Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KESIAN PMX….

Petang semalam saya minum-minum sambil berbual-bual dengan seorang kawan yang sudah lama tidak ditemui.

Sudah beberapa bulan kami tidak bertemu, kecuali komunikasi hanya berjalan melalui Whatsapp saja.

Kenalan saya itu orang lama dalam PKR, seingat saya sejak tertubuhnya PKR lagi beliau sudah bersama parti itu.

Sokongan dan sayangnya kepada Anwar Ibrahim memang tidak berbelah bagi daripada dulu sehinggalah sekarang.

Beliaulah selama ini yang kerap menghantar video-video mengenai ucapan hebat Anwar atau bagaimana rakyat mengerumuninya setiap kali turun ke merata tempat untuk menunaikan solat Jumaat.

Pendek kata, sejak Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri, beliau adalah antara orang yang berasa paling bangga.

Tetapi semalam, untuk pertama kalinya kawan saya itu meluahkan rasa sedih dan kesiannya kepada PMX..

Sebelum ini ketika Anwar dibicarakan di mahkamah dan kemudian dihantar ke penjara pun beliau tidak rasa kasihan atau simpati seperti sekarang ini.

Waktu itu, apa yang menimpa Anwar itu lebih menaikkan semangatnya lagi untuk terus cekal dalam perjuangan.

Kawan saya itu berasa sedih dan kesian kerana dalam keadaan Anwar dicemuh, dihentam dan dimaki berbakul-bakul oleh rakyat dalam isu kenaikan harga diesel sekarang ini, Perdana Menteri seolah-olah hanya bersendirian menghadapinya.

Beliau sedar di mana-mana ketika ini sama ada di media sosial, di kedai kopi atau di mana saja nama Anwar ada disebut, yang kedengaran hanyalah kejian, cacian dan rasa sudah hilang kepercayaan.

Sejak timbul isu naik harga minyak ini, sudah susah untuk mendengar kata-kata pujian dan sanjungan seperti mana sebelum ini.

Lebih membuatkan kawan saya itu berasa sedih dan kesian kerana menurutnya, menteri-menteri, kecuali Rafizi Ramli, lebih banyak mendiamkan diri daripada mengeluarkan suara.

Beberapa nama menteri PKR dan agensi kerajaan yang sepatutnya berperanan membela Anwar terang-terang disebutnya sebagai tidak berguna dan hanya makan gaji buta saja.

Amat membuatkan beliau tersentuh lagi kerana pemimpin-pemimpin UMNO juga turut mendiamkan diri, walhal Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi sudah pun beroleh nikmat DNAA melalui pembentukan kerajaan perpaduan yang sekarang diterajui Anwar.

Kata beliau, apabila Perdana Menteri dihentam, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menterilah yang sepatutnya paling ke depan menjadi benteng pertahanan.

Sekarang tambahnya, seolah-olah semua mereka itu seronok pula melihat PMX terkapai-kapai sendirian membela dirinya sendiri.

Terdengar beliau mengeluh, tak taulah berapa lama Anwar mampu bertahan lagi.

Meskipun kawan saya itu masih menaruh harapan agar Anwar kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri, tetapi rasa kecewanya jelas lebih menggunung berbanding semangat untuk terus melawan.

Katanya, kalau yang diberi jawatan pun goyang kaki dan tak buat kerja yang sewajarnya dalam menangkis dan menjawab sentimen yang kian membesar di kalangan rakyat, apalah sangat yang boleh dilakukan oleh penyokong marhaen sepertinya.

Mendengar luahannya, sementara saya tumpang kesian kepada Anwar, tetapi saya lebih kesian terhadap sengsara jiwa kawan saya itu. – ShahbudinHusin 14Jun2024.

2 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

16 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
15 June 2024 2:43 pm

HA HA… MMG AKN BERULANG LANGKAH DUBAI🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Bg Budin mmg marah bila kebajikan rakyat terabai Sbb tu tanpa segan silu PMX tu dia balun dan tibai Kpd rejim Madanon haprak tu dia nk ucap bye bye Kini Bg Budin mula sokong PN/Pas parti pak lebai 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhhh 🤣 🤣… Read more »

136587
Anonymous
Anonymous
15 June 2024 12:36 pm

PM tidak turun kempen PRK DUN Sungai Bakap

Fahmy A Rosli
[email protected]

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR bagaimanapun tidak menjelaskan alasan beliau untuk tidak turun berkempen pada pilihan raya berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/06/1100566/pm-tidak-turun-kempen-prk-dun-sungai-bakap
____________________________________________
MCM LAH RAKYAT TIDAK TAHU ALASANNYA…😂

HA HA HA.. ALASANNYA ADALAH MALU & TAKUT UTK BERDEPAN DGN RAKYAT…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000025758
Anonymous
Anonymous
15 June 2024 9:35 am

HA HA HA..PMX DGN AUTA TAK DAPAT DIPISAH🤣 😥 😥 😥 😥 😥 😥 😥 😥 😥 😥 😥 😥 😥 😥 😥 😥 Bila diesel naik, dah tentu rakyat pakat jadi gelisah Barang2 nak naik harga..hidup rakyat makin susah Penyet lunyai PMX kena rakyat lanyak dan belasah Tapi walanon bingai masih nk tegak benang basah 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 👌 Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhhh 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣 🤣… Read more »

1000062901
Anonymous
Anonymous
15 June 2024 9:26 am

PAPA SASAU PROBONO KATA KENAIKAN DIESEL TIADA KESAN KAT RAKYAT😅

https://vt.tiktok.com/ZSYUMsQD6/

TAPI.. JENG JENG JENG..NESTLE NAK NAIKKAN HARGA 22 PRODUK MULAI 1 JULAI…😥
____________________________________________
ADA DEKAT 7,000 KOMEN DLM VIDEO INI & BOLEH DIKATA KESEMUANYA MEMBALUN TIBAI PMX…😂

HA HA HA.. PENYET PMX KENA LANYAK GANYANG DGN RAKYAT..🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

157466
Anonymous
Anonymous
15 June 2024 9:19 am

“ABAH INSPIRASI” BEKAS PENYOKONG TEGAR MADANON TIBAI PMX😅

https://vt.tiktok.com/ZSYUMbY8v/
____________________________________________
ADA DEKAT 2,500 KOMEN DLM VIDEO INI & BOLEH DIKATA KESEMUANYA MENUMPANG BALUN TIBAI PMX…😂

HA HA HA.. PENYET PMX KENA LANYAK GANYANG DGN RAKYAT..🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

138617
Anonymous
Anonymous
15 June 2024 9:07 am

PMX KENA PELANGKONG KEPALA DGN PETANI SAWAH PADI😅

https://vt.tiktok.com/ZSYUMagQX/
____________________________________________
ADA LEBIH DARI 1,000 KOMEN DLM VIDEO INI & BOLEH DIKATA KESEMUANYA MENUMPANG BALUN TIBAI PMX…😂

HA HA HA.. PENYET PMX KENA LANYAK GANYANG DGN RAKYAT..🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

138780
Anonymous
Anonymous
15 June 2024 9:00 am

ISU RASUAH – PMX TIBAI WAK JAHID SECARA BERDEPAN😅

https://vt.tiktok.com/ZSYU6vjv9/
____________________________________________
ADA DEKAT 3,000 KOMEN DLM VIDEO INI & BOLEH DIKATA KESEMUANYA MEMPALANGKONG KEPALA WAK SAKAU PONOROGO & PAPA SASAU PROBONO…😂

HA HA HA.. PENYET LUNYAI WAK & PMX KENA LANYAK GANYANG DGN NETIZEN..🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

135081
Anonymous
Anonymous
15 June 2024 8:52 am

KESIAN HAPA NYER BG BUDIN OI.. RAKYAT DAH TAK KESIAN LAGI DAH.. KECIL BESAR TUA MUDA, SANA SINI MELANYAK GANYANG PMX.😄

CER TONTON VIDEO NIH:😆

https://vt.tiktok.com/ZSYUMMqJe/

KLAU ESOK KITA MENANG HARGA MINYAK TURUN…😅
____________________________________________
ADA LEBIH DARI 3,000 KOMEN DLM VIDEO INI & BOLEH DIKATA KESEMUANYA MEMPALANGKONG KEPALA PMX…😂

HA HA HA.. PENYET LUNYAI WALANON & PMX KENA LANYAK GANYANG DGN RAKYAT..🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

138778
Anonymous
Anonymous
14 June 2024 10:55 pm

Cfm Budin adalah Rekrut terbaru Walaun PN kerana dalam posting terbaru bertajuk Pesawah, sumber rujukan Budin secara terang dan terbuka adalah dari Kilang Fitnah PN, MalaysiaNow yang dikendalikan oleh Jemin Semburit dengan Koya. MalaysiaNow serang PMX secara brutal dengan pendekatan nampak kuman diseberang tetapi buat pekak, bisu, tuli dan buta gajah didepan mata yang berkait dengan PN, Abah dan pemimpin2 PN Sakaw. Contoh terbaik: a. MANA ADA PEMBANGKANG YANG CERDIK NAK SEMBANG BAB EKONOMI.. DOK TUNGGANG BAB AGAMA DAN BANGSA SAJA. Nasrul Hischcamp  Pembangkang fight la dapat lebih sikit subsidi diesel tu.  Bukan asyik duk tunggang agama ja. MALAYSIA MADANI… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 June 2024 8:01 pm

Sekor lagi Pemimpin TALIBAN bagi markah A++ kepada PMX mengenai sabsidi bersasar Disel. Mungkin ada udang peruntukan MOF disebalik markah penuh tetapi tetap pujian. Sebelum ini Loyar Kaki Lebong TALIBAN dah keluar kenyataan rasmi Parti sokong Langkah MOF ini. Mampuslah Barua2 Atok dan Abah, bila TALIBAN dah lompat sokong PMX dan Madani. —————————————————————————- MB Terengganu puji penyasaran subsidi diesel langkah tepat, berani FMT Reporters – 12 Jun 2024, 05:51 PM Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan Putrajaya melaksanakan pengapungan harga diesel secara cermat bagi mengurangkan impak berantai yang boleh membebankan rakyat. Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata penyasaran… Read more »

16
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x