Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

MERINDUI ANWAR YANG DAHULU…

Ketika ini hantaran paling viral di media sosial, khususnya Tik Tok dan Grup Whatsapp ialah video-video ucapan lama Anwar Ibrahim berkenaan pelbagai janji yang pernah diungkapkannya sebelum ini.

Selain video berkaitan menurunkan harga minyak yang dikira paling banyak versinya, janji lain ialah berkenaan menghapuskan PTPTN, menurunkan kadar tarif letrik dengan cara memanggil tauke-tauke IPP mengadapnya di Pejabat Perdana Menteri sambil hanya dihidangkan Teh O tanpa gula, menurunkan harga barang dan pelbagai lagi.

Meneliti seronoknya rakyat negara ini berkongsi video-video tersebut di media sosial sejak harga minyak diesel dinaikkan pada 10 Jun lalu, apa yang boleh disimpulkan ialah semua itu adalah petunjuk mereka sebenarnya amat merindui Anwar yang dahulu.

Kerinduan itu sama macam rindunya peminat Ronaldo dan Messi kepada bintang bolasepak itu, lalu mereka berkongsi video-video jaringan gol cantik yang pernah dicipta kedua-duanya bila mana rasa rindu menyerbu dalam dada.

Sama macam rakyat Malaysia, perkongsian video-video lama Anwar itu tidak lain adalah cara untuk melepaskan rasa rindu mereka.

Cuma, sejak naik harga diesel ini, video-video gol cantik Ronaldo dan Messi sudah mula tenggelam, sebaliknya hanya video janji-janji cantik Anwar yang memenuhi ruang media sosial.

Ertinya, rindu kepada Anwar lebih hebat dan telah berjaya menenggelamkan kerinduan terhadap Ronaldo dan Messi.

Tidak dinafikan Anwar yang dahulu memang sosok yang hebat, memukau dan penuh tarikan.

Bagi mereka yang bersama dan mengikuti perjuangan Anwar sejak dulu dan kini cita-cita menjadi Perdana Menteri sudah tercapai, kerinduan untuk melihat apa yang dijanji dulu akan ditunaikan tentu saja datang dengan sendirinya.

Kejayaan bertahan dalam perjuangan selama lebih 25 tahun, seterusnya membawa PH memenangi paling banyak kerusi berbanding gabungan pada PRU15 lalu, lalu membolehkan Presiden PKR itu diangkat sebagai Perdana Menteri, tidak dinafikan adalah kerana tarikan Anwar yang dahulu itu.

Tanpa tarikan Anwar yang dahulu bersama pelbagai janji yang terus memukau rakyat, PKR barangkali sudah lama senasib dengan Parti Semangat 46.

Lantaran itu, tidaklah boleh disalahkan rakyat jika mereka sentiasa merindui Anwar yang dahulu itu.

Kerinduan itu mungkin pula berpanjangan sehingga PRU16 akan datang.

Kalau tak dapat 100 peratus, dapat 50 peratus atau 20 peratus Anwar yang dahulu pun dikira sudah memadai bagi rakyat yang merindu itu.

Janganlah pula sampai sehelai rambut pun janji-janji Anwar yang dahulu tidak ditunaikan langsung.

Misalnya, kalau tak dapat menurunkan minyak sebanyak 10 sen atau 20 sen, janganlah dinaikkan sampai RM1.20 sen.

Jangan juga beri alasan macam-macam, konon kos meningkat, harga minyak di Arah Saudi pun tinggi dan pelbagai lagi.

Rakyat tak mahu dengar alasan, rakyat hanya mahu lihat tertampil Anwar yang dahulu yang hebat dalam perjuangan membela nasib rakyat.

Menaikkan harga minyak yang disertai dengan kesan berantai yang memberi kesan kepada pelbagai kenaikan di pasaran – ini teori ekonomi mana yang mengatakan ia untuk membela rakyat?

Akhirnya, bilakah kita dapat bertemu kembali Anwar yang dahulu?

Mungkinkah hanya setelah jadi pembangkang semula, maka barulah ketika itu Anwar yang dahulu akan muncul kembali? – ShahbudinHusin 15Jun2024.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

8 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
16 June 2024 11:00 am

JANJI TURUN MINYAK TU SAYA BUAT 2008 – ANWARπŸ˜…

https://vt.tiktok.com/ZSYU3dtQV/
________________________________________
ASAL BUKA MULUT SAJA MUHONG…πŸ˜‚

HA HA HA.. BILA DAH KANTOI & TERSEPIT, MULA LER DIA BERLAKON PURA-PURA NYANYOK…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000025758
Anonymous
Anonymous
16 June 2024 11:01 am
Reply to  Anonymous

ADA DEKAT 8,000 KOMEN DLM VIDEO INI & BOLEH DIKATA SEMUANYA MEMPELANGKONG KEPALA PMXπŸ˜‚

HA HA HA.. PENYET LUNYAI PMX KENA LANYAK GANYANG DGN NETIZEN…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

138778
Anonymous
Anonymous
16 June 2024 11:03 am
Reply to  Anonymous

YER KER 2008? DIA FIKIR RAKYAT BUTA KER?πŸ˜…
INI APA NI HAH?:πŸ˜‚
________________________________________
Saya tak jadi PM, macam mana harga minyak nak turun’

Oleh Adha Ghazali
Julai 17, 2022 @ 7:46pm
[email protected]

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/977383/saya-tak-jadi-pm-macam-mana-harga-minyak-nak-turun
________________________________________
HA HA HA.. ASAL BUKA MULUT JA MUHONG…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

138779
Anonymous
Anonymous
15 June 2024 10:01 pm

Peringatan kepada Budin yang mengulangi naratif dan ratib ruji propaganda PN terhadap PMX yang menjadi dilemma PN. PMX telah menjawab tuntas kepada Hamzah diSessi Pertama Parlimen PRU15. Disessi tersebut, PMX libas buah tanggung Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang PN mula2 dengan ungkapan dari Shakespeare. First he quotes Shakespeare, “it is a tale told by an idiot, full of sound and fury, signifying nothing.” then he quotes the Quran. That was a classy jab at the opposition leader. Kemudian PMX mengingati peranan Hamzah termasuk mengguna isteri cun bersama Team Konspirasi Atok Saka lebih 30 tahun dan bagaimana Hamzah gagal ditarbiyah oleh Hadi… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 June 2024 10:15 am
Reply to  Anonymous

Taki Black Friday melompat dari serangan kepada PMX dari Anonymous Nueva Italia kepada pujian Parti PAS kepada PMX program sabsidi bersasar Disel. Di hari terakhir kempen PRK KKB, Taki Loyar Lebong PAS mengulangi kata2 Hamzah serang peribadi PMX dengan rujukan kepada sumber anonymous Nuevo Italia. Kalu Hamzah itu bekas UMNO liberal Totok terlampau babel dah tak boleh ditarbiyah oleh Hadi dan Buku Fatwa Khasnya Qazaf : Fitnah Mahathir, bayangkan Walaun2 Super-wala berlakon Kopiah Putih seperti Black Friday dan REEFORNUSI ini sengaja engkar fatwa Tok Guru mereka sendiri? Rakyat dah perhati lama perangai dua alam Taki ini tambah lagi dari gaya… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 June 2024 4:41 pm

SURAT | Muhyiddin betul, Anwar penipu, rakyat mangsa kenaikan harga diesel

Tun Faisal Ismail Aziz
Diterbitkan:  Jun 15, 2024 10:34 AM
Dikemaskini: 10:41 AM

https://m.malaysiakini.com/letters/708849
________________________________________
RAKYAT TAK SABAR MENANTI ABAH TAMPIL MERAMPAS KEMBALI TAKHTA PEMERINTAHAN NEGARA…πŸ˜‚

HA HA HA.. MMG TERBAIK ABAH PEMIMPIN PRIHATIN BERJIWA RAKYAT..🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

145779
Anonymous
Anonymous
15 June 2024 6:53 pm
Reply to  Anonymous

Tun Faisal kena pecat Zahid kerana jadi Trojan PN.

Mamat ini bekas JKom Totok Bossku lepas itu SetPol Nuar Musa Broker Menara KL sedut RM500,000 setahun untuk 10-15 tahun masa jadi Pengerusi J/K Jihad Kos Sara Hidup era Mail Blur PM9 PN.

Jadi apa yang baru dari Geng yang kalah deposit PRU15 dan tak sabar tunggu PRU16 2027 nak guling PMX?

Letih le, dah lebih 18 bulan dari PRU15 Nov 2022.

Anonymous
Anonymous
15 June 2024 3:45 pm

INI PETIKAN DUA PERENGGAN TERAKHIR TULISAN BG BUDIN:πŸ˜†
________________________________________
Akhirnya, bilakah kita dapat bertemu kembali Anwar yang dahulu?

Mungkinkah hanya setelah jadi pembangkang semula, maka barulah ketika itu Anwar yang dahulu akan muncul kembali? 
________________________________________
SABARLAH BG BUDIN, 3 TAHUN LAGI KITA AKAN DPT BERTEMU KEMBALI ANWAR YG DAHULU…πŸ˜…

BETUL TU BG BUDIN.. DIA AKAN MUNCUL SEMULA DGN WATAK DAHULU BILA JADI KETUA PEMBANGKANG KEMBALI LPS PRU16 NANTI…πŸ˜‚

HA HA HA.. ITU PUN KLAU DIA TIDAK KE SG BULOH SEMULA…🀣

πŸ˜€ πŸ˜ƒ πŸ˜„ πŸ˜† πŸ˜… πŸ˜‚ 🀣
KAH KAH KAH KAH

1000057708
8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x