Semalam (15 Jun), Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri akan mengumumkan satu berita baik esok (16 Jun) berkaitan barangan makanan.
Kenyataan Fahmi selaku jurucakap kerajaan perpaduan itu adalah untuk menjawab keresahan rakyat tentang kemungkinan harga makanan keperluan akan meningkat susulan kenaikan harga diesel bermula 10 Jun lalu.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut yang akan diumumkan Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan nanti.
βAda berita baik daripada Perdana Menteri. Tidak lebih daripada itu. Kita tunggu Perdana Menteri.
“Ia menunjukkan apabila kita ada kerjasama yang baik dari sektor industri dan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, kita berupaya untuk membuat pengumuman seperti yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri esok,” katanya lagi.

Berikutan pemberitahuan Fahmi itu yang diyakini sebagai berita benar, ramai yang tertunggu-tunggu apakah berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri.
Malangnya, tunggu punya tunggu daripada pagi hingga jam 12 tengah malam 16 Jun, tiada apa pun berita baik yang diumumkan.
Sehinggalah pagi ini, 17 Jun masih juga tiada apa-apa pengumuman yang dikatakan berita baik itu daripada Perdana Menteri.
Ingatkan sebelum Hari Raya Haji tiba, dapatlah sedikit kegembiraan melalui pengumuman Perdana Menteri berkaitan harga barang setelah dipukul berita duka dengan kenaikan harga diesel baru-baru ini.
Malangnya semua penantian adalah hampa belaka.
Apa sudah jadi ni Fahmi?
Apakah rakyat dah kena βscamβ dengan berita palsu di Hari Raya Haji tahun ini?
Maka, ingin dipesan kepada Fahmi, lain kali kalau belum pasti, janganlah kongsi apa-apa berita dengan kami. –
Nanti orang kata, buka mulut saja bohong. – ShahbudinHusin 17Jun2024.
Leave a Reply