan untuk kehidupan masing-masing.

Dengan itu, syabas kepada PN kerana tetap bertanding di Dun Mahkota, meski harapan untuk kalah lebih cerah berbanding peluang untuk menang.

Semangat mereka untuk terus melawan  dan tetap bertanding di Dun Mahkota, bukan saja membawa kebaikan untuk perjuangan masa depan, tetapi juga mampu memberi rezeki kepada ramai orang.

Selain dalam politik macam-macam keajaiban boleh berlaku, tambahan lagi blok pembangkang iaitu PH/Amanah pernah menang di Dun Mahkota pada PRU 2018 lalu, kalah juga adalah pelajaran paling berguna untuk meneroka kemenangan di masa depan. – ShahbudinHusin 08September2024.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
9 September 2024 9:26 am

A Family Of Crooks – Muhyiddin Ordered Son-In-Law To Flee & Hide To Prevent Implicating Him. Finance Twitter Muhyiddin Yassin’s disgraced son-in-law, Muhammad Adlan Berhan, appears to have fled the country in May. Instead of condemning the act, or at least pretend to ask his son-in-law to come back to prove his innocence in court, former backdoor Prime Minister Muhyiddin has instead issued a “no comment” statement. It’s not rocket science that Mr Adlan had been ordered to run away.   The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner Azam Baki confirmed that besides tracking down 48-year-old Adlan, the authorities are also hunting… Read more »

Anonymous
Anonymous
9 September 2024 9:18 am

Muhyiddin In Deep Trouble – From Colgate Scandal To Stealing Wife, And Now RM4 Billion,1BestariNet Scandal. Former backdoor Prime Minister Muhyiddin Yassin has sworn in the name of God that he did not take a single penny from the scandalous RM4 billion 1BestariNet project during his tenure as Education Minister in 2011. Well, his former boss, disgraced ex-prime minister Najib Razak, too, had misused God’s name in denial of corruption, only to end up in the Kajang Prison.   In fact, Mr Najib was even more dramatic when he took the Islamic oath on August 21, 2022 at Masjid Jamek Kampung Baru… Read more »

Anonymous
Anonymous
9 September 2024 8:59 am

TUNTUTAN PALESU- SPRM SIASAT TUNTUTAN . BANYAK SANGAT PALESU ZAMAN DIN NI. 

comment image

Zunar carrtoonist fan club

SKANDAL 1BESTARINET…SPRM siasat RM2.7 billion tuntutan palsu!

Anonymous
Anonymous
9 September 2024 6:25 am

Baik Muallap LV ajok BFF dia, Black Friday Loyar Kaki Lebong gi pujuk Abah suh bagi walkover je. Boleh la Black Friday tumpu tunjuk muka sedih kerana nak merayu mintak sedeqah dengan PMX Peruntukan Pembangkang PN, yang bukan hak Pembangkang PN tapi budi bicara PM dan Kerajaan Perpaduan. Lagi pun PMX dah salur peruntukan kepada kawasan2 MP Pembangkang melalui Jabatan Persekutuan diSG4, jadi rakyat dapat manafaat Dana Persekutuan. Inilah amalan turun temurun tiap2 PM dari PM1 Tengku Abdul Rahman untuk tidak biarkan kawasan diwakili Pembangkang terabai. Banyak baik. Jimat duit Rakyat, tadak dosa fitnah dan dosa janji kosong dan paling… Read more »

Anonymous
Anonymous
8 September 2024 10:10 pm

Jika calon Umno kalah pun kerana faktor ramai yang nak ajar si Akmal. Besar kemungkinan ramai yang tak akan keluar mengundi kerana fed up dengan si Akmal.

Anonymous
Anonymous
8 September 2024 10:30 pm
Reply to  Anonymous

Macai kena up muka Akmal sampai sebulan. Memang lari undi Cina dengan India wooo. Boleh hilang deposit macam Tok Kerala di Langkawi. Untung tak payah PN rasuah pengundi.

joker
Anonymous
Anonymous
8 September 2024 8:20 pm

Wooitt, BFF TALIBAN PAS sangah masing2. Muallap LV sangah Black Friday Loyar Lebong. Apa macaiam, tak jatuh Baiah ko, tergelincir tiket masuk syurga? Muallap LV mungkin kona bağı alasan bukan TALIBAN PAS yang bertanding PRK tapi quota BERSATU. Annuar yakin BN tawan Mahkota dengan majoriti ‘lebih 20,000’FMT Reporters – 08 Sep 2024, 05:51 PM Pengerusi MN itu menjangkakan majoriti besar bagi BN, wakil kerajaan perpaduan, berdasarkan jumlah undi BN dan PH pada PRN lepas. https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F08%2F2dd3749f-annuar-musa-fmt-170824-1.webp&w=3840&q=75 Annuar Musa menjangkakan BN dengan mudah mampu menambah undi pada PRK Mahkota 28 Sept itu, mengulangi kejayaan di Nenggiri. PETALING JAYA: Annuar Musa yakin Barisan Nasional… Read more »

Anonymous
Anonymous
8 September 2024 4:25 pm
Anonymous
Anonymous
8 September 2024 4:27 pm
Reply to  Anonymous

ALAHAI.. MAHARAJA LAWAK MEGA TAHAP APA KAH PULA INI YG MADANON CUBA NAK PERSEMBAHKAN?😂

HA HA HA.. SEKALI ABG BESAR BERDEHEM.. LINTANG PUKANG BERTERABUR HABIS LER…🤣

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
(100 ribu juta billiun trilliun kali)!
😂 🤣 😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣 😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣

135067
9
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x