Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

WARGA ASING MANA YANG BANYAK GUNA DIESEL?

Antara alasan kerajaan melaksanakan subsidi bersasar terhadap diesel adalah untuk mengelakkan kira-kira 3.8 juta warga asing di negara ini daripada turut menikmati subsidi bahan bakar itu.

Alasan lain ialah untuk membanteras penyeludupan serta bagi mengelakkan golongan maha kaya menikmati subsidi.

Bab golongan maha kaya rasanya semua orang setuju mereka dikecualikan daripada subsidi, manakala dalam isu penyeludupan pula, bekas Ahli MT UMNO Isham Jalil telah pun menghuraikan kejanggalan alasan tersebut di sebalik dakwaan kononnya kerajaan rugi sekitar RM8 bilion setahun akibat daripadanya.

Dalam mewajarkan warga asing tidak patut menerima subsidi, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika berucap di Bagan Serai semalam berkata, ia kerana mereka tidak pun membayar cukai kepada kerajaan.

Dengan itu, maksud beliau, disebabkan tidak membayar cukai, mereka juga tidak patut menerima subsidi diesel.

Secara umumnya kita memang setuju bahawa warga asing tidak sepatutnya turut sama menerima subsidi, meski pun kita sedar mereka juga sebenarnya turut sama membayar cukai tak langsung kepada kerajaan.

Misalnya apabila mereka berbelanja atau membeli barangan keperluan harian, sepertimana rakyat Malaysia, warga asing juga terkena cukai tak langsung itu.

Yang warga asing tak bayar hanyalah cukai langsung seperti cukai pendapatan.

Lantaran itu barangkali tidak tepat untuk mengatakan warga asing tidak membayar cukai.

Begitu pun, tetap suatu perkara yang menghairankan kalau dikatakan harga diesel dinaikkan kerana tidak mahu warga asing turut menerima subsidi.

Dalam hal berkaitan, ingin ditanyakan kepada kerajaan khususnya Anwar, warga asing mana yang mengguna diesel dalam kehidupan seharian mereka?

Pernahkah kita lihat pekerja Indonesia dan Bangladesh memiliki kenderaan diesel?

Kalau mahu dibandingkan antara minyak diesel dan minyak masak yang juga bersubsidi, manakah yang lebih banyak digunakan oleh warga asing?

Bagi pekerja asing bertaraf profesional yang berpendapatan tinggi yang berada di negara ini, mereka biasanya lebih banyak menggunakan kenderaan petrol berbanding diesel.

Akhirnya, patutkah pengguna diesel negara ini dibebankan dengan kenaikan harga bahan apa itu melalui hujah kononnya warga asing juga menerima subsidi? – ShahbudinHusin 16Jun2024.

2 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Selumbar
Selumbar
17 June 2024 3:26 pm

Alasan kerajaan melaksanakan subsidi bersasar terhadap diesel adalah untuk mengelakkan kira-kira 3.8 juta warga asing di negara ini. Apakah alasan itu menjengkelkan ? Alasan lain ialah untuk membanteras penyeludupan serta bagi mengelakkan golongan maha kaya menikmati subsidi. Bukan maha kaya saja tapi maha hipokrit dengan slogan biar hidup papa asal bergaya juga tidak layak mendapat subsidi. Bekas Ahli MT UMNO Isham Jalil menghuraikan kononnya kejanggalan alasan di sebalik dakwaan kerajaan rugi sekitar RM8 bilion setahun, ia kerana mereka tidak pun membayar cukai kepada kerajaan mereka juga tidak patut menerima subsidi diesel. Secara umumnya dia setuju bahawa warga asing tidak sepatutnya… Read more »

Anonymous
Anonymous
17 June 2024 9:50 am

KENAIKAN HARGA DIESEL – ANWAR KENA TERUK DISEKOLAHKAN ISHAM JALILπŸ˜†

https://vt.tiktok.com/ZSYyfE5Uv/
____________________________________________
ADA LEBIH DARI 13,000 (TIGA BELAS RIBU) KOMEN & SEMUANYA MENARIK BELAKA…πŸ˜…

BOLEH DIKATAKAN SEMUA KOMENΒ² ITU TUMPANG MENGANJING ANWAR…πŸ˜‚

HA HA HA.. PENYEK LUNYAI PMX KENA DILANYAK GANYANG OLEH RAKYAT…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

138778
Anonymous
Anonymous
17 June 2024 12:30 am

Kalau ada salah laku ambil tindakan, bukan salahkan pihak lain – Dr Akmal

Oleh DIANA AZIS
16 Jun 2024 06:08pm

https://www.sinarharian.com.my/article/670416/berita/nasional/kalau-ada-salah-laku-ambil-tindakan-bukan-salahkan-pihak-lain—dr-akmal#google_vignette
____________________________________________
ANTARA LAIN, KATAΒ² DR AKMAL:
“Itu pun dahulu sampai berguling di atas jalan membantah. Kerajaan ada kuasa hari ini tetapi rakyat akan menilai,” ujarnya.πŸ˜‚

HA HA HA.. MMG TERBAIKLAH DR AKMAL PEMUDA PERWIRA NEGARA, PEJUANG DAN PEMBELA BANGSA & AGAMA…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000079650
Anonymous
Anonymous
16 June 2024 4:16 pm

Budin dan Isham Jalil patut tanya bagaimana Pemimpin PN, Hamzah dan anak boleh manipulasi sabsidi Minyak Masak sehingga kaut keuntungan luar biasa dan kawalan bekalan yang terhad.

Semasa Kerajaan Darurat PN harga Minyak Masak 1 paket melebihi RM50, sekarang dibawah Kerajaan Madani harga kurang dari RM30 satu paket.

Beza harga itu yang disedut.

Cili
Cili
16 June 2024 3:49 pm

Tuan Budin menulis “Dalam hal berkaitan, ingin ditanyakan kepada kerajaan khususnya Anwar, warga asing mana yang mengguna diesel dalam kehidupan seharian mereka?”

my metro ~ 45 stesen minyak dekat sempadan antara kesukaran banteras penyeludupan
Kota Bharu: Kegiatan penyeludupan diesel dan petrol di negeri ini seolah-olah sudah sebati dan menjadi pendapatan penyeludup sejak turun temurun sehingga sukar dibanteras.
Malah, jarak sempadan yang dekat, beban pembuktian sukar dibuktikan, bilangan stesen minyak yang banyak serta kekangan penguat kuasa turut menyumbang kepada kegiatan itu.

Anonymous
Anonymous
16 June 2024 12:18 pm

DULU DIPRK KKB, ADA KONTROVERSI KELAYAKAN AKADEMIK DAN HUTANG ALONG CALON PN. DIPRK SG. BAKAP, ISU SAMA. ORANG SG BAKAP. IKHLAS TU KUNCI KEJUJURAN. KALAU KELULUSAN TAK BAGI TAHU PADA MASYARAKAT, ITU TAK IKHLAS.  Calon PH dan PN DUN Sungai Bakap Pendidikan  Calon PH mempunyai Pendidikan tinggi sehingga PHD  Calon PN tidak ada maklumat jelas. Ada diploma kah, ijazah kah..tapi Tuan Ibrahim ada sebut Calon ada ISO. Untuk Pendidikan, Calon PH terbaikβœ…οΈ Pengalaman kerja Calon PH mantan guru, mantan Pensyarah dan mantan Pengarah IAB Utara. Diiktiraf sebagai Tokoh Pemimpin Guru dan lain-lain anugerah yang menunjukkan bukti kerja beliau yang cemerlang. … Read more »

Anonymous
Anonymous
16 June 2024 11:59 am

Peringatan kepada Budin yang mengulangi naratif dan ratib ruji propaganda PN terhadap PMX yang menjadi dilemma PN. PMX telah menjawab tuntas kepada Hamzah diSessi Pertama Parlimen PRU15. Disessi tersebut, PMX libas buah tanggung Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang PN mula2 dengan ungkapan dari Shakespeare. First he quotes Shakespeare, β€œit is a tale told by an idiot, full of sound and fury, signifying nothing.” then he quotes the Quran. That was a classy jab at the opposition leader. Kemudian PMX mengingati peranan Hamzah termasuk mengguna isteri cun bersama Team Konspirasi Atok Saka lebih 30 tahun dan bagaimana Hamzah gagal ditarbiyah oleh Hadi… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 June 2024 11:38 am

Nasihat kepada Walaun PN, Budin dan Walaun Bossku, the Isham Jalil tolong simpan sikit kebodohan. PMX bukan taraf Walaun Cikai seperti kamu berdua. 1. Walaun PN Budin dan Walaun Bossku, Isham Jalil serang PMX kerana mencurigai kecurian disel oleh warga asing 2. Kebodohan dua ekoq x boleh disangkal kerana berdendam dengan PMX. Budin, penulis upahan terlepas sebarang ghanimah manakala Isham Jalil adalah Belanda tak syukur nikmat kerana beri betis nak paha. 3. Dua2 ekoq adalah non-player lebih sebagai nyamok kepada PMX malah Isham Jalil yang kalah deposit dikerusi Parlimen Shah Alam PRU15 hadapi masaalah lebih parah kerana cikai sehingga Jho… Read more »

Man
Man
16 June 2024 2:53 pm
Reply to  Anonymous

X yah cite pjg bro..jgn fokus pada minyak aje fikir la juga akibatnya. Skrg ni brg2 dah mula naik harga ada syarikat dah mula umum nk naikkan harga, krjn boleh ke nak kawal sebab nk handle masalah beras pun tak mampu. Golongan T20 tak terkesan pun yg jadi mangsa golongan marhaen B40..takyah nk tegakkan benang basah la. Krjn ni memang byk buat hal, buat kerja X fikir panjang, mungkin terlalu excited sebab baru dpt kuasa.

Cili
Cili
16 June 2024 4:18 pm
Reply to  Man

Barang apa yang telah mula naik. You pergi market berapa kali dalam seminggu? Kalau isu hasil pertanian seperti sayuran naik itu sudah dikira menguntungkan orang kampung. Ramai orang mengerti (yang tak tahu tu kira bodo) harga hasil tanaman bergantung kepada penawaran dan permintaan serta faktor cuaca. Mengenai harga beras atau beras tempatan hilang you kena tanya pegawai pejabat pertanian dalam kawasan sawah seperti Tanjung Karang, Seberang Perak, Kerian dan Kedah. Jangan tanya orang politik terutama kepada pembangkang. You said “krjn boleh ke nak kawal sebab nk handle masalah beras pun tak mampu” Jawabnya memanglah PM dan menteri2nya tak mampu berbuat… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 June 2024 6:06 pm
Reply to  Man

Man, banding sahaja buah epal dengan buah epal. Tempoh jadi Kerajaan, PMX dah sama dengan Abah 18 bulan. Jadi tak timbul soal excited dapat kuasa kerana kedua2 PM mesti buktikan diri dalam tempoh tersebut. Tengok sahaja perbezaan antara langit dan bumi. Dan terjawab mengapa ramai Rakyat angkat bendera putih dan bunuh diri zaman PN. Masa Abah bukan sahaja harga barang mahal tetapi bekalan terhad, ambik sahaja contoh Minyak Masak yang dimanipulasi oleh Pemimpin PN sendiri Hamzah dan anak sampai harga zaman PN naik lebih RM50 satu paket banding sekarang zaman Madani kurang RM30 satu paket. Semua KPI2 Ekonomi, Madani tibai… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 June 2024 6:18 pm
Reply to  Man

TU DIA.. WALAUN KENA MUFAKARAH DAH NI.

Mukhlis Eddie

 

Nampak gaya Tok lebai hadi kena letak jawatan jadi presiden parti sebab ramai walaun tak dengar cakap Tok lebai hadi lagi. πŸ’πŸ»

Harga barang naik jangan
salahkan kerajaan saje –
Hadi Awang

AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, June 16, 2024
Share

12
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x