Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TINGKAT BEKALAN TELUR, BUKAN TURUNKAN HARGA, KATA BOS MYDIN

Kerajaan sepatutnya meningkatkan bekalan telur ayam bersubsidi di pasaran dan bukannya menurunkan harga runcit bahan makanan itu, kata Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin.

Ameer berkata sejak beberapa bulan lalu bekalan telur di pasaran tidak mencukupi.

“Dengan penurunan harga telur ini, bolehkah kerajaan memberi jaminan akan ada lebih banyak bekalan telur? Saya meraguinya,” katanya kepada FMT, merujuk kepada penurunan 3 sen untuk harga runcit telur gred A, B, dan C di seluruh negara.

“Saya tidak fikir bekalan telur bersubsidi ini akan mencukupi.”

Katanya, di bawah rangka kawalan harga ketika ini, pengeluar kekurangan inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran telur standard, terutama telur Omega yang tidak layak untuk subsidi.

“Sekiranya anda membenarkan kuasa pasaran membuat keputusan, secara automatik bekalan akan meningkat,” katanya.

Ketika mengumumkan penurunan harga telur ayam hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata langkah itu membabitkan subsidi 10 sen bagi sebiji telur ayam melibatkan perbelanjaan RM100 juta.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia, Jeffrey Ng pula menyambut baik penurunan harga itu tetapi memberi amaran kemungkinan aktiviti penyeludupan akan menyebabkan ketirisan.

“Menguruskan ketirisan adalah penting. Sekiranya telur bersubsidi diseludup ke negara jiran, bekalan kepada rakyat Malaysia akan terjejas,” katanya kepada FMT.

“Kami mahu produk ini membantu rakyat Malaysia bukannya memberi keuntungan kepada penyeludup, ini akan membantutkan tujuan harga subsidi tersebut.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia Beninder Singh menggesa peniaga mematuhi arahan kerajaan untuk menurunkan harga telur.

“Pengguna digalakkan untuk terus buat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya peniaga didapati menjual harga tinggi daripada harga kawalan,” katanya yang dipetik Bernama sebagai berkata.

Ameer dan Ng juga ragu kerajaan mampu mengekalkan subsidi untuk harga telur, dan sebaliknya mencadangkan bantuan bersasar untuk kumpulan yang memerlukan.

“Saya merasakan ini adalah langkah salah oleh kerajaan kerana rancangan asal adalah untuk mengeluarkan subsidi dari barangan utama dan membantu kumpulan berpendapatan rendah menerusi subsidi bersasar,” kata Ameer, yang menambah penurunan harga ini turut memberi manfaat kepada orang kaya.

Ng berkata Putrajaya tidak akan mampu mengekalkan kos tinggi untuk subsidi telur untuk jangka masa panjang, yang dilaporkan berjumlah RM927 juta pada 2023.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/06/17/tingkat-bekalan-telur-bukan-turun-harga-kata-bos-mydin/

2 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
18 June 2024 3:58 pm

MMG NYA TAK ADA GUNA PUN😅

https://vt.tiktok.com/ZSYfYenMN/
_________________________________________
TAK ADA GUNA.. KALAU SAYA INGAT SAYA MIMPI NAK JADI PERDANA MENTERI, SAYA TAK ADA GUNA JADI PERDANA MENTERI KALAU BEBANKAN RAKYAT.. ANAK ORG MISKIN BAYAR NAK MASUK UNIVERSITI, MALU MUKA SAYA..”😂

HA HA HA.. DIA DAH DPT AGAKNYA DARI AWAL YG DIRINYA TU TAK ADA GUNA KAT RAKYAT, TAPI DIA TAK PERNAH RASA MALU…🤣

😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000079932
Anonymous
Anonymous
18 June 2024 3:42 pm

2 TAHUN DIKATANYA 20 TAHUN? DAH NYANYUK TERUK KER DIA?😅

https://vt.tiktok.com/ZSYfFpy83/
_________________________________________
“TIDAK ADIL LAH GUNA KENYATAAN SAYA 20 TAHUN YG LALU..”😂

HA HA HA.. BILA DAH KANTOI & TERSEPIT, MULA LAH DIA BERLAKON PURA² NYANYUK…🤣

😃 😀 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000025758
Cili
Cili
21 June 2024 11:28 am
Reply to  Anonymous

Tahniah kepada Anonymous 18 June 2024 3:42 pm @ KAH4x dulu you naik tongkang bersendirian tetapi sekarang telah bersama dengan Tuan Budin belayar dalam satu kapal.

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x