Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

MERINDUI ANWAR YANG DAHULU…

Ketika ini hantaran paling viral di media sosial, khususnya Tik Tok dan Grup Whatsapp ialah video-video ucapan lama Anwar Ibrahim berkenaan pelbagai janji yang pernah diungkapkannya sebelum ini.

Selain video berkaitan menurunkan harga minyak yang dikira paling banyak versinya, janji lain ialah berkenaan menghapuskan PTPTN, menurunkan kadar tarif letrik dengan cara memanggil tauke-tauke IPP mengadapnya di Pejabat Perdana Menteri sambil hanya dihidangkan Teh O tanpa gula, menurunkan harga barang dan pelbagai lagi.

Meneliti seronoknya rakyat negara ini berkongsi video-video tersebut di media sosial sejak harga minyak diesel dinaikkan pada 10 Jun lalu, apa yang boleh disimpulkan ialah semua itu adalah petunjuk mereka sebenarnya amat merindui Anwar yang dahulu.

Kerinduan itu sama macam rindunya peminat Ronaldo dan Messi kepada bintang bolasepak itu, lalu mereka berkongsi video-video jaringan gol cantik yang pernah dicipta kedua-duanya bila mana rasa rindu menyerbu dalam dada.

Sama macam rakyat Malaysia, perkongsian video-video lama Anwar itu tidak lain adalah cara untuk melepaskan rasa rindu mereka.

Cuma, sejak naik harga diesel ini, video-video gol cantik Ronaldo dan Messi sudah mula tenggelam, sebaliknya hanya video janji-janji cantik Anwar yang memenuhi ruang media sosial.

Ertinya, rindu kepada Anwar lebih hebat dan telah berjaya menenggelamkan kerinduan terhadap Ronaldo dan Messi.

Tidak dinafikan Anwar yang dahulu memang sosok yang hebat, memukau dan penuh tarikan.

Bagi mereka yang bersama dan mengikuti perjuangan Anwar sejak dulu dan kini cita-cita menjadi Perdana Menteri sudah tercapai, kerinduan untuk melihat apa yang dijanji dulu akan ditunaikan tentu saja datang dengan sendirinya.

Kejayaan bertahan dalam perjuangan selama lebih 25 tahun, seterusnya membawa PH memenangi paling banyak kerusi berbanding gabungan pada PRU15 lalu, lalu membolehkan Presiden PKR itu diangkat sebagai Perdana Menteri, tidak dinafikan adalah kerana tarikan Anwar yang dahulu itu.

Tanpa tarikan Anwar yang dahulu bersama pelbagai janji yang terus memukau rakyat, PKR barangkali sudah lama senasib dengan Parti Semangat 46.

Lantaran itu, tidaklah boleh disalahkan rakyat jika mereka sentiasa merindui Anwar yang dahulu itu.

Kerinduan itu mungkin pula berpanjangan sehingga PRU16 akan datang.

Kalau tak dapat 100 peratus, dapat 50 peratus atau 20 peratus Anwar yang dahulu pun dikira sudah memadai bagi rakyat yang merindu itu.

Janganlah pula sampai sehelai rambut pun janji-janji Anwar yang dahulu tidak ditunaikan langsung.

Misalnya, kalau tak dapat menurunkan minyak sebanyak 10 sen atau 20 sen, janganlah dinaikkan sampai RM1.20 sen.

Jangan juga beri alasan macam-macam, konon kos meningkat, harga minyak di Arah Saudi pun tinggi dan pelbagai lagi.

Rakyat tak mahu dengar alasan, rakyat hanya mahu lihat tertampil Anwar yang dahulu yang hebat dalam perjuangan membela nasib rakyat.

Menaikkan harga minyak yang disertai dengan kesan berantai yang memberi kesan kepada pelbagai kenaikan di pasaran – ini teori ekonomi mana yang mengatakan ia untuk membela rakyat?

Akhirnya, bilakah kita dapat bertemu kembali Anwar yang dahulu?

Mungkinkah hanya setelah jadi pembangkang semula, maka barulah ketika itu Anwar yang dahulu akan muncul kembali? – ShahbudinHusin 15Jun2024.

5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

8 responses to “MERINDUI ANWAR YANG DAHULU…”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    JANJI TURUN MINYAK TU SAYA BUAT 2008 – ANWAR😅

    https://vt.tiktok.com/ZSYU3dtQV/
    ________________________________________
    ASAL BUKA MULUT SAJA MUHONG…😂

    HA HA HA.. BILA DAH KANTOI & TERSEPIT, MULA LER DIA BERLAKON PURA-PURA NYANYOK…🤣

    😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
    KAH KAH KAH KAH

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      ADA DEKAT 8,000 KOMEN DLM VIDEO INI & BOLEH DIKATA SEMUANYA MEMPELANGKONG KEPALA PMX😂

      HA HA HA.. PENYET LUNYAI PMX KENA LANYAK GANYANG DGN NETIZEN…🤣

      😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
      KAH KAH KAH KAH

      1. Anonymous Avatar
        Anonymous

        YER KER 2008? DIA FIKIR RAKYAT BUTA KER?😅
        INI APA NI HAH?:😂
        ________________________________________
        Saya tak jadi PM, macam mana harga minyak nak turun’

        Oleh Adha Ghazali
        Julai 17, 2022 @ 7:46pm
        [email protected]

        https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/977383/saya-tak-jadi-pm-macam-mana-harga-minyak-nak-turun
        ________________________________________
        HA HA HA.. ASAL BUKA MULUT JA MUHONG…🤣

        😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
        KAH KAH KAH KAH

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Peringatan kepada Budin yang mengulangi naratif dan ratib ruji propaganda PN terhadap PMX yang menjadi dilemma PN.

    PMX telah menjawab tuntas kepada Hamzah diSessi Pertama Parlimen PRU15.

    Disessi tersebut, PMX libas buah tanggung Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang PN mula2 dengan ungkapan dari Shakespeare.

    First he quotes Shakespeare, “it is a tale told by an idiot, full of sound and fury, signifying nothing.” then he quotes the Quran. That was a classy jab at the opposition leader.

    Kemudian PMX mengingati peranan Hamzah termasuk mengguna isteri cun bersama Team Konspirasi Atok Saka lebih 30 tahun dan bagaimana Hamzah gagal ditarbiyah oleh Hadi yang menulis Buku Khas bertajuk “Qazaf: Fitnah Mahathir”.

    Alahai Budin, anda langsong tak belajar dari kesilapan kempen propaganda PN kalah kepada PMX diPRK KKB terbaru, PRK2 Johor/Pahang, PRN 6 dan PRU15.

    Bila anda berharap reformasi dari PMX, sedangkan dia lakukan sabsidi bersasar Disel sebagai Langkah reformasi ekonomi untuk jimat ketirisan berbilion ringgit, anda dan PN cemuh dia kaw kaw.

    Tak boleh brain apa yang PN mahu kerana paradoks jika PMX tak buat marah, kalu PMX buat lagi marah?

    PMX makin steady sebagai PM, sedangkan anda dan PN yang terlebih goyah kerana maseh tak boleh guling PMX lagi selepas lebih 18 bulan.

    Ungkapan Shakespeare “idiot signifying nothing” jugak terpakai kepada anda dan tulisan2 terkini anda meremehkan PMX!

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Taki Black Friday melompat dari serangan kepada PMX dari Anonymous Nueva Italia kepada pujian Parti PAS kepada PMX program sabsidi bersasar Disel.

      Di hari terakhir kempen PRK KKB, Taki Loyar Lebong PAS mengulangi kata2 Hamzah serang peribadi PMX dengan rujukan kepada sumber anonymous Nuevo Italia.

      Kalu Hamzah itu bekas UMNO liberal Totok terlampau babel dah tak boleh ditarbiyah oleh Hadi dan Buku Fatwa Khasnya Qazaf : Fitnah Mahathir, bayangkan Walaun2 Super-wala berlakon Kopiah Putih seperti Black Friday dan REEFORNUSI ini sengaja engkar fatwa Tok Guru mereka sendiri?

      Rakyat dah perhati lama perangai dua alam Taki ini tambah lagi dari gaya tutur, watak dan cara pakaian UMNO Liberal Totok: siang Kopiah Putih dan malam BFF dengan Bapak Klepto dan Broker UMNO, Nuar Musa. Nafsu serakah dia setanding dengan hardcore UMNO Klepto.

      Ramai tertanya selepas sorang2 Pemimpin Top PN khusus Abah, Hamzah anak beranak dah kena dakwa oleh SPRM kes2 rasuah Sakaw Şakan diMahkamah zaman Kerajaan PM 33 bulan, bila pulak giliran Broker PAS ini?

      MSO Mohd Sayuti Omar, Penulis Politik Veteran yang masak dengan perangai PAS memberi usikan berikut semalam khusus untuk Walaun Black Friday ini:

      KALAU AKU, SUKA SANGAT SPRM JEJAK LEBAI NI.
      Menitik Malam.

      MSO

      Anwar ucap terima kasih kepada Pas khusus kepada Takiyuddin Hassan kerana sokong penyasaran subsidi diesel. Tiba2 Takiyuddin berlunak dengan Anwar sama gaya REEFORNUSI buang tabiaat pohon maaf terbuka kepada PMX diMajlis Taklimat Pembangunan Negeri Kedah diAloq Setaq. Lagi lah validesi dan sah gelaran KuLi kepada PAS sebagai pelacur politik bewok hidup.

      Katanya perubahan sikap itu ada sebab. Benar atau tidak katanya MP Kota Bharu kelahiran Kedah itu berubah laku selepas siasatan ke atasnya. 

      Masakan Anwar sedia kompromi dengan mana individu terbabit dengan kemungkaran? Trims.

      AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, June 16, 2024

      Share

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    SURAT | Muhyiddin betul, Anwar penipu, rakyat mangsa kenaikan harga diesel

    Tun Faisal Ismail Aziz
    Diterbitkan:  Jun 15, 2024 10:34 AM
    Dikemaskini: 10:41 AM

    https://m.malaysiakini.com/letters/708849
    ________________________________________
    RAKYAT TAK SABAR MENANTI ABAH TAMPIL MERAMPAS KEMBALI TAKHTA PEMERINTAHAN NEGARA…😂

    HA HA HA.. MMG TERBAIK ABAH PEMIMPIN PRIHATIN BERJIWA RAKYAT..🤣

    😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
    KAH KAH KAH KAH

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Tun Faisal kena pecat Zahid kerana jadi Trojan PN.

      Mamat ini bekas JKom Totok Bossku lepas itu SetPol Nuar Musa Broker Menara KL sedut RM500,000 setahun untuk 10-15 tahun masa jadi Pengerusi J/K Jihad Kos Sara Hidup era Mail Blur PM9 PN.

      Jadi apa yang baru dari Geng yang kalah deposit PRU15 dan tak sabar tunggu PRU16 2027 nak guling PMX?

      Letih le, dah lebih 18 bulan dari PRU15 Nov 2022.

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    INI PETIKAN DUA PERENGGAN TERAKHIR TULISAN BG BUDIN:😆
    ________________________________________
    Akhirnya, bilakah kita dapat bertemu kembali Anwar yang dahulu?

    Mungkinkah hanya setelah jadi pembangkang semula, maka barulah ketika itu Anwar yang dahulu akan muncul kembali? 
    ________________________________________
    SABARLAH BG BUDIN, 3 TAHUN LAGI KITA AKAN DPT BERTEMU KEMBALI ANWAR YG DAHULU…😅

    BETUL TU BG BUDIN.. DIA AKAN MUNCUL SEMULA DGN WATAK DAHULU BILA JADI KETUA PEMBANGKANG KEMBALI LPS PRU16 NANTI…😂

    HA HA HA.. ITU PUN KLAU DIA TIDAK KE SG BULOH SEMULA…🤣

    😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
    KAH KAH KAH KAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x