Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PATUTNYA LOKMAN ADAM JADI KP JKOM…

Apabila dua hari lalu saya menulis mengenai Jkom yang langsung tidak berfungsi dan membayar gaji kepada Ketua Pengarahnya tak ubah macam menadah air dengan raket badminton, ada beberapa orang bertanya – siapa yang layak mengetuai agensi itu?

Sebagai syarat tak bertulis, oleh kerana PKR yang mengetuai kerajaan, maka orang yang mengetuai Jkom sebaiknya mestilah daripada PKR juga.

Ini tentunya lebih berupaya memastikan Jkom berperanan dengan lebih baik dalam mempertahankan kerajaan, terutama untuk melindungi Perdana Menteri daripada pelbagai “tembakan” musuh.

Ketika UMNO mengetuai kerajaan dulu, ketua agensi tersebut (sebelum ini dikenali sebagai Jasa), semua Ketua Pengarahnya adalah daripada UMNO.

Lantikan pertama di bawah kerajaan madani sebelum ini iaitu Dr Agus Yusof untuk mengetuai Jkom memang suatu kesilapan besar telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Tidak pasti siapa yang mencadangkan nama Dr Agus kepada Perdana Menteri, tetapi jika ia pilihan Anwar sendiri, bermakna itulah kesilapan beliau.

Sebagai bekas pensyarah, fambahan lagi tidak diketahui parti mana yang dianggotainya, terbukti beliau tiada keupayaan untuk bertempur di gelanggang politik untuk mempertahan dan membela kerajaan dan Perdana Menteri.

Akhirnya dengan pelbagai serangan yang menimpa, Anwar dan kerajaan jadi terkapai-kapai tanpa pembelaan sehingga tercetus skandal A&W yang menyebabkan Dr Agus meletakkan jawatannya.

Selepas Dr Agus, kerajaan seterusnya melantik Khairuddin Othman, bekas Adun Pas yang berhijrah ke PKR sebagai penggantinya.

Memang Khairuddin orang PKR dan lantikannya telah memenuhi syarat tak bertulis yang sepatutnya, tetapi satu kekurangan Khairudidn ialah beliau bukan aktivis politik yang kelibatnya selalu memegang senjata di medan perang.

Jkom adalah agensi untuk berperang dan ketuanya mestilah seorang yang sedia dan tahu untuk berperang.

Khairuddin sama sekali tiada ciri-ciri tersebut dan melihat kedudukan Jkom yang seolah-olah tak wujud di sebalik Anwar dihentam kiri dan kanan ketika ini, sekali lagi perlantikan beliau juga merupakan suatu kesilapan.

Memang Khairuddin patut ditamatkan kalau kerajaan mahu melihat Jkom benar-benar berperanan.

Tetapi, apa yang malamg ialah dalam senarai barisan kepimpinan PKR ketika ini, tiada aktivis politik yang sesuai untuk dilantik bagi menerajui Jkom.

Jika Johari Abdul tidak dilantik sebagai Speaker Parlimen, sebenarnya beliaulah paling layak untuk menerajui Jkom kerana mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam selok-belok peperangan lantaran pernah bersama BTN sebelum ini.

Dalam keadaan sekarang, membiarkan Khairuddin terus kekal di kerusi Ketua Pengarah Jkom, ia bermakna kerajaan terus menggunakan raket badminton sebagai cara untuk menadah air – suatu perbuatan paling membazir dalam dunia.

Habis, siapa paling layak mengetuai Jkom?

Oleh kerana dalam PKR tiada yang layak dan rakan kongsi utama kerajaan sekarang ialah UMNO, daripada membiarkan Jkom terus tidak berfungsi, adalah lebih baik diberikan jawatan Ketua Pengarah Jkom kepada pemimpin UMNO untuk menerajuinya.

Pemimpin UMNO yang paling disebut-sebut daripada segi kelayakan dan kemampuannya, bahkan ada mereka yang dekat dengan Anwar sendiri turut setuju, ia tidak lain ialah Lokman Noor Adam, Ahli MT dan Pengarah Komunikasi UMNO ketika ini.

Dalam berperanan membela Anwar, Lokman setakat ini bukan saja lebih ke depan berbanding Ketua Pengarah Jkom, bahkan lebih rajin daripada Pengarah Komunikasi dan ahli MPP PKR sendiri.

Bayangkan kalau Jkom dalam kendaliannya?

Cuma, Lokman ada dosa besar kepada Anwar dan keluarganya ketika berlaku isu Liwat 2 sebelum ini yang mungkin masih berbekas dan sukar dilupakan sehingga sekarang.

Kalau sesiapa yang telah menonton atau tertonton video-video lama Lokman dalam kes Liwat 2, memang tidak dinafikan ada kata-katanya terhadap Anwar dan keluarganya bukan saja tepat menikam hati, malah boleh dikata tertusuk sampai ke tulang hitam.

Tapi semua itu adalah politik, segala-galanya adalah episod yang sudah berlalu dan tidak perlu diimbau lagi.

Cuma, satu pesanan buat Lokman, kalau terjumpa Anwar di mana-mana majlis selepas ini, sebutlah kata maaf berulang kali sambil cium tangannya erat-erat.

Yang selalu terlihat selama ini, beliau cuma tunduk bila bersalam dengan Anwar tapi tak pernah ternampak ada mencium tangan Perdana Menteri.

Mudah-mudahan…berkat selalu cium tangan Anwar, terlorong rezeki jawatan Ketua Pengarah Jkom buatnya. – ShahbudinHusin 13Jun2024.

2 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
14 June 2024 12:46 am

KJ, Shahril puji pendekatan Ekonomi Madani PMX dan Rafizi. Rasionalisasi dalam Ekonomi Madani termasuk sabsidi bersasar seperti Disel, RON95, Minyak Masak dll bahan makanan asas Rakyat supaya sampai kepada golongan yang layak dan tidak ketirisan kepada golongan yang tak layak. NURHIDAYAH HAIROM 30 JUL 2023 12:37 AM SHAH ALAM – Ekonomi Madani demi memperkasa rakyat yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran visi ekonomi lebih jelas yang dinantikan oleh rakyat, kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau berkata, dua pergerakan besar dalam ekonomi yang telah digariskan iaitu menaikkan siling dan lantai juga perkara yang… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 June 2024 8:30 pm

Dilemma Keling Tamil Nadu Luar Kotak  Dah cfm hilang akal, mungkin boleh bunuh diri kerana : 1. PMX makin steady, KPI Ekonomi melonjak naik  2. Kalah kepada PMX PRU15, PRN 6, PRK2 termasuk PRK KKB selepas berminggu kempen all-out tibai dan fitnah PMX 3. Tempoh Abah PM8 Dan Mail Blur PM9 dah lepas dan hampir lintas Atok Saka PM7 22 bulan, maseh tak boleh guling PMX walaupun dok tibai PMX 24/7 dari Nov 2022 keputusan PRU15. 4. Boss2 yang bayar upah semua Atok, Abah dan Hamzah Genge makin tick tock dekat dengan Kajang atau Sg. Buloh. 5. Hantar balik Tamil… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 June 2024 8:36 pm
Reply to  Anonymous

Prowaris adalah sebaris PERKASA, NGO2 yg dok dalam poket Atok.

Semua PRU born-losers kalah deposit PRU15 dan masih tak boleh guling PMX.

So, what’s new?

Anonymous
Anonymous
13 June 2024 7:42 pm

Kenaikan harga diesel angkara kerajaan tiada duit?

June 13, 2024

https://harakahdaily.net/index.php/2024/06/13/kenaikan-harga-diesel-angkara-kerajaan-tiada-duit/
_____________________________________________
REJIM MADANON GEBANG KARI DAH NAK POKAI BANKRAP…😂

HA HA HA.. BILA DAH TAK ADA DUIT MULA LER AGENDA MENINDAS RAKYAT…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000025758
Anonymous
Anonymous
13 June 2024 7:30 pm

Prestasi PMX dan Madani makin steady, KPI ringgit dan BSKL terus melonjak. Akan meroyan şakan gila babi lah Walaun dengar berita2 dibawah. Lagi parah, ada yang akan bunuh diri tak dapat guling PMX dah lebih 18 bulan jangkau tempoh Abah Sakaw PM8, Mail Blur 15 bulan dah lama tinggal. 1. Ringgit closes higher as US dollar index declines Bernama – 13 Jun 2024, 06:56 PM The market believes the US interest rate cut will happen twice this year, says analyst. Free Malaysia Today freemalaysiatoday.com KUALA LUMPUR: The ringgit further strengthened against the US dollar at the close today following a… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 June 2024 1:35 pm

INI ADALAH PETIKAN SATU PERENGGAN DARI TULISAN BG BUDIN:😆
________________________________________
Kalau sesiapa yang telah menonton atau tertonton video-video lama Lokman dalam kes Liwat 2, memang tidak dinafikan ada kata-katanya terhadap Anwar dan keluarganya bukan saja tepat menikam hati, malah boleh dikata tertusuk sampai ke tulang hitam.
________________________________________
KLAU ADA YG BELUM TONTON VIDEO LOKMAN ADAM TU, MEH KITA TENGOK NIH:😅

https://youtu.be/fGQgurQTZIY?feature=shared

LOKMAN KATA:
SAYA CABAR MANA² PEGUAM YG ADA DLM DUNIA NI.. MEH KITA BERDEBAT…”😂

HA HA HA.. MMG TERBAIKLAH LOKMAN…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

1000069035
Anonymous
Anonymous
13 June 2024 1:04 pm

Bila Pakar Ekonomi Separuh Masak Berhujah: Tukang Batu Api Lebih Sudu dari Kuah Budin, kategori Walaun PN mana? ✍️ Norman Radzuan Seperti dijangka, muncul lah pakar-pakar ekonomi ‘separuh masak’ menggila di ruang Facebook semalam. Pagi ini saya nak menulis guna bahasa mereka supaya senang mereka faham. Terdapat 3 kategori, ada yang bijak sikit, bijak ikut-ikutan dan paling teruk tak tahu apa-apa main hentam atau orang Melayu kata main belasah sahaja. A) Yang Bijak Sikit Mereka ini mempersoalkan adakah pemberian RM200 itu mencukupi atau tidak. Sebenarnya, RM200 itu untuk kegunaan personal bukan untuk perdagangan. Namun jika perlu dibuat kajian semula, mungkin… Read more »

Cili
Cili
14 June 2024 3:09 pm
Reply to  Anonymous

Kalaulah Anonymous 13 June 2024 1:35 pm @ KAH4x rajin baca tulisan AMIR Wartawan Rasmi LR saya percaya otaknya boleh sembuh.

Anonymous
Anonymous
14 June 2024 6:16 pm
Reply to  Cili

WARTAWAN RASMI LR???😅

“LR” TU APA YER??? LAMAN REFORMASI?😂

HA HA HA.. ADA LAGI KER REFORMASI TUH? BKN KER DAH JADI REFORBASI?🤣

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH…
(100 ribu juta billion trillion kali)!
😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣

135067
Anonymous
Anonymous
13 June 2024 12:54 pm

KETUA PEMUDA, OTAK WALAUN.  MUKA HIDUNG KEPEK MCM APEK, MEMANG OKU POLİTİK. BOSS DIA MAİL BLUR, PM TEPI PUN IDAM SABSIDI BERSASAR TAPI TAK RETI DAN TADAQ TELOQ. LOKMAN ADAM MEMANG TIBAI GENG2 TROJAN PN MUSUH DALAM SELIMUT SPT AKMAL DAN BOSS2 DIA MAIL BLUR, H2O Subsidi diesel patut ditarik secara berkala, bukan mengejut – Pemuda UMNO Oleh Khairulanuar Yahaya – 10 June 2024 MalaysiaGazette* Dr Akmal Salleh KETUA PEMUDA, OTAK WALAUN  Dr Akmal ni sesuai jadi chief Walaun je. Kjaan TIDAK tarik subsidi tapi cara salur ditukar dari pukal kpd bersasar ke account pengguna. Kesian Umno ada Ketua Pemuda otak… Read more »

10
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x