Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

KERANA SAYA ADALAH PENULIS…

Baru-baru ini apabila saya menulis tentang tiga perkara yang Anwar Ibrahim harus berhenti bercakap nengenainya, pelbagai reaksi pro dan kontra telah saya terima daripadanya.

Ada yang memberi reaksi melalui media sosial di mana artikel tersebut disiarkan, manakala yang lain melalui Grup Whatsapp yang telah berkongsi tulisan itu.

Tidak kurang ada yang memberi komen secara terus melalui telefon bimbit saya dengan menggunakan aplikasi Whatsapp.

Rata-rata ramai yang bersetuju dengan apa yang saya tulis itu, tetapi seperti biasa apabila saya menulis dengan agak kritikal tentang Anwar, sejumlah kecil penyokongnya agak kurang senang dengan saya.

Tidak terkecuali ada juga yang menuduh saya sebagai penulis upahan.

Bagi saya, apa yang berlaku itu adalah perkara biasa kerana dalam apa juga perkara di dunia ini, tidak mungkin semua orang setuju dengan kita.

Tetapi, dalam semua reaksi tidak setuju itu, ada beberapa pandangan itu membuatkan saya geli hati dengannya.

Misalnya ada yang mengatakan tidak wajar saya menulis tiga perkara yang Anwar harus berhenti bercakap itu secara terbuka, walaupun mereka secara umumnya bersetuju dengan apa yang saya tulis itu.

Kata mereka, tulisan saya yang secara terbuka itu terlihat tidak manis kerana ia melibatkan seorang Perdana Menteri.

Yang lain pula bertanya, kenapa saya tidak menghantar apa yang saya tulis itu secara “direct message” kepada Perdana Menteri?

Tambah mereka, jika cara itu yang dilakukan, selain lebih manis, juga menunjukkan saya lebih ikhlas terhadap Anwar.

Sebenarnya begini – saya adalah penulis dan di mana-mana juga di dunia ini, tujuan seseorang itu menulis ialah untuk tatapan pembaca membaca buah fikirannya secara bebas dan terbuka tanpa sebarang sekatan.

Kelompok pembaca itu mungkin termasuk Perdana Menteri sendiri.

Saya bukan penasihat kepada Perdana Menteri yang perlu memberikan nasihat secara tertutup kepadanya.

Kalau saya seorang penasihat, sudah tentulah nasihat itu tidak dilakukan secara terbuka.

Selagi bergelar penulis, saya kena akur dengan lumrah bahawa penulis itu menulis untuk ditatap tulisannya, tak kira oleh mereka yang suka atau benci kepadanya.

Kalau tulisan itu kebetulan berbentuk nasihat, maka nasihat akan diberikan secara terbuka.

Begitu juga jika ia berbentuk kritikan atau pujian, seorang penulis tetap melakukannya secara terbuka.

Soal ia mahu diterima atau tidak, ia terpulang kepada penilaian masing-masing.

Saya tidak mampu memaksa orang setuju atau suka dengan apa yang saya tulis.

Kalau ia baik dan apa yang saya tulis itu ada kebaikan, lalu subjek yang saya sentuh itu mengambil iktibar, sedia berubah dan menyesuaikan diri – Alhamdulillah.

Jika mereka tidak setuju dan mahu menolak hujah-hujah yang saya tulis, itu juga tidak mengapa – sebab itu adalah hak mereka.

Keikhlasan seorang penulis ialah bila mana ia kekal menulis dengan hati nuraninya dan fikiran yang kekal terbuka, bukan kerana membenarkan otaknya dipajak oleh sesiapa. – ShahbudinHusin 06Jun2024.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
krisubai
krisubai
8 June 2024 10:34 pm

TERBAIK ALHAMDULILLAH, TIDAK BERAT SEBELAH. BILA KITA MATI TIDAK SIAPA YANG BOLEH TOLONG KITA.

Anonymous
Anonymous
7 June 2024 6:55 pm

Kita boleh saje buat pilihan menukar PMX dengan mengantikanya dgn PM11. Siapa yg layak jadi PM11 yg kita boleh buat pilihan :
1. Haji Hadi
2. Mahiaddin
3. Mahathir
4. Zahid Hamidi
5. Hamzah Zainuddin
6. Ishamuddin
7. Najib
Banyak pilihan yg 1mesia boleh buat utk ganti PMX. Selamat berjaya

Anonymous
Anonymous
7 June 2024 5:52 am

Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100

OlehNOOR AZLIDA ALIMIN
06 Jun 2024 01:25pm

https://www.sinarharian.com.my/article/668549/berita/semasa/lelaki-tampal-bendera-israel-di-restoran-makanan-segera-didenda-rm100
_____________________________________________________
DIA BERBUAT BEGITU DGN TUJUAN UTK MENARIK LEBIH RAMAI LAGI PELANGGAN…😂

HA HA HA.. DIA TAHU YG KAT NEGERI SELANGOR LIBERAL TU RAMAI PENYOKONG ISRAEL…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000076940
Anonymous
Anonymous
7 June 2024 5:48 am

Kenapa takut sangat bahasa Melayu, tanya Pemuda Umno

Diterbitkan:  Jun 6, 2024 2:03 PM
Dikemaskini: 2:03 PM

https://www.malaysiakini.com/news/707888
_____________________________________________________
AKMAL TANPA TAKUT ATAU SEGAN SILU MEMBALUN PUAK² BAK KUT TEH.. BKN MCM MELAYU LIBERAL PENDERHAKA PENJILAT…😂

HA HA HA.. MMG TERBAIKLAH DR AKMAL PEMUDA PERWIRA NEGARA, PEJUANG PEMBELA BANGSA & AGAMA..🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000053046
Anonymous
Anonymous
7 June 2024 11:38 am
Reply to  Anonymous

Akmal ini tengok muka dia mcm tak cukup sifat je.

Adakah kerana hidung kepit maçam Cina Apek Bukit tak sempurna Melayu, Akmal berwatak agresif bodoh sombong nak bukti dia Melayu tülen?

Barangkali, tetapi bagaimana pulak cacat otak?

Ini belajar diRusia, mesti tuang kelas tak bergaul belajar dunia luar.

Tetapi yang heran dan ironi, dia sanjung tinggi Kleptokrasi mencuri dan menjarah duit Rakyat oleh Bossku dan Cina Gemuk Jho Low!!

Anonymous
Anonymous
7 June 2024 7:25 pm
Reply to  Anonymous

Orang arab bertutur dlm bahasa inggeris ( bukan bahasa ibunda arab) menyebarkan risahlah islam kpd bukan islam dan berjaya menarik bukan islam memeluk ugama suci yg dibawa rasulullah saw. Kesedaran mrk adalah sukar menyeru bukan islam kpd islam dgn bertutur dlm bahasa arab. Mereka tidak menyoal kenapa takut sangat kpd bahasa arab sedangkan bahasa arab adalah bahasa alquran. Banyak kelebihan boleh diperolehi dgn mengetahui lebih dari satu bahasa saje. Ada rumah lebih dari satu, kereta lebih dari satu, tanah lebih dari sebidang malah adakalanya isteri lebih dari satu pun seronok juga. Kita masih tidak berjaya memilih mana satu yg baik… Read more »

Anonymous
Anonymous
6 June 2024 9:40 pm

INI PETIKAN PERENGGAN TERAKHIR DARI TULISAN BG BUDIN:😂 ______________________________________________________ Keikhlasan seorang penulis ialah bila mana ia kekal menulis dengan hati nuraninya, bukan kerana membenarkan otaknya dipajak oleh sesiapa.  ______________________________________________________ HA HA… BG BUDIN BKN PENULIS JENIS ROJAK!🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Ternyata yg Bg Budin sorang yg otak geliga & bijak Menulis dgn hati nurani & tk benar otaknya dipajak Bkn nya mcm puak² cai walanon yg bodoh terlajak Taksub depa kt PMX sampai tk bleh nak berganjak 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂… Read more »

1000062901
Cili
Cili
6 June 2024 9:52 pm
Reply to  Anonymous

Wah! Anonymous 6 June 2024 9:40 pm @ KAH3x bukan main suka lagi bila mendapati Tuan Budin MACAM penuis yang telah berpindah parti dan sokongan.

Anonymous
Anonymous
6 June 2024 9:00 pm

Best Seller 2019 – ANWAR PM KE-8

Publication ANWAR
PM KE-8 Janji Serah
Kuasa Yang
Mesti
Ditepati
SHAHBUDIN
HUSIN

2019 Budin bukan penulis tetapi penyokong tegar PMX.

2024 Budin hanya penulis,

Bila penyokong tegar tak dapat apa yang dihajati, beliau bertukar jadi penulis.

Bestseller dah cukup masyuk jualan kepada penyokong PMX tetapi perjuangan terpaksa diketepikan kerana tamak haloba.

Cili
Cili
6 June 2024 9:46 pm
Reply to  Anonymous

1 – Rata-rata ramai yang bersetuju dengan apa yang saya tulis itu, tetapi seperti biasa apabila saya menulis dengan agak kritikal tentang Anwar, sejumlah kecil penyokongnya agak kurang senang dengan saya. 2 – Bagi saya, apa yang berlaku itu adalah perkara biasa kerana dalam apa juga perkara di dunia ini, tidak mungkin semua orang setuju dengan kita. ULASAN: i) Yang ramai bersetuju hanyalah penentang Anwar dari luar dan musuh dalam selimut. ii) Bukan sejumlah kecil tetapi sejumlah besar yang tidak setuju dengan tindakan Tuan Budin. “apa juga perkara di dunia ini, tidak mungkin semua orang setuju dengan kita” Betul, sama… Read more »

Anonymous
Anonymous
7 June 2024 6:03 am
Reply to  Cili

PMX harus teruskan style kepimpinannya…?”😂

HA HA HA.. TONTON VIDEO INI:🤣
______________________________________________________
TUKAR KONSEP – RAJA PULA NASIHAT PERDANA MENTERI

https://youtu.be/taY6ebZ2EJY?si=FYH6j5bCsckt4SS-
______________________________________________________
😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

132174
Cili
Cili
7 June 2024 11:47 am
Reply to  Anonymous

Saudara Anonymous 7 June 2024 6:03 am @ KAH4x

Saya setuju itulah yang terbaik. Namun bukan seorang sultan tetapi Majlis Raja-Raja.

12
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x