Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

MP PKR SARAN SPEAKER KOSONGKAN ENAM KERUSI PARLIMEN BERSATU

Pemimpin PKR Hassan Karim menggesa Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul membuat pengumuman mengosongkan kerusi parlimen enam ahli parlimen Bersatu yang telah hilang keahlian dalam partinya kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata bahawa keputusan sedemikian untuk menghormati perlembagaan parti-parti politik yang mendaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Saya saran speaker (Johari) kosongkan enam kerusi parlimen ahli parlimen Bersatu. Perkara itu bertepatan dengan notis pengosongan dihantar oleh ketua whip Bersatu Ronald Kiandee semalam. Ini selepas keahlian enam ahli parlimen itu telah terhenti serta-merta.

“Saya percaya yang wajarnya ialah kerusi enam ahli parlimen ini perlu dikosongkan atas alasan speaker perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda di bawah Akta antilompat parti,” katanya.

Mengulas lanjut, Hassan berkata kegagalan speaker berbuat demikian akan memberi gambaran speaker juga tak menghormati bukan sahaja pindaan perlembagaan parti Bersatu, malah juga parti DAP, Amanah dan Umno yang turut membuat pindaan untuk memastikan tiada wakil rakyat dari parti-parti itu mengalih sokongan ke parti lain.

“Johari harus membuat keputusan berlandaskan perlembagaan dan menghormati perlembagaan Bersatu,” katanya.

Bersatu sebelum ini mengemukakan notis kepada speaker memohon supaya enam kerusi parlimen dipegang oleh wakil rakyatnya dikosongkan.

Dalam satu kenyataan media, Ronald yang juga naib presiden Bersatu berkata, keahlian parti keenam-enam mereka yang sebelum ini menyokong Anwar telah terhenti secara serta-merta.

“Justeru, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima,” kata Ronald.

Mengulas lanjut, Hassan berkata bahawa dia percaya kerajaan tidak akan campur tangan dalam hal ehwal mahkamah sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah.

“Saya minta seperti janji perdana menteri (Anwar Ibrahim) bahawa kerajaan dia tak campur tangan dalam hal ehwal mahkamah.

“Maka, saya pun percaya perdana menteri dan kerajaan tak akan campur tangan dalam hal ehwal Parlimen,” katanya.

Tambahnya, kerajaan tidak akan tumbang, tanpa sokongan enam ahli parlimen ini.

“Kerajaan Perpaduan Madani tak mahu sokongan ahli parlimen yang mengkhianati parti sendiri.

“Enam orang ini bukan mengkhianati PN sahaja, mereka mengkhianati pengundi di enam kawasan parlimen,” katanya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/709469

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
23 June 2024 5:28 pm

Hassan saran speaker kosongkan kerusi 6 MP Bersatu

Diterbitkan:  Jun 22, 2024 8:30 AM
Dikemaskini: 8:30 AM

https://m.malaysiakini.com/news/709469
___________________________________________
PAK HASSAN MCM DR AKMAL & BG BUDIN LER JUGA, SEORANG YG PUNYA PRINSIP & JATI DIRI, BKN NYA JENIS PENDEDAK ATAU LEMBU DICUCUK HIDUNGβ€¦πŸ˜…

DIA TAK ADA RASA TAKUT ATAU SEGAN SILU UTK MEMBALUN REJIM MADANON ATAU MENGANJING PMXβ€¦πŸ˜‚

HA HA HA.. MMG TERBAIKLAH PAK HASSAN KARIM, PEJUANG PEMBELA RAKYATβ€¦πŸ€£

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000075987
Anonymous
Anonymous
23 June 2024 5:32 pm
Reply to  Anonymous

SAKSIKAN KETEGASAN PAK HASSAN:πŸ˜‚

https://vt.tiktok.com/ZSYaYbYGX/
___________________________________________
HA HA HA.. MMG TERBAIK PAK HASSAN MEMBALUN SPEAKER SAMBIL MEMPELANGKONG KEPALA PMX…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000081679
Anonymous
Anonymous
22 June 2024 3:03 pm

KJ BERKALOBORASI DENGAN BLACKROCK. KJ PRO-ZIONIS. CnP  Baru aku tahu, antara pemilik saham Media Prima adalah Morgan Stanley dan syarikat ni pun ada kaitan dengan Blackrock dan Vanguard group.. HotFM bawah media prima, jadi kenapa KJ berkolaborasi dgn BlackRock..??πŸ€”πŸ€” Who owns Media Prima Malaysia? Apart from Aurora Mulia and JAG Capital Holdings, Media Prima’s ownership also consisted of several other shareholders, including Morgan Stanley & Co. Int. and Mitsubishi UFJ Financial Group wikipedia.org W https://en.wikipedia.org /wiki, Media_Prima Media Prima – Wikipedia media prime 슀 Search Labs | Al Overview Learn more : As of December 2023, BlackRock owned 5.53% of… Read more »

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x