Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

KERUSI DUN NENGGIRI HAMPIR PASTI ADA PILIHAN RAYA?

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan masih menunggu surat pemakluman rasmi daripada Bersatu sebelum memutuskan status Adun Nenggiri, Mohd Aziz Abu Naim.

Speakernya Mohd Amar Abdullah mengesahkan setakat ini Mohd Azizi masih sah sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan sehingga ada keputusan rasmi dibuat.

“Setakat ini kita masih menunggu surat rasmi daripada Bersatu berhubung status Adun Nenggiri.

“Mohd Azizi masih Adun sehingga ada keputusan rasmi daripada speaker atau DUN,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi.

Terdahulu Bersatu dilaporkan akan memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, mengenai enam wakil rakyat daripada parti itu yang telah dilucutkan keahlian mereka.

Ketua pemudanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara itu akan dimaklumkan dalam sidang dewan rakyat pada bulan ini.

Langkah itu diambil selepas enam ahli parlimen terbabit enggan mematuhi arahan Bersatu supaya menyatakan ikrar taat setia kepada parti.

“Logiknya, kami akan menulis kepada speaker Dewan Rakyat bahawa keahlian mereka telah dilucutkan,” katanya.

Selain Mohd Azizi yang juga ahli parlimen Gua Musang, lima lagi ahli parlimen itu ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Selain itu seorang lagi wakil rakyat terlibat iaitu Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari.

Bagaimanapun Mohd Azizi berkata tujuh wakil rakyat Bersatu yang gagal menandatangani ikrar setia parti sebelum tarikh akhir 31 Mei yang ditetapkan sedang menunggu jawapankepada pertanyaan mereka mengenai kesahihan notis yang diberikan kepada mereka.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/707714

4 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

10 responses to “KERUSI DUN NENGGIRI HAMPIR PASTI ADA PILIHAN RAYA?”

  1. 토토사이트 Avatar

    먹튀 피해 예방 [토토사이트] 먹튀검증으로 안전하고 신뢰할 수 있는 온라인 베팅 환경을 경험하세요.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    10 YG DIA CAKAP, 11 YG TAK BOLEH PERCAYA..😅

    https://youtu.be/1d5t3trO8TE?si=N4Te2SwGmOiPP1Lu
    ____________________________________________________
    SAMPAI BILA DIA NAK BERHENTI BERETORIK NIH?😂

    HA HA HA.. ASAL BUKA MULUT JA, MUHONG…🤣

    😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
    KAH KAH KAH KAH

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    AKMAL TIBAI PUAK BAK KUT TEH YG TAK MAHU GUNA BAHASA KEBANGSAAN DI SJK..😂

    https://youtu.be/4Tcu5zMuhGE?si=2kgMCopYXE-r7z3P
    ____________________________________________________
    HA HA HA.. MENTERI PENDIDIKAN LIBERAL & PMX ADA BERANI BERSUARA KER?🤣

    😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
    KAH KAH KAH KAH

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      ADA BERANI KER PUAK² MELAYU PENDERHAKA TU NAK MENYANGGAH PUAK BAK KUT TEH TUH?😂

      HA HA HA.. NANTI MAK LAMPIR LIBERAL AKAN CADANG UTK DIUBAH, AGAR DASAR “SATU KELAS BAHASA KEBANGSAAN” ITU TAK PERLU DILAKSANA LAGI…🤣

      🤣😂😅😆😄😃😀
      KAH KAH KAH KAH

  4. UMNOMADANI Avatar
    UMNOMADANI

    KLUAR AGAMA PAS, MASUK LE UMNO.

    1. UMNOMADANI Avatar
      UMNOMADANI

      BARU LE MELAYU ISLAM NAMANYE YEOP

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Heitech Padu dah jadi lubok istimewa Hamzah dulu n masa Kerajaan PN 33 bulan.

    Semua tahu usai Hamzah jadi Menteri KDN, dia terkenal salah guna kuasa jawatan paling penting dalam kabinet selepas Abah PM8.

    İni diakui sendiri oleh Pegawai2 Kerajaan kanan dibawah dia.

    Jadi tak hairan kroni, anak dan Setpol didakwa diMahkamah berulang kali oleh SPRM pelbagai kes rasuah.

    Hamzah terpaksa lah tuduh PH/UMNO mandul atau gelaran buruk lain jika semua fakta dalam kes Mahkamah diatas buktikan selera ganas Hamzah menyakaw.

    Ternyata Heitech Padu adalah lubok istimewa Hamzah kerana kontrak2 yang diperolehi bertimbun dibawah KDN.

    ————————————-

    ‘Kerajaan PH-BN mandul’, kata Hamzah usai anak didakwa lagi
    FMT Reporters

    05 Jun 2024, 09:50 PM
    Pagi tadi anak ketua pembangkang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan terima rasuah RM100,000.

    Hamzah Zainudin mendakwa ia taktik lapuk memperlihatkan kemandulan kerajaan PH-BN dalam usaha terdesak menutup mulut pengkritik dengan menyasarkan pemimpin PN dan ahli keluarga mereka.
    PETALING JAYA: Hamzah Zainudin berkata pendakwaan terbaru terhadap anaknya atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000 adalah siri ‘perancangan pembunuhan karakter politik’ ditujukan kepadanya sebagai ketua pembangkang.
    Beliau mendakwa, ia dilakukan selepas segala usaha kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional pimpinan Anwar Ibrahim memperalatkan pelbagai agensi kerajaan bagi mencipta naratif, persepsi serta mengada-adakan pertuduhan politik ke atas pemimpin Bersatu termasuknya gagal.

    “Ini merupakan taktik lapuk yang memperlihatkan kemandulan kerajaan PH-BN dalam usaha terdesak menutup mulut pengkritik dengan menyasarkan pemimpin Perikatan Nasional dan ahli keluarga mereka.
    “Saya percaya akhirnya kebenaran akan mengatasi kebatilan dan kezaliman,” katanya dalam kenyataan.

    Pagi tadi Muhammad Faisal, 40, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan berkenaan.
    Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima rasuah daripada Izmir Abd Hamid, sebagai bayaran untuk Heitech Padu Bhd (Heitech Padu) melantik Syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Syarikat Per My Solutions sebagai perunding pemasaran.
    Kesalahan itu dikaitkan dengan Heitech Padu yang dikatakan diberi tender RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pembekalan, penyewaan, pelaksanaan, latihan, sokongan dan penyelenggaraan infrastruktur keselamatan.
    Pada April tahun lalu, Faisal turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban terhadap sembilan pertuduhan berhubung penyelewengan minyak masak bersubsidi.

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Yang patut menyalak bila minyak naik harga bukan Rakyat yang akan dapat subsidi bersasar, tetapi YB yang tak dapat isi minyak RON95 dalam Mercedes Benz baru 5 tahun? Kami turut bersimpati nasib malang YB. Letak jawatan jangan ambil pencen senang.

  7. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Mu kecek key el supo beruk mat yeh.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Ore kelantam mengaku key el kecek luar. Parok Pah jaga negeri sampai ada yang merempat masuk setinggan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x